Selasa, 30 April 2013

SOALAN KBKK SEJARAH TINGKATAN 4

SOALAN KBKK SEJARAH
TINGKATAN 4
BAB 2: PENINGKATAN TAMADUN

1. Bandingkan sistem demokrasi Yunani dengan sistem demokrasi Malaysia hari ini?
  • Sistem demokrasi di Athens terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
  • semua warganegara lelaki jadi anggota DP selama 6 bulan hingga 1 tahun
  • DP berhimpun 3 kali sebulan
  • ahli boleh mencadangkan dasar kerajaan tetapi keputusan dikendalikan oleh Majlis
  • ahli Majlis,Majistret dan Juri dilantik oleh dewan,maka dewan berkuasa penuh keatas ketiga-tiganya
  • Sistem demokarsi di Malaysia ada Dewan Rakyat dan Dewan Negara
  • lelaki dan perempuan boleh terlibat dalam politik
  • DR dan DN boleh berhimpun mengikut keperluan
  • keputusan di DR dan DN melibatkan juga Yang diPertuan Agong
  • pilihan raya diadakan bagi memilih pemimpin
2. Apakah ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa dalam sesebuah negara demokrasi?
  • amalkan sistem demokrasi adil
  • pentingkan perpaduan rakyat
  • mementingkan perpaduan rakyat
  • dahulukan kepentingan rakyat
  • memerintah dengan sistematik
  • menjaga kebajikan rakyat
3. Apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang pemimpin untuk kekalkan pemerintahan yang stabil?
  • amalkan sistem demokrasi
  • kuatkuasakan sistem ketenteraan
  • latih askar yang handal dan patriotik
  • memastikan keamanan negara
  • pupuk kedamaian sesama rakyat
  • pastikan kesetiaan rakyat tidak berbelah bahagi
  • rakyat perlu sanggup berkorban
  • berpegang teguh kepada ajaran agama/tuhan
4. Apakah yang perlu anda lakukan supaya undang-undang yang dilaksanakan membawa kepada keamanan?
  • memastikan undang-undang akan membentuk perpaduan kaum
  • memastikan satu badan khas seperti Dewan Perhimpunan menggubal undang-undang
  • undang-undang perlu adil dan saksama
  • sentiasa kemaskini dan membukukan undang-undang
  • memelihara kesucian undang-undang
  • denda kesalahan bergantung kepada kesalahan
  • libatkan golongan agama dalam proses penggubalan undang-undang berkaitan agama
  • pastikan undang-undang dapat kawal tingkah laku rakyat
5. Sebagai seorang raja tamadun dunia,bagaimanakah cara menjayakan misi meluaskan empayar?
  • satukan wilayah kecil
  • kuasai kerajaan lain yang kuat
  • kuasai perairan penting
  • sebarkan budaya bangsa
  • mengubah pemerintahan jadi sistem empayar
  • memiliki jumlah tentera yang besar
  • memerintah cara autokratik
  • lantik gabenor
  • lantik panglima tentera
  • utamakan disiplin diri
  • kukuhkan ekonomi empayar
6.  Apakah iktibar yang boleh diambil daripada perkembangan peperiksaan yang dijalankan di China?
  • matlamat peperiksaan untuk lulus peperiksaan awam
  • peperiksaan perlu berperingkat seperti rendah,menengah dan tinggi
  • peringkat rendah hanya perlu peperiksaan mudah seperti menghafal
  • peringkat menengah tumpuan kepada mengarang dan sastera
  • peringkat tinggi tumpu kepada terjemahkan buku
  • peperiksaan perlu diiktiraf oleh pemerintah
  • mempunyai peluang kerjaya yang memuaskan
  • tidak boleh meniru,jika meniru akan dihukum
  • peperiksaan betujuan menguji kepandaian calon
  • untuk lahirkan pelajar pintar
7. Apakah peranan bahasa dan kesusasteraan sejak tamadun awal dunia hingga kini?
  • hiburkan masyarakat
  • alat komunikasi
  • kembangkan ilmu
  • tambahkan khazanah ilmu bangsa
  • lahirkan penyair dan penulis
  • perkembangkan pelbagai bahasa yang ada di dunia
  • menghasilkan kitab
  • hasilkan epik dan sajak
8. Mengapakah manusia sejak tamadun awal mengkelaskan kedudukan mereka berasaskan keturunan dan peranan?
  • membahagikan kumpulan warganegara
  • menentukan mereka yang ada hak politik
  • menentukan kumpulan bukan warganegara
  • mementukan kumpulan hamba yang tiada hak politik
  • membahagikan kelas ikut pengkhususan kerja 
  • menentukan penduduk jajahan takluk
  • membezakan kasta
  • menentukan tanggungjawab berbeza
  • menguasai kekayaan
  • halang kelas bawahan berpengaruh
  • tentukan golongan pegawai/bangsawan yang berpendidikan
9. Apakah kepentingan agama dalam kehidupan manusia?
  • panduan hidup
  • bentuk kelakuan yang baik
  • tujuan hidup untuk akhirat/selepas mati
  • panduan berbuat baik semasa hidup
  • lakukan amalan mulia
  • tekankan nilai moral mulia
  • halang manusia rosakkan alam
  • jaga akidah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan