Rabu, 16 Januari 2013

Nota SejarahT4


BAB1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
( 1 ) Zaman Prasejarah
a ) Apakah Zaman Prasejarah.
1. Zaman ini manusia belum mengenali tulisan .
2. Kajian zaman ini dilakukan oleh ahli arkeologi .
3. Empat tahap zaman ini ialah Zaman Paleotik , Mesolitik , Neolitik dan Logam .
4. Zaman Logam terbahagi dua iaitu zaman gangsa dan besi .
b ) Ciri –ciri Zaman Paleolitik dan Mesolitik .
1. Hidup secara nomad – berpindah randah .
2. Tempat tinggal – tepi tasik/sungai dan dalam gua .
3. Cara hidup – kelompok keluarga dan berkumpulan
4. Menyara hidup – menangkap ikan , memburu binatang , memungut hasil hutan .
5. Alat –alat batu – lebih kasar yang mengutamakan fungsinya bukan nilai seni
c ) Ciri –ciri Zaman Neolitik .
1. Hidup menetap dalam kelompok besar dan ternak binatang .
2. Menyara hidup – bercucuk tanam dan ternak binatang .
3. Mempunyai bahan tembikar .
4. Alat – alat batu – lebih halus/licin dan pelbagai fungsi.
5. Mula mewujudkan pengkhususan kerja.
6. Hasil artifak mereka lebih baik.
7. Pada akhir zaman ini, mula melebur logam.
8. Sistem barter berlaku kesan hidup menetap dan lebihan hasil makanan.
d) Ciri – ciri Zaman Logam.
1. Zaman ini terbahagi dua iaitu zaman Gangsa dan Besi.
2. Penggunaan besi menghasilkan ciptaan perahu dan rumah.
3. Mereka mula meneroka laut.
4. Mereka menjalankan perdagangan maritime (antarabangsa).
5. Petempatan mula membesar menjadi kota/bandar.
6. Mereka juga mula membina kota pertahanan.
7. Contoh Bandar – Catal Huyuk di Turki, Jericho di Jordan.
(2) Tamadun Manusia
a) Apakah makna tamadun.
1. Tamadun bererti peradaban.
2. Perkataan TAMADUN daripada bahasa Arab contohnya mudun, madain dan madana. Rumusannya bermaksud ‘tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar’.
3. CIVILIZATION ( dalam bahasa Inggeris) daripada perkataan Greek iaitu civitas bermaksud bandar.
4. Konsep tamadun barat ialah pembangunan lahiriah (kebendaan) seperti undang – undang dan pembandaran.
5. Orang barat menolak kemajuan rohaniah.
6. Konsep Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah, Islam juga mengambil kira kemajuan tatasusila dan kebudayaan yang luhur.
7. Orang barat yang menyokong kemajuan rohaniah ialah Richard Sullivan.
b) Ciri – ciri tamadun.
1. Pembentukan tamadun – hasil kemajuan pemikiran dan rohaniah manusia.
2. Petempatan kekal – corak hidupnya sistematik, bekalan makanan berterusan, kemajuan pertanian dan penternakan, menyimpan makanan dan mempunyai alatan seperti cangkul, teknologi pengairan dan lebihan makanan yang menampung pertambahan penduduk.
3. Kehidupan berorganisasi – merangkumi sosial, ekonomi dan politik. Hidup mereka stabil dan makmur, bermula dengan sistem keluarga kemudian menjadi kompleks kerana penduduk bertambah dan ekonomi pelbagai. Sistem sosial berbentuk piramid, bangsawan diketuai oleh raja (atas sekali) pembesar seperti ahli agama, ketua keluarga/kelompok, pentadbir,ilmuan, pakar seni(kedua), rakyat biasa seperti petani dan pedagang (ketiga) dan hamba (bawah sekali).
4. Sistem Pemerintahan – untuk menjalankan pentadbiran. Ketua menggunakan unsur magis dan dianggap wakil tuhan. Perundangan dicipta untuk keamanan dan kemakmuran.
5. Pengkhususan pekerjaan – berlaku kesan kestabilan politik. Barang terhasil kerana kepakaran kumpulan tertentu. Kemudian berlaku system barter, kemudian berlaku perdagangan, pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, budaya dan hubungan dengan tamadun luar.
6. Agama dan kepercayaan – manusia mula dengan kepercayaan Animisme. Mereka percaya kuasa ghaib menguasai alam sekeliling maka mereka menyembah pokok dan matahari. Kemudian mereka beragama, bermula dengan menyembah lebih dari satu tuhan (politeisme).
7. Bahasa dan tulisan – bahasa terawal seperti heogrolif,cuneiform dan ideogram. Kepentingan bahasa dan tulisan ialah memperkembangkan ilmu pengetahuan, perhubungan, pentadbiran, keagamaan, idea dan pemikiran.
(c) Bagaimanakah proses pembentukan tamadun berlaku.
1. Bermula dengan penyesuaian manusia dan alam sekeliling.
2. Manusia memilih lembah sungai untuk petempatan kerana tanahnya subur untuk pertanian, air dan pengangkutan.
3. Contoh tamadun di lembah sungai ialah Mesopotamia di sungai Tigris dan Euphrates, Mesir purba di sungai Nil, Indus di sungai Indus dan Hwang Ho di Sg. Hwang Ho.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan