Isnin, 16 April 2012

Q & A Sejarah T5 Bab 8


Bab 8 : Pembangunan dan Perpaduan untuk Kesejahteraan

Soalan 1 :
a. Huraikan matlamat Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya kedua

Rancangan Malaya Pertama
F1 Membangunkan kawasan luar Bandar
H1a supaya jurang perbezaan pendapatan antara kawasan luar Bandar dengan kawasan Bandar dapat dirapatkan
F2 Mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan penduduk luar Bandar
F3 Mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan sumber pendapatan Negara
H3a Supaya negara tidak terlalu bergantung pada getah dan bijih timah.
Rancangan Malaya Kedua
F1 Membangunkan kawasan luar Bandar
F2 Merapatkan jurang pendapatan antara penduduk Bandar dengan luar Bandar
F3 Mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar Bandar
F4 Meningkatkan taraf hidup penduduk luar Bandar.

b. Jelaskan peranan RIDA dan FELDA untuk membangunkan masyarakat luar Bandar

Peranan RIDA
F3 Menggalakkan penyertaan orang Melayu dalam perniagaan
Peranan FELDA
F1 Meningkatkan taraf hidup masyarakat luar Bandar
F2 Meninggikan hasil pertanian Negara
F3 Membuka tanah baru secara besar-besaran

F1 Memberi pinjaman kepada peniaga kecil
F2 Membantu memasarkan hasil pertanian
Soalan 2 :
a. Berikan Empat matlamat utama yang ingin dicapai melalui Dasar Ekonomi Baru

F1 Membasmi kemsikinan tanpa mengira kaum
F2 Meningkatkan taraf kehidupan
F3 Menyediakan peluang pekerjaan
F4 Menyusun semula masyarakat
F5 Menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi
F6 Membentuk perpaduan kaum

b. Bagaimanakah tindakan kerajaan demi merealisasikan matlamat Dasar Ekonomi baru

F1 Melancar rangka rancangan jangka panjang 1
F2 Melaksanakan Rancangan Malaysia Kedua
F3 Menyelesaikan masalah ekonomi dan social
F4 Membasmi kemiskinan
F5 Merapatkan jurang perbezaan
F5 Melancarkan program pembangunan wilayah
F6 Melancarkan dasar Hala Tuju Cara baru
F7 Menubuhkan agensi-agensi seperti LPN, LKIM, UDA, RISDA, LPP, PETRONAS, PKEN
F8 Melaksanakan Rancangan Malaysia Ketiga
F9 Meneruskan program pembangunan wilayah, pertanian, dan perindustrian
F10 Memperluaskan peranan agensi-agensi
F11 Melaksanakan Rancangan Malaysia Keempat
F12 memberi tumpuan kepada rancangan Malaysia keempat
F13 Menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia ( HICOM )
F14 Menubuhkan kajian dasar Perinustrian Perindustrian Malaysia
F15 Menubuhkan Pelan Induk Perindustrian
F16 Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia
F17 Merancakkan sector pelancongan
F18 Menitikberatkan penyelidikan dan pembangunan

c. Pada keseluruhannya, Dasar Ekonomi Baru dikatakan hamper mencapai matlamatnya. Terangkan tiga kejayaan yang dicapai pada akhir jangka masa dasar Ekonomi baru

F1 Merapatkan jurang antara kaum
F2 Merapatkan jurang antara wilayah
F3 Kadar kemsikinan menurun dari 49.3% kepada 17%
F4 Pendapatan perkapita meningkat
F5 KDNK Negara Berjaya ditingkatkan
F6 Modal saham milik Bumiputra ditingkatkan kepada 46.2%
F7 hak milik modal asing dikurangkan kepada .5%
F8 Perpaduan rakyat Berjaya dipupuk
Soalan 3 :
Rancangan Malaysia Keempat memberi penekanan terhadap bidang perindustrian berat. Nyatakan langkah-langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk menggalakkan perindustrian di Negara ini.

F1 Ia juga telah meneruskan program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga.
F2 Perhatian yang lebih mula diberi perhatian terhadap perkembangan industri perusahaan berat yang melibatkan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga pekerja yang mahir.
F3 Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia ( HICOM ).
F4 Membuka beberapa kawasan perusahaan baru telah dibuka seperti di Sekudai Johor, Senawang Negeri Sembilan,Bintulu Sarawak,Menggatal dan Likas di Sabah
F5 Memperkenalkan Zon perdagangan bebas juga telah diperkenalkan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Sungai Way, Selangor.
F6 Kerajaan telah melancarkan dua program perindustrian pada tahun 1983 dalam usaha untuk memastikan keberkesanan setiap projek perindustrian iaitu :
F7 Kajian Dasar Perindustrian Malaysia iaitu untuk mencari kelemahan dalam struktur perindustrian Negara.
F8 Pelan Induk Perindustrian ialah untuk menyedikan hala tuju pembangunan perindustrian dan strategi pelaksanannya.
F9 Kerajaan juga telah memperkenalkan Dasar Penswastaan dan Dasar Persyarikatan Malaysia yang telah melibatkan sektor swasta dalam menjana pembangunan ekonomi Malaysia.
F10 Kerajaan juga telah menubuhkan Permodalan Nasional Berhad ( PNB ) dan Skim Amanah Saham Nasional ( ASN ) pada tahun 1981 bagi menyeimbangkan pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputra dengan kaum bukan bumiputra.
F11 Perhatian terhadap bidang pertanian masih diteruskan dengan pengenalan Dasar Pertanian Negara ( DPN ) pada tahun 1984.
F12 Dasar Pertanian Negara ini adalah bermatlamat untuk memodenkan dan mengiatkan semula sektor pertanian secara bersepadu dengan menyediakan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.
Soalan 4 :
a. Jelaskan Dasar Persyarikatan Malaysia yang diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1983

F1 Dasar ini telah diperkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia ke-4, iaitu Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 25 Febuari 1983.
F2 Matlamat dasar ini ialah untuk meransang penglibatan sektor swasta secara aktif dan berkesan dalam pembangunan Negara.
F3 Malaysia telah dianggap sebagai sebuah syarikat yang dimiliki bersama oleh kerajaan dan sektor swasta.
F4 Semua kakitangan kerajaan dan swasta merupakan pemilik saham dan pekerja
H4a yang bertanggungjawab untuk memajukan syarikat ini, iaitu Malaysia.
F5 Sebuah Panel perunding antara kerajaan dan swasta telah diwujudkan bagi melaksanakannya.
F6 Pegawai kerajaan akan diletakkan di Syarikat swasta untuk menjalinkan
hubungan dan berkongsi kepakaran.
F7 Sektor swasta harus memahami dasar kerajaan kerajaan
H7a Harus mengutama kepentingan nasional dalam aktiviti ekonomi di samping mendapatkan keuntungan yang maksimun.
F8 Kerajaan pula akan bertindak memberikan perkhidmatan sokongan bagi
memudahkan operasi sektor swasta.

b. Terangkan pelaksanaan Dasar Penswastaan Di Malaysia

F1 Dasar penswastaan ini melibatkan pemindahan perkhidmatan, perusahaan, kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta.
F2 Antara matlamat Dasar penswastaan ialah :
H2a Mengurangkan beban kewangan kerajaan
H2b Meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan kerana sektor swasta lebih cekap daripada sector awam
H2c Mempercepatkan pembangunan ekonomi melalui pelaburan modal oleh sektor swasta.
F3 Dasar penswastaan ini diyakini dapat mempercepatkan pembangunan ekonomi Negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta.
F4 Unit Perancang Ekonomi ( EPU ) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan
H4a ia memberikan garis panduan kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin mejalankan penswastaan.
F5 Dasar penswastaan ini boleh dijalankan secara secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian.
F6 Kerajaan akan mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor lain melalui sumber kewangan yang ada.
 
Soalan 5 :
a. Apakah matlamat Rukun Negara

F1 Mengukuhkan perpaduan
F2 Memelihara corak hidup demokratik
F3 Mencipta sebuah masyarakat yang adil
F4 Menjamin sikap liberal terhadap tradisi kebudayaan yang pelbagai
F4 Membina masyarakat progresif yang menggunakan sains dan teknologi.

b. Huraikan kepentingan setiap prinsip Rukun Negara dalam usaha untuk mencapai perpaduan

H1d Agama Lain bebas diamalkan
F2 KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
H2e Derhaka kepada raja sama dengan derhaka kepada Negara
F3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
H3a Tekankan keluhuran perlembagaan
H3b Perlembagaan adalah undang-undang utama
H3c Keluhuran menuntut semua rakyat menerima, mematuhi,menyanjung dan mempertahankannya
F4 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
H4a Tekankan kedaulatan undang-undang
H4a Bertanggungjawab memstikan kedaulatan undang-undang
F5 KESOPANAN DAN KESUSILAAN
H5a Menuntut semua rakyat Malaysia bersopan dan bertatasusila
H5b Menjamin masyarakat yang harmoni, penyayang dan saling menghormati
H5c Ia merupakan nilai murni yang melambangkan keperibadian seseorang individu

F1 KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
H1a Agama pegangan utama
H1b Rakyat beragama mudah di urus
H1c Agama Islam agama rasmi
H2a Setia kepada raja dan Negara
H2b Yang Dipertuan Agong ketua Negara
H2c Raja Melayu ketua negeri
H2d Raja simbol penyatuan rakyat
H4b Hormati undang-undang dengan tidak lakukan kesalahan
H4c Semua rakyat akan dapat hidup dengan aman
Soalan 6 :
a. Apakah yang dimaksudkan dengan wawasan 2020

F1 Wawasan 2020 merupakan gagasan Negara untuk menjadi sebuah Negara yang maju menjelang tahun 2020.
F2 Matlamat wawasan 2020 ialah menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara industri yang maju dengan menggunakan acuan sendiri standing dengan Negara maju di dunia.
F3 Kemajuan yang dititikberatkan ialah Kemajuan Bersepadu yang akan menjadikan Malaysia sebagai sebuah industri yang maju pada tahun 2020 berasaskan beberapa pekara iaitu :
H3a Perpaduan rakyat
H3b Kestabilan politik
H3c Ketinggian taraf hidup
H3d Kekukuhan nilai moral dan etika
H3e Kekukuhan sistem kerajaan
H3f Ketinggian maruah bangsa
H3g Semangat yakin diri bangsanya
F4 Terdapat sembilan cabaran bagi merealisasikan wawasan 2020

b. Jelaskan Sembilan wawasan 2020

F1 Cabaran Pertama – Membina Bangsa Malaysia yang bersatu padu
H1a Asas kekuatan sesebuah Negara ialah Perpaduan di dalam Negara.
H1b Perpaduan Negara akan dapat dicapai melalui dasar-dasar kerajaan seperti Dasar Pembangunan Nasional
H1c Dasar Bahasa Kebangsaan
H1d Dasar Kebudayaan Kebangsaan
H1e Dasar Pendidikan Kebangsaan
H1f Dasar-dasar tersebut telah memberikan sumbangan yang besar kea rah mewujudkan hubungan antara kaum yang sihat.
F2 Cabaran Kedua – Membina masyarakat berjiwa bebas, tenteram dan berkeyakinan
H2a Masyarakat yang perlu dilahirkan adalah berjiwa bebas, berperasaan tenteram, sentiasa terbuka, berkeyakinan diri, bangga dengan apa yang dicapai dan gagah menghadapi pelbagai masalah.
H2a Bangsa yang gagah akan dapat memajukan Negara dan mengangkat martabat Negara dan bangsa, serta dapat menangkis serangan musuh.
F3 Cabaran Ketiga – Memupuk dan Membina masyarakat demokratik yang matang
H3a Membina sebuah masyarakat Malaysia yang demokratik dan mampu memilih kerajaan.
H3b Menggunakan hak-hak demokrasi dengan sebaik-baiknya dan membuat teguran terhadap kerajaan melalui saluran yang betul. 
 
F4 Cabaran Keempat – Mewujudkan masyarakat yang Bermoral dan beretika.
H4a Masyarakat Malaysia haruslah mempunyai nila moral dan etika yang seimbang dengan pembangunan fizikal.
H4b Sumber masyarakat yang bermoral ialah :Kepatuhan kepada agama, Pengamalan budayadan tradisi yang cemerlang, Keberkesanan sistem pendidikan dan keunggulan institusi kekeluargaan
H4c Falsafah pendidikan Negara telah memberikan penekanan kepada usaha untuk melahirkan insan berilmu, berakhlak, seimbang dan harmonis.
F5 Cabaran Kelima – Mewujudkan masyarakat yang Matang, liberal dan Bertoleransi
H5a Masyarakat yang matang dapat berfikir secara rasional dan tidak bertindak secara melulu.
H5b Masyarakat yang liberal dapat membebaskan diri dari fahaman sempit dan mereka akan berfikiran terbuka untuk menerima perubahan
H5c Langkah untuk mewujudkan masyarakat yang matang,liberal dan bertoleransi ialah melalui Perlembagaan, Pengamalan sistem demokrasi, Kewujudan Parti Politik pelbagai kaum iaitu Barisan Nasional, Dasar Pendidikan Kebangsaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Akta Bahasa Kebangsaan
F6 Cabaran Keenam – Membina masyarakat bebudaya Penyayang
H6a Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang progresif dan dapat menyerap segala perubahan persekitarannya untuk membina kecemerlangan.
H6b Masyarakat yang maju adalah masyarakat yang saintifik yang menguasai ilmu pengetahuan dan mejadi ukur sesuatu bangsa.
H6c Masyarakat maju dan saintifik mempunyai budaya ilmu yang menjana
produktiviti dan amalah kreatif serta inovatif.
F7 Cabaran Ketujuh – Mewujudkan Masyarakat yang berbudaya penyayang
H7a Masyarakat penyayang dapat dicirikan seperti berikut Kehidupan masyarakat yang bermuafakat, Masyarakat yang saling memahami dan meghormati, Masyarakat yang saling membantu dan Masyarakat yang salig berkerjasama
H7b Masyarakat penyayang sepatutnya tidak bersikap individualistik, tetapi sebaliknya meletakkan kepentingan masyarakat lebih utama daripada kepentingan sendiri.
H7c Asas-asas yang kukuh dalam pembinaan masyarakat yang penyayang dan budaya penyayang ialah : Kepatuhan kepada agama ,Mengamalkan nilai-nilai murni Mengamalkan amalan tradisi dan Mengeratkan institusi kekeluargaan
H7d Kasih sayang dalam masyarakat bermula daripada kasih sayang dalam
kekeluargaan.
H7e Hubungan sesama manusia dalam masyarakat begitu ditekankan dalam agama.
H7f Budaya tradisi yang penuh dengan nilai-nilai murni perlu ditonjolkan semula.
F8 Cabaran Kelapan – Menjamin masyarakat yang Adil dan saksama ekonominya
H8a Perasaan tidak puas hati di kalangan masyarakat akan timbul jika kemajuan sesebuah masyarakat hanya dikuasai oleh kelompok tertentu sahaja.
H8b Rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969 membuktikan kenyataan di atas.
H8c Dasar-dasar pembangunan yang telah dijalankan oleh kerajaan seperti :Rancangan pembangunan Lima Tahun, Rancangan Pembangunan Luar Bandar, Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional
H8d Dasar-dasar tersebut adalah untuk menjamin keadilan ekonomi sekali gus meningkatkan taraf hidup rakyat.
F9 Cabaran Kesembilan – Memupuk dan Membina Masyarakat Makmur
H9a Masyarakat yang makmur ialah masyarakat yang hidup dalam kemewahan dan mempunyai taraf hidup yang tinggi.
H9b Pada masa tersebut tiada ahli masyarakat yang hidup melarat dalam kemiskinan.
H9c Pendapatan isi rumah juga berada di tahap yang tinggi begitu juga dengan pendapatan Negara.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan