Isnin, 29 April 2013

SOALAN KBKK SEJARAH TINGKATAN 4

SOALAN KBKK SEJARAH
TINGKATAN 4

BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA

1. Mengapakah zaman peleolitik merupakan zaman kemunduran manusia prasejarah?
  •  hidup cara nomad- pindah randah
  • tinggal di tepi sungai/tasik/gua
  • hidup berkelompok
  • menyara hidup dengan cara tangkap ikan,buru binatang dan pungut hasil hutan
  • guna alatan batu yang kurang fungsinya dan tiada nilai seni
2. Mengapakah masyarakat Neolitik lebih maju?
  • hidup menetap dalam kelompok besar/bermasyarakat
  • boleh menyara hidup melalui cucuk tanam dan berternak
  • alat batu yang lebih berfungsi dan halus buatannya
  • mempunyai alat tembikar
  • mula wujudkan pengkhususan kerja
  • mula melebur besi/logam
  • amalkan sistem barter kerana lebihan hasil pertanian/makanan
3. Apakah kemajuan yang perlu dicapai untuk menjadi sebuah masyarakat bertamadun?
  • kemajuan pemikiran dan kerohanian
  • petempatan yang kekal dan bersistematik
  • hidup berorganisasi merangkumi aspek politik,ekonomi dan sosial
  • mempunyai sistem pemerintahan untuk jalankan pentadbiran
  • pengkhusasan kerja ikut kepakaran
  • beragama dan kepercayaan
  • ada bahasa dan sistem tulisan;hieroglif,cuneiform
 4. Mengapakah kawasan sekitar lembah sungai menjadi lokasi pembentukan tamadun awal?
  • tanah subur
  • ada bekalan air kegunaan harian
  • sumber makanan/protein
  • untuk mengairi kawasan pertanian
  • tanah rata/pamah sesuai untuk bina petempatan
  • ada kemudahan pengangkutan dan perhubungan
  • kemudahan pelabuhan jalankan perdagangan
5. Apakah sumbangan Mesopotamia kepada kemajuan dunia hari ini?
  • undang-undang untuk elakkan  masalah pelbagai kaum dan perpaduan:Kod Undang Undang Hammurabi
  • lahirkan jurutulis merekod urusan pentadbiran dan perniagaan seperti resit,nota dan surat kredit
  • perkembangkan ilmu matematik seperti operasi tambah,tolak,bahagi dan darab
  • guna kalender asas sistem solar(12 bulan setahun)
  • ilmu perubatan mementingkan ubatan herba
  • roda yang digunakan kereta kuda untuk berperang
  • membuat batu bata
6. Apakah kepentingan Kod Undang-Undang Hammurabi kepada masyarakat Mesopotamia?
  • hak rakyat terhadap  keadilan
  • hukuman setimpal dengan kesalahan
  • elakkan pergaduhan 
  • membawa perpaduan
  • aman dan makmur
  • kemajuan negara 
7. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada kemajuan yang dicapai tamadun mesir?
  •  pengkhususan kerja penting untuk kepesatan ekonomi
  • perdagangan antarabangsa dijalankan seperti import eksport
  • kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediteranean dan Laut Merah seperti Thebes dan Memphis singgah
  • percaya kepada agama dan tuhan
  • sistem tulisan seperti hieroglif untuk merekod
  • mampu bina bangunan guna batu bata
  • mempunyai kemahiran seni bina piramid
  • mencipta kertas daripada pokok papyrus
  • pengamal perubatan diberi status tinggi
  • memumiakan mayat
  • mahir dalam bidang fizik,kimia dan perubatan
8. Mengapakah masyarakat tamadun Indus berjaya membina bnadar terancang?
  • kepakaran mereka menentukan letakan bandar
  • mempunyai kemahiran ilmu geometri,kesenian,matematik
  • mempunyai bahan binaan bermutu
  • sikap terbuka  
9. Mengapakah bandar terancang penting untuk memajukan sesuatu bandar?
  •  aktiviti ekonomi berjalan lancar
  • kebersihan bandar
  • mudahkan proses pembangunan bandar
  • bandar lebih tersusun
  • perkemaskan kemudahan perhubungan
  • keamanan terjamin
  • kemudahan pusat perniagaan
10. Bagaimanakah dinasti di China mengekalkan pemerintahannya?
  • raja berkuasa di pusat pentadbiran
  • raja dapat mandat dari tuhan
  • dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan
  • wilayah luar raja dibantu bangsawan yang mentadbir wilayahnya
  • bangsawan pungut cukai,urus pertahanan dan undang-undang
  • membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
  • setiap wilayah dilantik pembesar tempatan
  • pembesar taatsetia kepada raja dan beri hadiah 
  • pembesar melindungi raja
  • pembesar sediakan tentera masa perang
  • pembesar jadi ketua agama
11. Apakah iktibar yang boleh diambil daripada aktiviti pertanian tamadun China untuk memajukan bidang pertanian di negara kita?
  • membina sistem pengairan moden
  • bina terusan untk elakkan banjir
  • menukar alat pertanian tradisional kepada alat besi
  • pertanian dimajukan untuk majukan negara
  • petani China rajin
  • mereka berinovatif dan produktif
  • pertanian di China mampu tampung jumlah penduduk yang ramai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan