Rabu, 16 Januari 2013

Nota Sejarah T4 Tamadun Hwang Ho


(6) Tamadun Hwang Ho
a) Dimanakah lokasi tamadun Hwang Ho
1. Muncul di Sg. Hwang Ho yang subur (utara China – dari tanah tinggi di barat hingga ke Teluk Bo Hai di timur)
2. Bersifat setempat kerana keadaannya bergunung – ganang dan padang pasir.
b) Bilakah tamadun Hwang Ho berlaku.
1. Bermula pada zaman paleolitik (jumpaan Peking Men).
2. Kemudian zaman Neolitik – bertani dan menternak.
3. Seterusnya Dinasti Hsia (dinasti pertama/belum dipastikan).
4. Selepas itu Dinasti Shang dan diganti pula oleh Dinasti Chao kerana kezaliman pemerintahan.
c) Proses pembentukan tamadun Hwang Ho.
1. Kesuburan Hwang Ho menyebabkan nomad menetap di sini.
2. Tapak Banpo berdekatan Badar Sian adalah petempatan awal penduduk Hwang Ho.
3. Mereka bertani, menternak dan berburu.
4. Kemudiannya muncul bandar seperti Anyang di Sg. Huan.
5. Ketika disnati Shang – berlaku perluasan wilayah dan penyebaran budaya di Lembah Hwang Ho.
6. Ketika Dinasti Chao- meluas ke selatan Sg. Yangtze.
d) Ciri – ciri tamadun Hwang Ho.
1. Negara Kota :
·         Perkembangan pertanian membawa kepada kemunculan Bandar seperti negara kota Anyang di Sg. Huan.
·         Di sini terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.
·         Raja, pembesar dan golongan agama tinggal di Bandar ini.
·         Bandar Anyang lengkap dengan tembok penghalang musuh dan dikelilingi perkampungan petani.
2. Organisasi sosial :
·         Lapisan atas – raja (teraju) dan pembesar
·         Lapisan bawah – petani (luar Bandar disekelilingi kota), dan artisan (mahir teknologi gangsa seperti membuat senjata, perisai dan hiasan).
·         Lapisan paling bawah – hamba.
3.Pengkhususan pekerjaan :
·         Pembesar mempunyai tentera kereta kuda dan berjalan kaki.
·         Petani memenuhi keperluan golongan atasan.
·         Golongan artisan mencipta tembaga (bekas minuman dan makanan), senjata dan tembikar.
·         Hamba sebagai tentera paksaan dan buruh upacara korban dan penyembahan.
4) Sistem pemerintahan Dinasti Shang :
Pengganti raja ialah saudara lelaki lebih muda atau anak lelaki raja.
Raja berkuasa di pusat pentadbiran.
Raja mendapat mandat daripada tuhan dan tidak perlu pengesahan politik.
Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.
Bagi wilayah diluar pusat pentadbiran, raja dibantu oleh golongan bangsawan yang mentadbir wilayah. Maka bangsawan berhak memungut cukai, mengurus pertahanan dan undang – undang.
Sistem ini diasimilasikan oleh Dinasti Chao.
5. Sistem pemerintahan Dinasti Chao :
·         Membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah – wilayah.
·         Setiap wilayah dilantik pembesar tempatan.
·         Pembesar ini berikrar taat setia kepada raja dan diberi hadiah kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang.
·         Mereka juga melindungi raja dan menyediakan tentera ketika perang.
·         Pembesar ini juga menjadi ketua agama.
6. Keagamaan :
·         Mereka mengamalkan kepercayaan animisme, politeisme.
·         Maka mereka menyembah roh nenek moyang, tuhan syurga, tuhan bumi, sungai, bukit dan gunung.
·         Upacara agama menggunakan muzik, tarian dan upacara korban yang diketuai oleh bomoh.
·         Mereka juga percaya tulang oracle yang boleh meramal sesuatu keadaan.
·         Bomoh akan meletakkan tulang ini di atas unggun api hingga timbul rekahan yang boleh ditafsir olehnya.
7. Sistem Tulisan :
·         Rekahan tulang oracle telah memberi idea tulisan di negeri China yang berbentuk ideogram (tulisan simbol)
·         Pada mulanya tulisan ini berbentuk gambar seperti bulan, matahari dan sungai. Kemudian berubah seperti tulisan hari ini.
e) Apakah sumbangan tamadun Hwang Ho.
1. Pemerintahan Monarki :
·         Sistem ini berterusan hingga Dinasti Ching.
·         Beberapa perubahan berlaku seperti konsep maharaja.
·         Maharaja dikaitkan dengan anak syurga dan mandat syurga.
2. Kemajuan pertanian :
·         Terusan dibina untuk mengairi tanaman dan mengelak banjir, ia dimajukan oleh Shih Huang Ti.
·         Teknologi membajak, cangkul dan sabit dicipta.
·         Petani telah mula menggunakan batas tanaman.
·         Kemudian alat pertanian kayu bertukar kepada besi.
3. Kemajuan tulisan :
·         Tulisan meluas dlam bidang penulisan dan pencetakan.
·         Tulisan digunakan di sekolah China dan berkembang ke Korea dan Jepun.
4. Kepercayaan :
·         Kepercayaan pemujaan roh nenek moyang kekal sehingga kini mengikut kesesuaian masa seperti korban manusia diganti dengan makanan, duit kertas dan barang perhiasan.
·         Konsep Yin Yang (kuasa pasif dan aktif) serta Feng Hsui (keharmonian manusia dan alam sekitar) juga masih diamalkan hingga kini.
5. Sistem kelendar :
·         Kalendar Shang ada 30 hari sebulan dan 360 hari setahun.
·         Raja menetukan musim menanam dan menuai mengikut kalendar.
·         Kalender penting untuk menentukan tarikh perkahwinan, memburu dan pengkebumian.
6. Falsafah perang Sun Tzu :
·         Karya The Art of War membicarakan hal perang bagi menangani musuh.
·         Ia telah diaplikasikan dalam urusan perniagaan.

Nota Sejarah T4 Tamadun Indus


( 5 ) Tamadun Indus .
a ) Dimanakah lokasi tamadun Indus
1. Tamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India).
2. Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab .
3. Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa .
4. Ia di kelilingi Bandaran Makran , Pergunungan Baluchisan , Punjab dan Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan Gujerat ( tengara ) .
b ) Bilakah tamadun Indus berlaku .
1. Muncul 2500 S.M. dan merosot 1800 S.M.
2. Kemorosotannya disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi .
c ) Proses pembentukan tamadun Indus .
1. Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan.
2. Kemudian wajud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus.
3. Seterusnya hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.
d ) Ciri –ciri tamadun Indus .
1. Bandar terancang :
·         Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
1.        Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian .
2.        Bahagian kedua – kawasan perumahan.
·         Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
·         Bandar di sini berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain
·         Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.
·         Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.
2. Organisasi sosial :
·         Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan.
·         Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
·         Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
·         Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.
·         Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
·         Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
·         Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan.
3. Pengkhususan pekerjaan :
·         Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan .
·         Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
·         Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian.
·         Petani menanam barli dan kacang.
·         Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar.
4. Amalan agama :
·         Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.
·         Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.
5. Sistem tulisan :
·         Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.
e) Apakah sumbangan tamadun Indus.
1. Perancangan Bandar :
·         Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar.
·         Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
·         Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu – bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi.
2. Sifat keterbukaan :
·         Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.
·         Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan.