2. Perkembangan
dasar luar Malaysia
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia mengikut tahap
berikut :
i.
Tahap Pertama [10m]
·
Dilaksanakan semasa Tunku Abdul Rahman menjadi
perdana menteri(1957-1970)
·
Memperlihatkan dasar pro Barat
·
Anti komunis
·
Berbaik-baik dengan negara jiran dan anggota
Komanwel
·
Dilaksanakan kerana faktor politik,ekonomi dan
sosial
·
Faktor politik merujuk pada ancaman komunis
·
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan drp
Komanwel
·
Selain itu Malaysia menandatangani perjanjian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu(AMDA) pd tahun 1956
·
Menurut perjanjian tersebut British akan
membantu Malaysia sekiranya diserang mana-mana negara
·
Malaysia juga berbaik-baik dengan negara jiran
·
Hal ini kerana timbulnya krisis dengan negara
jiran
·
Misalnya selepas merdeka, berlaku konfrantasi
dengan Indonesia(1963-1965),terputusnya hubungan dgn Filipina(1963-1965) dan
keluarnya singapura drp Malaysia(1965)
·
Untuk pelihara hubungan dgn jirannya Malaysia
menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia
Tenggara(ASA) pd tahun 1961,MAPHILINDO pada tahun 1962 dan ASEAN pd tahun
1967
·
Faktor ekonomi memperlihatkan pergantungan
Malaysia kpd Britain demi menjaga kepentingan ekonomi
·
Malaysia menganggotai Blok Sterling yg
menjalankan perdagangan dalam nilai paun sterling
·
Mengharapkan permintaan sepenuhnya bagi hasil
komoditi getah dan bijih timah drp Britain
·
Pelabur Britain juga menguasai peratus
terbesar dalam ekonomi Malaysia
·
Malaysia juga mengamalkan pasaran bebas yg
melibatkan Amerika Syarikat,Jepun dan Singapura
ii.
Tahap Kedua [10m]
·
Berlangsung semasa era Tun Abdul Razak dan Tun
Hussein Onn
·
Malaysia amalkan dasar berkecuali
·
Berbaik-baik dengan semua negara
·
Perubahan dasar ini disebabkan oleh kurangnya
peranan AMDA dan pengaruh Britain di Timur
·
Juga disebabkan oleh pergolakan yg berlaku di Vietnam
yg melibatkan dua kuasa besar Amerika Syarikat dan China
·
Bagi mencapai matlamat dasar luar tersebut
Malaysia melakukan usaha seperti isytiharkan konsep Zon Aman,Bebas dan
Berkecuali(ZOPFAN)
·
Malaysia juga jalinkan hubungan diplomatik
dengan China,JermanTimur,Korea Utara dll yg berfahaman komunis
·
Malaysia berusaha jalinkan persahabatan dgn
semua negara di dunia
·
Dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan
hubungan diplomatik dgn Vietnam pd tahun 1971
·
Maka masalah pelarian Vietnam dapat diatasi
dgn kerjasama negara jiran
iii.
Tahap Ketiga [10m]
·
Berlangsung ketika Dato Seri Dr Mahathir
menjadi PM(1981-2003)
·
Masih mengekalkan dasar luar tahap kedua
·
Tapi penekanan lebih kepada kepentingan
ekonomi
·
Kepentingan adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan,pelaburan
dan pembangunan di kalangan negara membangun
·
Untuk mencapai matlamat tersebut Malaysia
telah mengadakan hubungan lebih erat dengan negara-negara ASEAN
·
Seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan
Kampuchea
·
Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan pd tahun
1982
·
Menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai
model membangunkan Malaysia
·
Bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia
mengambil dan menerima pakai nilai-nilai baik
·
Seperti semangat mencintai negara,kesungguhan
bekerja dan etika pengurusan kerja yang baik
·
Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan
negara lain
·
Lawatan dilakukan oleh PM,DSCDrM ke negara
Afrika,Amerika Selatan,Caribbean dan Pasifik Selatan
·
Dalam setiap siri lawatan,misi perdagangan
akan turut serta
·
Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala
·
Menguntungkan kedua belah pihak
·
Malaysia juga harus menjalinkan hubungan
politik dan perdagangan dgn negara maju malah dengan negara dunia ketiga juga
|