Khamis, 19 April 2012

Q & A TEMA 8 (Bab 9 dan 10 T4)


TEMA 9 : BAB 9 DAN 10 TINGKATAN 4

SOALAN STRUKTUR

1. Bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga buruh di Tanah Melayu, British telah membawa masuk imigran dari luar untuk bekerja dalam sektor pertanian dan perlombongan.

(a) Apakah faktor yang mendorong kemasukan imigran ke Tanah Melayu.
• Pembangunan sektor pertanian
• Kemajuan sektor perlombongan
• Kekurangan tenaga buruh
• Galakan British
• Tidak ditentang oleh orang Melayu
• Kestabilan politik di Tanah Melayu
• Hubungan tradisi dengan negara India
• Faktor penolak negara asal (politik / rampasan kuasa / ekonomi / miskin / sosial / kemarau / banjir)
[2 markah]
(b) Nyatakan dua cara kemasukan buruh dari China.
• Sistem tiket kredit
• Sistem pengambilan kakitangan
• Sistem pengambilan rumah kongsi
• Kemasukan secara berkumpulan
[2 markah]
(c) Nyatakan dua cara kemasukan buruh dari India.
• Sistem kontrak
• Sistem kangani
• Sistem buruh bebas
[2 markah]
(d) Bagaimanakah British menangani penindasan terhadap kemasukan imigran beramai-ramai dari China dan India
• Mewujudkan jawatan pegawai pelindung buruh dari Cina
• Meluluskan undang-undang memperbaiki pengambilan buruh
• Menghapuskan sistem tiket kredit
• Memperkenalkan sistem pengambilan kakitangan / rumah kongsi
• Menghapuskan sistem kontrak
• Memperkenalkan sistem kangani
• Menguatkuasakan Undang-Undang Tabung Imigresen India
[2 markah]

(e) Sekiranya anda menjadi pemimpin, apakah langkah yang perlu diambil untuk mengelakkan negara daripada terlalu bergantung kepada tenaga buruh asing?
• Kuatkuasa undang-undang
• Denda ke atas majikan
• Memberi gaji yang tinggi kepada buruh tempatan
• Memberi latihan / kemahiran kepada buruh tempatan
• Mana-mana yang munasabah
[2 markah]

2. Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi oleh pedagang India pada zaman silam yang membawa maksud “bumi emas”.

(a) Namakan tiga hasil galian yang mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9.
• Bijih Timah
• Emas
• Arang batu
• Bauksit
• Antimoni
• Bijih besi
[3 markah]

(b) Berikan dua faktor yang mendorong penglibatan pemodal Eropah dalam sektor perlombongan bijih timah di Tanah Melayu
• Kemampuan menyediakan modal bagi penggunaan papal korek
• Wujud undang-undang/enakmen digubal & diluluskan bagi mewujudkan penguasaan
[2 markah]

(c) Nyatakan dua bukti penguasaan para pembesar Melayu pada abad ke-19 dalam sektor perlombongan bijih timah
• Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada para pembesar untuk mengusahakan perlombongan
• Para pembesar Melayu pula akan memastikan hasil bijih yang dilombong, dijual semula kepada mereka
• Harga bijih akan ditentukan oleh para pembesar Melayu
[2 markah]

(d) Pada pendapat kamu bagaimanakah cara untuk memastikan ekonomi negara kita terus maju dan berkembang?
• Bersedia mengumpulkan modal
• Menguasai teknologi
• Menguasai pengetahuan
• Bertindak proaktif
• Perancangan ekonomi jangka panjang yang jelas
• Mana-mana munasabah - terima [3 markah]

SOALAN ESEI

1.



(a) Apakah faktor yang mendorong imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke -19 hingga awal abad ke-20 ? [5 markah]
• Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan oleh British /
• British membawa masuk tenaga buruh luar untuk bekerja di lombong-lombong
• dan ladang-ladang
• Galakan kolonial Britih agar mereka berhijrah / dasar
• Penghijrahan mereka tidak pernah ditentang oleh orang Melayu
• Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India
• Terdapat peluang pekerjaan dalam pertanian dan perlombongan
• Kestabilan politik di Tanah Melayu
• Kemiskinan di tempat asal
• Kekayaan sumber alam di Tanah Melayu


(b) Terangkan cara kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu pada abad ke-9.
[8 markah]
• Kemasukan buruh Cina

• Melalui sistem tiket kredit
• Bakal imigran dikumpulkan oleh kheh-tau (ketua).
• Dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa
• Imigran (sin kheh) ini diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang dibayar oleh majikan.
• Golongan sin kheh membuat perjanjian untuk menjelaskan hutang mereka secara bekerja dengan majikan untuk tempoh tertentu.
• Mereka dibekalkan dengan tiket ke pelabuhan yang dituju.
• Tiba di pelabuhan, mereka diambil oleh pemborong buruh yang akan mendapatkan majikan untuk mereka.

• Melalui sistem pengambilan kakitangan,
• Majikan akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan buruh.
• Segala perbelanjaan dan tambang dibiayai oleh majikan.
• Pegawai yang dihantar mengiringi buruh tersebut hingga mereka sampai ke tempat majikan.

• Sistem pengambilan rumah kongsi
• Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah kongsi.
• Pegawai tersebut membiayai perbelanjaan buruh sehingga mereka sampai di rumah kongsi

• Kemasukan buruh India

• Sistem buruh bebas
• Datang sendiri dengan biayaan masing-masing.
• Kedatangan mereka diatur oleh orang atau kumpulan tertentu
• Mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka kehendaki

• Melalui sistem kontrak

• Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu.
• Sebagai balasan Buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu dengan bayaran minimum.

• Melalui sistem kangani

• Seseorang kangani / tandil / ketua / mandur diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari buruh.
• Kangani diberi wang pendahuluan untuk perbelanjaan buruh ke Tanah Melayu.
• Sistem ini diharamkan kerana penyelewengan oleh kangani

(c) Peningkatan jumlah kedatangan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu telah meninggalkan kesan sosial. Jelaskan pernyataan di atas berasaskan pengetahuan sejarah anda. [7 markah]
• Pembentukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
• Wujud petempatan yang berbeza-beza mengikut kaum
• Jenis pekerjaan yang berbeza mengikut kaum
• Penggunaan bahasa yang berbeza dalam pertuturan
• Tidak terdapat interaksi antara kaum
• Tidak ada perpaduan antara kaum
• Wujud sistem pendidikan vernakular
• taraf kesihatan yang rendah / penyakit berjangkit
• pembangunan tidak seimbang antara wilayah
• perbezaan taraf hidup antara orang tempatan dengan imigran


2.
(a) Jelaskan dasar yang telah dilaksanakan oleh British terhadap sektor pertanian di Tanah Melayu. [5 markah]
• British memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran antarabangsa seperti kopi, tembakau dan getah
• Mengkomersilkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam
• Mengadakan undang-undang pemilikan tanah bagi
• Melindungi tanah orang-orang Melayu dari dicerobohi pemodal asing.
• Membahagikan tanah mengikut kegunaan/nilai komersil seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan
• Mengenakan kadar cukai yang berbeza bergantung kepada jenis tanah yang dimiliki
• individu / syarikat yang berminat mengusahakan sesuatu kawasan perlu memohon di Pejabat Tanah.
• Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran Pejabat Tanah untuk mengutip sumber hutan.

(b) Terangkan dasar tanah British yang digunakan untuk melindungi kepentingan penduduk peribumi. [12 markah]
• Melalui Akta Tanah Simpanan Melayu (ATSM),
• Residen berkuasa mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah orang Melayu sebagai tanah simpanan Melayu.
• ATSM bertujuan menyelamatkan tanah tersebut daripada di jual, dipajak ,di gadai atau ditukar milik.

• Land Order diperkenalkan di Sarawak
• untuk melindungi hak milik tanah peribumi/pemilik komuniti daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk pertanian.

• Land Settlement Order
• Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dibuat melalui pewarisan
• memberi perlindungan kepada tanah peribumi daripada dipajak, dipecahkan dan dijual kepada orang luar.

• Land Order 1948
• Tanah di Sarawak dibahagikan kepada tiga bahagian,
• iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman

• Golongan imigran hanya mempunyai hak terhadap tanah campuran

• Proklamasi III di Sarawak
• Perlindungan Hak Peribumi menetapkan
• kepentingan hak milik tanah peribumi adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah (PD)

• Segala urusniaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi
• Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing

(c) Mengapakah British memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917. [3 markah]
• Mengekalkan orang Melayu sebagai petani
• Melarang penanaman getah di kawasan penanaan padi.
• Mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah dikalangan orang Melayu.
• Mengelakkan pergantungan kepada beras yang diimport

3. Penjajahan British telah menyebabkan pembangunan pesat aspek fizikal dan sosial di Tanah Melayu

(a) Jelaskan lima faktor yang menyebabkan berlakunya proses perbandaran. [5 markah]
• Kawasan yang kaya dengan sumber semula jadi
• Kawasan yang menjadi pusat ekonomi penjajah
• Pekan yang berhampiran dengan kawasan perlombongan / berfungsi sebagai tempat pengumpulan hasil lombong / tempat untuk pelombong mendapat keperluan harian
• Kawasan yang mengalami pertambahan penduduk
• Kawasan perusahaan perlombongan bijih timah seperti Kuala Lumpur / Seremban / Taiping
• Pusat pentadbiran / perbankan
• Kawasan perlombongan petroleum seperti Miri, Sarawak
• Pusat perniagaan / perdagangan
• Kawasan yang lengkap dengan kemudahan infrastuktur yang baik seperti jalan raya, bekalan air bersih, sekolah, dan pusat kesihatan serta bank / institusi kewangan
• Perkembangan sistem pengangkutan jalan raya dan jalan kereta api utama
• Kawasan aktiviti ekonomi seperti pertanian komersial
• Kedudukan sesuatu tempat yang strategik akan menjadi sebuah bandar besar seperti Kuala Lumpur
• Kwasan yang menjadi penghubung kepada beberapa buah bandar dan kawasan lain
• Kawasan Pelabuhan yang menjadi tumpuan kerana peningkatan hasil pengeluaran produk
• industri bijih timah dan getah seperti pelabuhan Klang, Melaka dan Pulau Pinang
• Pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan lada hitam seperti Kuching , Sarawak.




(b) Terangkan tentang sistem pendidikan Vernakular semasa penjajahan British di Tanah Melayu. [8 markah]
• Mengguna bahasa ibunda masing-masing sebagai bahasa pengantar
• Tidak mampu pupukkan perpaduan kaum
• Murid pelbagai kaum dipisahkan
• Tidak melalui sistem pendidikan yang sama

• Pendidikan Melayu
• tidak terbela dan tidak ditingkatkan
• ditubuhkan di Negeri-Negeri Selat
• Sekolah Melayu pertama dibuka di Teluk Belanga, Singapura (1856) / Sekolah Melayu kedua di Seberang Prai (1871) / di Kuala Kangsar dan Batu Gajah (1884)
• Sekolah Melayu untuk murid perempuan di Negeri-Negeri Selat (1885)
• Hanya di peringkat rendah sahaja
• Kurikulum terbatas sesuai dengan cita-cita British untuk melahirkan anak Melayu sebagai petani yang lebih baik daripada bapanya

• Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjong Malim, Perak
• Melatih guru untuk sekolah Melayu
• Sebagai institusi lanjutan sekolah rendah bagi anak Melayu

• Sekolah khusus untuk golongan elit iaitu Kolej Melayu Kuala Kangsar (1905)

• Sekolah Tamil bagi masyarakat India
• Di buka oleh kerajaan di bandar
• Dibuka oleh pihak pengurusan ladang di ladang getah
• Sekolah awal ialah Sek. Tamil Vivekananda di Seremban (1912)
• Berorientasi pendidikan negara India
• Sukatan dan buku pelajaran dibawa dari India
• Tenaga pengajar dari India
• Menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar

• Sekolah Cina
• Dibiayai oleh saudagar Cina
• Sekolah awalnya ialah Sek. Chung Hwa / Sek. Cina Yuk Chai di Kuala Pilah
• Dialek masing-masing sebaagaai bahasaa pengantar
• Buku dan sukatan pelajaran dari negaraa China
• Tenaga penganjar dari China

• Enakmen Pendaftaran Sekolah diwartakan
• untuk menyekat pengaruh Komunis / mengawal aktiviti dan pertumbuhan sekolah Cina

• Pendidikan Inggeris
• Diusahakan oleh golongan mubaligh Kristian / badan sukarela
• Sebagai sekolah elit / pelajar dari golongan atasan
• Di kawasan bandar
• Kurikulum berasaskan sistem pendidikan England
• Di Negeri-Negeri Selat dibuka sekolah seprti Penang Free School (1816) / Melaka Free School (1826)
• Di Negeri-Negeri Melayu penubuhannya agak lewat seperti King Edward VII School di Taiping (1883) / Victoria Institution di Kuala Lumpur (1894)

• Penubuhan Universiti Malaya di Singapura
• sebagai pendidikan tinggi dalam negeri selepas merdeka.

(c) Bagaimanakah penjajah British menyelesaikan masalah kesihatan yang timbul kesan daripada Dasar Ekonomi British di Tanah Melayu pada akhir abad ke sembilan belas. [7 markah]
• Tubuh hospital / pusat kesihatan
• Kawal wabak penyakit
• 29 buah pusat kesihatan di Perak
• Hospital di perak di buka di Tanjong Malim, Gopeng, Kerian, K. Kangsar

• Pusat Kesihatan kecil
• 14 Di Selangor, 3 di Negeri Sembilan, 2 di Pahang

• Hospital persendirian
• Oleh orang perseorangan
• Contoh Tung Shin di K.L
• Untuk pekerja lombong bijih timah / imigran Cina

• Institut Penyelidikan Perubatan
• Kawal wabak penyakit
• Penyelidikan dan kajian punca penyakit
• Langkah mencegah yang patut di ambil

• Sanitary Board
• Kebersihan dan kesihatan awam di bandar
• Awasi kebersihan dan kesihatan di K.L dan Perak
• 1911 fungsi Sanitary Board jaga kebersihan bandar
• Jabatan Kesihatan jaga aspek kesihatan


Soalan 4

(a) Masyarakat Melayu mula menggunakan sistem mata wang sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Terangkan mata wang yang digunakan di Tanah Melayu sejak zaman tersebut hingga awal abad ke 20. [6 markah]
• Terdapat berbagai mata wang primitif digunakan di Tanah Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
• Contohnya mata wang emas, perak dan timah dikeluarkan di Melaka semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Syah di Melaka.
• Dinar emas yang digunakan di Kelantan dikenali sebagai Kijang.
• Wang emas dan kupang emas digunakan di Terengganu.
• Jongkong tampang digunakan di Pahang.
• Mata wang katun digunakan di Johor.
• Mata wang timah Kedah berbentuk seekor ayam jantan yang hinggap di atas beberapa cincin.
• Pedagang Eropah menggunakan mata wang asing di Tanah Melayu.
• Contohnya mata wang Sepanyol.
• Mata wang ini digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri Selat.
• Mata wang ini bertahan selama 300 tahun.
• Kerajaan British memperkenalkan wang kertas Negeri-Negeri Selat.
• Wang ini dikeluarkan oleh Lembaga Pesuruhjaya Wang yang ditubuhkan pada 1897.
• Hanya mata wang ini sahaja yang sah digunakan di Negeri-Negeri Selat.
• Mata wang kerajaan Melayu telah terhapus.

(b) Kepesatan ekonomi Tanah Melayu telah membawa kepada penubuhan institusi kewangan. Terangkan perkembangan institusi kewangan di Tanah Melayu sehingga awal abad ke 20.
• Kepesatan ekonomi Tanah Melayu mendorong pihak penjajah memperkenalkan institusi kewangan.
• Bertujuan melicinkan urusan kewangan
• Institusi kewangan menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur.
• Bank memperkenalkan sistem kewangan moden yang berorientasikan keuntungan.
• Bank memperkenalkan kadar faedah yang tinggi.
• Dana dari luar dibawa masuk melalui bank.
• Bank menjadi agen pembayar kepada pengimport dan pengeksport.
• Merchantile Bank adalah bank pertama di Tanah Melayu.
• Bank Eropah mula dibuka di Tanah Melayu selepas Perjanjian Pangkor.
• Antaranya ialah The Chartered Bank, Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemene Bank Nederland.
• Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah.
• Pedagang tempatan boleh mendapatkan perkhidmatan bank Eropah melalui orang tengah (komprador).
• Pemodal tempatan menubuhkan bank mereka sendiri pada awal abad ke-20.
• Kwong Yik Bank adalah bank tempatan pertama ditubuhkan di Kuala Lumpur.
• Diikuti oleh Bank of Malaya di Ipoh 1920 dan Ban Hin Lee 1935 di Pulau Pinang.
• Bank perdagangan ditubuhkan di Sarawak.
• Antaranya Sarawak Chinese Banking Corporation (1913) dan Ban Chiang Bank
• Orang Melayu menubuhkan banknya sendiri.
• Bank Melayu pertama ialah Malay National Banking Corporation (1947) di K. Lumpur
• Bank ini menubuhkan cawangannya di Temerloh dan Rembau.
• Bank ini tidak bertahan lama.
• Operasi bank dipantau oleh pihak pemerintah.
• Bertujuan memastikannya menjana ekonomi negara.
[8 markah]

(c) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah kesan pengenalan institusi kewangan di Tanah Melayu ? [6 markah]
• Menjana pertumbuhan ekonomi negara
• Menyediakan pinjaman kepada pelabur
• Memajukan industri negara
• Pengenalan sistem kewangan moden yang berorientasikan kadar faedah yang tinggi.
• Mempercepatkan kemasukan dana asing
• Menggalakkan pelaburan asing
• Mempercepatkan bayaran kepada pengimport dan pengeksport.
• Melicinkan urusan perdagangan antarabangsa.
• Meningkatkan keinginan untuk menabung

2 ulasan:

  1. Sangat membantu.padat dan ringkas 👍 keep it up.

    BalasPadam
  2. kenapa penjajah british lebih mengutamakan perkhidmatan kesihatan?

    BalasPadam