Sabtu, 14 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 10


BAB 10
DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA
Kegiatan ekonomi masyarakat Melayu radisional.
F1        Mengamalkan ekonomi secukup hidup.
F2        Aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak        dan menangkap ikan.
F3        Lebihan pengeluaran digunakan semula oleh keluarga untuk tujuan penukaran          barangan,kenduri-kendara,pembayaran zakat dan sedekah disimpan untuk satu tempoh.
F4        Mengusahakan tanaman makanan seperti penanaman padi,ubi,pisang dan kelapa.
F5        Menternak binatang seperti ayam,itik,lembu dan kerbau untuk menambah sumber    bekalan makanan.
F6        Menggunakan teknologi mudah,peralatan penanaman padi seperti      tajak,cangkul,tugal,dan tenggala.
F7        Sistem perairan berasaskan  sumber air dari sungai dan hujan.
F8        Penangkapan ikan menggunakan tali kail,bubu dan jala.
F9        Menggunakan tenaga binatang dan manusia dalam pertanian.
F10      Penggunaan sumber tenaga yang sedikit dan modal yang kecil.
F11      Tidak wujud pengkhususan pekerjaan yang jelas.Pembahagian kerja hanya melibatkan         perbezaan jantina dan umur.

Maksud ekonomi dagangan
F1           Kegiatan pertanian atau perlombongan bijih timah untuk lebihan pegeluaran dan ekspot.
F2           Pengeluaran adalah dalam skala yang besar.
F3           Menggunakan tenaga yang banyak dibawa dari China untuk perlombongan bijih timah.
F4           Modal adalah besar kerana dimiliki oleh syarikat-syarikat besar.
F5           Menggunakan teknologi yang tinggi seperti kapal korek untuk melombong bijih timah.
F6           Pemasaran adalah lebih luas di eksport ke Eropah.
F7           Melibatkan lebihan pengeluaran.

Kesan kedatangan British terhadap ekonomi di Tanah Melayu.
F1           Penguasaan terhadap pelabuhan utama di kawasan ini mewujudkan satu rangkaian ekonomi     dagangan yang berkembang pesat di kawasan bijih timah dan penanaman getah.
F2           Aktiviti ekonomi Tradisional khususnya di kawasan luar bandar terpinggir dan ketinggalan.
F3           Mewujudkan bentuk ekonomi duaan atau dwiekonomi iaitu ekonomi sara diri dan ekonomi       dagangan.
F4           Penumpuan aktiviti ekonomi di negeri-negeri pantai Barat mewujudkan ketidakseimbangan      pembangunan dengan negeri-negeri di pantai Timur.
F5           Keuntungan daripada hasil perlombongan bijih timah telah dilaburkan semula untuk       meningkatkan industri perlombongan.
F6           Membawa buruh dari China untuk memenuhi keperluan sektor pertanian dan perlombongan.
Perkembangan pertanian komersial di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak pada abad ke-19.

F1           Sebagai penyumbang utama kepada sumber pendapatan kerajaan British di Tanah Melayu.
F2           Tanaman komersial yang diberi tumpuan oleh British di Tanah Melayu,Sabah dan Sarawak ialah                 ubi kayu,tebu,lada hitam,gambir,tembakau dan kopi.
F3           Semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar di Johor,penanaman gambir dan lada hitam telah     diusahakan secara besar-besaran melalui Sistem Kangcu.
F4           Tanah dipajak kepada pengusaha Cina di Johor dengan menanam lada hitam secara kangkar       atau ladang.
F5           Pada tahun 1860-an,Johor dianggarkan mempunyai 1200 ladang lada hitam dan gambir.
F6           Para pemodal dari Eropah dan China banyak melibatkan diri dalam tanaman komersial pada era                 kolonialisme British.
F7           Keupayaan mereka menguasai sektor pertanian komersial adalah kerana mereka mempunyai   modal,teknologi serta mendapat konsensi tanah yang luas dan pajakan yang lama.
F8           Masyarakat Melayu masih lagi dengan ekonomi sara diri selain daripada ekonomi komersial        sehingga mewujudkan dwiekonomi.
F9           British memberikan tumpuan kepada tanaman kopi dan tembakau manakala pemodal dari          China mengusahakan gambir,lada hitam dan ubi kayu.
F10         Pada abad ke-20 pemodal British telah mula mengusahakan getah untuk tujuan eksport.

Sistem Kangcu

F1           Diperkenalkan di Johor semasa pemerintahan Maharaja Abu Bakar.
F2           Tanaman terdiri daripada gambir dan lada hitam.
F3           Sistem pajakan tanah kepada pengusaha dari China. 
F4           Setiap ladang dikenali sebagai kangkar.
F5           Saiz setiap satu kangkar setiap 2500 ekar hingga 20000 ekar.
F6           Setiap kawasan kecil akan diusahakan oleh 3-10 orang buruh dari China.

Faktor mempengaruhi perusahaan getah di Tanah Melayu pada abad ke-20.

F1           Terdapat tanah yang subur dan iklim yang sesuai.
F2           Revolusi Perindustrian di Eropah telah membawa kepada permintaan yang tinggi terhadap          getah yang digunakan dalam pelbagai industri terutamanya industri kereta. 
F3           Peranan Henry N.Ridley dilantik sebagai Pengarah Botanical Garden di Singapura        yang berusaha membawa masuk getah.
F4           Ridley berusaha meyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan             pameran dan mengagihkan benih secara percuma.
F5           Beliau berjaya menemui cara penorehan getah yang sesuai,iaitu sistem menoreh secara ibidem               atau berbentuk tulang ikan kering,yang tidak merosakkan pokok.
F6           Harga getah melambung tinggi berikutan perkembangan industri pembuatan barangan  pengguna seperti kasut,tayar,basikal dan peralatan elektrik.
F7           Kemasukan modal asing milik pelabur Eropah merupakan salah satu faktor utama kepada            perkembangan perusahaan getah di Tanah Melayu.
F8           Penubuhan syarikat pewakilan membuka ladang dan menguruskan eksport getah seperti            Harrisons and Crosfield,Bousten Buttery Estate Agency,Guthrie dan Sime Darby.

F9           Dasar British yang memberikan galakan dan sokongan kepada pemodal asing menyediakan         kadar sewa tanah dan tarif cukai yang rendah kepada peladang getah.
F10         Pembinaan infrastruktur seperti jalan raya serta jalan kereta api untuk menghubungkan  kawasan pertanian komersial dengan pelabuhan dan pusat pentadbiran.
F11         Membawa masuk pekerja asing dari selatan India untuk bekerja dengan bayaran gaji yang  murah.
F12         Berlaku kejatuhan harga kopi.
 
Langkah-langkah  British menstabilkan harga getah.

F1           Memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson 1922.
F2           Mengehadkan pengeluaran getah oleh negara pengeluar.
F3           Memperkenalkan sistem kupon mengehadkan hari menoreh getah.
F4           Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa 1934.
F5           Mengenakan kuota yang rendah kepada pekebun kecil getah.
F6           Menaikkan premium tanah untuk penanaman getah.
F7           Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
F8           Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah.

Perkembangan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu hingga kedatangan British.

F1           Bijih timah mula diperdagangkan di Tanah Melayu sejak abad ke-9 lagi.
F2           Lombong bijih timah dimiliki oleh golongan pembesar Melayu dan dikerjakan oleh buruh              tempatan.
F3            Antara pembesar yang memiliki lombong bijih timah termasuklah Long Jaafar,Ngah        Ibrahim,Raja Jumaat,di Selangor dan Dato Kelana Putera,Datuk Bandar dan Dato Muda Linggi,di               Sungai Ujong (Negeri Sembilan).
F4           Bijih Timah dilombong melalui kaedah mendulang di kawasan sungai yang berhampiran.
F5           Masyarakat Melayu memasarkan hasil bijih ke China,Jepun dan India.
F6           Bijih digunakan oleh masyarakat Melayu untuk membuat gendang gangsa,alatan senjata dan     alatan muzik seperti gong.
F7           Penglibatan pengusaha dari China dalam sekor perlombongan bijih timah berlaku mulai                pertengahan abad ke-19 yang dipantau sepenuhnya oleh para pembesar Melayu tempatan.
F8           Pengusaha dari China mesti terlebih dahulu mendapatkan kebenaran para pembesar Melayu    untuk mengusahakan perlombongan.
F9           Para pembesar Melayu akan memastikan hasil bijih dilombong dijual semula kepada mereka.
F10         Harga bijih akan ditentukan oleh pembesar Melayu itu sendiri.
F11         Penguasaan para pembesar Melayu terhadap sektor perlombongan bijih timah mula berubah   dengan penglibatan para pemodal Eropah dalam sektor ini.
F12         Terdapat pembesar Melayu memajak lombong kepada saudagar-saudagar Cina untuk   mendapatkan keuntungan yang mudah kerana tidak berupaya menyediakan modal.
F13         Perusahaan bijih timah mendapat perhatian pihak British kerana mendatangkan keuntungan     yang lumayan berdasarkan permintaan yang tinggi pada peringkat antarabangsa.
F14         Pada awal abad  ke-20,industri perlombongan bijih timah mula dikuasai oleh pelombong dari      Eropah.
F15         Pemodal Cina tidak berupaya bersaing dengan Eropah kerana kemampuan mereka menyediakan            modal bagi penggunaan teknologi kapal korek.
F16         Perusahaan bijih timah berubah daripada intensif buruh kepada intensif modal.
F17         Beberapa enakmen dan undang-undang digubal dan diluluskan bagi mewujudkan penguasaan                 kerajaan British pada semua peringkat perusahaan melombong bijih timah.
F18         Penguasaan pemodal dari China dalam perlombongan bijih timah terus merosot dengan              pengenalan kapal korek sebagai teknologi baru dalam perlombongan bijih timah.

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu.
1.     Sistem Tiket kredit  
2.     Sistem pengambilan kakitangan
3.     Sistem pengambilan rumah kongsi
4.     Kemasukan berkumpulan

Sebab-sebab kedatangan imigran China dan India ke Tanah Melayu sejak abad ke-19.

F1           Kekurangan buruh di dalam sektor pertanian dan perlombongan mendorong British membawa                 masuk imigran.
F2           British telah membawa masuk tenaga buruh dari China dan India untuk bekerja dalam sektor     pertanian dan perlombongan.
F3           Kemiskinan di tempat asal mendorong kedatangan buruh dari China dan India untuk bekerja      dalam sektor pertanian dan perlombongan.
F4           Orang Melayu tidak menentang imigran China dan India berhijrah ke Tanah Melayu.
F5           Hubungan tradisi yang terjalin antara Tanah Melayu dengan India yang telah mendorong              mereka berhijrah ke Tanah Melayu.
F6           Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam perusahaan getah dan bijih timah.
F7           Kestabilan politik di Tanah Melayu mempengaruhi buruh asing ini untuk ke sini.

Cara kemasukan buruh Cina ke Tanah Melayu pada abad ke-19.
F1           Melalui sistem tiket kredit,bakal imigran ke Tanah Melayu ini dikumpulkan dari kampung-          kampung di negara China oleh kheh-tau atau ketua.
F2           Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran Cina yang dibawa dikenali sin kheh.
F3           Sin kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis untuk menjelaskan hutang bekerja              dengan majikan berkenaan dalam suatu tempoh yang tertentu.
F4           Sin kheh diletakkan dibawah pengawasan nahkoda atau agensi buruh setelah menerima              bayaran daripada bakal majikan.
F5           Sin kheh dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka tuju serta              keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang.
F6           Sin kheh yang sampai di pelabuhan akan diambil oleh pemborong buruh bertindak sebagai          orang tengah untuk diserahkan kepada majikan dengan bayaran tertentu
 
Sistem Pengambilan kakitangan
F1           Majikan yang memerlukan buruh akan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.
F2           Segala tambang dan perbelanjaan buruh tersebut akan dibiayai oleh majikan.
F3           Pegawai yang dihantar bertanggungjawab untuk mengiringi buruh-buruh tersebut sehingga       mereka sampai di tempat majikannya.
Sistem Pengambilan Rumah Kongsi
F1           Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh sesebuah rumah                 kongsi.
F2           Pegawai tersebut akan membiayai segala perbelanjaan buruh-buruh tersebut sehinggalah          mereka sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.
F3           Buruh diserahkan kepada tuan punya rumah kongsi,pembawa buruh akan dibayar dengan kadar              tertentu seperti yang telah dipersetujui bagi setiap buruh yang dibawanya.
Kemasukan Secara Berkumpulan
F1           Kedatangan imigran ini telah berubah ekoran wujudnya tajaan oleh Charles Brooke melalui         syarikatnya yang beribu pejabat di Singapura.
F2           Kemasukan imigran Cina berketurunan Foochow di Sarawak secara berkumpulan dengan            persetujuan antara ketua Foochow di Sibu dengan Charles Brooke.
F3           Imigran Foochow diperlukan untuk mengusahakan tanah dan membangunkan sektor pertanian               gambir dan lada hitam.
Maksud kangani
F1           Seorang yang diberi kepercayaan dan lesen oleh majikan untuk mendapatkan tenaga buruh dari              India.

Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu abad ke-19.
Sistem Buruh Bebas
F1           Buruh dari India yang memasuki Tanah Melayu melalui sistem buruh bebas,akan datang sendiri                dengan biayaan masing-masing.
F2           Kedatangan mereka diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu kerana kepentingan ekonomi.
F3           Setelah tiba di Tanah Melayu,mereka bebas memilih tempat dan pekerjaan yang mereka            kehendaki.
Sistem Kontrak
F1         Majikan akan membiayai tambang mereka ke Tanah Melayu dan sebagai balasannya buruh       tersebut akan bekerja dengannya untuk jangka masa tertentu (antara 1-3 tahun) dengan        
                bayaran yang paling minimum,iaitu antara 9 hingga 13 sen sehari.
Sistem Kangani
F1           Seseorang kangani yang diberi kepercayaan oleh majikan,akan diberi lesen dan dihantar pulang                ke India untuk mencari tenaga buruh.
F2           Kangani diberikan wang pendahuluan untuk membiayai perbelanjaan buruh tersebut sehingga                 mereka tiba di Tanah Melayu.
F3           Seseorang kangani adalah seperti pengurus agensi yang membawa masuk pekerja asing.
 
Perkembangan mata wang di Tanah Melayu. 
F1           Penggunaan mata wang emas,perak dan timah bermula semasa zaman Kesultanan Melayu        Melaka dalam kegiatan perdagangan.
F2           Di negeri-negeri Melayu lain ,mata wang turut digunakan seperti dinar emas Kelantan,wang dan              kupang emas di Terengganu dan jongkong tampang di Pahang.
F3           Kedatangan para pedagang Eropah telah memperkenalkan penggunaan mata wang perak           Sepanyol selama 300 tahun digunakan di Negeri-Negeri Melayu dan Negeri-Negeri Selat
F4           Pada tahun 1897,British telah menubuhkan sebuah pesuruhjaya dikenali sebagai Lembaga          Pesuruhjaya Wang untuk mengeluarkan wang kertas di Negeri-Negeri Selat. 
F5           Pada tahun 1960,wang kertas Negeri-Negeri Selat mula diperkenalkan dan hanya sah digunakan               untuk perdagangan di Negeri-Negeri Selat.
F6           Penubuhan institusi kewangan atau bank di Tanah Melayu oleh penjajah berlaku ekoran              pembangunan dan kesempatan ekonomi.
F7           Bank berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada para pelabur untuk memajukan dan memesatkan lagi industri getah dan bijih timah.
F8           Dana daripada luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan lebih mudah dan      cepat.
F9           Urusan perniagaan antarabangsa bertambah licin kerana bank bertindak sebagai ejen pembayar              kepada pengeksport dan pengimport.
F10         Pada tahun 1859,Mercantile Bank merupakan bank pertama yang ditubuhkan di Tanah Melayu.
F11         Selepas 1874,lebih banyak bank Eropah membuka cawangan di Tanah Melayu seperti The           Chartered Bank,Hong Kong and Shanghai Bank dan Algemence Bank Nederland.
F12         Bank-bank Eropah ini lebih mengutamakan pedagang Eropah manakala pedagang tempatan       hanya boleh mendapatkan perkhidmatan melalui orang tengah atau komprador.
F13         Pada tahun 1913,bank tempatan yang pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur iaitu Kwong    Yik Bank diikuti Bank of Malaya Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
F14         Bank Perdagangan ditubuhkan di Sarawak seperti Kwong Lee Bank diikuti Sarawak Chinese         Banking Corporation Limited dan Ban Chiang Bank.
F15         Pada tahun1947,orang melayu menubuhkan bank yang pertama di Kuala Lumpur dikenali            sebagai Malay National Banking Corporation Bhd.

Perkembangan insurans di Tanah Melayu.

F1           Perkhidmatan insurans diperkenalkan ekoran perkembangan ekonomi dalam perdagangan        antarabangsa.
F2           Perkhidmatan insurans yang ditawarkan ialah insirans maritim atau lautan,insurans kebakaran   ,insurans harta,insurans perniagaan dan kemalangan,serta insurans nyawa.
F3           Keperluan perkhidmatan insurans maritim adalah untuk melindungi dagangan dan kapal               pedagang kerana sistem pengangkutan laut merupakan sistem pengangkutan utama.
F4           Insurans kebakaran menjadi penting kerana kebakaran sering membawa kemusnahan                 misalnya,di Kuala Lumpur dan di Ipoh.
F5           Pada peringkat awal,syarikat insurans yang ada di Tanah Melayu merupakan cawangan atau       wakil syarikat insurans asing yang beribu pejabat di luar negara.
F6           Syarikat perwakilan yang diperkenalkan di Tanah Melayu ialah boustead and Company di Pulau                 Pinang mewakili Syarikat Royal Insurance Company dari England. 
F7           Straits Insurance Limited dan Khean Guan Insurance Limited ialah syarikat insurans tempatan     berpusat di Singapura dan Pulau Pinang.
F8           Pada tahun 1917,undang-undang perkhidmatan syarikat insurans telah dikemaskinikan dengan                 insurans nyawa diasingkan daripada insurans kebakaran.
F9           Pada 1948,enakmen-enakmen ini digantikan dengan Ordinan Syarikat Insurans kebakaran dan Ordinan Syarikat Insurans Nyawa.
Dasar British Terhadap Pertanian
Kesan dasar British memperkenalkan pertanian dagangan
F1           Memperkenalkan tanaman baru yang mendapat pasaran baik diperingkat antarabangsa seperti                 kopi,tembakau dan getah.
F2           Mengkomersialkan beberapa jenis tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
F3           Mengusahakan tanaman secara ladang dengan menggunakan tenaga buruh yang dibawa masuk              dari China dan India.
F4           Memperkenalkan undang-undang pemilikan tanah bagi meneruskan penguasaan ekonomi.
F5           Melindungi dan mengelakkan tanah orang Melayu daripada dicerobohi oleh pemodal dan           pelabur asing.
Tujuan British memperkenalkan undang-undang tanah di Tanah Melayu
F1           Tanah menjadi elemen utama dalam aspek ekonomi penjajah.
F2           Sistem pemilikan dan penggunaan tanah yang dipraktikkan masyarakat Melayu tidak sesuai        dengan sistem tanah di Barat.
F3           Sistem pemilikan tanah dikalangan masyarakat Melayu tidak mempunyai rekod dan catatan        yang sempurna untuk dijadikan bukti pemilikan terhadapnya.
F4           Rekod bertulis adalah penting bagi menjamin dan mengesahkan hak pemilikan tanah.
F5           Rekod bertulis memudahkan sebarang urusan pentadbiran seperti urusan cukai dan urusniaga terhadap tanah seperti urusan cukai dan urus niaga terhadap tanah seperti pajakan,sewa            beli,penjualan dan pembelian.
F6           Tanah boleh dijadikan cagaran bagi mendapatkan modal.
F7           Membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai komersial seperti tanah ladang,tanah             peribumi dan tanah perlombongan.
F8           Menentukan kadar cukai yang dikenakan terhadap jenis tanah yang dimiliki atau diusahakan.
F9           Menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan sesuatu kawasan   membuat permohonan di Pejabat Tanah.
F10         Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripada Pejabat Tanah untuk mengutip        sumber hutan seperti nipah,damar dan rotan. 
 
Kesan pengenalan undang-undang tanah oleh British terhadap masyarakat Melayu

F1           Inividu yang ingin mengusahakan tanah tidak perlu mendapat kebenaran pembesar Melayu       sebaliknya mesti memohon melalui Pejabat Tanah.
F2           Memberikan kuasa kepada Residen negeri untuk menentukan kawasan konsensi tanah yang    diberikan kepada para pemodal.
F3           Masyarakat tempatan perlu mendapat kebenaran daripadaPejabat Tanah untuk mengutip         sumber huan seperti nipah,damar dan rotan.
F4           Perkembangan sistem ekonomi wang terhadap masyarakat Melayu.
F5           Semua urusan seperti jual beli,cukai,sewa tanah,barang keperluan dan perkhidmatan dibayar   dengan wang.
F6           Masyarakat Melayu terpaksa bergantung kepada orang tengah untuk meminjam wang.
F7           Ramai orang Melayu menjual tanah milik mereka untuk melangsaikan hutang.

Tindakan British bagi mengekalkan tanah pemilikan peribumi
F1           Majlis Mesyuarat Persekutuan meluluskan Akta Tanah Simpanan Melayu 1913.
F2           Akta ini diperlukan untuk menjamin ekonomi dan politik orang Melayu masa depan.
F3           Mengelakkan tanah orang Melayu berpindah kepada orang asing.
F4           Residen diberi kuasa mengisytiharkan mana-mana hak milik orang Melayu sebagai Tanah             Simpanan Melayu.
F5           Akta tersebut tidak membenarkan orang Melayu menanam tanaman komersial.
F6           Undang-undang menetapkan jenis tanaman padi dan kelapa.
F7           Memperkenalkan Land Order 1931 yang memperuntukan hak milik tanah peribumi Sarawak.
F8           Melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha Cina untuk kegiatan pertanian.
F9           Menguatkuasakan Land Settlement Order 1933 memberi perlindungan hak tanah peribumi.
F10         Pemilikan Tanah hanya boleh dilakukan secara warisan.
F11         Mengelakkan berlaku pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah terhadap tanah warisan.
F12         Memperkenalkan Land Order 1948 membahagikan tanah kepada tanah campuran,tanah              simpanan dan tanah pedalaman.
F13         Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran.
F14         Mewartakan Proklamasi Pelindungan Hak Peribumi 1889.
F15         Pegawai Daerah diberi kuasa menjaga kepentingan hak milik tanah peribumi Sabah.
F16         Menganggap tidak sah segala urus niaga tanah antara peribumi dengan orang Eropah sebelum 1888.
F17         Pegawai Daerah diberi kuasa dalam urus niaga tanah dengan Eropah.
F18         Penduduk peribumi Sabah berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang              asing.
Kandungan Akta Tanah Peribumi di Sabah dan Sarawak.
F1           Akta Land Order 1933 melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi pengusaha dari China       untuk tujuan pertanian.
F2           Akta Land Settlement Order memberi perlindungan kepada tanah milik masyarakat peribumi.
F3           Pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui pewarisan untuk mengelakkan          berlakunya pemajakan,pemecahan dan penjualan tanah.
F4           Akta Land Order 1948 membahagikan tanah di Sarawak kepada tiga kawasan tanah pedalaman.
F5           Golongan imigran hanya boleh mempunyai hak terhadap tanah campuran sahaja.
F6           Proklamasi perlindungan Hak Peribumi menetapkan bahawa kepentingan hak milik tanah            peribumi Sabah adalah di bawah kuasa Pegawai Daerah.
F7           Segala urus niaga tanah dengan orang Eropah perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi.
F8           Penduduk peribumi berhak menuntut ganti rugi terhadap tanah yang dijual kepada orang asing.

Kesan dasar British terhadap pekebun kecil getah di Tanah Melayu.
F1            Memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah dikawasan          penanaman padi.
F2           Penyertaan pekebun kecil getah terutamanya dari kalangan orang Melayu dalam sektor               perusahaan getah berkurangan.
F3           Premium permohonan tanah baru untuk tujuan penanaman getah turut dikenakan.
F4           Pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan penanaman getah telah dilarang sama sekali oleh    kerajaan British.
F5           Memberikan perlindungan kepada pemodal dan pengusaha ladang dari Eropah menerusi            Rancangan Stevenson 1922 semasa kejatuhan harga getah.
F6           Pekebun kecil diberi kuota yang lebih rendah melalui pelaksnaan Rancangan Peraturan Getah   Antarabangsa pada tahun 1934.
F7           Orang Melayu tidak berminat untuk mengerjakan sawah padi.

Sebab British kekalkan orang Melayu dalam penanaman padi.
F1           Mengelakkan penglibatan orang Melayu dalam penanaman getah.
F2           Mengurangkan Tanah Melayu bergantung import beras dari luar negara seperti dari       Thailand,Indo-China dan myanmar.
F3           Bekalan beras dari luar negara tidak sentiasa terjamin.Sekiranya berlaku kekurangan      pengeluaran beras luar,kesan buruk akan berlaku di Tanah Melayu.
F4           Pekebun kecil dilarang menanam getah kerana ia mengancam ladang getah pengusaha Eropah.


Sebab orang Melayu kekal dalam ekonomi tradisional semasa pemerintahan British.
F1           Tidak memberi keutamaan nasib rakyat tempatan.
F2           Mengutamakan ekonomi penjajah dan ekonomi peladang besar atau kelas komprador yang      mengaut keuntungan negara.
F3           Menggalakkan pelaburan Eropah melalui skim perladangan.
F4           Intensif kewangan dan bantuan teknikal tidak pernah ditawarkan kepada pekebun kecil.
F5           Menyekat orang Melayu daripada menanam getah. Pekebun kecil tidak dibenarkan menanam getah di tanah sawah
F6           Memperkenalkan Sekatan Stevenson melindungi peladang Eropah semasa kejatuhan harga       getah.
F7           Melaksanakan Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pada tahun 1934 yang memberi kuota              yang rendah untuk penjualan getah oleh orang Melayu.
F8           Menaikkan premium tanah untuk tanaman getah.
 
Kesan-kesan Dasar Ekonomi British
Faktor kemunculan bandar baru di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
F1        Perkembangan kegiatan perlombongan bijih mewujudkan bandar Kuala Lumpur,Taiping      dan Seremban.
F2        Perkembangan perlombongan petroleum mewujudkan bandar Miri di Sarawak.
F3        Perkembangan sistem pengangkutan mewujudkan bandar Kuala Lumpur.
F4        Perkembangan pertanian komersial mempengaruhi kewujudan bandar johor Bahru.
F5        Kuala Lumpur berkembang sebagai bandar besar kerana kedudukan strategiknya.
F6        Peningkatan pengeluaran produk industri bijih timah dan getah telah menjadikan       pelabuhan Klang,Melaka dan Pulau Pinang.
F7        Bandar Kuching muncul sebagai pusat pengumpulan dan pengeksportan gambir dan             lada hitam.
Ciri-ciri masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu.  
F1        Petempatan masyarakat berbeza mengikut kaum.Orang Melayu tinggal di kawasan luar         bandar,kaum Cina tinggal di kawasan bandar dan kaum india tinggal di estet
F2        Jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum orang Melayu sebagai petani,kaum       India kebanyakkannya sebagai penoreh getah dan kaum Cina sebagai peniaga dan             pekerja di lombong bijih timah.
F3        Bahasa pertuturan yang digunakan dalam kehidupan sosial berbeza antara satu sama            lain.
F4        Tidak terdapat kesepaduan dan interaksi antara kaum yang meluas.
F5        Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
Sistem pendidikan semasa penjajahan British di Tanah Melayu.
F1           Sistem pendidikan vernakular dengan menggunakan bahasa ibunda masing-masing.
F2           Sistem pendidikan yang menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa        penggantar.
F3           British menubuhkan sekolah vernakular Melayu di Negeri-Negeri Selat.
F4           Sekolah Melayu pertama terletak di Teluk Belangga,Singapura.
F5           Sekolah Melayu seterusnya didirikan di Seberang Prai,Kuala Kangsar dan Batu Gajah di Perak.
F6           Sekolah Melayu untuk murid perempuan telah dibina di Negeri-Negeri Selat pada tahun1885.
F7           Kolej Melayu Kuala Kangsar ditubuhkan sebagai sekolah khusus untuk golongan elit.
F8           Sekolah Melayu ditubuhkan hanya peringkat rendah dan kurikulum bersesuaian dengan cita-cita             British menjadikan anak Melayu sebagai petani.
F9           Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) ditubuhkan di Tanjung Malim,Perak bertujuan melatih     guru sekolah Melayu.
F10         Pihak pengurusan ladang pula akan membiayai sekolah Tamil di kawasan ladang.
F11         Pendidikan Tamil disediakan oleh kerajaan British di bandar seperti Sekolah Tamil Vivekananda                 di Seremban berorientasikan sistem pendidikan di negara India.
F12         Menggunakan sukatan pelajaran,buku dan tenaga pengajar dari India serta menggunakan          bahasa Tamil sebagai bahasa penggantar.
F13         Sekolah Cina dibiayai oleh saudagar dari China.Contohnya,Sekolah Chung Hwa (1914) dan            sekolah Cina Yuk Chai (1926) di Kuala Pilah.
F14         Menggunakan dialek masing-masing sebagai bahasa perantaraan manakala guru,buku dan          sukatan pelajaran datangya dari China.
F15         Kerajaan British mewartakan Enakmen Pendaftaran Sekolah mengawal segala aktiviti untuk       menyekat pengaruh komunis di Sekolah Cina.
F16         Pendidikan Inggeris turut dimulakan pada peringkat awal hasil usaha mubaligh Kristian dan          badan sukarela,di Tanah Melayu.
F17         Sekolah Inggeris dianggap sebagai sekolah elit kerana lokasinya terletak di bandar dan   pelajarnya terdiri daripada kalangan orang atasan.
F19         Kurikulum sekolah Inggeris disusun berasaskan sistem pendidikan di Engand.
F20         Pihak British menubuhkan sebuah universiti iaitu Universiti Malaya di Singapura tetapi agak         lewat.
Perkembangan perindustrian di Tanah Melayu pada awal abad ke-20.
F1        Perusahaan perkilangan di Tanah Melayu tidak maju kerana aktiviti ekonomi British             memberi tumpuan terhadap pengeluaran bahan mentah bijih timah dan getah.
F2        Hampir semua barangan perkilangan yang diperlukan telah diimport kerana barangan           perkilangan tempatan yang sedikit.

F3        Sektor perkilangan di Tanah Melayu dimajukan untuk keperluan eksport,Syarikat Shum       Yip Leong mndirikan dua buah kilang kasut getah untuk dieksport ke China.
F4        Syarikat Kasut Bata turut menubuhkan sebuah kilang di Klang,Selangor.
F5        Terdapat juga syarikat seperti Fung Keong di Klang,Selangor dan Kinta Rubber Works di      Ipoh,Perak yang menghasilkan barangan berasaskan getah.
F6        Syarikat United Engineers pula telah mendirikan kilang membina kapal korek ,kapal kecil    dan mesin memproses getah.
F7        Perusahaan mengetin nanas diasaskan oleh seorang berbangsa Perancis berpusat di   Johor untuk eksport.
F8        Pemodal Cina mengusahakan perusahaan mengetin nanas di Johor.

Perkembangan sistem pengangkutan dan perhubungan di Tanah Melayu pada awal abad k-20.
F1           Perkembangan pesat kegiatan perlombongan dan pertanian menyebabkan perkembangan        pengangkutan dan perhubungan.
F2           Jalan kereta api dibina untuk mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari kawasan                 perlombongan ke pelabuhan untuk dieksport.
F3           Jalan kereta api yang pertama telah dibina pada tahun 1885 untuk menghubungkan Taiping         dengan Port Weld,Kuala Lumpur dengan Port Swettenhem,kawasan perlombongan di Seremban      ke Port Dickson dan di Tapah Road dengan Telok Anson.
F4           Pada tahun1904,semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selagor dan Negeri                Sembilan telah mempunyai perkidmatan kereta api.
F5           Jalan kereta api yang menghubungkan Seberang Perai dengan sempadan Siam telah disiapkan pada tahun 1918.
F6           Pada tahun 1931,jalan kereta api di bahagian timur yang menghubungkan Gemas,Pahang dan    Kelantan ke sempadan Siam telah dibina.
F7           Menjelang tahun 1923,jalan kereta api di Tanah Melayu telah disambung hingga ke Singapura.
F8           Pembinaan jalan kereta api menggalakkan pembukaan tanah-tanah baru di kawasan pedalaman              untuk penanaman getah.
F9           Di Johor,orang Eropah hanya melabur dalam perusahaan getah selepas terdapatnya pembinaan               jalan kereta api.
F10         Perkhidmatan kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
F11         Jalan raya dalam bentuk berturap dan tanah merah digunakan untuk mengangkut bijih timah     dan getah ke pangkalan sungai.
F12         Menjelang tahun 1895,Selangor dan Perak mempunyai jalan raya sepanjang 2400 kilometer.
F13         Kegunaan jalan raya bertambah popular selepas pengenalan kenderaan bermotor pada tahun 1902.
F14         Antara tahun 1911 hingga tahun 1928,jalan raya yang menghubungkan Perlis dan Singapura siap                dibina.
F15         Jalan raya diantara Kuala Lumpur dan Kuantan turut dibuka bagi memudahkan perhubungan      antara negeri-negeri di Pantai Timur.
F16         Sistem perhubungan seperti telegraf,telefon,perkhidmatan pos,radio dan perkhidmatan udara                diwujudkan akibat daripada perkembangan ekonomi.
F17         Perhubungan antara negeri-negeri serta perhubungan dengan negara luar dapat dijalankan       dengan lebih cekap dan cepat.

Sumbangan sistem pengangkutan kepada ekonomi Tanah Melayu pada awal abad ke-20
F1           Perkembangan kegiatan perlombongan bijih timah.
F2           Mempercepatkan pengangkutan bijih timah dari lombong ke pelabuhan untuk dieksport.
F3           Jalan keret api menghubungkan semua kawasan perlombongan bijih timah di Perak,Selangor    dan Negeri Sembilan.
F4           Menghubungkan bahagian timur,utara dan selatan Tanah Melayu.
F5           Pembukaan tanah baru di pedalaman untuk peladangan getah.
F6           Menarik pelabur Eropah melabur dalam perusahaan getah.
F7           Kereta api dapat membawa muatan yang banyak.
F8           Menghubungi dengan negara luar melalui pelabuhan dengan menggunakan kapal berkuasa wap.
F9           Pelabuhan dapat dimajukan untuk mengeksport getah dan bijih timah ke Eropah.


3 ulasan:


  1. selamat hari untuk semua warga malaysia, nama saya Puan aisha bukafia, tinggal di kota bandar george, tolong, saya ingin berkongsi kesaksian hidup saya di sini di platform ini untuk semua warga malaysia berhati-hati dengan peminjam pinjaman internet, Tuhan benar-benar mengasihi saya melalui ibu yang baik Puan Emiliana

     Selepas beberapa ketika cuba mendapatkan pinjaman daripada institusi kewangan, dan ditolak secara berterusan, jadi saya memutuskan untuk memohon melalui pinjaman dalam talian tetapi saya ditipu dan saya kehilangan RM5000, kepada seorang wanita di arabia saudi.

     Saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya berbincang dengan rakan saya yang kemudiannya mengadu saya kepada Puan Emiliana, yang merupakan pemilik organisasi pinjaman global, jadi kawan saya meminta saya untuk memohon dari Puan Emiliana, jadi saya kebanggaan yang diringkaskan dan menghubungi Puan Emiliana.

     Saya memohon pinjaman berjumlah RM80,000 dengan kadar faedah lebih rendah daripada 2%, jadi pinjaman itu diluluskan dengan mudah tanpa tekanan dan semua persiapan dibuat atas pemindahan kredit, kerana ia tidak memerlukan cagaran dan jaminan untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah RM80,000. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Allah menjawab doa saya dengan memerintahkan peminjam saya dengan pinjaman asal saya, yang dapat memberikan keinginan hati saya.

    Semoga Allah memberkati Ibu Emiliana untuk membuat hidup adil bagi saya, jadi saya cadangkan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi mereka
     Puan Emiliana melalui e-mel:
     emilianawilson111@gmail.com untuk pinjaman anda

    Akhirnya saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana mengambil masa untuk membaca kesaksian hidup saya yang benar tentang kejayaan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    satu lagi nama saya mrs aisha bukafia, anda boleh menghubungi saya untuk maklumat lanjut melalui e-mel saya: mrsaishabukafia@gmail.com.

    BalasPadam
  2. Halo,
    Nama saya Marcia Retnawati dari Batan Miroto kota Semarang di Indonesia, saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat kepada setiap orang agar berhati-hati dalam mendapatkan pinjaman di sini, sehingga peminjam pinjaman di sini adalah semua penipu dan mereka hanya di sini untuk menipu anda wang saya, saya memohon pinjaman kira-kira 100 juta dari seorang wanita di Malaysia dan saya kehilangan kira-kira 6 juta tanpa mengambil pinjaman, mereka bertanya lagi dan sekali lagi untuk kos, saya membayar hampir 6 juta lagi saya tidak mendapat pinjaman,

    Allah adalah kemuliaan, saya bertemu seorang sahabat yang baru saja memohon pinjaman, dan dia mendapat pinjaman tanpa tekanan apa pun, jadi dia memperkenalkan saya kepada Puan Alicia Radu, dan saya memohon 500 juta, saya rasa ini adalah jenaka dan penipuan, tetapi saya mendapat pinjaman saya kurang dari 24 jam hanya 2% tanpa cagaran. Saya sangat gembira kerana saya diselamatkan daripada menjadi miskin.

    jadi saya nasihat semua orang di sini yang memerlukan pinjaman untuk dihubungi
    Puan Alicia Radu, melalui e-mel: aliciaradu260@gmail.com

    Anda masih boleh menghubungi saya jika anda memerlukan maklumat lanjut melalui e-mel: Marciaretnawati450@gmail.com

    sekali lagi terima kasih semua kerana membaca kesaksian saya, dan semoga Allah terus memberkati kita semua dan memberi kita hidup dan kemakmuran

    BalasPadam
  3. Halo semua, saya Rika Nadia, saat ini tinggal orang Indonesia dan saya warganegara, saya tinggal di JL. Baru II Gg. Jaman Keb. Lama Utara RT.004 RW.002 No. 26. Saya ingin menggunakan medium ini untuk memberi nasihat konkrit kepada semua warganegara Indonesia yang mencari pinjaman dalam talian untuk berhati-hati kerana internet penuh dengan penipuan, kadang-kadang saya sangat memerlukan pinjaman , kerana kewangan saya buruk. statusnya tidak begitu baik dan saya terdesak untuk mendapatkan pinjaman, jadi saya jatuh ke tangan pemberi pinjaman palsu, dari Nigeria dan Singapura dan Ghana. Saya hampir mati, sehingga seorang kawan saya bernama EWITA YUDA (ewitayuda1@gmail.com) memberitahu saya tentang pemberi pinjaman yang sangat boleh dipercayai bernama Puan ESTHER PATRICK Cawangan Pengurus Pinjaman Akses, Dia adalah pemberi pinjaman global; yang saya hubungi dan dia meminjamkan saya pinjaman sebanyak Rp600,000,000 dalam masa kurang dari 12 jam pada kadar faedah 2% dan yang mengubah kehidupan seluruh keluarga saya.

    Saya menerima pinjaman saya dalam akaun bank saya selepas Madam. LADY ESTHER telah meminjamkan pinjaman kepada saya, apabila saya menyemak baki akaun bank saya dan mendapati bahawa jumlah yang saya terima itu telah dikreditkan ke akaun bank saya. dan saya mempunyai bukti dengan saya, kerana saya masih terkejut, e-melnya (ESTHERPATRICK83@GMAIL.COM)

    Jadi untuk kerja yang baik LADY ESTHER telah melakukannya dalam hidup saya dan keluarga saya, saya memutuskan untuk memberitahu dan berkongsi kesaksian saya tentang LADY ESTHER, jadi orang dari negara saya dan bandar saya boleh mendapatkan pinjaman dengan mudah tanpa tekanan. Jadi, jika anda memerlukan pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) sila hubungi LADY ESTHER Dia tidak tahu bahawa saya melakukan ini tetapi saya sangat gembira sekarang dan saya membuat keputusan untuk memberitahu orang ramai tentangnya, Dia menawarkan semua jenis pinjaman kepada individu dan syarikat dan juga saya mahu Tuhan memberkati dia lebih banyak,

    Anda juga boleh menghubungi saya di e-mel saya: (rikanadia6@gmail.com). Sekarang, saya seorang pemilik perniagaan wanita yang baik dan hebat di kota saya, Semoga Tuhan Yang Maha Esa terus memberkati LADY ESTHER untuk kerja yang baik dalam hidup dan keluarga saya.
    Tolong beritahu saya untuk maklumat lanjut tentang Ibu dan saya akan memberi arahan, dan ada bukti pinjaman, hubungi LADY ESTHER melalui e-mel: (estherpatrick83@gmail.com) Terima kasih semua

    BalasPadam