Ahad, 9 September 2012

SOALAN PERCUBAAN SEJARAH 2 KEDAH 2012

BAHAGIAN A
1. Bincangkan perubahan sistem politik di Negeri-negeri Melayu antara tahun 1800
hingga 1895.

A. Pengenalan ( 2@3 M )
1. Sebelum campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu
telah dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu Negeri, Daerah/Jajahan dan
Kampung. Setiap peringkat diketuai oleh seorang ketua.
2. Peringkat negeri diketuai oleh raja/sultan, peringkat daerah/jajahan diketuai oleh
pembesar daerah/ketua jajahan dan di peringkat kampung diketuai oleh
penghulu.
3. Namun begitu selepas campur British pada tahun 1874,sistem pentadbiran di
negeri-negeri Melayu telah berubah dan dibahagikan kepada empat peringkat
iaitu Negeri yang masih diketuai oleh raja/sultan atas nasihat residen British,
Daerah diketuai oleh pegawai daerah yang digelar pemungut cukai dan majistret,
Mukim yang diketuai oleh penghuludan kampung yang diketuai oleh ketua
kampung.
B. Isi (20 M)
Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu sebelum campur tangan British
(10 M )
1. Pentadbiran Peringkat Negeri
a) Sebelum campur tangan British, pentadbiran negeri-negeri Melayu diketuai
oleh raja/sultan. Raja /sultan merupakan pemegang kuasa politik yang
tertinggi dalam pentadbiran negeri-negeri Melayu dan mempunyai kuasa
mutlak.
b) Bagi melaksanakan pentadbiran negeri,raja/sultan dibantu oleh
pembesar.Pembesar menjadi tulang belakang pentadbiran sesebuah negeri
kerana mereka menolong raja/sultan mentadbir negeri masing-masing.
Gelaran pembesar bagi setiap negeri Melayu adalah berbeza.
c) Sementara sistem pentadbiran di Negeri Sembilan pula adalah berasaskan
Adat Perpatih. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan akan dibantu oleh
Undang Berempat bagi melaksanakan pentadbiran negeri yang terdiri
daripada Undang Johol, Undang Jelebu, Undang, Rembau dan Undang
Sungai Ujong.
d) Bagi mengukuhkan kedudukan raja/sultan dalam pentadbiran negeri,
raja/sultan seringkali dikaitkan dengan konsep daulat. Kedaulatan seorang
raja/sultan diperkukuhkan melalui penggunaan bahasa,warna kuning dan
pemberian peralatan kebesaran.
e) Perlantikan seseorang raja/sultan bagi meneruskan pentadbiran negeri bagi
semua negeri Melayu kecuali Perak dan Negeri Sembilan dilakukan
berasaskan sistem warisan atau keturunan. Mengikut sistem warisan apabila
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
2
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
seseorang raja/sultan mangkat, putera sulung sultan dari permaisuri yang
berdarah raja ataupun adik lelakinya sekiranya baginda tidak mempunyai
waris akan berhak mewarisi takhta kerajaan.
f) Sementara di Perak,pelantikan seorang raja/sultan bagi mentadbir negeri
dilakukan melalui sistem giliran. Melalui sistem giliran ini, bakal sultan Perak
hendaklah terlebih dahulu memegang jawatan Raja Dihilir, Raja Bendahara
dan Raja Muda. Pelantikan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan pula
dilakukan oleh Undang 4 di kalangan putera baginda ataupun orang luar
sekiranya tidak ada putera baginda yang layak.
2. Peringkat Daerah / Jajahan.
a) Setiap Negeri dipecahkan pula kepada beberapa daerah/jajahan.
Pentadbiran daerah/jajahan diketuai oleh pembesar daerah/ketua jajahan.
Mereka digelar Orang Besar-Besar.
b) Pembesar daerah/ketua jajahan dilantik oleh sultan melalui surat tauliah yang
mempunyai cop mohor . Mereka akan melaksanakan tugas dan mempunyai
kuasa penuh dalam daerah / jajahan pentadbiran masing-masing.Kawasan
pentadbiran mereka bergantung kepada kawasan yang diperuntukan dalam
surat tauliah yang dikurniakan raja/sultan. Pembesar daerah/ketua jajahan
bertanggungjawab kepada raja/sultan.
c) Dalam sistem politik Melayu, kedudukan pembesar daerah/ ketua jajahan
adalah sangat penting.Ini disebabkan oleh pembesar daerah sangat rapat
dengan rakyat.Oleh yang demikian, mereka sangat berkuasa dan penting
sebagai perantaraan antara rakyat dengan sultan. Justeru itu, terdapat keskes
di mana pembesar daerah lebih kaya dan berkuasa daripada sultan.Di
Perak, pembesar daerah berhak memilih bakal sultan dan berkuasa
menyingkirkan sultan yang mereka tidak sukai.
d) Kekuasaan dan pengaruh pembesar daerah adalah berdasarkan kepada
jumlah pengikutnya. Pembesar daerah dibenarkan memungut cukai didaerah
yang diperuntukan kepada mereka sebagai punca pendapatan.
3. Peringkat Kampung
a) Kampung merupakan unit pentadbiran yang paling kecil dalam sistem politik
Melayu. Pentadbiran kampung diketuai oleh penghulu atau Tok Kweng di
Kelantan.
b) Mengikut adat, penghulu dipilih berdasarkan keturunan. Mereka yang dipilih
akan dilantik oleh sultan dengan cara menganugerahkan surat tauliah.
c) Penghulu akan menjadi perantaraan antara pembesar daerah dengan
penduduk kampung. Penghulu tidak dibayar gaji, tetapi memperolehi
pendapatan dari hasil cukai yang dipungut daripada penduduk kampung.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
3
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
Sistem pentadbiran di Negeri-Negeri Melayu selepas campur tanganBritish
(10 M )
1. Pentadbiran Peringkat Negeri.
a) Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di Negeri-NegeriMelayu
telah dibahagikan kepada empat peringkat iaitu negeri, daerah,mukim dan
kampung. Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua.
b) Pentadbiran peringkat Negeri diketuai oleh raja/sultan atas nasihat seorang
residen British melalui pembentukan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN).
Anggota MMN terdiri daripada sultan, residen, penolong residen,ahli Melayu
dan ahli bukan Melayu.
c) Peranan MMN adalah sebagai badan penasihat sultan dalam pentadbiran
negeri, membuat undang-undang, mahkamah rayuan tertinggi dan badan
kerajaan yang utama.
d) Dalam MMN residen mempunyai kuasa yang tertinggi di mana beliau boleh
membatalkan keputusan MMN. MMN tidak mempunyai kuasa perundangan
yang luas dan hanya meluluskan semua keputusan yang dibuat oleh residen.
e) Tandatangan sultan untuk meluluskan keputusan MMN hanya boleh dibuat
dengan keizinan Gabenor Negeri-Negeri Selat. Gabenor Negeri-Negeri Selat
mempunyai kuasa untuk membatalkan keputusan yang dibuat oleh MMN.
f) Kuasa sultan hanya terhad kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan
pentadbiran agama dan adat-istiadat Melayu sahaja.
2. Peringkat Daerah.
a) Setiap negeri dibahagikan kepada beberapa daerah. Pentadbiran
daerahdiketuai oleh seorang pegawai daerah yang dikenali sebagai
Pemungut cukai dan Majistret.
b) Peranan pegawai daerah ialah memungut hasil dan menjadi majistret bagi
mengadili kes-kes sivil dan jenayah pada peringkat daerah.
c) Selain itu, pegawai daerah juga berperanan menjaga perbendaharaan
daerah, menjaga dan mengekalkan keamanan, menjaga kesihatan awam dan
mengawasi kerja ketua-ketua jabatan di peringkat daerah.
3. Peringkat Mukim
a) Setiap daerah dipecahkan pula kepada unit pentadbiran yang lebih kecil iaitu
mukim. Pentadbiran mukim diketuai oleh penghulu. Penghulu dilantik di
kalangan pembesar dan kerabat diraja. Ini kerana mereka mempunyai
pengaruh dan kedudukan dalam masyarakat Melayu, memahami sikap orang
Melayu dan mempunyai kelayakan pendidikan.
b) Peranan penghulu memungut hasil tanah, mentadbir undang-undang
tempatan, menjaga keamanan dan keselamatan, menyampai maklumat pada
kerajaan, menyimpan kira-kira dan membuat laporan bertulis.
SKEMA PERCUBAAN STPM SEJARAH 2 NEGERI KEDAH
4
[Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
4. Pentadbiran Kampung
a) Setiap mukim dibahagikan kepada unit yang lebih kecil iaitu kampung.
Pentadbiran kampung diketuai oleh ketua kampung. Ketua kampung dipilih di
kalangan orang tua yang berpengaruh,dihormati dan disanjungi di kalangan
masyarakat kampung tersebut.
b) Ketua kampung bekerjasama dengan penghulu mukim dan mendapat
pengiktirafan daripada raja/sultan negeri masing-masing.
5. Pentadbiran bandar.
a) Pada tahun 1890, Lembaga Kesihatan telah ditubuhkan untuk menyediakan
dan mentadbir bandar Kuala Lumpur. Antara tugas Lembaga Kesihatan ialah
mengeluarkan lesen peniaga dan penjaja, menjaga kebersihan bandar dan
meluluskan pelan pembangunan.
b) Jawatan Penghulu dagang turut diwujudkan untuk menjaga dan mengawal
kepentingan penduduk yang berasal dari Jawa, Sumatera,Sulawesi dan
Borneo. Seorang kapitan Cina dilantik untuk melindungi dan menjaga
kepentingan orang Cina.
C. Penutup ( 2 @ 3 M )
1. Selepas campur tangan British, sistem pentadbiran di negeri-negeri Melayu telah
berubah kepada sistem pentadbiran yang lebih moden.Namun bagitu pada
dasarnya sistem politik Melayu tradisional masih dikekalkan,tetapi fungsinya
telah diubah mengikut keperluan masa.
2. Kedudukan sultan/raja dan pembesar Melayu masih dikekalkan tetapi bidang
kuasa mereka amat terbatas.

Selasa, 10 Julai 2012

Tajuk Popular Tahun 2012

BAB 2 :          PENINGKATAN TAMADUN

TAMADUN ROM

                1.             Fungsi Majlis Perbandaran
                2.             Keistimewaan Bandar Pompei
                3.             Rom menjadi sebuah republik
                4.             Ciri-ciri sistem republik  Rom.
                5.             Tugas ahli dewan Senat
                6.             Peranan Julius Ceasar
                7.             Perkembangaan sistem perundangan
                8.             Prinsip – prinsip undang-undang Rom

BAB 3: TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA

                1.            Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan agraria. (ms 75  )
                2.            Jelaskan ciri-ciri kerajaan agraria. (ms 75-76 )
                3.            Apakah faktor-faktor yang menyumbang kemajuan pertanian  kerajaan Angkor (ms77 )
                4.            Jelaskan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada kerajaan Angkor (ms 77 )
                5.             Sebagai generasi muda, bagaimanakah anda boleh membantu meningkatkan hasil pertanian                 negara?
                6.             Saling bergantung /melengkapi antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim
                7.             Faktor penduduk membina pertempatan awal di tepi sungai atau tasik.
                8.             Jelaskan faktor-faktor perkembangan kerajaan Angkor ( Kerajaan Agraria)
                9.         Mengapakah kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada bidang pertanian pada hari ini?
                10.      Terangkan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia Tenggara. (ms 79-80 )
               11.      Huraikan faktor-faktor kerajaan Srivijaya menjadi kuasa maritim yang kuat  pada abad ke-7 hingga     abad ke-13. (ms 80-81 )
                12.           Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kerajaan Kedah Tua  sebagai  pusat           perdagangan di Asia Tenggara. (ms 81 )
                13.          Berikan cadangan anda untuk mengembalikan kegemilangan negara kita dalam bidang            perdagangan.
                14.          Pada pendapat anda, apakah langkah yang boleh dilakukan kerajaan untuk menjadikan negara ini        sebagai pelabuhan utama dunia?
                15.           Huraikan cara penyebaran pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.  (ms 84 )
                16.           Jelaskan pengaruh Hindu-Buddha dalam sistem pemerintahan dan  pentadbiran kerajaan  awal di       Asia Tenggara( ms 85-86)
                17.           Apakah maksud monumen ? (ms88)
                18.           Jelaskan kepentingan candi / monumen kepada kerajaan awal di Asia Tenggara (ms 88-89 )
               
                20.           Nyatakan ciri-ciri binaan candi Angkor Wat (ms 90 )
                21.           Jelaskan ciri-ciri binaan Candi Borobudur.(ms 90)
                22.          Jelaskan ciri-ciri binaan Candi Lembah Bujang .(ms92)
                23.          Pada pandangan anda apakah yang perlu dilakukan sebagai langkah pemuliharaan tinggalan seni         pada candi- candi yang terdapat di Asia Tenggara?
                24.          Mengapakah binaan candi perlu dikekalkan? (ms88)
                25.            kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara ( ms 92-93 )
                26.          Huraikan pengaruh Hindu-Buddha dalam bidang kesusasteraan pada zaman awal kerajaan di  Asia    Tenggara.  (ms 93-94 )
                27.          Kesan kedatangan Islam terhadap Islam terhadap sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia               Tenggara (KBKK)/Kedatangan Islam memantapkan sistem pentadbiran
                28.          Apakah saranan anda kepada generasi muda kini agar mengekalkan kedaulatan bahasa Melayu           sebagai bahasa kebangsaan?

Isnin, 7 Mei 2012

TAJUK PANAS SISIPAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012

TAJUK PANAS SISIPAN
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012


TAJUK 1  : PIAGAM MADINAH
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah Piagam Madinah ?
·         Nyatakan kandungan Piagam Madinah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.
·         Jelaskan kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah.
·         Mengapakah kandungan Piagam Madinah dapat diterima oleh semua kaum ?

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud Piagam Madinah.
·         Terangkan kandungan Piagam Madinah.
·         Jelaskan kandungan Piagam Madinah yang boleh dilaksanakan dalam negara berbilang kaum.


TAJUK 2  : PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Huraikan cara pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional.
·         Jelaskan peranan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dalam masyarakat Melayu tradisional.
·         Nyatakan perbezaan antara sistem pondok dengan sistem madrasah yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pendidikan tidak formal dalam konteks masyarakat Melayu tradisional ?
·         Sebutkan dua cara yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional untuk mengajar nilai-nilai moral masyarakat.
·         Nyatakan ciri sistem pondok.
·         Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan yang sistematik ?


TAJUK 3  : PEMBANDARAN DI TANAH MELAYU
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.

Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Huraikan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
·         Nyatakan fungsi bandar baru di Tanah Melayu.
·         Mengapakah pembandaran di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu lebih pesat berbanding di bahagian pantai timur ?

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pembandaran ?
·         Nyatakan faktor yang membantu proses pembandaran.
·         Sebutkan dua peranan bandar baru di Tanah Melayu.
·         Apakah langkah yang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan pembandaran yang seimbang di negara ini ?


TAJUK 4  : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud nasionalisme ?
·         Berikan nama tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme Thailand.
·         Nyatakan faktor kemunculan nasionalisme tahap pertama di Thailand.
·         Apakah langkah yang dilaksanakan untuk menghalang penyebaran kebudayaan Cina di Thailand ?
·         Mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Jelaskan perbezaan ciri nasionalisme tahap pertama dengan ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.
·         Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina atau di Indonesia.
·         Apakah langkah yang dilakukan oleh penjajah Barat untuk menangani gerakan nasionalisme bersifat radikal di tanah jajahannya di Asia Tenggara ?


TAJUK 5  : PAKATAN MURNI
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN STRUKTUR.

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah maksud pakatan murni ?
·         Mengapakah pakatan murni diwujudkan ?
·         Apakah persetujuan yang dicapai melalui rundingan antara ahli Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) dengan UMNO ?
·         Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni.
·         Apakah kejayaan yang dicapai melalui pakatan murni ?


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk mewujudkan pakatan murni sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.
·         Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni antara kaum di Tanah Melayu.
·         Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil pakatan murni.


TAJUK 6  : DASAR PELAJARAN
Tajuk Ini Lebih Difokuskan Kepada SOALAN ESEI.


Jika soalan ESEI, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Cadangan dalam Penyata Razak 1956 telah dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Terangkan cadangan tersebut.
·         Nyatakan syor dalam Laporan Rahman Talib 1960 yang digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.
·          Apakah kepentingan sistem persekolahan Aneka Jurusan yang diperkenalkan melalui Kajian Aminudin Baki 1965 ?

Jika soalan STRUKTUR, skop berikut anda perlu beri perhatian :

·         Apakah elemen penting yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956 untuk mewujudkan perpaduan melalui pendidikan ?
·         Nama jenis sekolah yang dicadangkan dalam Penyata Razak 1956 ?
·         Nyatakan dua perkara yang menjadi dasar pelajaran dalam Akta Pelajaran 1961.
·         Berikan dua tujuan kerajaan memperkenalkan sistem persekolahan Aneka Jurusan pada tahun 1965 ?