Isnin, 7 Oktober 2013

MUNGKIN BOLEH DIJADIKAN PANDUAN SEJARAH 3 SPM


MALAYSIA DALAM HUBUNGAN SERANTAU


(b)   Apakah matlamat pembentukan ASEAN ?
·         Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
·         Membantu sama lain dalam ekonomi, sosial dan kebudayaan.
·         Meningkatkan taraf hidup penduduk
·         Bekerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
·         Bekerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan
·         Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Nyatakan kerjasama yang dilakukan oleh negara anggota   ASEAN dalam bidang ekonomi dan sosial.
                Ekonomi
·         Membentuk kerjasama dalam projek perindustrian
·         Kerjasama dalam projek baja UREA.
·         Mewujudkan AFTA
·         Memperluaskan skop kerjasama melalui EAEC
·         Mewujudkan kerjasama ekonomi melalui konsep ASEAN + 3

                Sosial
·         Menubuhkan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
·         Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
·         Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
·         Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
·         Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
·         Menganjurkan Sukan SEA.
·         Melancarkan Tahun Melawat ASEAN 1992.

        Pada pandangan anda, bagaimanakah prinsip rantau Asia Tenggara sebagai zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN) dapat direalisasikan ?
·         Wujudkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
·         Mengatasi pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea
·         Mengadakan mesyuarat bagi membentuk Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
·         Mengisytiharkan ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear.
·         Tidak membenarkan perairan / pelabuhan negara ASEAN digunakan untuk mengangkut bahan / senjata nuklear
·         Tidak menyokong mana-mana blok dunia
·         Mana-mana jawapan munasabah

Pada pandangan anda, apakah kepentingan hubungan dua hala terhadap masa depan politik dan ekonomi Malaysia ?   
·         Dapat menangkis ancaman komunis
·         Dapat memelihara kedaulatan negara
·         Dapat menjalin hubungan baik dengan negara lain
·         Dapat meneruskan amalan sistem demokrasi
·         Dapat mewujudkan kestabilan politik dalam negara
·         Menggalakkan pelaburan asing
·         Dapat memasarkan barangan Malaysia
·         Dapat memajukan negara
·         Dapat meningkatkan taraf hidup rakyat
·         Mana-mana jawapan munasabah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan