Jumaat, 13 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 9

Bab 9 : Perkembangan Di Eropah
Soalan 1 :
  1. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Revolusi Pertanian di Britain
F1        Perubahan dalam system penggunaan dan                                  pemilikan tanah
F2        Terdapat penggunaan kaedah atau teknik saintifik seperti penggunaan baja, peralatan tanaman dan teknik penenaman yang sesuai
F3        Terdapat juga kaedah pemasaran produk pertanian secara lebih meluas dan berkesan.
F4        Tuan-tuan tanah mula memanfaatkan tanah awam tersebut bagi tujuan pengeluaran pertanian secara besar-besaran.
F5        Tuan-tuan tanah yang kaya mula berusaha untuk   memagari tanah awam
H5a     untuk digunakan untuk kegiatan pertanian secara                      besar-besaran.
F6        Tuan-tuan tanah ini berpendapat sistem pemilikan tanah ini perlu diubah dan dipagarkan bagi kegunaan persendirian.
H6a     Para petani yang menggunakan tanah awam perlu disekat daripada terus menguasahakannya.
F7        Tuan-tuan tanah kaya telah menuntut Parlimen Inggeris supaya meluluskan akta bagi membenarkan mereka memagar tanah awam untuk kegunaan sendiri.
F8        Akibat daripada Akta ini terdapat tanah yang luas untuk digunakan secara besar-besaran.
F9        Ini membolehkan mereka mengendalikan aktiviti pertanian untuk pedagangan secara sistem perladangan.
F10      Revolusi pertanian berlaku adalah disebabkan oleh perubahan dalam kaedah dan ciptaan baru dalam bidang pertanian.
F11      Kaedah dan ciptaan baru ini telah membolehkan penanaman dapat diakukan secara besar-besaran dan mendatangkan keuntungan yang lumayan.
F12      Antara kaedah yang terkenal ialah tanaman secara bergilir iaitu tanah dugunakan sepanjang tahun dengan menanam jenis tanaman yang berbezamengikut musim.
F13      Tanaman yang berbeza menggunakan nutrient   tanah yang berbeza,
H13a   yang menyebabkan semua tanaman dapat hidup            dengan subur.
H13b   Pengenalan system ini menyebabkan tanah tidak lagi perlu dibiarkan kosong untuk mengembalikan kesuburan tanah.
F14      Antara teknik dan rekaan baru dalam bidang pertanian ialah : Mesin Penyemai Benih ( Alat Jetrul Tul ) Jethrol Tul Benih disemai dengan cara yang lebih pantas dan tanah pertanian dibajak dengan kerap.
F15      Kegiatan pertanian yang dijalankan secara besar-besaran telah menyebabkan berlakunya revolusi pertanian.
F16      Penanaman tanaman jualan telah dijalankan akibat daripada pemilikan tanah secara besar-besaran dan juga penggunaan kaedah baru dalam pertanian.
   F17      Baja asli telah mula digunakan secara meluas yang telah menyebabkan tanaman menjadi lebih subur dan meningkatkan lagi hasil pertanian.
   F18      Ini menyebabkan berlakunya lebihan Produk yang dihasilkan untuk keperluan harian menyebakan lebihan tersebut elah diperdagangkan.

  1. Terangkan tentang sistem Pengiliran Tanaman yang dijalankan semasa revolusi pertanian
F1        Antara kaedah yang terkenal ialah tanaman secara bergilir iaitu tanah dugunakan
            sepanjang tahun dengan menanam jenis tanama yang berbeza mengikut musim.
F2  Tanaman yang berbeza menggunakan nutrient tanah yang berbeza, yang menyebabkan semua tanaman dapat hidup dengan subur.
F3        Pengenalan system ini menyebabkan tanah tidak  lagi perlu dibiarkan kosong
            untuk mengembalikan kesuburan tanah.
   F4        Salah seorang tokoh yang terkenal dalam memperkenalkan sistem tanaman
giliran ialah Lord Townshend ( 1674 – 1738 ) yang merupakan seorang tuan punya ladang yang luas.
   F5        Beliau telah mengubah kaedah perladangannya  dengan mencuba sistem
               penanaman secara bergilir.
   F6        Beliau telah medapati Semanggi, Clover dan turnip amat sesuai ditanam secara bergilir.
   H6a     Turnip merupakas tanaman terbaik berbanding Semanggi.
   F7        Hasilnya beliau telah memperolehi pendapatan yang  lumayan.
   F8        Beliau telah menggalakkan petani menggunakan system ini dengan menanam
               turnip sebagai salah satu tanaman yang digilirkan.

Soalan 2 :
  1. Bincangkan faktor-faktor yang menyebabkan kedatangan kuasa Barat ke Asia Tenggara
F1        Revolusi perindustrian telah mengubah sama sekali cara pengeluaran barang-barang yang digunakan.
H1a     Perubahan ini telah membolehkan barang-barang tersebut dikeluarkan secara besar-besaran dan memberi kesan yang mendalam.
H1b     Kewujudan banyak kilang-kilang perusahaan telah menyebabkan berlakunya permintaan yang lebih besar terhadap bahan mentah untuk diproses.
H1c     Oleh itu, dengan adanya pertambahan yang pesat dalam pengeluaran barang-barang kilang,
H1d     pasaran yang lebih luas perlu dicari untuk memasarkan barang-barang tersebut
F2        Britain merupakan Negara perindustrian dan kuasa maritim yang terkuat pada waktu itu,
H2a     telah mendahului Negara-negara lain dalam menjalankan dasar imperialisme.
F3        Setelah revolusi perindustrian merebak ke Eropah, Negara-negara seperti Jerman, Belanda, Perancis dan Itali juga telah menjadi kuasa imperialis yang kuat.
F4        Kewujudan alat-alat ciptaan dan teknologi baru telah menggalakkan lagi kemunculan imperialisme Barat
H4a     seterusnya mewujudkan permintaan yang tinggi terhadap bahan-bahan mentah.
F5        Penciptaan sistem jalan keretapi dan ciptaan kapal berkuasa wap telah mempercepatkan perjalanan menuji ke Asia Tenggara.
F6        Kewujudan alat-alat teknologi ini menyebabkan kuasa Eropah yang teknologi mereka melebihi Negara di Asia dan Afrika berlumba dan bersaing sesama mereka untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia dan Afrika.
F7        Menjelang tahun 1830 saingan daripada Negara-negara Eropah dan Amerika Syarikat semakin betambah sengit.
H7a     Negara-negara tersebut telah mengenakan peraturan tarif iaitu cukai yang dikenakan oleh kerajaan terhadap barangan yang diimport bagi melindungi industri masing-masing.
H7b     Ini telah menimbulkan keadaan yang tidak menyenangkan bagi Negara Britain kerana barangan mereka tidak lagi dapat dieksport ke Amerika dan Eropah secara lebih mudah menyebabkan Britain terpaksa mencari pasaran di Asia dan juga Afrika.
F8        Masyarakat Barat juga amat berhasrat untuk menyebarkan pengaruh tamadun dan agama mereka ke seberang laut.
H8a     Dikalangan masyarakat Eropah juga telah wujud semangat ingin bersaing atau berlumba untuk megatasi antara satu sama lain dalam kegiatan menakluk kawasan atau daerah diluar Eropah.
H8b     Mereka telah menganggap pemilikan tanah jajahan sebagai suatu status atau simbol sebuah kuasa yang kuat.
H8c     Mereka juga menggangap tugas untuk menyebarkan tamadun mereka di luar Eropah adalah tanggungjawab mereka.

  1. Apakah kesan imperialism Barat terhadap Asia Tenggara

F1        Kemasukkan penjajah Barat ke Asia Tenggara telah        menyebabkan hilangnya
            kepentingan sistem pentadbiran tradisional.
F2        Banyak kawasan di Asia Tenggara telah diperintah oleh imperialisme Barat secara
langsung, yang telah mengantikan sistem pemerintahan tempatan dengan sistem birokrasi barat yang dikuasai oleh Imperialis.
F3        Para pemerintah tempatan  telah terpaksa menerima     para penasihat dan juga
            pentedbir dari Barat.
F4        Barat juga telah memperkenalkan undang-undang         mereka; dan menjadikan bahasa
            penjajah sebagai bahasa rasmi di kawasan tersebut.
F5        Persaingan kuasa-kuasa Barat telah berlaku di Asia, Kuasa-kuasa seperti Inggeris telah campurtangan di Tanah Melayu, Burma, India dan China.
F6      Kepulauan Melayu telah dipecahkan akibat daripada kedatangan kuasa Barat iaitu Inggeris di Tanah Melayu dan Belanda di Indonesia.
H6a     Kuasa Perancis menjadi saingan kepada Britain telah      menjajah di IndoChina (
            Laos, Vietnam dan Kemboja ).
H6b     Manakala Amerika pula telah menjajah Filipina.
F7        Imperialisme Barat telah menyebabkan kemajuan ekonomi di Asia Tenggara tidak berkembang dengan seimbang.
F8        Kegiatan ekonomi peribumi telah distrukturkan untuk memberi faedah dan
            manfaat kepada ekonomi Negara metropolis.
F9        Di Tanah Melayu, kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih timah telah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut dapat dibekalkan untuk memenuhi keperluan industri di Britain.

F10      Kuasa Barat juga telah mengimport buruh dari Negara lain untuk menjadi tenaga
kerja bagi kegiatan ekonomi komersial mereka.
F11     Sistem pendidikan Inggeris telah diperkenalkan di  kawasan Bandar.
H11a  Tujuannya adalah untuk memberikan pendidikan  asas dan melatih golongan
            pentadbir rendah bagi keperluan British sahaja.
H11b  Keadaan ini telah menyebabkan system pendidikan British ini terpaksa dibaiki oleh kerajaan Peribumi.
H11c   Dasar mengimport buruh dari luar juga telah menyebabkan berlaku perubahan kepada demokgrafi dan komposisi etnik di Negara yang dijajah oleh mereka.

Soalan 3 :
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Zaman gelap
F1        Zaman gelap ialah satu zaman keadaan masyarakat  Eropah yang kurang maju H1a     jika dibandingkan dengan pencapaiannya dalam tamadun Rom dan           Yunani.
F2        Keruntuhan empyar Rom disekitar kurun ke Lima  Masihi memulakan zaman pertengahan Eropah yang berlangsung selama lebih kurang seribu tahun.

  1. Jelaskan ciri-ciri masyarakat zaman gelap di Eropah
F1  Pada zaman ini, Eropah mengalami kemerosotan dalam bidang ilmu pengetahuan,perdagangan dan kehidupan perbandaran, tiada institusi politik yang berkesan.
F2    Keruntuhan  empayar Rom menyebabkan  munculnya golongan Baron (tuan tanah).
H2a     Para petani terpaksa membayar cukai perlindungan kepada tuan tanah bagi memberi perlindungan kerana keadaan yang tidak selamat,
H2b     bagi yang tidak berkemampuan ,mereka memberi tanah mereka kepada tuan tanah dan terpaksalah mereka menjadi hamba.
H2c     Tuan tanah pula mendapatkan perlindungan       daripada raja,
H2d     maka tuan tanah terpaksalah membayar cukai kepada raja.dengan adanya
F3        Wujudnya  sistem feudal di Eropah.
H3a     Golongan raja merupakan penaung utama dalam sesebuah negara.
H3b     Golongan raja adalah merupakan penaung utama kepada sistem feudal yang mempunyai hak ke atas tanah secara mutlak dinegeri-negeri masing-masing.
H3c     Golongan pembesar merupakan pembantu kepada raja dan mereka berada dibawah naungan seorang raja, dan harus memberikan khidmat kepada raja.
H3d     Rakyat biasa juga memberikan khidmat kepada tuan tanah dan terdapat juga golongan hamba.



F4      Pada zaman pertengahan pula kegiatan perdagangan tidak meluas,
H4a     mereka selalu diganggu oleh orang gasar seperti  Viking dan Magyar.
H4b   Mereka juga tidak dapat berdagang ke timur jauh kerana kawasan Mediterranean di kuasai oleh orang islam.
H4c     Oleh itu mereka lebih menumpukan kepada sektor pertanian.
F5        Urusan perdagangan tidak menggunakan matawang kerana jumlah matawang di pasaran adalah terhad.
F6        Pusat pemerintahan yang lemah
F7        Kegiatan ekonomi yang terhad
F8        Kelembapan perkembangan ilmu pengetahuan
F9        Gereja mengongkong masyarakatnya.

Soalan 4 :
  1. Huraikan faktor penjelajahan orang Eropah ke Timur pada abad ke 16
F1   Desakan ekonomi dan semangat kebangsaan telah mendorong orang Eropah unutk menjalankan aktiviti penerokaan dan penjelajahan.
H1a     Barangan seperti emas, sutera dan rempah ratus dari Timur amat diminati dan diperlukan oleh orang-orang Eropah.
F2     Raja Sepanyol dan Pertugal merupakan pemerintah yang telah bertanggungjawab memberikan galakan kepada usaha penjelajahan dan penerokaan.
H2a  Sepanyol di bawa pemerintahan Ratu Isabela dan Ferdinand Aragon telah mengalakkan orang-orangnya menumpukan penerokaan ke Amerika Latin.
H2b     Sementara itu, Raja Portugal iaitu Putera Henry yang     terkenal sebagai Henry
Pelaut telah memberikan galakan kepada orang-orang Portugis untuk menjalankan aktiviti penerokaan dan penjalajahan.
F3       Kuasa Portugis juga mempunyai kepentingan di Amerika Latin yang akhirnya telah menyebabkan wujudnya persaingan untuk mendapatkan tanah jajahan.
F4     Faktor penting yang menyebabkan Kuasa Portugal dan Sepanyol untuk menjelajah ke Timu ialah perdagangan rempah ratus dan sutera.
H4a     Kegiatan ini telah memberikan keuntungan yang besar kepada para pedagang Eropah dan Rajanya.
F5       Pihak Gereja juga amat menekankan usaha untuk           menyebarkan Kristian ke
            Seberang Laut
H2a     melalui Kuasa Sepanyol dan Portugal yang merupakan dua buah negera Katolik dan mempunyai pengaruh gereja yang kuat.
F6   Kuasa Sepanyol yang dahulunya pernah dikuasai oleh Orang Islam begitu semangat untuk menyebarkan agama Kristian.
F7       Kemunculan Monarki Baru di negera-negara Eropah      yang lain seperti England,
Perancis dan Belanda turut menggalakkan kegiatan penjelajahan dan penerokaan ke Seberang Laut.
F8    Semangat Kebanggaan banggaan juga telah mendorong orang Eropah menjelajah.


  1. Jelaskan kesan penjelajahan terhadap masyarakat setempat dari segi sosial
F1        Masyarakat tempatan telah mula terpengaruh  dengan gaya hidup orang Eropah.
F2        Masyarakat peribumi juga telah menerima ajaran agama Kristian seperti di Filipina
F3        Penjelajahan Sepanyol juga telah banyak mengubah keadaan kehidupan di Dunia Baru dan Asia.
F4        Di Amerika Tengah dan Selatan, Sepanyol telah berperang dan menakluki Mexico dengan menundukkan tamadun Aztec,
H4a     dan menakluki Peru dengan menghapuskan tamadun Inca.
F5        Penghijrahan beramai-ramai orang Sepanyol ke Amerika Latin telah mewujudkan sebuah masyarakat yang baru di wilayah tersebut.
F6        Kerajaan Sepanyol telah melihat daerah Amerika Latin sebagai Dunia Baru yang banyak mempunyai emas dan Perak.
F7        Manakala bagi golongan Gereja Kristian Katolik pula, Dunia Baru adalah sebagai tempat untuk menyebarkan agama Kristian.
F8        Masyarakat Peribumi di Dunia Baru telah menerima ajaran Kristian tersebut secara berleluasa.
F9        Buruh-Buruh peribumi pula telah dieksploitasi untuk bekerja di lombong dan di ladang mereka.
F10      Istilah bahasa Sepanyol Conquista  dan Conquistadores telah diberikan kepada penjelajahan dan penaklukan sepanyol.
F11      Sementara Brazil pula telah ditakluki oleh Portugal.
F12      Di sebelah kawasan Timur, tidak wujud petempatan orang Sepanyol dan Portugal secara besar-besaran.





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan