Rabu, 16 Oktober 2013

Contoh 2 Jawapan Sejarah 3 SPM 2013


PERINCIAN
MARKAH
1.       Pengenalan
Jelaskan latar belakang dasar luar Malaysia dan bentuk hubungan luar Malaysia.
·         Malaysia laksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara lain iaitu bilateral dan multilateral
·         Hubungan bilateral bermaksud hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu
·         Contohnya Malaysia mengutamakan hubungan dgn negara jiran terdekat seperti Singapura,Thailand dan Indonesia
·         Selain itu Malaysia juga mengadakan hubungan luar dgn negara Asia lain,Amerika Latin,Afrika,dan negara maju spt Britain dan Amerika Syarikat
·         Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dlm bentuk kumpulan dan pertubuhan
·         Misalnya dgn ASEAN,Komanwel,OIC,NAM dll




5 markah
2.       Perkembangan dasar luar Malaysia
Terangkan perkembangan dasar luar Malaysia mengikut tahap berikut :
i.                     Tahap Pertama [10m]
·         Dilaksanakan semasa Tunku Abdul Rahman menjadi perdana menteri(1957-1970)
·         Memperlihatkan dasar pro Barat
·         Anti komunis
·         Berbaik-baik dengan negara jiran dan anggota Komanwel
·         Dilaksanakan kerana faktor politik,ekonomi dan sosial
·         Faktor politik merujuk pada ancaman komunis
·         Malaysia memerlukan bantuan pertahanan drp Komanwel
·         Selain itu Malaysia menandatangani perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu(AMDA) pd tahun 1956
·         Menurut perjanjian tersebut British akan membantu Malaysia sekiranya diserang mana-mana negara
·         Malaysia juga berbaik-baik dengan negara jiran
·         Hal ini kerana timbulnya krisis dengan negara jiran
·         Misalnya selepas merdeka, berlaku konfrantasi dengan Indonesia(1963-1965),terputusnya hubungan dgn Filipina(1963-1965) dan keluarnya singapura drp Malaysia(1965)
·         Untuk pelihara hubungan dgn jirannya Malaysia menandatangani perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara(ASA) pd tahun 1961,MAPHILINDO pada tahun 1962 dan ASEAN pd tahun 1967
·         Faktor ekonomi memperlihatkan pergantungan Malaysia kpd Britain demi menjaga kepentingan ekonomi
·         Malaysia menganggotai Blok Sterling yg menjalankan perdagangan dalam nilai paun sterling
·         Mengharapkan permintaan sepenuhnya bagi hasil komoditi getah dan bijih timah drp Britain
·         Pelabur Britain juga menguasai peratus terbesar dalam ekonomi Malaysia
·         Malaysia juga mengamalkan pasaran bebas yg melibatkan Amerika Syarikat,Jepun dan Singapura
ii.                   Tahap Kedua [10m]
·         Berlangsung semasa era Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn
·         Malaysia amalkan dasar berkecuali
·         Berbaik-baik dengan semua negara
·         Perubahan dasar ini disebabkan oleh kurangnya peranan AMDA dan pengaruh Britain di Timur
·         Juga disebabkan oleh pergolakan yg berlaku di Vietnam yg melibatkan dua kuasa besar Amerika Syarikat dan China
·         Bagi mencapai matlamat dasar luar tersebut Malaysia melakukan usaha seperti isytiharkan konsep Zon Aman,Bebas dan Berkecuali(ZOPFAN)
·         Malaysia juga jalinkan hubungan diplomatik dengan China,JermanTimur,Korea Utara dll yg berfahaman komunis
·         Malaysia berusaha jalinkan persahabatan dgn semua negara di dunia
·         Dapat dilihat apabila Malaysia mengadakan hubungan diplomatik dgn Vietnam pd tahun 1971
·         Maka masalah pelarian Vietnam dapat diatasi dgn kerjasama negara jiran

iii.                  Tahap Ketiga [10m]
·         Berlangsung ketika Dato Seri Dr Mahathir menjadi PM(1981-2003)
·         Masih mengekalkan dasar luar tahap kedua
·         Tapi penekanan lebih kepada kepentingan ekonomi
·         Kepentingan adalah berkaitan dengan isu-isu perdagangan,pelaburan dan pembangunan di kalangan negara membangun
·         Untuk mencapai matlamat tersebut Malaysia telah mengadakan hubungan lebih erat dengan negara-negara ASEAN
·         Seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea
·         Dasar Pandang Ke Timur diperkenalkan pd tahun 1982
·         Menggunakan Jepun dan Korea Selatan sebagai model membangunkan Malaysia
·         Bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan menerima pakai nilai-nilai baik
·         Seperti semangat mencintai negara,kesungguhan bekerja dan etika pengurusan kerja yang baik
·         Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara lain
·         Lawatan dilakukan oleh PM,DSCDrM ke negara Afrika,Amerika Selatan,Caribbean dan Pasifik Selatan
·         Dalam setiap siri lawatan,misi perdagangan akan turut serta
·         Menandatangani perjanjian perdagangan dua hala
·         Menguntungkan kedua belah pihak
·         Malaysia juga harus menjalinkan hubungan politik dan perdagangan dgn negara maju malah dengan negara dunia ketiga juga







30 markah
3.       Hubungan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa
Huraikan hubungan Malaysia dalam pertubuhan antarabangsa berikut :


i.                     ASA [5m]
·         Setelah mencapai kemerdekaan Malaysia dan negara jirannya diancam hebat oleh pengaruh komunis
·         Di Malaysia pergerakan PKM memainkan peranan penting menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat
·         Thailand turut diancam pengaruh komunis
·         PKM menggunakan sempadan Thailand-Malaysia sebagai pangkalan gerakan gerila
·         Menyukarkan usaha kedua-dua negara melemah dan menghapuskan gerakan komunis
·         Filipina juga turut diancam pengaruh komunis
·         Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara jiran agar dapat membendung pengaruh komunis dan gerakannya
·         Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan ASA
·         Diharapkan ASA dapat melindungi negara anggotanya
·         Di samping menjalinkan kerjasama bidang sosial dan ekonomi
·         Pada 31 Julai 1961 satu mesyuarat diadakan di Bangkok antara Malaysia,Thailand dan Filipina
·         Hasilnya tertubuhlah ASA dengan beberapa matlamat antaranya
·         Menjalinkan kerjasama di kalangan negara anggota dalam bidang ekonomi,sains dan sosial
·         Memberi dan menyediakan kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi
·         Mengekal serta menjamin keselamatan dan kestabilan politik serantau
·         Wbp, matlamat tersebut tidak banyak dicapai
·         ASA juga dianggap pertubuhan antipemerintahan Presiden Soekarno
·         Kesangsian timbul kerana Malaysia mempunyai perjanjian ketenteraan dgn Britain
·         Thailand dan Filipina mempunyai perjanjian ketenteraan dgn AS
·         Pertelingkahan Malaysia Filipina mengenai penubuhan Malaysia membawa kpd pembubaran ASA pd tahun 1963


ii.                   MAPHILINDO [5m]
·         Merupakan cantuman tiga negara iaitu Malaysia,Filipina dan Indonesia
·         Tujuan utamanya untuk meningkatkan hubungan persahabatan
·         Dan menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Indonesia
·         Pertelingkahan timbul disebabkan cadangan pembentukan Malaysia
·         Indonesia tidak bersetuju kerana anggap sebagai satu neokolonialisme
·         Filipina pula menuntut Sabah masih menjadi hak milik mereka
·         Bagi menyelesaikan pertelingkahan,Malaysia mengambil langkah mengadakan rundingan dgn Filipina dan Indonesia
·         Akhirnya membawa pembentukan MAPHILINDO
·         Ketiga-tiga negara sepakat memohon bantuan PBB untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia
·         PBB telah menghantar wakilnya diketuai oleh Lawrence V.Micheal More
·         Hasilnya,majoriti rakyat Sabah dan Sarawak setuju dan sokong pembentukan Malaysia
·         Wbp, Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati hasil siasatan PBB
·         Mereka terus menentang pembentukan Malaysia
·         Persengketaan yang berterusan menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi
iii.                  ASEAN [5m]
·         Dibentuk dan ditubuhkan hasil Deklarasi Bangkok pada 8 Ogos 1967,antara matlamatnya ialah
·         Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara(AT)
·         Membantu satu sama lain dalam bidang ekonomi,sosial dan kebudayaan
·         Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama bidang pertanian,perdagangan dan perindustrian
·         Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan
·         Mengadakan hubungan erat dengan persatuan atau pertubuhan serantau dan antarabangsa











15 markah
4.       Pertukaran ilmu teknologi dengan negara luar dalam menjana kemajuan negara.
Bagaimanakah pertukaran ilmu dan teknologi dengan negara luar dapat menjana kemajuan negara?
·         Meluaskan pasaran/ekonomi negara
·         Meningkatkan kajian dan pembangunan(R&D)
·         Meningkatkan kemajuan sains dan teknologi
·         Melakukan penyelidikan dan inovasi
·         Dapat lahirkan idea bertaraf dunia
·         Menyediakan pendidikan bertaraf dunia
·         Mampu mereka cipta
·         Menarik pelabur asing
·         Menambahkan tenaga kerja mahir
·         Melahirkan pakar bertaraf dunia
·         Memajukan perdagangan ke peringkat antarabangsa
·         Memajukan industri asas tani
·         Menjadi pelopor hub halal dunia
·         Mengurangkan kadar pengangguran
·         Mengurangkan kadar kemiskinan
·         Mana-mana jawapan yang munasabah







15 markah
5.       Kejayaan negara hasil hubungan dengan negara luar
Berdasarkan pemerhatian anda, jelaskan kejayaan yang dicapai oleh negara kita hasil hubungan dengan negara luar.

·         Menganjurkan persidangan ketua-ketua negara dan kerajaan Komanwel
·         Mengisytiharkan Deklarasi Langkawi mengenai alam sekitar
·         Lantang bersuara menentang dasar Aparteid
·         Menghantar pasukan pengaman ke Congo/Zaire,Namibia dan Bosnia
·         Pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq,Kampuchea dan Timor Leste
·         Menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB
·         Pengerusi Perhimpunan Agong PBB
·         Kestabilan politik
·         Keharmonian kaum
·         Menganjurkan Sukan Komanwel 1989
·         Menganjurkan Sukan Dwi Tahunan ASEAN(Sukan Sea)
·         Menyertai beberapa agensi PBB
·         Menyarankan agar Benua Antartika dijadikan warisan dunia
·         Menganjurkan persidangan antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur
·         Mana-mana jawapan yang munasabah








10 markah
6.       Peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju
Pada pendapat anda, apakah peranan generasi muda untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang maju?
·         Rajin belajar/mengulangkaji pelajaran
·         Mengamalkan pendidikan sepanjang hayat
·         Menguasai semua kemahiran /ilmu
·         Menguasai kemahiran ICT
·         Menguasai pelbagai bahasa(Inggeris)
·         Gigih berusaha
·         Tidak berputus asa
·         Bersikap berdikari
·         Kreatif dan inovatif
·         Melakukan penyelidikan/kajian dan pembangunan
·         Berani mencuba
·         Sanggup berkorban untuk kebaikan
·         Mengamalkan disiplin diri
·         Memelihara jati diri
·         Mematuhi ajaran agama
·         Menjauhi larangan agama
·         Kuat beribadah
·         Taat perintah Tuhan
·         Semangat cinta akan negara
·         Tabah dan sabar menghadapi dugaan







10 markah
7.       Penerapan nilai-nilai murni/iktibar/patriotism yang diperoleh daripada sifat keterbukaan masyarakat Malaysia
Nyatakan nila-nilai murni/iktibar/patriotism yang diperoleh daripada sifat
keterbukaan masyarakat Malaysia.
·         Sedia menerima perubahan
·         Kepentingan ilmu pengetahuan
·         Hormat menghormati
·         Bertolak ansur
·         Menghormati pegangan agama
·         Membantu pihak yang memerlukan
·         Menolak amalan rasuah
·         Mematuhi undang-undang/peraturan
·         Berani mempertahankan maruah negara
·         Mengambil iktibar daripada peritiwa lalu
·         Bangga akan keunikan negara
·         Berbangga sebagai rakyat Malaysia
·         Menghormati keluhuran perlembagaan negara
·         Menyokong dasar kerajaan
·         Berani berjuang
·         Bersemangat kental
·         Negara kita tanggungjawab kita








10 markah
Merumus
·         Pengetahuan yang diperoleh
·         Banyak pengetahuan yang saya dapati daripada sejarah perhubungan antarabangsa.
·         Kita perlu berilmu pengetahuan,berkamahiran tinggi serta bijak menggunakan peluang sedia ada untuk memajukan negara sekiranya ingin berdaya saing dengan negara-negara maju yang lain.
·         Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara.
·         Selain itu,negara akan menjadi lebih kuat sekiranya rakyat bersatu padu dan bekerjasama mempertahankan kedaulatan negara
·         Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang.
·         Negara memerlukan pemimpin yang cekap,berintegriti dan berwawasan serta pentadbiran yang sistematik untuk mencapai kejayaan yang lebih bermakna.
·         Saya berharap negara Malaysia akan sentiasa maju,makmur dan berjaya.





5 markah