Isnin, 16 April 2012

Q & A Sejarah T5 Bab 6


Bab 6 : Pengukuhan Negara Dan Bangsa Malaysia
Soalan 1 :
Jelaskan secara ringkas cadangan-cadangan yang dikemukakan oleh pemimpin tempatan dan luar Negara kea rah pembentukan Malaysia, iaitu sebelum pengumuman dibuat oleh Tunku abdul Rahman pada 27 Mei 1961

F1 Cadangan untuk membentuk sebuah Negara Malaysia telah dikemukan sejak awal abad ke-19 lagi.
F2 Cadangan pertama telah dikkemukakan oleh Lord Brassey ( Pengarah Syarikat Borneo Utara ).
F3 Beliau telah mencadangkan agar kerajaan British menggabungkan Sarawak dan Sabah ( Borneo Utara ) dengan negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat.
F4 Pada tahun 1948, Sir MalcolmDonald yang merupakan Gabenor Jeneral Asia Tenggara ( 1949 – 1952 ) telah mencadangkan supayan Sarawak, Sabah, Singapura, Brunei dan Persekutuan Tanah Melayu digabungkan.
F5 Ini kerana pada suatu masa nanti British akan menggabungkan negeri Sarawak, Sabah, Brunei dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
F6 Pemimpin Singapura seperti LimYew Hock, David Marshall dan Lee Kuan yew telah juga membuat cadangan untuk menggabungkan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu.
F7 Pada tahun 1959, Lee Kuan Yew telah mendesak Britsih supaya berunding dengan Tunku Abdul Rahman untuk menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu sahaja.
F8 Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju dengan cadangan ini kerana ia akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan penduduk.
Soalan 2 :
a. Huraikan faktor politik dan ekonomi yang telah mendorong kepada pembentukan Malaysia pada 16 September 1963

Faktor Politik
F1 Perkembangan pengaruh Komunis di Asia Tenggara terutamanya di Singapura telah menimbulkan kebimbangan Lee Kuan Yew.
H1a Beliau telah menggunakan alas an ini untuk mendesak British menggabungkan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
H1b Ini berikutan Persekutuan Tanah Melayu mempunyai pengalaman yang lama dalam membanteras pengaruh Parti Komunis Malaya ( PKM ) sepanjang tempoh darurat.
H1c Pengaruh ini semakin ketara apabila Barisan Sosialis di bawah pimpinan Lim Chin Siong telah memenangi pilihhanraya kecil pada tahun 1961.
H1d Kemenangan ini akan melemahkan parti pimpinan Lee Kuan Yew iaitu parti Tindakan Rakyat ( PAP ).
H1e Perkembangan ini telah membimbangkan Lee Kuan Yew kerana ia akan menggugat rancangan British untuk memberikan kemerdekaan kepada Singapuran memandangkan Barisan Sosialis adalah gerakan yang berhaluan kiri.
H1f Tunku Abdul Rahman juga telah bersetuju dengan idea pembentukan Malaysia ini kerana wujudnya ancaman Komunis di Sarawak yang diperjuangkan oleh Clandestine Communist Organization ( CCO ).
H1g CCO bermatlamat untuk menjadikan Sarawak sebagai sebuah Negara Komunis.
H1h Tunku berharap dengan kemasukan Singapura, Sabah dan Sarawak akan dapat menjadi benteng yang kukuh bagi menghadapi ancaman komunis.
F2 Penubuhan Malaysia akan membolehkan Singapura, Sabah dan Sarawak
mendapat kemerdekaan tanpa berusaha secara bersendirian.
H2a Ia akan menjamin kemerdekaan yang lebih awal kerana mengikut perancangan,
Malaysia akan ditubuhkan dalam tempoh dua tahun sahaja.
H2b Ini akan membantu negeri-negeri tersebut menikmati pembangunan social, ekonomi dan politik.
F3 Dalam perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) pada tahun 1960 telah menimbulkan usul agar tanah jajahan dimerdekakan.
H3a Penubuhan Malaysia ialah satu proses dekolonisasi British terhadap negeri-negeri kecil yang belum membangun.
H3b Kejayaan pembentukan Malaysia nanti diharapkan dapat memberikan kestabilan politik kepada rantau Asia Tenggara.
H3c Pembentukkan Malaysia nanti akan dapat menghalang penyebaran pengaruh komunis di Singapura dan wilayh-wilayah Borneo.
H3d British juga perlu mengambil langkah-langkah kea rah memastikan kepentingan mereka terus terkawal terutama
F4 Penubuhan Malaysia akan mewujudkan satu kerjasama serantau dalam bidang ekonomi dan akan dapat memanfaatkan keistimewaan dan sumber yang ada di negeri-negeri ini.
H4a Ia juga akan mewujudkan satu pasaran yang lebih luas bagi menggalakkan pelaburan dan perkembangan industri pertanian.
H4b Gabungan bahan mentah yang terdapat di Sabah, Sarawak dan Brunei akan memperkukuhkan lagi ekonomi Malaysia

b. Jelaskan reaksi Parti Rakyat Brunei dibawah pimpinan A.M azahari terhadap pembentukan Malaysia

F1 Gagasan Malaysia telah ditentang oleh parti politik yang sangat berpengaruh iaitu Parti Rakyat Brunei.
F2 Parti Rakyat Brunei yang dipimpin oleh A.M.Azahari menentang gagasan Malaysia
H2a Ini kerana matlamat mereka adalah untuk menubuhkan Persekutuan Borneo, iaitu Kerajaan Kalimantan Utara yang terdiri Sabah, Sarawak dan Brunei.
F3 Mereka juga telah menganggap gagasan Malaysia sebagai satu bentuk
neokolonialisme.
F4 Mereka telah melancarkan satu pemberontakan di bawah pasukan Tentera Nasional Kalimantan Utara ( TNKU ) yang ditubuhkan di beberapa buah Bandar Sarawak, Sabah dan Brunei
F5 Pemberontakan ini telah dilancarkan pada 7 Disember 1962 apabila,
H5a Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Brunei dan Sultan Brunei menangguhkan keputusan tentang gagasan Malaysia.
F6 Kerajaan Indonesia dan Filipina telah memberi bantuan dan menyokong
A.M.Azahari.
F7 Pemberontakan tersebut telah dapat dipatahkan oleh British. Tetapi A.M.Azahari tidak dapat ditangkap kerana berada di Filipina dan kemudiannya mendapatkan perlindungan politik di Indonesia
Soalan 3 :
a. Huraikan pendirian pihak Indonesia terhadap terhadap cadangan pembentukan gagasan Malaysia

F1 Indonesia telah membantah gagasan Malaysia pada akhir 1962,
H1a mereka berpendapat Pembentukan Malaysia adalah satu neokolonialisme
H1b Mereka menganggap ia akan mengancam Indonesia.
F2 Parti Komunis Indonesia menyuarakan bantahan
F3 Parti Komunis Indonesia ( PKI ) telah berjaya mempengaruhi Presiden Soekarno untuk mengisytiharkan Dasar Konfrantasi terhadap Malaysia.
b. Nyatakan tindakan-tindakan kerajaan Indonesia dalam mengagalkan rancangan pembentukan Malaysia serta usaha-usaha Malaysia dalam menghadapi penentangan daripada Indonesia

Tindakan Indonesia
F1 Slogan Ganyang Malaysia telah digunakan oleh Indonesia untuk memusnahkan pembentukan Malaysia pada 20 januari 1963.
F2 Mereka telah menghantar pasukan pengintip untuk tujuan tersebut.
F3 Indonesia telah melancarkan serangan terhadap kapal-kapal nelayan Tanah Melayu dan
F4 Mereka juga mencerobohi ruang udara Malaysia,
F5 Tentera Indonesia telah melancarkan serangan terhadap Malaysia melalui Johor, Sarawak dan Sabah.
F6 Indonesia juga telah bertindak dengan memburukkan nama Malaysia di Negara Afro-Asia dan di Negara Dunia Ketiga.
Usaha Malaysia untuk menghadapi tentangan
F7 Malaysia telah bertindak balas dengan bentuan tentera Komanwel termasuklah dari Britain, Australia, New Zealand dan Kanada.
F8 Surat bantahan rasmi telah dihantar oleh Tunku Abdul Rahman kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu berkaitan dengan pencerobohan tersebut.
F9 Tindakan Indonesia tersebut telah menjejaskan Negara itu sendiri dan tidak memberikan kesan terhadap Malaysia.
F10 Malaysia telah mengambil langkah untuk memelihara kedaulatan Negara dengan menghantar perwakilan yang diketuai oleh Tun Abdul Razak mengadakan lawatan ke beberapa buah Negara Afrika bagi menjelaskan masalah hubungan diplomatik antara Indonesia dengan Malaysia
Soalan 4 :
a. Apakah peranan yang dimainkan oleh wakil pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ( PBB ) yang ditugaskan untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak kea rah pembentukan Malaysia

F1 Setiausaha Agung PBB iaitu U Thant telah membentuk perwakilan Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu atau United Nationsl Malaysia Mission ( UNMM ).
F2 U Thant sekali lagi telah menghantar wakilnya untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak.
F3 Rombongan tersebut telah disertai oleh Lawrence Michaelmore dari Amerika Syarikat
H3a bersama-sama tujuh orang wakildari Chezchoslovakia, Argentina, Brazil, Ceylon,
Pakistan, Jepun dan Republik Arab Bersatu.
F4 Mereka telah mendapati bahawa majoritI rakyat Sarawak dan sabah telah bersetuju menyertai Persekutuan Malaysia.
F5 Rakyat Sabah dan Sarawak telah mengubah fikiran mereka untuk menyokong Persekutuan Tanah Melayu
H5a Ini kerana usaha yang berterusan yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan tanah Melayu.
F6 Parti Perikatan juga telah berusaha dengan membentuk parti yang menyokong pembentukan Malaysia yang memenangi pilihanraya di Sabah dan Sarawak.
F7 Penduduk Sabah dan Sarawak lebih berminat untuk menyertai Persekutuan tanah Melayu daripada menganggotai Filipina atau pun Indonesia.

b. Analisakan pekara-pekara penting tentang sabah dan Sarawak yang terdapat dalam perjanjian Malaysia 1963

F1 Semua Urusan Luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
F2 Agama Islam adalah agama persekutuan
H2a kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama lain dibebaskan
F3 Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan,
H3a bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
H3b Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia
F4 Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengawal hal-ehwal emegresen dan perkhidmatan awam
F5 Pembahagian kerusi, Sabah mendapat 16 kerusi,
H5a Sarawak 24 kerusi dan
H5b Singapura 15 kerusi yang mewakili kawasan Parlimen.
F6 Rakyat Bumiputra Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu dipersekutuan Tanah Melayu
Soalan 5 :
Huraikan bidang tugas suruhanjaya Cobbold dan cadangan-cadangan yang telah dikemukakan
F1 Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan pada januari 1962 untuk mendapatkan pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia.
F2 Ia dipengerusikan oleh Lord Cobblod dan dianggotai oleh Sir Antohny Abel dan Sir David Watherston yang mewakili kerajaan British serta dua orang wakil Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
F3 Suruhanjaya ini telah memulakan tugasnya dari bulan Februari hingga April 1962.
F4 Suruhanjaya Cobbold telah membuat laporan kepada kerajaan British pada Jun 1962, Antara isi kandungan laporan tersebut ialah :
H4a Satu pertiga penduduk Sarawak dan Sabah menyokong gagasan Malaysia tanpa syarat
H4b Satu pertiga menyokong dengan syarat kepentingan mereka harus dilindungi
H4c Satu pertiga lagi menginginkan kemerdekaan sebelum menyertai Malaysia.
Cadangan-Cadangan
F1 Perlembagaan Malaysia haruslah berasaskan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957.
F2 Kuasa telah diberikan kepada kepada sabah dan Sarawak untuk menentukan dasar imigresen
H2a bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan
F3 Terdapat jaminan terhadap hak dan kedudukan bumiputra Sabah dan Sarawak
F4 Pemberian nama Malaysia.
F5 Penentuan tarikh penubuhan Malaysia
Soalan 6 :
a. Apakah yang dimaksudkan dengan Akta Malaysia

F1 Akta yang diperuntukan penggabungan negeri-negeri berkenaan yang seterusnya dinamakan Malaysia
F2 Ratu Elizabeth II telah memperkenalkan Akta Malaysia yang telah diluluskan oleh parlimen British,
H2a ia kemudian diikuti oleh kelulusan Perjanjian Malaysia oleh parlimen Perekutuan Tanah Melayu, Dewan Perhimpunan Singapura, majlis Undangan Sarawak dan majlis Undangan Sabah.
F3 Yang diPertuan Agong telah memperkenankan Akta Malaysia pada 26 Ogos 1963.
F4 Pada 16 September 1963, Negara Malaysia ditubuhkan secara rasminya yang merangkumi Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.

b. Huraikan intipati Perjanjian Malaysia 1963

F1 Semua Urusan Luar adalah tanggungjawab Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu
F2 Agama Islam adalah agama persekutuan
H2a kecuali Sabah dan Sarawak tetapi agama lain dibebaskan
F3 Bahasa Melayu adalah Bahasa Kebangsaan,
H3a bahasa Inggeris dan bahasa lain masih boleh digunakan
H3b Bahasa Inggeris sebagai Bahasa rasmi sehingga 10 tahun selepas hari Malaysia
F4 Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengawal hal-ehwal emegresen dan perkhidmatan awam
F5 Pembahagian kerusi, Sabah mendapat 16 kerusi,
H5a Sarawak 24 kerusi dan
H5b Singapura 15 kerusi yang mewakili kawasan Parlimen.
F6 Rakyat Bumiputra Sabah dan Sarawak mendapat taraf yang sama dengan orang Melayu dipersekutuan Tanah Melayu

nya pengkalannya di Singapura. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan