Khamis, 19 April 2012

Q & A TEMA 7 (Bab 1,2 dan 3 T4)


TEMA 7 (BAB 1, 2 DAN 3 TINGKATAN 4)
SOALAN STRUKTUR

1. Tamadun Indus merupakan tamadun terawal di India. Tamadun ini juga dikenali sebagai tamadun Harappa.

(a) Apakah faktor pembentukan tamadun Indus ?
• Penduduk nomad membentuk petempatan kekal
• Sungai Indus menyediakan sumber air
• Sungai Indus mempunyai tanah yang subur
• Penduduk pandai menyesuaikan diri dengan alam sekitar
• Peningkatan hasil pertanian membawa kepada pertambahan penduduk
• Pertambahan penduduk menyumbang kepada perkembangan bandar
[2 markah]

(b) Namakan bandar yang terbentuk di lembah Indus.
• Mohenjo-Daro
• Harappa
[1 markah]

(c) Nyatakan susun lapis masyarakat Indus
• Golongan atasan
• Golongan bawahan
• Golongan atasan adalah pendeta dan pedagang
• Golongan bawahan adalah petani dan buruh
• Golongan paling bawah adalah hamba
[2 markah]

(d) Senaraikan dua kegiatan ekonomi Masyarakat Indus.
• Kegiatan perdagangan
• Kegiatan pertanian / bercucuk tanam
• Kegiatan pertukangan / pembinaan
• Kegiatan pembuatan / barangan logam dan tembikar
[2 markah]

(e) Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada sifat keterbukaan tamadun Indus?
• Perlu cintakan ilmu
• Perlu gigih dan rajin
• Perlu pertukaran teknologi / kepakaran
• Perlu kreatif dan inovatif
• Menjalinkan hubungan diplomatik
• Sedia menerima pengaruh luar yang baik
• Menjalinkan hubungan perdagangan
• Mengutamakan kedamaian dan keamanan
• Mana-mana jawapan munasabah
[3 markah]


2.
(a) Apakah faktor utama pembentukan tamadun Indus ?
• Pembentukan petempatan di sepanjang sungai Indus
• Kesuburan tanah
• Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar
• Meningkatkan penghasilan pertanian
• Pertambahan jumlah penduduk
• Perkembangan bandar/wujud bandar Mahenjo-Daro/ Harappa
• Bandar Lothal/Sutkagen Dor muncul sebagai bandar pelabuhan
[2 markah]

(b) Namakan bandar utama yang terbentuk di lembah Indus.
• Mahenjo-Daro
• Harappa
• Sutkagen Dor
• Lothal
[1 markah]

(c) Nyatakan susun lapis masyarakat Indus.
• Golongan Atasan/Golongan Pendita/ Pedagang
• Golongan Bawahan/Petani/Buruh/Hamba
[2 markah]

(d) Senaraikan dua kegiatan ekonomi masyarakat Indus.
• Perdagangan
• Pertanian
• Pertukangan
• Pembuatan
[2 markah]


(e) Apakah iktibar yang boleh kita contohi daripada sifat keterbukaan tamadun Indus ?
• Kejayaan datang hasil daripada hubungan baik bgn Negara luar
• Kecemerlangan terbit hasil pertukaran pandangan dengan pihak lain
• Segala pengaruh luaran mestilah diadaptasikan dengan keadaan dan suasana tempatan
• Mana-mana yang munasabah-terima
[3 markah]


3. Rajah di bawah menunjukkan sistem pentadbiran Tamadun Hwang Ho.

(a) Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang
• Anyang
[1 markah]

(b) Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.
• Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
• Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
• Golongan pembesar dan agama tinggal di kawasan bandar
• Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang penceroboh
• Dikelilingi oleh perkampungan yang didiami oleh masyarakat tani
[2 markah]

(c) Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti Chou ?
• Kezaliman pemerintah Raja Shang
• Kebangkitan golongan hamba
• Kepercayaan kepada mandat daripada Tuhan
[1 markah]
(d) Apakah langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapat sokongan daripada pembesar mereka ?
• Melalui ikrar taat setia kepada pemerintah
• Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
• Diminta melindungi Raja
• Memberikan bantuan tentera pada masa perang
• Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan
[3 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho?
• Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja
• Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
• Bertanggungjawab memungut cukai
• Menguruskan pertahanan
• Mentadbir undang-undang di wilayah masing-masing
[3 markah]



4. Tamadun Hwang Ho adalah tamadun terawal di China yang memberikan sumbangan yang penting kepada peradaban dunia.

(a) Senaraikan dua golongan dalam struktur sosial masyarakat tamadun Hwang Ho.
• Golongan raja
• Golongan Pembesar
• Golongan artisan
• Golongan Tentera
• Golongan Petani
• Golongan Hamba
( 2 markah )

(b) Nyatakan dua contoh kepercayaan yang diamalkan oleh golongan masyarakat dalam tamadun Hwang Ho.
• Animisme
• Politeisme
• Penyembahan roh nenek moyang
• Menyembah tuhan syurga/Shang-ti/tuhan bumi/Tu
• Menyembah sungai/bukit/gunung
• Menilik nasib menggunakan tulang oracle
( 2 markah )

(c) Apakah peranan kalendar dalam masyarakat Hwang Ho.

• Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam
• dan musim menuai
• Menjalankan aktiviti harian/upacara perkahwinan/ pemburuan/pengkebumian
( 2 markah )

(d) Senaraikan dua ciri negara kota anyang dalam tamadun Hwang-Ho.
• Terletak di tanah tinggi di Sungai Huan
• Terdapat istana/kuil/pusat pentadbiran
• Golongan raja/pembesar/agama tinggal di kawasan bandar
• Dilengkapi tembok bagi menghalang penceroohan musuh
• Dikelilingi perkampungan yang dihuni masyarakat petani
( 2 markah )

(e) Pada pendapat anda, apakah sumbangan penting Tamadun Hwang Ho dalam bidang pertanian kepada peradaban manusia.
• Pembinaan sistem pengairan/terusan
• Kemajuan dalam teknologi pembajakan
• Penciptaan cangkul/sabit
• Penggunaan batas
• Mencipta alat pertanian berasaskan besi
( 2 markah )


5. Aktiviti perdagangan tamadun India mengalami perkembangan yang sangat pesat pada abad ketiga sebelum Masihi .

(a) Nyatakan dua jenis barang dagangan yang diperdagangkan di peringkat dalaman tamadun India pada masa itu.
• Senjata
• Gading gajah
• Emas
• Berlian
• mutiara
[2 markah]

(b) Senaraikan negara luar yang menjalankan hubungan perdagangan dengan tamadun India.
• Macedonia
• Sri Lanka
• Asia Tengah
• Asia Tenggara
• China
[2 markah]

(c) Mengapakah ekonomi Tamadun India berkembang dengan pesat pada abad ketiga SM?
• Perdagangan dalaman di wilayah India
• Perdagangan dengan negara luar spt Macedonia, Sri Lanka, Asia Tengah, Asia Tenggara dan China
• Terdapat pelabuhan penting spt Tamralipti
• Wujud persatuan perdagangan dan perusahaan/Sresthin/ Persatuan Tukang kayu, tukang logam.
• Persatuan tukang kayu/tukang logam/tukang kulit
• Persatuan mengawal harga barangan
• Persatuan mengawal kualiti barangan
• Persatuan mengawal gaji pekerja
• Undang-undang digubal untuk mengawal persatuan
• Raja mengawasi pelaksanaan undang-undang
• Mata wang emas digunakan sebagai medium jual beli
• Dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik
• Terdapat sektor perusahaan tekstil spt kain kapas & sutera
• Terdapat perusahaan barang kemas spt emas, batu permata dan mutiara.
• Pelbagai jenis cukai dikenakan spt hasil pertanian & buah-buahan
• Perdagangan maritim dijalankan dengan Alam Melayu, China, Rom & Sri Lanka
[4 markah]

(d) Berdasarkan tamadun India, bagaimanakah anda boleh meningkatkan perkembangan ekonomi negara dengan pesat?
• Bersikap inovatif
• Berusaha membaiki & meningkatkan kehidupan sedia ada
• Mewujudkan sebuah negara aman
• Mewujudkan sistem pemerintahan yang kuat/adil
• Mempunyai corak sistem pemerintahan yang sistematik
• Menjadi pemerintah yang berwibawa
• Meneliti dan menghayati perubahan/kemajuan yang telah berlaku dalam masyarakat lampau

[2 markah]

ESEI

1. Kematangan tamadun Indus terbukti melalui pencapaiannya yang cemerlang dalam berbagai-bagai bidang termasuklah perancangan bandar, kegiatan ekonomi serta aspek kerohanian dan kepercayaan.

(a) Nyatakan tentang proses pembentukan tamadun Indus. [4 markah]
• Penduduk nomad membentuk petempatan kekal di sepanjang Sungai Indus
• Sungai Indus menyediakan sumber air
• Kepandaian penduduk menyesuaikan diri dengan alam sekitar
• Sungai Indus dapat menyuburkan tanah
• Berlaku peningkatan hasil pertanian
• Pertambahan jumlah penduduk
• Perkembangan bandar
• Dua bandar utama ialah Mohenjo-Daro dan Harappa

(b) Nyatakan enam keistimewaan bandar Mohenjo-Daro dan Harappa. [6 markah]
• Bandarnya terbahagi kepada bahagian utama dan bahagian kedua.
• Bahagian utama ialah pusat pentadbiran.
• Pusat pentadbiran menempatkan bangunan pentadbiran, tempat mandi awam dan tempat menyimpan hasil pertanian.
• Bahagian kedua menempatkan kawasan perumahan.
• Bandar dikelilingi oleh tembok.
• Bandar disusun berasaskan blok segi empat.
• Setiap blok dipisahkan oleh rangkaian jalan raya.
• Jalan raya berkeadaan lurus dan bersambung
• Bandar dihubungkan dengan sungai.

(c) Mengapakah masyarakat lembah Indus berjaya membina bandar terancang ? [6 markah]
• Memiliki kepakaran dari segi susun atur dan pengisian bandar.
• Pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian dan matematik.
• Kemajuan dalam ilmu geometri dan pembinaan.
• Pertembungan tamadun ini dengan tamadun lain
• Pertukaran teknologi dengan tamadun lain.
• Peningkatan mutu bahan binaan.
• Penghasilan batu bata melalui pembakaran dengan suhu tinggi.
• Penyesuaian pengaruh luar dengan keadaan tempatan.

(d) Terangkan organisasi sosial masyarakat Indus.
[10 markah]
• Terbahagi kepada dua golongan
• Golongan atasan
• Pendeta
• Pedagang
• Golongan bawahan
• petani
• buruh
• hamba

• Pendeta ialah kelas atasan yang utama
• Pendeta mempunyai kuasa dan pengaruh teutama bidang keagamaan

• Golongan bawahan memberikan ketaatan kepada golongan pendeta

• Tampuk pemerintahan dipegang oleh pendeta

• Petani menjalankan aktiviti pertanian
• Petani menyalurkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa

• Buruh menjalankan kerja perburuhan
• Menjaga kebersihan
• Membina tembok di benteng
• Membina terusan

(e) Terangkan sumbangan tamadun Indus kepada perkembangan tamadun manusia. [8 markah]
• Keupayaan masyarakatnya mengeksploitasi kelebihan yang ada untuk membina tamadun
• Mereka mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka.

• Perancangan bandarnya
• Mereka berjaya mewujudkan bandar Mahenjo-Daro dan Harappa.
• Kejayaan membina bandar adalah gabungan kepakaran dalam pelbagai segi.
• Contohnya kepakaran dari segi susun atur dan pengisiannya, kepakaran dalam ilmu geometri, kesenian dan matematik,

• Memberikan sumbangan dalam meningkatkan mutu bahan binaan.
• Menghasilkan batu-bata menggunakan suhu yang tinggi.

• Masyarakat Indus bersifat terbuka dalam membuat hubungan dengan tamadun lain.
• Mereka bertukar pandangan dengan tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia.
• Segala pengaruh luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.

• Mengajar kita bahawa kedamaian dan keamanan adalah faktor untuk mencapai kemajuan.

2. Tamadun Hwang Ho berkembang menjadi salah sebuah tamadun awal dunia kerana corak pemerintahannya yang bersistematik.

(a) Terangkan sistem pemerintahan tamadun Hwang Ho.
• Sistem pemerintahan beraja /monarki
• Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang muda/anak lelaki raja
• Raja-raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama
• Raja berkuasa di kawasan pusat pentadbiran

• Kuasa raja merupakan mandat dari tuhan
• Raja Shang tidak perlu mendapatkan pengesahan politik
• Raja Shang keturunan pemerintah agama.
• Masyarakat percaya jika raja adil kerajaan dan rakyat hidup makmur dan sejahtera / direstui tuhan
• Pemerintah shang kehilangan mandat kerana mereka berlaku zalim

• Bangsawan dan pegawai kerajaan membantu raja
• Membantu raja memerintah bagi wilayah luar pusat pentadbiran
• Bertanggungjawab mentadbir wilayah
• Mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
• Memungut cukai,pertahanan dan undang-undang

• Pentadbiran wilayah
• Raja Dinasti Chou membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah
• Melantik pembesar tempatan/pembesar feudal mengendalikan disetiap wilayah
• Raja Chou dibantu oleh ketua menteri
• Dibantu oleh enam badan yang mengurus soal pertanian / tentera / upacara agama / kerja awam / hal ehwal monarki/undang-undang

• Mengikat pembesar temapatan melalui ikrar taat setia
• Pembesar dikehendaki memberi hadiah kepada Raja-raja Chou
• Hadiah seperti kereta kuda/senjata gangsa/hamba/ binatang
• Melindungi raja
• Memberi bantuan tentera semasa perang
• Diberi hak bertindak sebagai ketua agama dalam upacara pengorbanan

• Mengamalkan sistem pemerintahan bercorak dinasti
• Bermula dengan Dinasti Hsia , Dinasti Shang dan Dinasti Chou
[6 markah]

(b) Terangkan sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban dunia hari ini.
• Sistem pemerintahan monarki
• Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno
• Diteruskan sehingga pemerintahan Dinasti Ching
• Gelaran raja ditukar kepada maharaja
• Konsep anak syurga dikaitkan dengan raja/maharaja
• Mandat dari syurga juga dikaitkan dengan maharaja
• Amalan putaran dinasti diteruskan oleh dinasti-dinasti di China hingga abad ke 20

• Pembangunan pertanian
• Pembinaan sistem pengairan
• Pembinaan terusan
• Mengairi kawasan pertanian
• Mengelakkan berlakunya banjir

• Teknologi pertanian
• Teknologi pembajakan/penciptaan cangkul
• Sabit
• Menggunakan batas untuk penanaman
• Penggunaan alat pertanian diperbuat daripada besi

• Sistem tulisan
• Masih digunakan oleh orang China sehingga hari ini
• Penggunaan secara meluas
• Dalam bidang penulisan dan percetakan
• Diajar di sekolah-sekolah di China
• Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

• Sistem kepercayaan
• Pemujaan roh nenek moyang
• Unsur pemujaan dari Dinasti Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa
• Unsur korban manusia digantikan dengan unsur makanan / duit kertas / barang perhiasan
• Konsep Yin / kuasa pasif dan Yang / kuasa aktif masih terdapat sehingga sekarang
• Percaya bahawa alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi
• Konsep Feng Hsui / hubungan antara manusia dengan alam sekitar berlandaskan falsafah Taoisme

• Sistem Kalendar
• Terdapat 30 hari dalam sebulan
• 360 hari dalam setahun
• Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
• Menggunakan kalendar untuk aktiviti harian / upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

• Falsafah Perang Sun Tzu
• Karyanya the Art of War
• Membicarakan selok belok perang
• Bagaimana menangani musuh
• Diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa
• Diaplikasikan pula sebagai tektik dalam urusan perniagaan pada hari ini
[10 markah]

(c) Berdasarkan kemajuan pertanian tamadun Hwang Ho, bagaimanakah anda dapat meningkatkan pencapaian pertanian di negara anda. Berikan pendapat anda.
• Memilih pemimpin yang prihatin terhadap pembangunan pertanian
• Membina sistem pengairan yang baik di kawasan pertanian
• Memajukan tanah-tanah terbiar untuk tujuan pertanian
• Menggunakan bijih benih yang berkualiti
• Menggunakan teknologi /peralatan pertanian yang moden
• Penggunaan baja yang bersesuaian
• Mendapatkan pasaran pertanian secara meluas
• Mendapatkan bantuan modal daripada kerajaan
• Menggunakan teknik penanaman yang betul
• Mendapatkan khidmat nasihat daripada agensi/pakar pertanian
• Menjadikan produk pertanian barangan komersial
• Pertanian adalah perniagaan
• Mana-mana jawapan yang munasabah
[4 markah]


Tiada ulasan:

Catat Ulasan