Rabu, 16 Januari 2013

Nota Sejarah T4 Tamadun Mesir Purba


( 4 ) Tamadun Mesir Purba
a) Dimanakah lokasi tamadun Mesir Purba .
1. Di tebing sungai Nil dari utara Mesir ke Laut Mediterranean .
2. Sg Nil berpunca dari sg Nil Biru dari Ethiopia dan sg Nil putih dari Uganda .
3. Tanah Sg Nil amat subur untuk pertanian dan petempatan .
b) Bilakah tamadun Mesir Purba berlaku.
1. Bermula daripada zaman Neolitik .
2. Kemudiannya di sekitar delta dan bahagian pertengahan Mesir wujud pula tamadun awal .
3. Tamadun terbahagi empat zaman iaitu zaman awal , zaman pertengahan , empayar , dan keruntuhan .
4. Zaman kejatuhan Mesir diperintah oleh orang asing seperti orang Libya , Assyria , Parsi , Yunani dan Rom.
c) Proses pembentukan tamadun Mesir Purba.
1. Lembah Nil mulanya didiami oleh manusia zaman Gangsa .
2. Alat logam membantu mereka membina parit dan pengairan .
3. Ia membantu menyuburkan tanah pertanian dan pertempatan .
4. Beberapa kampung kemudian membentuk Bandar dan seterusnya daerah .
5. Akhirnya daerah –daerah dicantumkan dengan salah sebuah Bandar seperti Memphis dan Thebes membentuk pusat pentadbiran Tamadun Mesir .
d) Ciri-ciri tamadun Mesir Purba 1. Pusat pentadbiran Firaun :
·         Firaun Menes menyatukan semua daerah di bawah satu pusat pentadbiran di bandar Thinis .
·         Kemudian berpindah ke Bandar Memphis , Thebes , Heliopolis , Fayoum dan Abydos .
·         Di pusat Bandar terdapat kediaman Firaun , pusat pentadbiran , pelabuhan , dan keagamaan .
2. Organisasi masyarakat.
·         Firaun (atas sekali ) – raja berkuasa mutlak , dianggap sesuci , diwarisi turun – temurun . Antara gelaran Firaun –Tuhan Horus , Raja Matahari , (dipercayai anak tuhan matahari iaitu Amon –Re ) . Ia juga ketua pendeta, pemilik tanah, ketua hakim dan ketua pahlawan .
·         Selepas Firaun – bangsawan, rahib, tuan tanah dan jurutulis .
·         Kemudian rakyat bebas – petani, pedagang, artisan .
·         Hamba (bawah sekali).
3. Sistem pemerintahan :
·         Diterajui oleh Firaun yang di bantu oleh bangsawan bagi menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan , mengagih dan mengurus hasil makanan .
·         Bangsawan ialah pembesar seperti pegawai, penasihat dan gabenor wilayah yang ditakluki.
·         Kemudian Rahib yang mengawal hal keagamaan.
·         Urusan pentadbiran juga dibantu oleh jurutulis (orang awam yang dilantik untuk menulis rekod kerajaan).
·         Wanita pernah menjadi firaun iaitu Firaun Hatshepsut yang berjaya memajukan pertanian dan terusan.
·         Pemerintahan firaun meliputi Nubia, Palestin, Lubnan, hingga ke Syria.
4.Pengkhususan kerja :
·         Contohnya menenun, membuat tembikar, melombong emas di Nubia.
·         Eksport Mesir – seperti tekstil, kertas.
·         Kegiatan perdagangan maju kerana banyak kapal dari Laut Mediterranean dan Laut Merah berlabuh di pelabuhan Thebes, Memphis.
5.Konsep politeisme dalam agama
·         Tuhan orang Mesir dikaitkan dengan alam seperti Re (Tuhan Matahari), Ra-Atum (Tuhan Langit).
·         Mereka percaya hidup selepas mati – mayat disimpan rapi, lengkap dengan alat dan keperluan hidup. Alat kebesaran dan keperluan yang disertakan mengikut status mayat.
6. Sistem tulisan
·         Tulisan mereka dikenali sebagai hiegroglif.
·         Tulisan ini hasil kombinasi gambar dan simbol yang berdasarkan bunyi.
·         Tulisan digunakan untuk mencatat rekod pertanian, kutipan cukai dan untuk tujuan keagamaan.
e) Apakah sumbangan tamadun Mesir Purba.
1. Seni bina
·         Seni bina piramid hasil ilham Imhotep (saintis, ahli fizik, arketik, perubatan, pengarang, dan penasihat firaun ).
·         Imhotep membina bangunan menggunakan batu- bata.
2. Kertas :
·         Mereka mencipta kertas daripada pokok papyrus.
·         Kertas digunakan untuk menyimpan khazanah bangsa (penulisan) menggantikan kepingan batu bata.
3. Tulisan :
·         Tulisan hiegrolif terpahat pada makanan dan batu.
·         Tulisannya amat halus, cantik dan seni.
4. Pendidikan ;
·         Untuk kanak- kanak keluarga atasan dan diberikan sejak umur rendah.
·         Dikendalikan oleh rumah ibadat dan ditadbir oleh kerajaan.
·         Tujuan pendidikan melahirkan pegawai kerajaan khasnya jurutulis terlatih.
5. Ilmu perubatan :
·         Pengamal perubatan diberi status tinggi dan berkhidmat untuk firaun dan masyarakat.
·         Mereka memumiakan mayat kerana ia berkait dengan kepercayaan orang Mesir.
·         Mereka mahir dalam bidang fizik, kimia dan perubatan.
6. Ilmu Matematik :
·         Ilmu geometri, matematik dan sains melahirkan pengurus pertanian, bekalan air dari Sg. Nil, bangunan dan pyramid.
·         Mereka menggunakan ilmu ini untuk mengawal banjir .
·         Pengetahuan matematik dan sains berjaya menukar padang pasir menjadi kawasan pertanian hasil kemajuan pengairan .
·         Ilmu matematik dan astronomi turut membantu orang Mesir mencipta kalendar 365 hari dan 12 bulan setahun .

2 ulasan: