Rabu, 16 Januari 2013

Sambungan Tamadun Mesopotamia


e) Apakah sumbangan tamadun Mesopotamia .
1. Kod Undang –undang Hammurabi :
·         Ia digubaloleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon .
·         Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan .
·         Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis masyarakat .
·         Ia dipahat pada tembok dan tiang besar .
·         Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia .
·         Undang –undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum dan susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan .
2. Hasil Tulisan :
·         Melahirkan jurutulis yang merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan – lengkap dengan resit , nota dan surat kredit
·         Lahirnya epik Gilgamesh – hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia .
3. Ilmu pengetahuan :
·         Ilmu astronomi – pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab ,dan bahagi .
·         Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut.
·         Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun ).
·         Ilmu perubatan – mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah dicatatkan .
4. Pengangkutan :
·         Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir .
·         Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan Laut Mediterranean .
5. Seni bina :
·         Mereka membuat batu –bata dari tanah liat .
·         Mereka mencipta arca seperti patung raja Gudes .
·         Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat .
6. Empayar pertama dunia :
·         Raja Sargon membina kerajaan Akkad (empayar pertama dunia )yang menyatukan wilayah –wilayah kerajaan Sumeria .
·         Beliau juga membentuk masyarakat berestika .
7. Perpustakaan diraja :
·         Dibina oleh Ashurbanipal di Bandar Nineveh .
·          

Tiada ulasan:

Catat Ulasan