Rabu, 4 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 1


4.         (a)        Jelaskan sistem pemerintahan yang diamalkan oleh tamadun Mesopotamia.
[8 markah]
(b)        Apakah yang anda faham dengan Kod Undang-Undang Hammurabi
[6 markah]
(c)        Senaraikan faedah-faedah penggunaan sistem tulisan terhadap perkembangan tamadun Mesopotamia.
[6 markah]


Jawapan (a)      :           Sistem pemerintahan yang diamalkan oleh tamadun Mesopotamia.
                                    (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 12 - 13)

Raja                  -           Raja merupakan pemerintah
Beraja               -           Mengamalkan sistem pemerintahan beraja
Teokrasi                        -           Pemerintahan berbentuk teokrasi
Wakil                -           Raja dianggap tuhan atau wakil tuhan
Ketua                -           Raja ketua pentadbir, sebagai ketua tentera, ketua pendeta
Kuasa               -           Berkuasa dalam soal tanah, cukai serta hasil pertanian dan perniagaan
Agama              -           Sebagai ketua agama
Zigurat              -           Menentukan pentadbiran ziggurat
Lantik                -           Berkuasa melantik ahli keluarga diraja memegang jawatan di ziggurat

[9 x 2m = Mak. 8 markah]

Jawapan (b)     :           Kod Undang-Undang Hammurabi
                                    (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 14)

Hak                  -           Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
Setimpal                        -           Hukuman setimpal dengan kesalahan
Susun lapis        -           Hukuman berbeza mengikut susun lapis masyarakat
282                   -           Mengandungi 282 undang-undang
Pahat                -           Dipahat pada tembok dan tiang besar
Dasar                -           Dijadikan dasar perundangan Mesopotamia
Elak                  -           Berjaya mengelakkan wujudnya permasalahan mesyarakat pelbagai
Kaum
Bertahan           -           Membantu peradaban bertahan untuk jangka masa panjang
[8 x 2m = Mak. 6 markah]
Jawapan (c)      :           Senaraikan faedah-faedah penggunaan sistem tulisan terhadap
perkembangan tamadun Mesopotamia.
                                    (Ruj : Buku Teks Sejarah Tingkatan Empat ms. 15)

Pendidikan        -           Mewujudkan sistem pendidikan
Jurutulis                        -           melahirkan jurutulis
Catat                 -           Membolehkan urusan pentadbiran dan soal keagamaan dicatat
Perdagangan     -           Penggunaan resit, nota dan surat kredit dalam urusan perdagangan
Kesusasteraan   -           Melahirkan tradisi kesusasteraan
Gilgamesh         -           Terhasilnya epik Gilgamesh
Astronomi         -           Membawa kepada perkembangan ilmu astronomi, matematik dan
geometri
Perubatan         -           Perkembangan dalam ilmu perubatan
Katalog             -           Ubat-ubatan dapat dikatalogkan
Cara                 -           Cara mengubati penyakit dan cara menggunakan ubatan dapat dicatat
[10 x 2m = Mak. 6 markah]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan