Isnin, 16 April 2012

Q & A Sejarah T5 Bab 5


Bab 5 : Pembinaan Negara dan bangsa yang Merdeka

Soalan 1 :
a. Huraikan cirri-ciri Sistem Ahli

F1 Satu sistem kabinet bayangan
H1a terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat
H1b untuk memegang jawatan yang dibentuk.
F2 Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.
C2a Contohnya, Ahli Hal Ehwal dalam negeri.
F3 Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British
Ha dengan persetujuan Majlis Raja-raja Melayu
F4 Ahlinya terdiri daripada sembilan orang Anggota
H4a iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu dan empat Orang Pegawai Inggeris.
H4b Tiga daripadanya merupakan orang Melayu, Orang China dan India.
F5 Ahli-ahli diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.

b. Terangkan proses pelaksanaan sistem ahli

F1 Mengikut sistem ini, setiap ahli yang telah dilantik akan diberikan tugas untuk menjaga satu portfolio
H1a yang mengandungi beberapa buah jabatan.
F2 Mereka bertanggungjawab untuk menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
F3 Mereka juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan jabatan yang dipegangnya untuk dibentangkan dalam MPP.
F4 Semasa menyediakan cadangan undang-undang tersebut,
H4a mereka akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British bagi
mendapatkan persetujuan bersama.
F5 Cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British dan Pesuruhjaya Tinggi berhak untuk memberikan arahan dan persetujuan dalam pekara tersebut.
Soalan 2 :
a. Huraikan langkah-langkah Dato Onn jaafar dalam melaksanakan Pakatan Murni

F1 Langkah pertama ialah penubuhan JawatanKuasa Hubungan Antara Kaum atau Communities Liason Committee ( CLC ) di Pulau Pinang pada tahun 1949.
F2 Menjadi pengerusi Penubuhan Lembaga Pembangunan Industri Desa atau Rural Industrial Development Authority ( RIDA ) pada bulan Oktober 1950.
F3 Menerima Kerakyatan Negeri 1951 diberikan kepada imigran yang lahir di Persekutuan Tanah Melayu yang ibu atau bapanya telah menjadi rakyat Tanah Melayu.
F4 Mencadangkan Pilihanraya akan diadakan pada masa yang sesuai diperingkat perbandaran, negeri dan Majlis Perundangan Persekutuan ( MPP )
F5 Lankah kedua untuk mewujudkan Pakatan Murni adalah UMNO telah membuka keahliannya kepada kaum bukan Melayu.
F6 Dato’ Onn Ja’afar kemudiannya telah meninggalkan UMNO.
F7 Langkah Ketiga ialah penubuhan Parti Kemerdekaan Malaya atau Independence Malaya Party ( IMP ) oleh Dato Onn bin Ja’afar.

b. Bincangkan kejayaan Parti Perikatan dalam melaksanakan Pakatan Murni

F1 Pada bulan Februari 1952, British ingin mengadakan pilihanraya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur.
F2 Satu Kerjasama antara UMNO-MCA telah dibentuk melalui kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor.
F3 Ia telah dijalankan oleh Dato Ab. Razak Yahya dan Ong Yoke Lin.
F4 Di dalam Pilihanraya tersebut gabungan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan.
F5 Dalam pilihanraya Majlis Perbandaran di beberapa Bandar utama telah
menunjukkan penguasaan kerjasama UMNO-MCA
C5a contohnya memenangi 26 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.
F6 Pada tahun 1956, Pilihanraya Negeri telah diadakan, di dalam pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang telah dipertandingkan.
F7 Ia telah menunjukkan wujudnya permuafakatan kaum antara UMNO dan MCA yang telah mengasaskan penubuhan Parti Perikatan yang disertai oleh MIC pada tahun 1955.
F8 Pihak British telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis
Perundangan Persekutuan ( MPP ) pada tahun 1954.
F9 Ia telah dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai-pegawai tinggi British.
F10 Jawatankuasa tersebut telah mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihanraya dan 48 ahli MPP akan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
F11 Pada 27 Julai 1955, Pilihanraya Majlis Perundangan telah diadakan dan telah disertai oleh semua parti yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu
H11a antaranya ialah Parti Perikatan, Parti Negara, Pas, LMP, Malayan Party, Parti Buruh, PPP dan Bebas.
F12 Dalam Pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

Soalan 3 :
a. Jelaskan kejayaan parti Perikatan dalam Pilihanraya perbandaran, negeri dan majlis Perundangan Persekutuan

F1 Pada bulan Februari 1952, British ingin mengadakan pilihanraya Majlis
Perbandaran Kuala Lumpur.
F2 Satu Kerjasama antara UMNO-MCA telah dibentuk melalui kerjasama antara UMNO Kuala Lumpur dan MCA Selangor.
F3 Ia telah dijalankan oleh Dato Ab. Razak Yahya dan Ong Yoke Lin.
F4 Di dalam Pilihanraya tersebut gabungan UMNO-MCA telah memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan.
F5 Dalam pilihanraya Majlis Perbandaran di beberapa Bandar utama telah
menunjukkan penguasaan kerjasama UMNO-MCA
C5a contohnya memenangi 26 daripada 37 kerusi yang dipertandingkan.
F6 Pada tahun 1956, Pilihanraya Negeri telah diadakan, di dalam pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 226 daripada 268 kerusi yang telah dipertandingkan.
F7 Ia telah menunjukkan wujudnya permuafakatan kaum antara UMNO dan MCA yang telah mengasaskan penubuhan Parti Perikatan yang disertai oleh MIC pada tahun1955.
F8 Pihak British telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya dalam Majlis
Perundangan Persekutuan ( MPP ) pada tahun 1954.
F9 Ia telah dianggotai oleh pemimpin parti politik seperti Parti Negara, UMNO, MCA, MIC dan pegawai-pegawai tinggi British.
F10 Jawatankuasa tersebut telah mencadangkan 52 kerusi dipilih melalui pilihanraya dan 48 ahli MPP akan dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
F11 Pada 27 Julai 1955, Pilihanraya Majlis Perundangan telah diadakan dan telah disertai oleh semua parti yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu
H11a antaranya ialah Parti Perikatan, Parti Negara, Pas, LMP, Malayan Party, Parti Buruh, PPP dan Bebas.
F12 Dalam Pilihanraya tersebut Parti Perikatan telah memenangi 51 kerusi daripada 52 kerusi yang dipertandingkan.

b. Terangkan kesan-kesan kemenangan Parti Perikatan tersebut

F1 Kemenangan ini telah membolehkan Tunku Abdul Rahman selaku ketua Parti
Perikatan menjadi Ketua Menteri
F2 Parti Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdulrahman telah membentuk membentuk Kabinet untuk memerintah Negara Persekutuan Tanah Melayu
F2 Kabinet yang dibentuk adalah terdiri daripada pelbagai kaum dan ia berfungsi sehingga Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

Soalan 4 :
a. Jelaskan peranan Suruhanjaya Reid

F1 Suruhanjaya Reid telah dibentuk untuk merangka perlembagaan baru di Tanah Melayu.
F2 Suruhanjaya tersebut adalah untuk merangka sebuah perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang akan mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
F3 Dalam Suruhanjaya tersebut terdapat beberapa pekara yang yang telah menjadi isu dan ditekankan iaitu :
H3a Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang kuat
H3b Pemberian kuasa autonomi kepada negeri dalam bidang tertentu
H3c Kedudukan Raja-Raja Melayu dan Hak istimewa orang Melayu
H3d Pewujudan bangsa Persekutuan Tanah Melayu.
H3e Kerakyatan Jus soli
F4 Satu Isu yang hangat ialah kerakyatan Jus soli
H4a Ia tidak dapat diterima oleh orang-orang Melayu kerana ia memberikan hak yang sama rata kepada semua kaum
H4b Ia dianggap akan melemahkan lagi kedudukan orang Melayu.
F4 Raja Melayu akhirnya telah menerima kerakyatan Jus soli
H4a dengan syarat orang bukan Melayu mengiktiraf kedudukan istimewa orang Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
F5 Suruhanjaya itu juga telah menerima 131 memorandum daripada pelbagai pihak H5a iaitu daripada Raja-Raja Melayu, Orang perseorangan dan pertubuhan parti politik..
F6 Perhatian yang lebih telah diberikan kepada cadangan Parti Perikatan
H6a Ini kerana mereka telah bertindak sebagai Parti Kerajaan yang telah memenangi Pilihanraya 1955.
F7 Cadangan-Cadangan dalam Suruhanjaya Reid telah diterbitkan pada bulan Februari 1957 dan telah diterima oleh kerajaan British pada Mei 1957

b. Huraikan isi-isi Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

F1 Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
F2 Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
H2a melalui Senarai Persekutuan dan Senarai negeri.
F3 Pemerintahan negara diketuai oleh sistem Raja Berperlembagaan.
F4 Kerakyatan adalah berdasarkan kuatkuasa undang-undang,
H4a permohonan
H4b dan naturalisasi
F5 Penerimaan prinsip jus soli
F6 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
F7 Islam agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu
F8 Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
F10 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F11 Yang diPertuan agong sebagai ketua negara
F12 Pentadbiran negara adalah bersifat demokrasi berparlimen,
H12a iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
F13 Di peringkat negeri, Menteri Besar adalah pelaksana pentadbiran dan
dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.

Soalan 5 :
a. Bincangkan langkah-langkah untuk mencapai kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1957

F1 Pilihanraya majlis Perundangan Persekutuan ( MPP ) 1955 diadakan bagi memilih kerajaan yang akan mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
F2 parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan
H2a Ini membolehkan Parti Perikatan membentuk Kabinet pertama
F3 Rundingan menuntut kemerdekaan telah telah diadakan di London
F4 Suruhanjaya Reid telah dibentuk
H4a Ia dibentuk untuk merangka draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
F5 Pengisytiharan kemerdekaan telah diadakan pada 31 ogos 1957 di stadium Merdeka

b. Huraikan peranan tunku Abdul rahman sebagai tokoh penting dalam kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu 1957

F1 Beliau merupakan presiden UMNO yang dipilih pada tahun 1951
F2 Mengadakan konvensyen Kebangsaan
F3 Menubuhkan Parti Perikatan yang terdiri daripada UMNO, MCA dan MIC
F4 Mengadakan kerjasama dengan meluluskan kerakyatan Jus soli seperti yang dituntut MCA dan MIC
F5 membentuk cabinet pada tahun 1955 setelah parti Perikatan memenangi pilihnraya pada tahun 1955
F6 Mengetuai perundingan menuntut kemerdekaan ke London pada tahun 1956
F7 Mengisytiharkan tarikh kemerdekaan di Bandar Hilir Melaka
F8 Mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957
F9 Beliau adalah merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan
dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia.
F10 Beliau adalah seorang yang bijaksana, ini dapat dilihat menerusi
kebijaksanaannya mengendalikan Pakatan Murni antara kaum.
F11 Kemerdekaan negara juga telah dicapai menerusi rundingan Tunku dengan pihak Britsih dan telah dicapai dengan penuh harmoni dan gemilang.

Soalan 6 :
a. Huraikan isi kandungan perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957

F1 Pembentukan sebuah Kerajaan Persekutuan
F2 Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri
H2a melalui Senarai Persekutuan dan Senarai negeri.
F3 Pemerintahan negara diketuai oleh sistem Raja Berperlembagaan.
F4 Kerakyatan adalah berdasarkan kuatkuasa undang-undang,
H4a permohonan
H4b dan naturalisasi
F5 Penerimaan prinsip jus soli
F6 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan
F7 Islam agama Rasmi Persekutuan Tanah Melayu
F8 Tanah Simpanan Melayu dikekalkan
F10 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
F11 Yang diPertuan agong sebagai ketua negara
F12 Pentadbiran negara adalah bersifat demokrasi berparlimen,
H12a iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara terletak di bawah kuasa Parlimen
F13 Di peringkat negeri, Menteri Besar adalah pelaksana pentadbiran dan
dibantu oleh Dewan Undangan Negeri dan Exco.
b. Terangkan kepentingan perjanjian Persekutuan tanah Melayu 1957

F1 Berdasarkan persetujuan yang telah dicapai di dalam Pakatan Murni telah membolehkan sebuah kerajaan demokrasi Raja berperlembagaan dibentuk.
F2 Menyedari pentingnya perpaduan kaum di Tanah Melayu telah menyebabkan pemimpin Melayu dan bukan Melayu telah menerima Pakatan Murni.
F3 Menerusi Pakatan Murni, keharmonian kaum dapat dicapai tanpa menumpahkan darah.
F4 Penduduk Tanah Melayu yang terdiri daripada tiga kaum terbesar
H4a iaitu Melayu, China dan India mempunyai hak mutlak ke atas Tanah Melayu.
F5 Mereka mempunyai hak untuk mentadbir negara mengikut acuan sendiri tanpa campurtangan daripada kuasa asing.
F6 Mereka semua mempunyai hak untuk menikmati sebuah negara yang merdeka seperti mana yang telah dipersetujui dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.


3 ulasan: