Isnin, 16 April 2012

Q & A Sejarah T5 Bab 7

Bab 7 : Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia

Soalan 1 :
a. Jelaskan Konsep Keluhuran Perlembagaan

F1 Keluhuran perlembagaan adalah prinjsip Rukun Negara yang ketiga yang bermaksud ketinggian perlembagaan atau Undang-Undang.
F2 Kuasa Perlembagaan Malaysia adalah mengatasi kuasa Yang-dipertuan Agong,
H1a Parlimen,
H1b Jemaah Menteri
H1c dan Mahkamah.
F3 Kuasa yang ada pada Yang dipertuan Agong adalah tertakluk kepada
Perlembagaan Malaysia.
F4 Semua undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidah sah dan terbatal sama sekali.
F5 Undang-Undang negeri juga mestilah selaras dengan Perlembagaan Malaysia.
H5a Jika berlainan ia adalah terbatal dan tidak sah.
F6 Mahkamah juga telah diperuntukan kuasa untuk membatalkan akta yang diluluskan diluar bidang kuasa Parlimen
H6a atau bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia.
F7 Mahkamah juga berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang
H7a Ia bagi menjamin keluhuran dan ketinggian Perlembagaan Malaysia.

b. Nyatakan sebab-sebab dan cara-cara pindaan perlembagaan dibuat dinegara kita

. Sebab-Sebab Pindaan
F1 Di Malaysia pindaan Perlembagaan adalah bertujuan untuk Melindungi
kepentingan rakyat
H1a Menjaga keselamatan Negara
H1b Melicinkan urusan pentadbiran Negara supaya sentiasa relevan dan sesuai
H1c Menjadikan perlembagaan sebagai undang-undang yang munasabah
H1d Kandungan dipatuhi oleh rakyat dengan rela hati.
F2 Perlembagaan di panda bagi mengelakkan pekara sensentif di persoalkan secara terbuka
F3 Pindaan akta hasutan 1970 yang telah diluluskan oleh Parlimen
H3a Ia mengehadkan seseorang individu daripada bercakap sewenang-wenangnya sehingga menyentuh pekara yang sensitif yang boleh menimbulkan perbalahan kaum.
H3b Ia bagi memastikan pemeliharaan keselamatan, kententeraman dan keharmonian masyarakat berbilang bangsa. 
 
Cara-cara Pindaan
F1 Kaedah Pertama
H1a Persetujuan majoriti lebih dua pertiga Dewan parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja
H1b Tugas dan kuasa majlis Raja-raja Melayu
H1c Kewarganegaraan
H1d Yang diPertuan Agong, Permaisuri, Raja-raja dan Yang Dipertua Negeri
H1e Kesitimewaan orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan sarawak
H1f Perubahan sempadan negeri
F2 Kaedah Kedua
H2a Persetujuan majority lebih dua pertiga Dewan parlimen dan kelulusan Yang dipertua Negeri Sarawak dan sabah
H2b Pekara yang di pinda
H2c Anggota dan kuasa Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak
H2d Kuasa Kerajaan negeri tentang menahan kemasukan orang yang bukan dari Sarawak dan Sabah (Akta Imigresen 1961)
H2e Kuasa perundagan/pemerintahan Negeri, agama, bahasa dan hak istimewa orang Melayu dan bumiputra di Sabah dan Sarawak
F3 Persetujuan lebih suara dua pertiga Dewan parlimen
H3a Pekara yang di panda Pekara-pekara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga kaedah pindaan.

Soalan 2 :
a. Apakah yang dimaksudkan dengan kerajaan demokrasi berparlimen

F1 Sistem Demokrasi Berparlimen ialah satu sistem yang melibatkan kebebasan rakyat untuk memilih wakil mereka menerusi pilihanraya.
F2 Raja-raja Melayu menjadi lambang taat setia rakyat kepada Negara.
F3 Kewujudan sebuah Negara demokrasi adalah daripada perjuangan yang berasaskan kedaulatan rakyat.
F4 Sistem Raja berperlembagaan ialah satu sistem yang mengekalkan raja sebagai
pemerintah tertinggi Negara dan negeri yang dibantu oleh Perdana Menteri.
F5 Malaysia telah mengamalkan pemerintahan Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan setelah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.
F6 Demokrasi berparlimen adalah bermaksud rakyat melibatkan diri di dalam sistem pemerintahan Negara.
F7 Raja-raja Melayu pula adalah menjadi lambang taat setia rakyat.
F8 Dalam sistem ini rakyat berpeluang untuk membentuk kerajaan melalui proses pilihanraya.
F9 Rakyat berkuasa dalam menentukan sesebuah kerajaan yang memerintah.
F10 Kerajaan di bawah sistem ini telah berjaya mengekalkan kerajaan yang adil, sejahtera dan stabil. 
 
b. Huraikan proses meluluskan undang-undang di Parlimen

F1 Cadangan Undang-undang
H1a Dibuat oleh Kementerian yang mencadangkan undang-undang
F2 Proses Penggubalan
H2a Rang Undang oleh Jabatan Peguam Negara
F3 Bacaan Pertama
H3a Di Dewan Rakyat : Tajuk dan undang-undang
F4 Bacaan Kedua
H4a Di Dewan Rakyat dan rang Undang-Undang dibahaskan
F5 Perbincangan
H5a Secara terperinci pada peringkat Jawatan kuasa di Dewan rakyat
F6 Pembentangan
H6a Di Dewan Negara.Proses yang sama seperti di Dewan Rakyat diulangi
F7 Penyerahan
H7a Rang Undang-Undang yang diluluskan oleh Dewan Negara di bawa kepada DYMM Yang diPertuan Agong untuk diperkenankan dan diturunkan Cap Mohor Negara
F8 Pewartaan
H8a Atau pemberitahuan undang-undang ini dalam warta kerajaan

Soalan 3 :
a. Perihalkan tentang Dewan Negara dan Dewan Rakyat

Dewan Negara
F1 Dewan Negara atau senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan Negara kita.
F2 Ia mengandungi seramai 69 orang ahli
H2a yang dipilih oleh kerajaan tanpa perlu memenangi pilihanraya.
F3 Ahli Dewan Negara ini digelar sebagai Senator,
H3a dan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun sahaja.
F4 Seseorang Senator itu mestilah berumur 30 tahun
H4a taraf mereka sama dengan Ahli parlimen
H4b dan boleh dilantik menjadi ahli Jemaah Menteri.
F5 Ahli Dewan Negara adalah dilanti oleh Yang DiPertuan Agong
H5a ia terdiri daripada individu yang telah memberikan sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan awam, bidang professional atau bidang tertentu seperti perniagaan, perusahaan, pertanian, kesenian dan kebajikan.
F6 Orang Asli juga boleh dilantik sebagai Ahli Dewan Negara bagi mewakili golongan mereka.
F7 Keahlian Dewan Negara adalah dipilih daripada 13 buah negeri iaitu dua orang bagi setiap negeri.
F8 Ia dipili oleh Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang bukan ahli DUN.
F9 Yang DiPertuan Agong pula memilih dua orang ahli dewan Negara yang mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
F10 Seramai 40 orang ahli lagi dilantik oleh Yang DiPertuan Agong yang terdiri daripada individu yang telah berjasa dan cemerlang dalam bidang professional.
Dewan Rakyat
F11 Dewan rakyat adalah mempunyai peranan yang penting di dalam pemerintahan di Negara Malaysia kerana ahlinya dipilih oleh rakyat dalam pilihanraya umum.
F2 Ia mengandungi ahli seramai 219 orang yang mewakili semua kawasan
pilihanraya di seluruh Negara.
F3 Mereka memegang jawatan selama lima tahun dan boleh bertanding lagi apabila pilihanraya dilakukan untuk tempoh seterusnya.
F4 Tugas utama ahli Dewan Rakyat ialah menggubal
H4a dan meluluskan undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.

b. Huraikan bidang kuasa yang dipertuan Agong mengikut system pemerintahan raja berperlembagaan

F1 Yang diPertuan Agong adalah sebagai ketua Negara yang mengetuai tiga badan kerajaan iaitu :
H1a Badan Perundangan ( Legislatif )
H1b Badan Pemerintah ( Eksekutif )
H1c Badan Kehakiman ( Judisari )
F2 Yang diPertuanAgong merupakan satu daripada tiga unsur Parlimen
H2a mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan Parlimen.
F3 Merupakan Ketua Tertinggi Angkatan Bersenjata,
H3a berkuasa mengampunkan dan menangguhkan sesuatu hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh mahkamah Tentera.
F4 Baginda juga bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
F5 Baginda boleh menitahkan Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat bagi membincangkan keistimewaaan, kedudukan, kehormatan dan kemuliaan raja-raja Melayu.
F6 Yang diPertuan Agong juga merupakan ketua agama islam bagi negeri-negeri baginda sendiri
H6a dan negeri yang tidak mempunyai raja seperti Pulau Pinang, Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
F7 Mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik perdana menteri
H7a dan melantik serta melucutkan jawatan Jemaah Menteri danTimbalan Menteri 
 
setelah mendapat nasihat Perdana Menteri.
F8 Undang-undang darurat juga boleh diisytiharkan di bawah undang-undang X jika mendapati keselamatan Negara terancam.
F9 Baginda juga berkuasa melantik Pengerusi dan tiga orang ahli Suruhanjaya Pilihanraya,
H9a ahli Perkhidmatan Kehakiman,
H9b serta Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
F10 Yang diPertuan Agong juga bertanggungjawab melantik Peguam Negara dan seorang Ketua Audit Negara bagi Persekutuan.
F11 Baginda juga mempunyai kuasa yang tertinggi untuk mentauliahkan duta-duta Negara.

Soalan 4 :
a. Jelaskan bidang kuasa badan berkanun atau dikenali badan separuh kerajaan

F1 Badan berkanun ini adalah sebuah badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu dan juga mempunyai peruntukan kewangan sendiri.
F2 Ia biasanya ditadbir oleh sebuah Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada menteri berkenaan.
F3 Tugas dan tanggungjawab besar Badan Berkanun ialah untuk mempercepatkan pentadbiran
H3a dan program pembangunan di bawah rancangan lima tahun kerajaan.

b. Apakah kuasa badan Kehakiman ( Judisari )

F1 Badan kehakiman adalah suatu badan yang mempunyai kuasa mendengar serta menentukan pekara sivil dan jenayah.
F2 Pekara sivil tersebut adalah berkaitan dengan saman yang memerlukan affidavit ( keterangan bertulis dengan mengangkat sumpah yang disaksikan oleh seorang peguam )
F3 Pekara yang berkaitan dengan jenayah pula ialah yang melibatkan kanun keseksaan.
F4 Badan Kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh badan perundangan dan badan pelaksana.
F5 Badan Kehakiman juga berkuasa mentafsir perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri.
F6 Sistem mahkamah telah diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk melaksanaka tugas kehakiman di Negara ini.

c. Apakah bidang kuasa mahkamah yang diwujudkan oleh Perlembagaan Malaysia untuk menjalankan tugas kehakiman dinegara ini

F1 Mentafsir undang-undang,
F2 Mentafsir Perlembagaan Negara,
F3 Mengisytiharkan undang-undang Bertulis kerajaan Pusat dan negeri
F4 Mengisytiharkan sesuatu tindakan kerajaan tidak sah di sisi undang-undang.
F5 Mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk meminda undang-undang kerana
F6 pekara tersebut merupakan kuasa badan perundangan dan Parlimen.
F7 Sistem Mahkamah di Malaysia disusun mengikut hieraki piramid.
F8 Mahkamah Atasan terletak di bahagian atas iaitu terdiri daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi.
F9 Mahkamah rendah pula adalah terletak di bahagian bawah yang terdiri daripada sesyen,majistret

Soalan 5 :
a. Huraikan peranan pihak-pihak yang terlibat sesuatu pilihanraya dinegara ini

F1 Suruhanjaya Pilihan Raya ( SPR ) bertanggungjawab berkaitan dengan sistem pilihanraya di Malaysia.
F2 Keanggotaan adalah dilantik oleh Yang diPertuan Agong
H1a selepas berunding dengan majlis Raja-Raja Melayu.
F3 Ia bagi menjamin proses pilihanraya yang adil
H3a dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang.
F4 Fungsi utama SPR ialah Menjalankan pendaftaran pemilih
H4a Mengendalikan pilihan raya umum atau kecil
H4b Menentukan sempadan- sempadan pilihanraya
F5 Pilihanraya Umum diadakan untuk memilih ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.

b. Jelaskan proses pilihanraya yang dijalankan diMalaysia

F1 Pilihanraya Umum diadakan untuk memilih ahli Dewan rakyat dan ahli Dewan Undangan negeri secara serentak di seluruh Semenanjung Malaysia.
F2 Di Sabah dan Sarawak,Pilihanraya umum bagi Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri diadakan secara berasingan.
F3 Pilihanraya kecil akan diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana
Parlimen atau Dewan Undangan Negeri.
F4 Ia mungkin disebabkan oleh hal-hal seperti kematian,
H4a perletakan jawatan
H4b dan perlucutan jawatan.
F5 Pilihanraya ini mesti diadakan dalam tempoh 60 hari di semenanjung Malaysia H5a 90 hari di Sabah dan Sarawak selepas kekesongan tersebut. 
 
F6 Semua warganegara Malaysia adalah bebas untuk memilih dan menggotai mana- mana Parti Politik yang mereka suka.
F7 Mereka juga boleh menjadi calon bebas untuk bertanding dalam pilihanraya.
F8 Seseorang warganegara Malaysia akan hilang kelayakannya sebagai ahli Parlimen atau ahli Dewan Undangan Negeri
H8a jika dihukum penjara tidak kurang daripada 12 bulan atau didenda tidak kurang RM2000 dan belum mendapat pengampunan.
F9 Calon-calon di dalam pilihanraya boleh bertanding atas nama parti atau nama individu sebagai calon bebas.
F10 Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon.
F11 Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sesebuah kawasan pilihanraya sahaja.
F12 Undi Pos akan dilaksanakan bagi anggota Keselamatan,
H12a pelajar luar Negara dengan syarat mereka mendaftar sebagai pengundi.
F13 Di dalam sesuatu pilihanraya, calon boleh mengadakan kempen antara tujuh hingga limabelas hari sahaja.

Soalan 6 :
a. Apakah yang dimaksudkan dengan Negara Persekutuan

F1 Negara Persekutuan merupakan gabungan beberapa buah negeri untuk kepentingan bersama.
F2 Ia merujuk kepada pembahagian kuasa antara kerajaan Pusat dan Kerajaan negeri.
F3 Ia menjalankan kuasanya berdasarkan kuasa yang tedapat dalam Perlembagaan Malaysia.

b. Jelaskan tentang kuasa eksekutif kerajaan negeri

F1 Kerajaan Negeri juga mempunyai kuasa eksekutif berdasarkan Perlembagaan Malaysia.
F2 Kuasa eksekutif tersebut terletak ditangan Sultan atau Yang Dipertua Negeri.
F3 Menteri Besar atau ketua Menteri dilantik oleh Raja atau Yang diPertua Negeri
H3a daripada kalangan ahli Dewan Undangan Negeri ( DUN ) yang mendapat kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut.
F4 Pentadbiran pada peringkat negeri pula adalah terletak pada Perlembagaan Negeri seperti yang terdapat di dalam Perlembagaan negara
F5 Mereka ini bertanggungjawab di dalam menjalankan pemerintahan dasar pentadbiran Negara di Peringkat negeri.
F6 Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri ( EXCO ) di Semennjung Malaysia,
H6a Majlis Tertinggi di Sabah dan Sarawak dan
H6b Kabinet di Sabah
c. Nyatakan bidang kuasa kerajaan Persekutuan dalam konteks Malaysia sebagai sebuah Negara Persekutuan.

F1 Kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa yang luas berdasarkan peruntukan kuasa yang terdapat di dalam Perlembagaan Persekutuan.
F2 Semua aspek yang berkaitan dengan perkhidmatan ekonomi, sosial, keselamatan dan pendidikan diletakkan di bawah pentadbiran kerajaan Pusat.
F3 Kuasa pentadbiran tersebut telah diletakkan dibawah Badan Pelaksana
F4 Ia menjalankan menjalankan kuasa eksekutif mengikut perlembagaan dan undang-undang yang sedia ada.
F5 Yang diPertuan Agong adalah mempunyai kuasa eksekutif bagi kerajaan Persekutuan mengikut Perlembagaan Malaysia.
F6 Badan yang menjalankan kuasa eksekutif ialah Kabinet atau Jemaah Menteri yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang diPertuan Agong.
F7 Perdana Menteri adalah mengetuai barisan Jemaah menteri daripada kalangan ahli Dewan Rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan