Khamis, 19 April 2012

Q & A TEMA 8 (Bab 4,5,6,7dan 8 T4)


Soalan 1
(a) Senaraikan dua peperangan yang berlaku di Madinah antara tahun 622 – 630 Masihi
• Perang Badar
• Perang Uhud
• Perang Khandak
• Perang Tabuk
[2 markah]

(b) Berikan dua garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam peperangan
• Tidak dibenarkan membunuh orang yang lemah seperti orang tua,
• kanak-kanak, wanita, orang sakit dan orang yang menyerah diri
• Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan
• Dilarang memusnahkan tanam-tanaman
• Dilarang merobohkan tempat ibadat
[2 markah]

(c) Nyatakan dua sebab Islam membenarkan umatnya berperang.
• Apabila diserang oleh musuh
• Untuk mencari keamanan
• Untuk memelihara tempat ibadat
• Menjaga maruah negara
• Memelihara daripada kemusnahan harta benda
• Melindungi orang yang tidak berdosa
[2 markah]

(d) Nyatakan dua bukti bahawa Islam berkembang bukan dengan cara peperangan
• Nabi Muhammad s.a.w. mengampunkan tawanan Perang Badar
• Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
• Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka iaitu mengajar sepuluh kanak-kanak membaca dan menulis sehingga pandai
[2 markah]

(e) Pada pandangan anda, bagaimanakah cara untuk mengelakkan peperangan daripada berlaku ?
• Mengamalkan akhlak yang mulia
• Saling bertolak ansur
• Kepimpinan melalui teladan
• Menghormati hak asasi
• Mengelakkan isu-isu sensitif dipersoalkan seperti agama, bahasa, institusi pemerintahan
• (Mana-mana yang munasabah)
[2 markah]

2. Perjanjian Hudaibiyah telah menjadi perintis kepada pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi.
(a) Nyatakan dua syarat Perjanjian Hudaibiyah.
• Gencatan senjata selama 10 tahun
• Kabilah Arab bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah
• Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan
• Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula
• Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya (7 Hijrah)
[2 markah]

(b) Nyatakan sebab Nabi Muhammad s.a.w berjaya membuka semula kota Makkah pada tahun 630 Masihi.
• Orang Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
• Tidak menghormati hak kebebasan yang telah dipersetujui bersama
• Membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam
• Strategi jangka panjang penyebaran Islam
[2 markah]

(c) Mengapakah Kota Makkah mudah dibuka semula oleh tentera Islam?
• Pengislaman al-Abbas dan Abu Suffian
• Jaminan keselamatan oleh Nabi Muhammad s.a.w
• Bilangan tentera Islam yang ramai
• Tentera Islam dibahagikan kepada empat pasukan
• Menyerang kota Makkah menerusi empat arah yang berlainan
• Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam yang tinggi
[2 markah]

(d) Nyatakan kepentingan pembukaan semula kota Makkah.
• Terpelihara daripada penyembahan berhala
• Dijadikan sebagai kota suci umat Islam
• Menjadi tumpuan umat Islam dan seluruh dunia untuk menunaikan ibadat haji
• Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam
• Membuktikan bahawa negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh
• Menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab secara aman
• Mewujudkan sebuah pusat pemerintahan Islam yang kuat di Madinah
• Menjadi wilayah Islam yang baru
[2 markah]

(e) Sekiranya anda berada semasa pembukaan semula kota Makkah, apakah ketokohan Rasulullah s.a.w yang boleh diteladani.
• Sifat pemaaf / pengampun
• Berwibawa
• Kebijaksanaan mengatur strategi
• Tidak membalas dendam
• Mana-mana yang munasabah
[2 markah]




3. Terdapat tiga teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara iaitu Islam dari Semenanjung Tanah Arab, Islam dari China dan Islam dari India.

(a) Nyatakan dua tokoh yang mengemukakan teori tersebut.
• John Crawford
• Syaed Naquib al-Attas
• Emanuel Gadinho Eredia
• S.Q. Fatimi
• Snouck Hurgronje
[2 markah]

(b) Senaraikan bukti teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab.
• Dikemukakan oleh John Crawford
• Disokong oleh prof Syed Mohamad Naquib al-Atas
• Islam berkembang menerusi aktiviti para pedagang
• Bukti catatan Cina Bahawa oarang Arab / Parsi telah mempunyai pusat peraniagaan/petempatan di Canton / Amoy sejak tahun 300 Masehi
• Pedagang Arab menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah , Mesir ke Cina sejak awal lagi sehingga munculnya Islam di Mekah pada abad ke-7
• Asia Tenggara sebagai pelabuhan persinggahan pedagang Arab ke negara China
• Pedagang Arab membina perkampungan Islam bernama Ta Shih di Sumatera Utara.
• Persamaan bahan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan sastera Semenanjung Tanah Arab
• Orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
• Perkataan Arab yang terdapat dalam tulisan jawi diambil daripada bahasa Arab
• Adat resam dan kebudayaan orang Melayu dipengaruhi budaya Arab
• Pengislaman raja di asia Tenggara dilakukan oleh Syeik dari Arab
• Penulisan kitab agama menggunakan gaya penulisan Arab
[3 markah]

(c) Berikan dua cara pedagang Islam dapat menyebarkan Islam ke Asia Tenggara.
• Pedagang mempunyai sikap dan tingkah laku yang murni yang menjadi ikutan masyarakat tempatan
• Menjadikan perkampungan / pelabuhan persinggahan sebagai menjadi pusat perbincangan agama Islam di kalangan pedagang
• Pedagangan menjalankan dakwah
• Pedagang membawa bersama ulama untuk menyebarkan Islam
• Mempunyai sifat mahmudah / berhemah / lemah lembut menarik lebih ramai penduduk tempatan
• Hubungan baik pedagang dengan pemerintah tempatan yang memberi keistimewaan untuk berdakwah.
• Pedagang Islam dianugerahkan jawatan syahbandar di beberapa pelabuhan di Asia Tenggara
[2 markah]

(d) Nyatakan pengaruh Islam dalam sistem ekonomi masyarakat Asia Tenggara.
• Baitulmal diperkenalkan sebagai institusi ekonomi di Acheh sebagai perbendaharaan Negara harta/fitrah/hasil diperoleh daripada zakat dan sedekah
• mencari rezeki yang halal
• melarang perbuatan mengemis
• rajin bekerja
• amalkan unsur-unsur halal semasa berurus niaga / riba tidak dibenarkan
• sumber rezeki yang besar datang daripada perdagangan
• mata wang bercetak tulisan gelaran Islam bagi Sultan negeri berkenaan seperti Khalifatul Muslimin
• membayar zakat harta
[3 markah]

4. Kedatangan Islam ke Asia Tenggara telah meninggalkan pengaruh dalam undang-undang dan semangat jihad penduduk tempatan.

(a) Apakah kandungan undang-undang syariah kesan pengaruh Islam di Asia Tenggara ?
• Mengendalikan kes jenayah / kecurian
• Kes pembunuhan
• Urusan pernikahan
• Urusan perniagaan
• Pembahagian harta pusaka
[2 markah]

(b) Senaraikan ulama tempatan yang menulis tentang semangat jihad di Asia Tenggara.

• Syeikh Nurudin al-Raniri
• Abdul Rauf Singkel
• Syeikh Daud al-Pattani
[2 markah]

(c) Jelaskan mengenai perkembangan semangat jihad di Asia Tenggara
• Menggerakkan rakyat tempatan menentang penjajahan Barat
• Di Acheh, sultan menggunakan semangat jihad untuk lindungi kesucian Islam daripada Portugis
• Di Jawa, penduduk bersatu di bawah prinsip Islam menentang Portugis dan Belanda
• Di Acheh, ulama Syeikh Nurudin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel menulis kitab menerangkan kewajipan berjihad bagi orang Islam
• Syeikh Daud al-Pattani memuatkan kitabnya dengan kelebihan berjihad
• Beliau menulis surat kepada muridnya untuk berjuang menentang penjajah Siam
• Jihad juga merupakan usaha menentang kemiskinan
• Orang Islam juga digalakkan berjihad untuk mencapai sesuatu yang sempurna
[3 markah]

(d) Sebagai seorang warganegara, mengapakah anda perlu menjaga kedaulatan negara ?
• Hormati undang-undang
• Tidak melakukan kesalahan
• Wujud keamanan
• Tidak dicabar mana-mana pihak
• Negara tidak dijajah
• Menjamin kedudukan raja-raja
• Wujud perpaduan
• Lahir semangat cintai tanah air
• Lahir semangat jihad
• Mana-mana yang munasabah
[3 markah]


5. Gerakan Islah yang dijalankan oleh golongan mubaligh, ulama dan sufi telah menyebabkan Islam tersebar di Asia Tenggara.

(a) Namakan dua orang pendakwah yang menyebarkan Islam di Asia Tenggara.
• Syeikh Ismail
• Fakir Muhamad
• Syarif Amir Sayyid al-Syirazi
• Tajuddin al-Asfahani
• Syeikh Abdul Aziz
• Maulana Abu Bakar
• Maulana Yusof
[2 markah]

(b) Apakah sifat yang dimiliki oleh pendakwah ?
• Peribadi yang baik
• Jujur
• Lemah lembut
[2 markah]

(c) Jelaskan peranan ulama dalam menyebarkan Islam di Melaka
• Mengajar perkara asas tentang Islam
• Mengajar secara tidak formal
• Mengajar secara formal
• Menggunakan masjid / istana / rumah sebagai tempat mempelajari Islam
• peringkat awal
• Pusat pendidikan berkembang ke pondok / pasentren
[2 markah]

(d) Nyatakan cara Wali Songo berdakwah di Jawa
• Menimbulkan kesedaran
• Menanam semangat maksud bekerja
• Menanam semangat beramal
• Berusaha menghapuskan pengangguran
• Mengikis sifat malas
• Elak hidup secara mewah
• Mengelakkan pembaziran
[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakah Islam boleh tersebar dengan aman di Asia Tenggara ?
• Nilai-nilai Islam yang baik
• Dilakukan dengan bijaksana
• Sikap terbuka para pendakwah
• Pendakwah tidak prajudis
• Mana-mana yang munasabah
[2 markah]


SOALAN ESEI

1. Nabi Muhammad s.a.w. bukan sahaja seorang ketua keluarga yang penyayang malah pemimpin yang bijaksana dan pedagang yang berjaya.

(a) Nyatakan enam sifat terpuji yang dimilki oleh Nabi Muhammad s.a.w. sehingga dihormati oleh masyarakat Arab Jahiliah.
[6 markah]
• Perkataan dan perbuatan dipercayai kerana tidak pernah berbohong
• Bijaksana dengan menyelesaikan peletakan batu Hajar Aswad
• Bersifat pengasih dan bertimbang rasa
• Membantu isteri memasak / menampal pakaian / melayan anak / membersih rumah
• Memberikan didikan agama yang cukup kepada anak-anak
• Mengamalkan cara hidup yang sederhana
• Sentiasa merendah diri
• Seorang yang pemaaf
• Sentiasa menyampaikan (Tabligh)

(b) Jelaskan bukti-bukti yang menunjukkan kebijaksanaan baginda dalam menyebarkan dakwah Islamiah kepada orang ramai.
[6 markah]
• Baginda menyampaikan dakwah secara lemah-lembut dan berhikmah
• Tidak memaksa orang ramai memeluk Islam
• Memujuk dengan menggunakan akal.
• Menggunakan pendekatan membandingkan nilai akhlak masyarakat Arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam
• Membacakan ayat al-Quran semasa menjawab pertanyaan para sahabat
• Memberi penerangan / penjelasan tentang pemasaalahan Islam
• Menunjukkan contoh teladan yang baik

(c) Nyatakan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. dalam bidang perdagangan. [8 markah]
• Baginda pernah menjalankan perniagaan secara perseorangan
• berkongsi dengan teman baginda.
• Sejak berumur 12 tahun
• baginda telah mengikuti rombongan perniagaan bapa saudara baginda, Abu Talib
• ke Syam.
• Baginda berkebolehan menjalankan perniagaan Khadijah
• memperoleh keuntungan yang berlipat ganda
• Baginda berniaga dengan menunjukkan sifat jujur, tutur kata yang baik.
• memberikan layanan yang sewajarnya kepada pelanggan
• Seorang pedagang yang dihormati
• menjadi contoh kepada masyarakat

2. Dakwah Isamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. di Makkah telah menimbulkan pelbagai reaksi di kalangan masyarakat Arab Quraisy.

(a) Mengapakah masyarakat golongan bawahan mudah menerima Islam ? [4 markah]
• Tertarik pada ajaran Islam
• Yakin dengan ajaran Islam
• Layanan yang sama kepada semua manusia
• Kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w
• Kemurnian ajaran Islam

(b) Nyatakan sebab masyarakat Arab Quraisy menentang ajaran Islam. [6 markah]
• Perbezaan kepercayaan dan amalan
• Prinsip persamaan taraf sesama manusia
• Tanggap salah terhadap Nabi
• Menggugat kedudukan ekonomi
• Konsep persaudaraan

(c) Bagaimanakah masyarakat Arab Quraisy menentang dakwah Islamiah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w ? [6 markah]
• Penyair mengejek ajaran ajaran Islam
• Tohmahan dan tuduhan
• Pujuk nabi meninggal ajaran Islam
• Pemulauan terhadap Nabi
• Pemulauan terhadap keluarga Nabi
• Tidak menjalankan aktiviti jual beli
• Tidak memberi sebarang bentuk pertolongan
• Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi

(d) Jika anda dilantik sebagai seorang pemimpin muda, bagaimanakah cara anda akan sampaikan mesej pembaharuan untuk memajukan negara [4 markah]
• Secara sulit (sebelum diumumkan)
• Sampaikan kepada AJK terdekat
• Berbincang dengan kawan pemimpin
• Mesyuarat dalam AJK untuk kelulusan
• Mana-mana jawapan yang munasabah

atau,

• Secara terbuka (selepas diluluskan)
• Hebah melalui televisyen / media elektronik
• Tulis dalam media cetak / akhbar / majalah
• Perjumapaan ramai di tempat terbuka / stadium
• Sampaikan dalam sebarang perasmian
• Majlis ceramah
• Mana-mana yang munasabah

3. Perjanjian Hudaibiyah

(a) Jelaskan peristiwa yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah
• Orang Islam bercadang untuk menziarahi Kota Makkah
• Kota Makkah sangat penting kerana letaknya Kaabah/pusat ibadat/tempat asal Muhajirin/ tempat turunnya wahyu pertama
• Dipersetujui Nabi Muhammad s.a.w
• Baginda ingin menunaikan ibadat umrah

• Sekatan oleh orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah
• Merasakan maruah mereka tercabar
• Bimbang dengan kekuatan orang Islam Madinah

• Uthman bin Affan sebagai wakil perbincangan
• Menerangkan tujuan sebenar kedatangan mereka untuk mengerjakan umrah
• Pihak Quraisy Makkah tidak memperdulikanhasrat orang Islam
• Khabar angin tentang kematian Uthman Bin Affan
• Membuat persetiaan „Bai’ah al-Ridhwan“ menuntut bela kematian Uthman Bin Affan

• Penghantaran Suhail Bin Amru sebagai wakil rundingan
• Mendapat tahu tentang ikrar dan persetiaan orang Islam membela kematian Uthman

• Kata Sepakat/Perjanjian Hudaibiyah
• Nabi Muhammad s.a.w bersedia mengadakan perjanjian
• Berlakulah perjanjian antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Suhail Bin Amru [5 markah]

(b) Jelaskan faktor yang membawa kejayaan pembukaan semula Kota Makkah.
[7 markah]
• Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas
• Membawa kepada pengislaman orang Arab Quraisy maca

• Jaminan Keselamatan
• Nabi Muhammad s.a.w memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung
• Masuk ke Masjid al-Haram/masuk ke rumah Abu Sufian

• Pidato Nabi Muhammad s.a.w kepada umat Islam
• Menekankan konsep perpaduan dalam masyarakat pelbagai bangsa & agama

• Sifat pemaaf Nabi Muhammad s.a.w
• Tidak membalas dendam terhadap penduduk Maca yang selama ini memusuhi Islam

(c) Terangkan kepentingan pembukaan semula kota Makkah kepada umat Islam.
• Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur jahiliah
• Agama menyembah berhala dihapuskan selama-lamanya
• Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan
• Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam
• Membuktikan negara Islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah pimpinan Nabi Muhammad s.a.w
• Pembuka jalan kepada penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab
• Dakwah Islam telah tersebar secara aman/tanpa paksaan daripada mana-mana pihak
• Mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang kuat
• Makkah dijadikan sebagai wilayah Islam
[8 markah]


4. Teori kedatangan Islam ke Asia Tenggara dari Semenanjung Tanah Arab telah dikemukakan oleh John Crawford dan disokong oleh Profesor Syed Naquib al-Attas.

(a) Terangkan bukti-bukti yang telah dikemukakan bagi menyokong teori tersebut?
• Islam berkembang ke Asia Tenggara menerusi aktiviti para pedagang
• Catatan China menyatakan tentang wujudnya pusat perniagaan / petempatan pedagang Arab di Canton sejak 300 M.
• Sejak awal lagi pedagang Arab telah menguasai perdagangan laut dari pelabuhan Iskandariah Mesir hingga ke China.
• Mereka telah berdagang secara berterusan di rantau ini terutama setelah kemunculan Islam.
• Pedagang Arab singgah di pelabuhan utama di Asia Tenggarara kerana kedudukan Selat Melaka yang strategik.
• Pedagang Arab menetap selama beberapa bulan sebelum meneruskan perjalanan /membina perkampungan.
• Perkampugan tersebut menyediakan tapak untuk berdagang /mengumpul barang jualan/ membeli barangan mewah dari China dan India.
• Terdapat orang Arab berkahwin dengan wanita tempatan.
• Wujud tapak yang kukuh bagi pedagang Arab menjalankan perdagangan dengan pelabuhan lain di Asia Tenggara.
• Semasa menunggu perubahan angin monsoon digunakan pedagang ini berbincang dengan pedagang tempatan tentang kepercayaan /agama.
• Kehidupan serta nilai Islam yang mur ni diperlihatkan oleh pendakwah dan pedagang Islam menarik minat orang tempatan.
• Terdapat catatan China mengenai kewujudan perkampungan Arab bernama Ta Shih di Sumatera Utara pada Tahun 650 M.
• Tarikh kewujudan perkampungan ini menunjukkan Islam telah bertapak di Asia Tenggara sejak abad ke tujuh masehi.
• Persamaan antara bahan penulisan dan kesusasteraan di Asia Tenggara dengan Kesusasteraan Tanah Arab.
• Terdapat banyak perkataan Arab dalam tulisan jawi.
• Adat resam dan kebudayaan orang Melayu di pengaruhi oleh budaya Arab.
• Menghormati tetamu/muzik Melayu/dabus/tarian zapin.
• Kebanyakan karya tempatan mengisahkan pengislaman raja oleh syekh dari Tanah Arab.
• Pengislaman Raja Pasai iaitu Merah Silu
• Hikayat Raja-raja Pasai menceritakan bahawa pendakwah yang pertama tiba di Pasai ialah sufi keturunan Arab yang bernama Syekh Ismail.
• Kebanyakan kitab agama yang dikarang dalam Bahasa Melayu menggunakan gaya bahasa tulisan Arab.
• Tiada unsur India atau China dalam kitab yang dikarang ulama tempatan.
• Kitab tempatan seperti tauhid/tafsir al-Quran/hadis didapati menggunakan bahasa Arab/rujukan dari Tanah Arab.


[10 markah]

(b) Nyatakan keistimewaan Asia Tenggara yang menjadi tumpuan pedagang dan membantu perkembangan penyebaran Islam di rantau ini.
• Keistimewaan Asia Tenggara ialah kedudukannya yang strategik
• Asia Tenggara terletak di antara China dan India
• Selat Melaka menjadi penghubung di antara China dan India
• Terdapat banyak pelabuhan di sekitar Selat Melaka
• Contohnya Srivijaya, Perlak, Pasai, Melaka, Bantam, Cheribon, Makasa, Brunei dan Pattani.
• Pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara mempunyai hubungan dengan pelabuhan di Lautan Hindi
• Contohnya Mocha, Hormuz, Surat, Goa, dan Colombo.
• Hubungan dengan pelabuhan di Pantai Koromondel India
• Contohnya Masulipatam dan Pondecherry
• Hubungan dengan pelabuhan yang penting di Laut China Selatan

[5 markah]

(c) Berikan pendapat anda, mengapakah Islam tersebar ke Asia Tenggara menerusi jalan laut?
• Kemajuan dari segi pengangkutan dengan terciptanya
Kapal layar/kapal wap
• Jalan darat sedia ada jauh/sukar/banyak halangan politik dan
geografi/ancaman keselamatan.
• Wujud pelabuhan-pelabuhan utama di Asia Tenggara
• Pelabuhan-pelabuhan di Asia Tenggara mempunyai kemudahan
yang lengkap untuk kapal berlabuh.
• Kemahiran ilmu pelayaran dengan penggunaan kompas/peta.
• Wujud kerajaan-kerajaan maritime di pesisir pantai menjadi
• pintu masuk kepada para pedagang.
• Industri perkapalan berkembang maju dan ini menggalakkan
pelayaran.
• Wujud konsep dakwah yang dibawa oleh pedagang-
pedagang Arab/India/Parsi melalui jalan laut.
• Telah wujud hubungan tradisi antara Asia Tenggara
dengan tamadun Arab/India dan China.
• Kegiatan pelayaran merupakan satu kebangaan dan
mempunyai nilai patriotik masyarakat dahulu kala.
• Mana-mana munasabah - terima

[5 markah]

5. Aktiviti perdagangan menjadi salah satu saluran penting yang mempesatkan proses pengislaman di Alam Melayu.

(a) Nyatakan enam sebab Melaka muncul sebagai pusat perdagangan yang penting menjelang abad ke-15.
• Kedudukan Melaka yang sangat strategik
• Kehadiran ramai pedagang asing
• Melaka menjadi pusat perdagangan rempah
• Pentadbiran yang licin dan teratur
• Mewujudkan jawatan laksamana bagi menjaga urusan
• kelautan
• Mewujudkan jawatan syahbandar sebagai ketua pelabuhan
• syahbandar bertanggungjawab terhadap hal ehwal perdagangan
• Undang-Undang Laut Melaka digubal dan menjadi Landasan untuk dipatuhi.
• Sistem sukatan dan timbangan telah diperkenalkan.
• Perdagangan dilakukan melalui kaedah
• Pertukaran barang dan kaedah jual beli

[6 markah]

(b) Penggunaan mata wang sebagai perantaraan nilai barangan secara langsung memudahkan perdagangan dan urusan jual beli. Terangkan penggunaan mata wang di negeri-negeri Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka.
• mata wang timah digunakan di Melaka
• berbentuk bulat
• beratnya satu kati lapan tahil
• nama sultan dan tarikh Islam tertera pada mata
• wang

• mata wang dari Pasai, Hormuz dan Cambay
• boleh digunakan di Melaka

• mata wang timah digunakan di Johor
• dikenali sebagai wang katun
• berbentuk bulat atau segi enam
• tidak mempunyai tarikh tetapi mempunyai
• tulisan Arab

• Negeri Kedah menggunakan mata wang
• timah
• berbentuk ayam jantan hinggap di atas cincin
• boleh dipatahkan dan digunakan secara berasingan

• mata wang emas juga digunakan di Kedah ,
• Johor dan Kelantan

• Wang emas Johor digunakan sejak zaman
• Sultan Alauddin Riayat Shah – 1527
• wang emas Johor dikenali sebagai kupang
[8 markah]

(c) Nyatakan sistem percukaian yang diamalkan di Melaka.
• Pedagang dikenakan cukai terhadap barangan dagangan sebelum urusan perdagangan dilakukan
• Cukai tetap/import ditetapkan oleh pemerintah
• Pedagang dari India, Ceylon, Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai enam peratus daripada nilai barangan
• Pedagang dari Jepun dan China dikenakan cukai sebanyak lima peratus.
• Beras dan makanan tidak dikenakan cukai
• Orang asing yang menetap di Melaka dikenakan cukai
• Orang asing dari Kepulauan Melayu dikenakan cukai diraja sebanyak tiga peratus
• Orang asing lain dikenakan cukai enam peratus
• Amalan riba tidak dibenarkan
• Golongan ceti yang memberi pinjaman wang dibenarkan menjalankan aktiviti mereka
• Golongan kaya disaran membayar zakat harta
[6 markah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan