Isnin, 7 Mei 2012

TAJUK PANAS SISIPAN SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012

TAJUK PANAS SISIPAN
SEJARAH KERTAS 2 SPM 2012


TAJUK 1  : PENGARUH AGAMA HINDU DAN BUDDHA DI ASIA TENGGARA

SOALAN ESEI

Jelaskan kedatangan pengaruh agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.

·         Dibawa oleh pedagang (Vaisya)
·         Disebarkan melalui perdagangan
·         Dibawa oleh tentera (Ksyatria)
·         Disebarkan semasa menakluk tanah jajahan
·         Dibawa oleh pendakwah (Brahmin)
·         Disebarkan apabila Brahmin menyertai rombongan pedagang dan penakluk
·         Dibawa balik oleh pedagang tempatan
·         Mengamalkan budaya dari India

Terangkan pengaruh agama Hindu dan Buddha terhadap sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.

·         Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
·         Meniru sistem beraja di India
·         Raja berkuasa mutlak
·         Raja menjadi ketua negara
·         Raja menjadi ketua pentadbiran, keagamaan, kehakiman dan ketenteraan
·         Raja adalah dewaraja
·         Raja adalah bayangan tuhan
·         Raja mempunyai kesaktian
·         Titah raja adalah undang-undang
·         Melanggar titah raja adalah derhaka
·         Raja mempunyai taraf yang berbeza daripada rakyat
·         Raja mengamalkan adat istiadat diraja
·         Raja membina kompleks kota

Angkor Wat adalah candi Hindu manakala Borubudor ialah candi agama Buddha.
Nyatakan unsur agama Hindu dan Buddha yang terdapat dalam seni bina kedua-dua candi tersebut.

      Angkor Wat
·         Mempunyai dewan di tengah-tengah candi sebagai pusat pemujaan
·         Patung dewa diletak berhadapan dewan
·         Terdapat menara di tiap-tiap penjuru candi
·         Dikelilingi tembok
·         Cerita epik Ramayana dan Mahbharata diukir pada tembok

      Borubudur
·         Dibina tiga tingkat yang melambangkan sila, samadhi dan panna
·         Terdapat lapan teres melambangkan Jalan Mulia Lapan Lapis
·         Terdapat stupa sebagai tanda ingatan kepada orang mati
·         Diletakkan patung Buddha di setiap tingkat sebagai ingatan kepada Gautama Buddha
·         Riwayat hidup Gautama Buddha diukir pada dinding candi di tingkat bawah



SOALAN STRUKTUR

Apakah ciri pemerintahan beraja dalam kerajaan awal di Asia Tenggara yang menerima pengaruh agama Hindu dan Buddha.

  • Meniru sistem beraja di India.
  • Pemerintah menggunakan gelaran raja
  • Raja berada di puncak pemerintahan.
  • Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan pembesar.
  • Raja berkuasa mutlak.
  • Raja berkuasa dalam pentadbiran, hubungan luar,             ketenteraan dan khazanah negara.
  • Perintah raja menjadi undang-undang.
  • Melanggar titah raja adalah derhaka.
  • Raja dianggap bayangan tuhan
  • Raja adalah dewaraja.
  • Raja mempunyai kesaktian.
  • Adat istiadat diwujudkan untuk mengukuhkan kedaulatan raja.
  • Adat istiadat bertujuan membezakan kedudukan raja dengan rakyat.
  • Raja membina kompleks kota.

Nyatakan peranan candi dalam masyarakat awal di Asia Tenggara.

  • Tempat ibadat
  • Tempat menyimpan abu mayat raja dan keluarganya.
  • Tempat menyimpan patung dewa utama
  • Menjadi lambang kehebatan pemerintah
  • Menjadi lambang keagungan kerajaan
·         Menjadi lambang kekayaan negara
·         Menjadi lambang pegangan agama rakyat
·         Melambangkan orde kosmos

Berikan dua fungsi bahasa Sanskrit dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.

·         Menulis batu bersurat

  • Menulis kitab-kitab agama Hindu dan Buddha.
  • Mendalami ajaran agama Hindu dan Buddha.

·         Menulis kesusasteraan.

·         Mempelajari ilmu

·         Menjadi bahasa komunikasi kerajaan / bahasa diplomatik

  • Menulis hal-hal agama
  • Mencatat doa
  • Mencatat salasilah raja
  • Merekod urusan pentadbiran

Nyatakan pengaruh epik Ramayana dan Mahabharata yang terdapat dalam kesusasteraan masyarakat awal di Asia Tenggara.

·         Menggunakan perkataan Sanskrit

·         Disampaikan dalam bahasa Sanskrit

·         Terdapat unsur mitos dan lagenda

·         Jalan cerita berasaskan cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata

  • Cerita teater wayang kulit berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
  • Cerita-cerita lisan berasaskan epik Ramayana dan Mahabharata.
  • Cerita hikayat yang disadur daripada epik Ramayana dan Mahabharata.



TAJUK 2  : PIAGAM MADINAH


SOALAN STRUKTUR

Apakah Piagam Madinah ?

·         Perlembagaan negara Islam Madinah
·         Perlembagaan bertulis berkaitan politik, ekonomi dan sosial
·         Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan wahyu Allah
·         Perlembagaan yang menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
·         Peraturan yang menjadi tanggungjawab ketua negara dan rakyat Madinah
·         Perjanjian antara orang Islam dan orang bukan Islam


Nyatakan kandungan Piagam Madinah dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

            Politik
·         Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara Islam Madinah
·         Baginda sebagai ketua hakim.
·         Baginda menyelesaikan masalah masyarakat Madinah.
·         Undang-undang Islam diguna pakai
·         Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
·         Masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah

            Ekonomi
·         Masyarakat Madinah menikmati peluang ekonomi yang sama rata.
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan
·         Masyarakat Madinah dituntut bekerjasama memajukan negara

            Sosial
·         Masyarakat Madinah adalah satu ummah
·         Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan
·         Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
·         Adat yang  tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
·         Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah


Jelaskan kedudukan orang Yahudi mengikut Piagam Madinah.

·         Orang Yahudi diiktiraf sebagai rakyat Madinah
·         Mereka mempunyai hak yang sama dengan orang Islam
·         Mereka dibenarkan tinggal di Madinah.
·         Orang Yahudi bebas mengamalkan agama mereka.
·         Mereka tidak boleh menimbulkan huru-hara.
·         Kedudukan mereka terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah.
·         Mereka sama-sama bertanggungjawab mempertahankan Madinah.


Mengapakah kandungan Piagam Madinah dapat diterima oleh semua kaum ?

·         Semua kaum diiktiraf sebagai rakyat Madinah
·         Mereka mempunyai hak yang sama dengan orang Islam
·         Mereka dibenarkan tinggal di Madinah.
·         Orang Yahudi bebas mengamalkan agama mereka.
·         Keselamatan terjamin selagi mematuhi Piagam Madinah.
·         Masyarakat Madinah menikmati peluang ekonomi yang sama rata.
·         Tiada unsur penipuan dan amalan riba
·         Pemerintah menyelesaikan masalah rakyat
·         Undang-undang Islam diguna pakai
·         Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
·         Masyarakat bersatu padu


SOALAN ESEI

Apakah maksud Piagam Madinah.

·         Perlembagaan negara Islam Madinah
·         Perlembagaan bertulis berkaitan politik, ekonomi dan sosial
·         Perlembagaan yang dirangka oleh Nabi Muhammad s.a.w. berpandukan wahyu Allah
·         Perlembagaan yang menjadi asas pemerintahan kerajaan Islam Madinah
·         Peraturan yang menjadi tanggungjawab ketua negara dan rakyat Madinah
·         Perjanjian antara orang Islam dan orang bukan Islam

Terangkan kandungan Piagam Madinah.

            Politik
·         Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua negara Islam Madinah
·         Baginda sebagai ketua hakim.
·         Baginda menyelesaikan masalah masyarakat Madinah.
·         Undang-undang Islam diguna pakai
·         Peraturan kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
·         Masyarakat Madinah wajib mempertahankan Madinah

            Ekonomi
·         Masyarakat Madinah menikmati peluang ekonomi yang sama rata.
·         Unsur penipuan dan riba dihapuskan
·         Masyarakat Madinah dituntut bekerjasama memajukan negara

            Sosial
·         Masyarakat Madinah adalah satu ummah
·         Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan
·         Masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.
·         Adat yang  tidak bertentangan dengan Islam boleh diamalkan.
·         Keselamatan orang bukan Islam dijamin selagi mematuhi Piagam Madinah

Jelaskan kandungan Piagam Madinah yang boleh dilaksanakan dalam negara berbilang kaum.

·         Mengiktiraf semua kaum diiktiraf sebagai rakyat negara
·         Semua kaum mempunyai hak yang sama
·         Semua kaum dibenarkan tinggal dalam negara
·         Semua kaum bebas mengamalkan agama mereka.
·         Semua kaum bebas mengamalkan budaya hidup masing-masing
·         Keselamatan semua kaum terjamin
·         Semua kaum menikmati peluang ekonomi yang sama rata.
·         Tiada unsur penipuan dan amalan riba terhadap semua kaum
·         Pemerintah menyelesaikan masalah rakyat
·         Undang-undang Islam diguna pakai
·         Peraturan mana-mana kaum boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
·         Masyarakat bersatu padu


TAJUK 3  : PENGARUH ISLAM TERHADAP PENDIDIKAN MASYARAKAT MELAYU TRADISIONAL


SOALAN ESEI

Huraikan cara pendidikan tidak formal disampaikan dalam masyarakat Melayu tradisional.

·         Disampaikan melalui pendengaran.
·         Contohnya memberi nasihat supaya berkelakuan baik.
·         Melalui penglihatan dan pemerhatian.
·         Contohnya menguasai kemahiran dalam bertani, bertukang, menganyam dan mengurus rumah tangga.
·         Melalui cerita.
·         Contohnya Pak Pandir, Cerita Anjing Dengan Bayang-Bayang dll.
·         Melalui pergaulan sosial.
·         Contohnya kanak-kanak tidak menyampuk perbualan orang tua.
·         Melalui adab sopan.
·         Contohnya membongkok sambil meluruskan tangan sebelum lalu di hadapan orang tua.
·         Melalui pantang larang.
·         Contohnya kanak-kanak dilarang bermain di luar rumah pada waktu senja, anak dara tidak dilarang menyanyi di dapur dll.
·         Melalui adat istiadat.
·         Contohnya adat berziarah, adat makan, adat berjiran dsb.
·         Melalui pantun.
·         Contohnya Siakap senohong gelama ikan duri; bercakap bohong lama-lama mencuri atau Pulau Pandan jauh ke tengah, gunung Daik bercabang tiga; Hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga.
·         Melalui peribahasa.
·         Contohnya Seperti anjing dengan bayang-bayang, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong dll.
·         Melalui teka-teki. 

Jelaskan peranan istana sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan dalam masyarakat Melayu tradisional.

·         Tempat mengaji agama.
·         Tempat ulama mengajar agama.
·         Tempat ulama berbincang hal agama.
·         Tempat mengembangkan ilmu tasawuf.
·         Tempat menyimpan buku-buku hikayat.
·         Tempat mempelajari ilmu politik dan pentadbiran.

Nyatakan perbezaan antara sistem pondok dengan sistem madrasah yang terdapat dalam masyarakat Melayu tradisional.

      Sistem Pondok
·         Memberi penekanan kepada ilmu agama.
·         Bertujuan melahirkan guru agama.
·         Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.

·         Tidak mempunyai batasan waktu.

  • Tiada had umur
  • Mengambil tempoh masa yang lama untuk menamatkan pengajian.

      Sistem Madrasah
  • Menggunakan sukatan pelajaran.
  • Dijalankan secara kelas.
  • Dilaksanakan mengikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
  • Diawasi oleh mudir (guru besar)
  • Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.


SOALAN STRUKTUR

Apakah maksud pendidikan tidak formal dalam konteks masyarakat Melayu tradisional ?

·         Pendidikan awal
·         Asuhan keluarga.
·         Pendidikan secara tidak langsung
·         Berlaku di peringkat institusi keluarga.
·         Menekankan pengajaran nilai-nilai moral.
·         Dipelajari melalui pendengaran, penglihatan dan pemerhatian.    

Sebutkan dua cara yang digunakan oleh masyarakat Melayu tradisional untuk mengajar nilai-nilai moral masyarakat.

·         Disampaikan melalui pendengaran.
·         Melalui penglihatan dan pemerhatian.
·         Melalui cerita.
·         Melalui pergaulan sosial.
·         Melalui adab sopan.
·         Melalui pantang larang.
·         Melalui adat istiadat.
·         Melalui pantun.
·         Melalui peribahasa.
·         Melalui teka-teki. 

Nyatakan ciri sistem pondok.

·         Memberi penekanan kepada ilmu agama.
·         Bertujuan melahirkan guru agama.
·         Bertujuan melahirkan pelajar yang boleh berkhidmat kepada masyarakat.

·         Tidak mempunyai batasan waktu.

  • Tiada had umur
  • Mengambil tempoh masa yang lama untuk menamatkan pengajian.

Mengapakah sistem madrasah dianggap sebagai sistem pendidikan yang sistematik ?

  • Menggunakan sukatan pelajaran.
  • Dijalankan secara kelas.
  • Dilaksanakan mengikut tahap – permulaan, pertengahan dan pengkhususan.
  • Diawasi oleh mudir (guru besar)
  • Diselia oleh sebuah lembaga, jawatankuasa kewangan dan sebagainya.


TAJUK 4  : PEMBANDARAN DI TANAH MELAYU


SOALAN ESEI

Huraikan faktor yang membantu proses pembandaran di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.

  • Kekayaan sumber semula jadi.
  • Faktor perlombongan
  • Kesan pertambahan penduduk.
  • Terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi dll.
  • Terdapatnya kemudahan infrastruktur.
  • Kedudukan yang strategik.
  • Kemajuan dalam bidang perhubungan .
  • Terdapatnya aktiviti pertanian komersil.
  • Terdapat industri berasaskan bijih timah dan getah.
  • Dasar penjajah British membangunkan kawasan tertentu.

Nyatakan fungsi bandar baru di Tanah Melayu.

  • Menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
  • Sebagai tempat mengumpul hasil lombong.
  • Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian.
  • Menjadi pusat pentadbiran, pusat perniagaan, perbankan dsb.
  • Menjadi pusat petempatan.
  • Menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian komersil.
  • Menjadi tempat persimpangan sistem perhubungan.
·         Sebagai pelabuhan

Mengapakah pembandaran di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu lebih pesat berbanding di bahagian pantai timur ?

  • Pantai barat kaya dengan sumber semula jadinya.
  • Kawasan pantai barat menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
  • Kawasan perlombongan bijih timah terdapat di pantai barat.
  • Kegiatan pertanian komersil juga bertumpu di pantai barat.
  • Dasar penjajah memajukan kawasan pantai barat.
  • Kawasan pantai barat menjadi tumpuan pusat perniagaan.
  • Pantai barat juga merupakan pusat pentadbiran penjajah.
  • Pantai Barat mempunyai pelbagai kemudahan infrastruktur.
  • Pantai barat memilki pelabuhan.
  • Pantai barat menjadi pusat tumpuan sistem perhubungan.


SOALAN STRUKTUR

Apakah maksud pembandaran ?

  • Perubahan daripada pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar.
  • Perubahan itu berlaku hasil pertambahan fungsi ekonominya.

Nyatakan faktor yang membantu proses pembandaran.

  • Kekayaan sumber semula jadi.
  • Faktor perlombongan
  • Kesan pertambahan penduduk.
  • Terdapat pusat pentadbiran, perbankan, pusat kegiatan ekonomi dll.
  • Terdapatnya kemudahan infrastruktur.
  • Kedudukan yang strategik.
  • Kemajuan dalam bidang perhubungan .
  • Terdapatnya aktiviti pertanian komersil.
  • Terdapat industri berasaskan bijih timah dan getah.
  • Dasar penjajah British membangunkan kawasan tertentu.

Sebutkan dua peranan bandar baru di Tanah Melayu.

  • Menjadi pusat kegiatan ekonomi penjajah.
  • Sebagai tempat mengumpul hasil lombong.
  • Menjadi pusat mendapatkan keperluan harian.
  • Menjadi pusat pentadbiran, pusat perniagaan, perbankan dsb.
  • Menjadi pusat petempatan.
  • Menjadi pusat pengumpulan hasil pertanian komersil.
  • Menjadi tempat persimpangan sistem perhubungan.
·         Sebagai pelabuhan

Apakah langkah yang perlu dilaksanakan untuk mewujudkan pembandaran yang seimbang di negara ini ?

  • Mewujudkan zon perindustrian di kawasan pedalaman
  • Menggalakkan pelaburan asing ke kawasan pantai timur
  • Membuka bandar baru
  • Membina pusat pemprosesan hasil pertanian di kawasan pertanian
  • Menggalakkan pertanian secara ladang
  • Membina lebuh raya merentasi kawasan pedalaman
  • Membina institusi pendidikan
  • Membuka tanah baru


TAJUK 5  : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA


SOALAN STRUKTUR


Apakah maksud nasionalisme ?

·         Perasaan cinta akan negara
·         Gerakan membebaskan tanah air daripada penjajahan politik, ekonomi dan kebudayaan asing.
·         Gerakan mempertahankan tanah air daripada pengaruh asing

Berikan nama tokoh yang memimpin gerakan nasionalisme Thailand.

·         Pridi Phanomyong
·         Phibul Songram

Nyatakan faktor kemunculan nasionalisme tahap pertama di Thailand.

·          Rakyat menentang pemerintahan raja berkuasa mutlak.
·          Rakyat mahu membentuk sistem raja berperlembagaan
·          Rakyat tidak puas hati terhadap kerabat diraja yang membolot kuasa politik.
·          Rakyat tidak puas hati terhadap sikap raja yang boros.

Apakah langkah yang dilaksanakan untuk menghalang penyebaran kebudayaan Cina di Thailand ?

·         Meluluskan undang-undang menyekat penguasaan orang Cina dalam ekonomi
·         Menamatkan penerbitan akhbar
·         Membubarkan sekolah Cina
·         Beliau menukarkan nama negara Siam kepada Thailand (Tanah Bebas).

Mengapakah nasionalisme Thailand berbeza daripada nasionalisme di negara Asia Tenggara yang lain ?

·         Nasionalisme timbul bukannya kerana bencikan penjajah.
·         Mereka bukannya menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
·         Rakyat ingin menamatkan sistem pemerintahan beraja mutlak.
·         Rakyat tidak suka kepada kerabat diraja yang membolot kuasa politik serta sikap raja yang boros.
·         Mereka mahukan sistem raja berperlembagaan.
·         Nasionalisme Thailand tidak menggulingkan raja.
·         Nasionalisme juga bertujuan menyekat penguasaan golongan Cina dan kapitalis dalam ekonomi.
·         Kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang menyekat penguasaan Cina dalam ekonomi dan pengaruh kebudayaan Cina.
  • Nasionalismenya bertujuan untuk mengekalkan kemerdekaan Thailand.



SOALAN ESEI

Jelaskan perbezaan ciri nasionalisme tahap pertama dengan ciri nasionalisme tahap kedua di Asia Tenggara.

      Ciri-Ciri Nasionalisme Tahap Pertama

·         Penentangan bersifat setempat sahaja.
·         Tiada organisasi.
·         Dipimpin oleh golongan agama.
·         Tidak bersifat politik
·         Berkisar kepada  isu kebudayaan, agama dan hak peribumi.
·         Tidak menuntut kemerdekaan segera

      Ciri-Ciri Nasionalisme Tahap Kedua

·         Bersifat radikal
·         Menyeluruh di seeluruh negara.
·         Mempunyai organisasi tersusun
·         Dipimpin oleh ahli politik yang berpendidikan Barat
·         Gerakan ini bersifat politik.
·         Matlamatnya menuntut kemerdekaan.
·         Mahu membentuk kerajaan sendiri

Terangkan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina atau di Indonesia.
           
            Nasionalisme Tahap Pertama

·         Dipimpin oleh Jose Rizal.
·         Menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol.
·         Menuntut bangsa Filipina mendapat hak yang sama dengan bangsa Sepanyol.
·         Menubuhkan Liga Filipina.
·         Mendesak Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
·         Dibuang negeri ke Dapitan, Mindanao.
  • Beliau dituduh terlibat dalam pemberontakan dan dihukum bunuh.

      Nasionalisme Tahap Kedua

·         Dimulakan oleh Andres Bonifacio.
·         Berhasrat mencapai kemerdekaan daripada Sepanyol.
·         Beliau menubuhkan Katipunan.
·         Menerbitkan akhbar Kalayan
·         Menyebarkan fahaman revolusi.
·         Melancarkan revolusi bersenjata.
·         Bonifacio dihukum mati.
·         Diteruskan oleh Emilio Aguinaldo.
·         Bekerjasama dengan Amerika Syarikat mengusir Sepanyol.
·         Mengisytiharkan kemerdekaan tetapi tidak disahkan oleh Amerika Syarikat.
·         Meneruskan revolusi terhadap Amerika Syarikat.
·         Ditangkap pada 1901.
·         Nasionalis menuntut kemerdekaan daripada Amerika menggunakan saluran undang-undang.

Apakah langkah yang dilakukan oleh penjajah Barat untuk menangani gerakan nasionalisme bersifat radikal di tanah jajahannya di Asia Tenggara ?

·         Menjatuhkan hukuman bunuh.
·         Menangkap dan memenjarakan
·         Membenarkan penubuhan parti politik bersifat sederhana.
·         Mengharamkan parti politik radikal.
·         Melarang pemerintah tempatan terlibat dalam politik
·         Penjajah memberi peluang ke arah berkerajaan sendiri.


TAJUK 6  : PAKATAN MURNI


SOALAN STRUKTUR

Apakah maksud pakatan murni ?

  • Usaha semua kaum menjalin kerjasama politik melalui rundingan.
  • Usaha semua kaum menyelesaikan tuntutan masing-masing melalui rundingan.
  • Usaha semua kaum mewujudkan perpaduan untuk mencapai kemerdekaan.

Mengapakah pakatan murni diwujudkan ?

  • Menjalin kerjasama politik
  • Menyelesaikan tuntutan kaum melalui rundingan
  • Mewujudkan perpaduan kaum di Tanah Melayu
  • Pra-syarat untuk mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu


Apakah persetujuan yang dicapai melalui rundingan antara ahli Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (JHAK) dengan UMNO ?

  • Menubuhkan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA).
  • Memajukan ekonomi masyarakat luar bandar.
  • Memajukan pendidikan masyarakat luar bandar
  • Melantik Dato’ Onn Jaafar menjadi Pengerusi RIDA
  • Memberikan kerakyatan kepada imigran melalui Kerakyatan Negeri 1951
·         Mengadakan pilihan raya di peringkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan pada masa yang sesuai

Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni.

  • Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
  • Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai.
  • Menjadi Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
  • Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
  • Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang menggunakan konsep kerjasama kaum.
  • Membuka IMP kepada semua kaum.
·         Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti sebagai dasar IMP.

Apakah kejayaan yang dicapai melalui pakatan murni ?

  • Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
  • Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama.
  • Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri pada tahun 1954.
  • Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
  • PERIKATAN dianggotai oleh MIC pada 1955.
  • Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
  • PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
  • PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
  • Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
  • Membahagikan anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
  • Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.


SOALAN ESEI


Terangkan langkah yang dilaksanakan untuk mewujudkan pakatan murni sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

  • Membentuk Jawatankuasa Hubungan Antara kaum (JHAK)
  • JHAK dianggotai oleh kaum Melayu, Cina dan India..
  • JHAK mengutamakan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan
  • JHAK mengadakan rundingan dengan UMNO.
  • Beberapa perkara dipersetujui iaitu penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA) untuk memajukan masyarakat luar bandar, pemberian kerakyatan kepada imigran, dan pelaksanaan pilihan raya pada masa sesuai.
  • Dato’ Onn Jaafar mencadangkan keahlian UMNO dibuka kepada orang bukan Melayu.
  • Beliau dikecam kerana orang Melayu enggan mengubah struktur UMNO.
  • Dato’ Onn meninggalkan UMNO.
  • Dato’ Onn menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
  • Beliau membuka keahlian IMP kepada semua kaum.
  • Beliau menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti.
  • Pihak British menubuhkan Persidangan Kebangsaan.
  • Ditubuhkan oleh Sir Malcolm MacDonald.
  • Tujuannya ialah mencapai kerjasama politik dan mengurangkan perkauman.
  • Tunku Abdul Rahman menganjurkan Konvensyen Kebangsaan
  • Konvensyen dianjurkan bersama MCA.
  • Konvensyen ini disertai oleh pelbagai parti dan persatuan politik.

Nyatakan peranan Dato’ Onn Jaafar dalam mewujudkan pakatan murni antara kaum di Tanah Melayu.

  • Mewakili orang Melayu dalam Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC).
  • Menjadikan perpaduan kaum sebagai asas kemerdekaan yang akan dicapai.
  • Menjadi Pengerusi pertama Lembaga Pembangunan Industri Desa (RIDA)
  • Membuka keahlian UMNO kepada bukan Melayu.
  • Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) yang menggunakan konsep kerjasama kaum.
  • Membuka IMP kepada semua kaum.
·         Menggunakan konsep kerjasama kaum dalam satu parti sebagai dasar IMP.

Jelaskan kejayaan yang dicapai hasil pakatan murni.

  • Kerjasama UMNO-MCA telah memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.
  • Gabungan UMNO-MCA memenangi Pilihan Raya Majlis Perbandaran beberapa bandar utama.
  • Parti Perikatan memenangi Pilihan Raya Negeri pada tahun 1954.
  • Kerjasama UMNO-MCA menjadi asas penubuhan Parti PERIKATAN.
  • PERIKATAN dianggotai oleh MIC pada 1955.
  • Pemimpin Parti Negara, UMNO, MCA dan MIC menganggotai Jawatankuasa Pilihan Raya Majlis Mesyuarat Perundangan.
  • PERIKATAN memenangi Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955.
  • PERIKATAN berjaya menubuhkan kerajaan dan membentuk kabinet
  • Tunku Abdul Rahman dipilih menjadi Ketua Menteri.
  • Membahagikan anggota kabinet daripada pelbagai kaum.
  • Tunku Abdul Rahman mengetuai rundingan kemerdekaan.


TAJUK 7  : DASAR PELAJARAN


SOALAN ESEI

Cadangan dalam Penyata Razak 1956 telah dijadikan Ordinan Pelajaran 1957. Terangkan cadangan tersebut.

  • Pendidikan adalah bermatlamatkan perpaduan.
  • Dua elemen penting dalam dasar pedidikan negara iaitu :
  • Sistem persekolahan yang sama bagi semua penduduk.
  • Kurikulum yang seragam dan bercorak kebangsaan.
  • Penubuhan dua jenis sekolah rendah.
  • iaitu sekolah umum dan sekolah jenis umum.
  • Pembahagian sekolah Menengah kepada dua aliran
  • iaitu sekolah menengah Melayu dan sekolah menengah Inggeris.
  • Penggunaan bahasa pengantar di sekolah.
  • Sekolah Umum menggunakan pengantar bahasa Melayu.
  • Sekolah jenis umum menggunakan pengantar bahasa Inggeris, Cina dan Tamil
  • Sekolah Menengah Melayu menggunakan pengantar bahasa Melayu .
  • Sekolah menengah Inggeris menggunakan pengantar bahasa Inggeris.
  • Bahasa Melayu dan Bahasa inggeris diwajibkan di semua sekolah.

Nyatakan syor dalam Laporan Rahman Talib 1960 yang digubal menjadi Akta Pelajaran 1961.

  • Sekolah umum dijadikan sekolah kebangsaan.
  • Sekolah jenis umum dijadikan sekolah jenis kebangsaan.
  • Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan tanpa mengira keturunan dan agama.
  • Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan.
  • Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.
  • Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah menengah.
  • Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar Islam.
  • Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekira terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
  • Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan

Apakah kepentingan sistem persekolahan Aneka Jurusan yang diperkenalkan melalui Kajian Aminudin Baki 1965 ?

  • Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
  • Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun.
  • Memberikan pelbagai kursus kemahiran
  • Melahirkan tenaga mahir
  • Sebagai persediaan untuk pasaran kerja


SOALAN STRUKTUR

Apakah elemen penting yang dikemukakan dalam Penyata Razak 1956 untuk mewujudkan perpaduan melalui pendidikan ?

·         Sistem persekolahan yang sama
·         Kurikulum yang seragam
·         Kurikulum bercorak kebangsaan

Namakan jenis sekolah yang akan diwujudkan mengikut cadangan dalam Penyata Razak 1956.

·         Sekolah Umum
·         Sekolah Jenis Umum

Nyatakan dua perkara yang menjadi dasar pelajaran dalam Akta Pelajaran 1961.

·          Pelajaran percuma diberikan kepada semua pelajar sekolah rendah kerajaan
·          Bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa kebangsaan.
·          Sekolah rendah yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar ditukar kepada bahasa Melayu.
·          Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah       menengah.
·          Pelajaran agama Islam diajar di semua sekolah bantuan penuh kerajaan yang mempunyai tidak kurang daripada 15 orang pelajar Islam.
·          Bahasa Cina dan bahasa Tamil akan diajar di sekolah kebangsaan sekira terdapat sekurang-kurangnya 15 orang pelajar.
·          Semua peperiksaan awam akan diadakan dalam bahasa kebangsaan

Berikan dua tujuan kerajaan memperkenalkan sistem persekolahan Aneka Jurusan pada tahun 1965 ?

  • Menampung pelajar yang gagal memasuki sekolah menengah akademik.
  • Menyediakan pelajaran sehingga berumur 15 tahun.
  • Memberikan pelbagai kursus kemahiran
  • Melahirkan tenaga mahir
  • Sebagai persediaan untuk pasaran kerja


TAJUK 8  : ASEAN


SOALAN STRUKTUR

Sebutkan dua buah negara anggota ASEAN.

  • Malaysia
  • Indonesia
  • Thailand
  • Filipina
  • Singapura
  • Vietnam
  • Kemboja
  • Laos
  • Myanmar
  • Brunei Darussalam

Mengapakah negara anggota ASEAN mengistiharkan rantau tersebut sebagai Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) ?
  • Mengekalkan keamanan di Asia Tenggara
  • Mengekalkan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara
  • Tidak bersekongkol dengan mana-mana blok kuasa
·         Berbaik-baik dengan semua negara
·         Mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar di Asia Tenggara

Apakah usaha yang dilaksanakan untuk meralisasikan konsep ZOPFAN di rantau Asia Tenggara.

  • Berusaha mengatasi pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea
  • Mengadakan mesyuarat bagi membentuk Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
  • Membuat keputusan bersama ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear.
  • Tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan / pelabuhan negara ASEAN untuk mengangkut bahan / senjata nuklear

Nyatakan peranan Malaysia sebagai anggota ASEAN.

  • Menandatangani Deklerasi Kuala Lumpur pada November 1971.
  • Memberi kata sepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN)
  • Mengatasi masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea.
  • Turut serta dalam mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea.
  • Membuat keputusan ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear.
  • Mengisytiharkan larangan menggunakan perairan dan pelabuhannya untuk mana-mana kapal yang mengangkut bahan atau senjata nuklear.
  • Bekerjasama dalam projek perindustrian, contohnya projek baja urea.
  • Menyertai kerjasama  ekonomi melalui AFTA.
  • Mengemukakan idea mewujudkan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC) bagi memperluaskan kerjasama ekonomi yang melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
  • Menghadiri siri perbincangan tentang kerjasama ASEAN + 3.
  • Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan dengan menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
  • Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
  • Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan dan sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
  • Bersama-sama menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
  • Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
  • Menganjurkan Sukan SEA.
  • Menjalinkan kerjasama menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.


SOALAN ESEI


Jelaskan matlamat penubuhan ASEAN.

  • Mengekalkan kestabilan politik rantau Asia Tenggara.
  • Membantu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan.
  • Meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
  • Memberikan kerjasama dan membantu dalam bentuk latihan dan penyelidikan.
  • Mengadakan hubungan erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.

Huraikan langkah yang dilaksanakan untuk memupuk kerjasama ekonomi dan sosial dalam kalangan negara anggota ASEAN.

      Kerjasama Ekonomi

  • Membentuk kerjasama dalam projek perindustrian
  • Contohnya mengadakan kerjasama dalam projek baja UREA. Di Bintulu, Sarawak dan Acheh, Indonesia.
  • ASEAN cuba mewujudkan kerjasama ekonomi ASEAN.
  • Kerjasama tersebut difikirkan melalui zon perdagangan bebas ASEAN (AFTA).
  • Diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura pada 1992.
  • ASEAN memperluaskan skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sini.melalui Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC)
  • EAEC melibatkan kerjasama ASEAN dengan China, Jepun dan Korea Selatan.
  • ASEAN mewujudkan kerjasama ekonomi tidak rasmi dengan negara Timur melalui ASEAN + 3.
·         Kerjasama tersebut diwujudkan antara ASEAN dengan negara China, Jepun dan Korea Selatan.

      Kerjasama Sosial

  • Memberikan kerjasama dalam bidang pendidikan
  • Menyertai Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
  • Membina Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang.
  • Mengadakan kerjasama dalam bidang kebudayaan
  • mengadakan festival kebudayaan dan kesenian.
  • Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN.
  • Bekerjasama dalam bidang penyiaran
  • Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio.
  • Bekerjasama dalam bidang sukan
  • Menganjurkan Sukan SEA.
  • Bekerjasama dalam pelacongan
  • Menyertai Tahun Melawat ASEAN 1992.

Apakah faedah yang dinikmati oleh Malaysia dengan menganggotai ASEAN.

  • Menjamin kestabilan politik.
  • Menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.
  • Memperoleh kemudahan latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi
  • Menyelesaikan pertelingkahan tentang pembentukan Malaysia dengan Filipina dan Indonesia.
  • Memberikan sumbangan untuk menyelesaikan masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja.
  • Meningkatkan ekonomi / taraf hidup penduduk.
  • Bertukar-tukar pandangan melalui mesyauarat / persidangan yang disertai.
  • Mewujudkan hubungan yang baik dengan negara-negara anggota
  • Memperkenalkan negara kita
  • Malaysia mendapat hak menganjurkan sukan SEA.
  • Menonjolkan kewibawaan pemimpin Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan