Isnin, 16 April 2012

Q & A Sejarah T5 Bab 2


Bab 2 : Nasionalisme di Malaysia sehingga perang Dunia Kedua
Soalan 1 :
a. Jelaskan bagaimana kedua-dua tindakan British di atas telah menimbulkan perasaan tidak puas hati rakyat

F1 Rakyat tempatan juga menentang British kerana British telah memperkenalkan sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan.
F2 British juga telah memperkenalkan pelbagai cukai
H2a peraturan dengan sewenang-wenangnya terhadap penduduk tempat .
F3 Di Terengganu penduduk menentang British kerana undang-undang tanah
H3a yang menetapkan bahawa setiap tanah yang hendak dibuka oleh penduduk tempatan mestilah mendapat keizinan mereka dan dikenakan cukai tanah.
F4 Undang-undang ini amat bertentangan dengan amalan tradisis penduduk tempatan H4a Orang Melayu tidak perlu membayar cukai untuk membuka tanah.
F5 Campurtangan British terhadap adat resam tempatan
H5a telah menyebabkan berlakunya penentangan daripada pemimpin tempatan.
F6 British telah cuba memaksa penduduk tempatan menerima nilai-nilai mereka
H6a Nilai tersebut amat bertentangan dengan budaya tempatan.
F7 Tindakan J.W.W Birch mengharamkan amalan menggunakan orang suruhan di kalangan pembesar tempatan telah menyebabkan beliau ditentang hebat oleh orang Melayu. 
 
b. Huraikan penentangan pembesar tempatan terhadap British di pahang

F1 Kebangkitan pemimpin Melayu menentang Britsih di Pahang muncul pada tahun 1888.
F2 Perlantikan J.P Rodger sebagai Residen Pahang yang pertama
H2a Menerima tentangan daripada Dato’ Bahaman yang telah menolak pelaksanaan undang-undang British di Pahang.
F3 Pelaksanaan undang-undang tersebut amat bertentangan dengan adat resam
H3a Ia juga bertentangan dengan sistem politik tempatan seperti Undang-undang, Hasil tanah, cukai dan penubuhan pasukan Polis.
F4 Pengenalan undang-undang tersebut telah menghakis kuasa pembesar Melayu
H4a seperti Dato’ Bahaman yang digelar Orang Kaya Setia Perkasa Pahlawan Semantam.
H4b Dato Bahaman telah mendapat bantuan daripada rakan-rakannya seperti Tok Gajah dan anaknya Mat Kilau serta Imam Rasul.
F5 Pada tahun 1890 Dato Bahaman telah menentang British kerana pembinaan balai polis di Lubuk Terua
H5a iaitu kawasan di bawah lingkungan pengaruh Dato Bahaman .
F6 Pada Disember 1891, Dato Bahaman telah menyerang pihak British
kerana menangkap anak buahnya.
H6a Beliau dan rakan-rakanya berjaya menawan Balai Polis Lubuk Terua dan diikuti penawanan Pekan dan Temerloh.
H6b Kawasan Kuala Tembeling dan Jeram Ampai berjaya dikuasai oleh Dato Bahaman pada tahun 1894.
F7 Akibat tekanan yang kuat daripada Britsih telah menyebabkan Dato
Bahaman berundur ke Kelantan.
H7a Mereka mendapat perlindungan daripada penduduk dan pembesar Terengganu dan Kelantan.
F8 Dato Bahaman menetap di Hulu Kelantan, semantara Tok Gajah dan keluarganya menetap di Hulu Terengganu.
H8a Pada tahun 1896, Dato Bahaman telah berpindah ke Bangkok dan mendapat perlindungan politik Raja Chulalongkorn.
H8b Beliau akhirnya menetap di Chieng Mai dan diberikan wang sara hidup sebanyak 1000 bath dan akhirnya meninggal dunia di sana.
Soalan 2 :
a. Terangkan sebab-sebab penduduk tempatan di Perak melakukan penentangan terhadap British

F1 Kelemahan perjanjian Pangkor
H1a menyebabkan kuasa residen bertukar fungsi asal sebagai penasihat kepada pemerintah.
F2 Pembaharuan yang dijalankan oleh Birch
H2a seperti Cukai, sistem perhambaan dan Perundangan British
F3 Penghapusan hak pungutan cukai pembesar tempatan.
F4 Personaliti Birch
H4a seperti tidak menghormati sistem sosial tempatan dan tidak tahu berbahasa Melayu.
F5 Penguasaan British terhadap kawasan pembesar Melayu

b. Jelaskan secara kronologi peristiwa penentangan Dato Maharaja Lela dan orang Melayu di Perak

F1 kehadiran J.W.W. Birch ke Perak telah menimbulkan rasa tidak puas hati dikalangan pemimpin tempatan.
F2 Sultan Abdullah, Dato’Maharaja Lela dan pembesar Melayu yang lain telah mengadakan bantahan secara terbuka terhadap British.
F3 Pada waktu itu juga Dato’ Maharaja Lela telah membuat kubu di Pasir Salak.
F4 Satu mesyuarat telah diadakan diantara Dato’ Maharaja Lela dengan
pembesar-pembesar Melayu di Durian Sebatang untuk menentang undang-undang British.
F5 Satu Mesyuarat lagi telah diadakan di Belanja, yang
mempertanggungjawabkan Dato’ Maharaja Lela untuk membunuh J.W.W Birch.
F6 Pada 31 Oktober 1875, Birch telah mendapat persetujuan daripada Sultan Abdullah untuk menyerahkan kuasa kepada British terus bergerak ke Pasir Salak pada 1 November 1875 untuk membuat perisytiharan penyerahan tersebut.
F7 Kedatangan Birch ke Pasir Salak telah ditentang oleh Dato, Maharaja Lela dan telah membunuh Mat Arshad yang sedang menampal surat perisytiharan.
F8 Pada 2 November 1875, Birch telah dibunuh oleh dua orang suruhan
Maharaja Lela iaitu Pandak Lam, Seputum dan lain-lain.
F9 Peristiwa tersebut telah menyebabkan pihak British dengan 500 orang
tenteranya melancarkan serangan terhadap pasir Salak dan kawasan-
kawasan yang terlibat.
F10 Dato’ Maharaja Lela dan Dato’ Sagor telah melarikan diri ke Kota Lama.

Soalan 3 :
a. Pada pendapat anda, mengapakah perjuangan pemimpin tempatan menentang British mengalami kegagalan

F1 Tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak, seperti Dol said di negeri Sembilan
F2 Penentangan pemimpin tempatan adalah bercorak setempat dan memudahkan British menghapuskan penentangan tersebut.
F3 Pemimpin tempatan bersengketa sesama sendiri Contohnya Dato Kelana dan Dato Syahbandar di Sungai Ujung
F4 British menggunakan kuasa Sultan untuk bertindak menghapuskan penentangan di Kelantan dan Terengganu
F5 Peralatan yang dimiliki oleh orang melayu tidak setanding dengan peralatan yang digunakan oleh British
F6 British menggunakan bantuan tentera dari luar seperti dari Singapura, Burma dan India
F7 Rakyat tempatan yang berpaling tadah dengan bekerjasama dengan pihak penjajah
F8 British telah menekan Sultan dengan menganggap penentang tersebut sebagai penderhaka 
 
b. Huraikan faktor-faktor yang menjadi pemangkin perkembangan semangat nasionalisme di Tanah Melayu pada abad ke 19

F1 Pengenalan Sistem Politik Barat
H1a Dasar campurtangan British secara langsung di Tanah Melayu bermula pada tahun 1874 telah mengubah suasana politik di Tanah Melayu.
H1b Sir Andrew Clarke telah memperkenalkan pentadbiran Barat bagi mengantikan pentadbiran tradisional tempatan.
H1c Peranan pembesar-pembesar Melayu telah digantikan dengan seorang Residen.
H1d Perubahan yang dibuat oleh British ini telah membangkitkan kemarahan pembesar dan rakyat tempatan.
H1e Ini telah membangkitkan kebencian penduduk tempatan terhadap British.
F2 Perkembangan Sistem Pendidikan
H2a Pengenalan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah melahirkan golongan intelek Melayu yang memikirkan nasib masa depan bangsanya.
H2b Penubuhan beberapa Institusi pengajian Tinggi turut mencetuskan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
H2c Golongan intelek ini telah menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
H2d Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British.
F3 Dasar British
H3a Banyak tindakan British telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan.
H3b Dasar British yang telah memberikan kemudahan kepada sesiapa sahaja untuk datang ke Tanah Melayu telah menyebabkan ramai orang asing tinggal dan menetap di Tanah Melayu.
H3c Ini telah menimbulkan persaingan kepada penduduk tempatan kerana orang asing ini telah menguasai ekonomi Tanah Melayu dalam bidang perlombongan bijih timah, perladangan getah dan perniagaan.
H3d Orang Melayu pula kekal dengan pertanian padi yang terus terpinggir dan hidup miskin di kawasan kampong.
H3d Bandar-bandar baru juga telah dibina oleh British sebagai pusat pentadbiran dan pusat perniagaan.
H3e Ini ditambah lagi dengan segala kemudahan infrstruktur yang telah meningkatkan taraf hidup penduduk Bandar yang terdiri daripada orang asing.
H3f Dasar British ini telah memundurkan lagi taraf hidup orang Melayu.
H3g Hal inilah telah dijadikan sebagai isu nasionalisme Melayu.
F4 Pendudukan Jepun
H4a Penjajahan Jepun di Tanah Melayu juga telah menjadi pemangkin kepada gerakan nasionalisme di Tanah Melayu.
H4b Pihak Jepun telah menggunakan pelbagai slogan dalam menjayakan
penjajahannya seperti Kawasan Kesemakmuran Asia, Asia untuk Asia dan lain-lain.
H4c Mereka telah menekankan kebebasan Negara-negara Asia untuk menentukan kemajuan masing-masing dan meningkatkan persaudaraan di kalangan Negara Asia.
H4d Jepun juga telah menggalakkan orang tempatan berkerjasama dengan mereka dan berjanji untuk membebaskan Negara di Asia.
H4e Kesengsaraan yang dihadapi semasa zaman pemerintahan Jepun akibat daripada kekurangan makanan dan ubatan serta kekejaman pentadbiran Jepun telah menyebabkan penduduk di Tanah Melayu benci kepada penjajahan asing Timur atau Barat.
H4f Bagi orang Melayu semua bangsa penjajah adalah zalim dan menyeksa penduduk tempatan untuk menjayakan hasrat mereka.
H4g Orang Melayu semakin jelas penentangan mereka terhadap penjajahan asing kerana apabila British memperkenalkan Malayan Union pada tahun 1946, semua orang Melayu memboikot Malayan Union.
H4h Rakyat di Tanah Melayu tidak ingin dijajah oleh mana-mana kuasa lagi.
F5 Penguasaan Parti Komunis Malaya
H5a Pada tahun 1945 Parti Komunis Malaya ( PKM ) telah menguasai Tanah Melayu selama 14 hari.
H5b Mereka telah menguasai balai-balai polis dan memerintah dengan kejam.
H5c Ramai yang menjadi mangsa pembunuhan PKM yang menangkap sesiapa sahaja yang menyokong Jepun.
H5d Ramai orang Melayu telah terbunuh dan rumah mereka telah dibakar oleh PKM
Penguasaan ini telah membangkitkan semangat menentang penjajah dan memulakan penyebaran ideologi komunis.
H5e Gerakan ini telah menyebabkan wujudnya konflik perkauman yang
memperlihatkan serangan balas oleh orang Melayu di Perak, Johor, Negeri Sembilan dan Pahang.
F6 Kemunculan Mesin Cetak
H6a Kemunculan mesin cetak telah memberikan kesan kepada penyebaran ilmu pengetahuan dan mendorong munculnya semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
H6b Idea-idea nasionalisme dapat disebarkan dengan lebih meluas di serata kawasan.
H6c Ini telah mendorong berlakunya penentangan rakyat tempatan terhadap golongan penjajah.
H6d Banyak kitab-kitab agama, akhbar dan majalah telah dihasilkan yang memuatkan idea-idea nasionalisme. 
 
F7 Gerakan Pan-Islamismen Sedunia
H7a Kemunculan gerakan Pan-Islamisme di dunia telah memberikan kesedaran semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
H7b Ia merupkan satu gerakan intelektual islam dunia untuk membangkitkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap ajaran Islam untuk menentang penjajah.
H7c Gerakan ini telah didokong oleh pelajar-pelajar Islam di seluruh dunia.
H7d Gerakan ini telah dimulakan oleh Syeikh Muhammad Abduh, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar, Mesir.
H7e Idea refomis ini telah disebar secara meluas melalui tulisannya iaitu memberikan kupasan bahawa Islam ialah cara hidup yang menekankan kepentingan dunia dan akhirat.
H7f Tulisan Syeikh Muhammad Abduh juga telah disebarkan dalam majalah al-Manar.
H7g Pada waktu itu juga terdapatnya gerakan Wahabi yang berlaku di Arab Saudi yang mempunyai matlamat yang sama untuk kemajuan dan kejayaan umat Islam.
F8 Kesedaran Politik di Indonesia
H8a Kesedaran politik yang berlaku di Indonesia telah mendorong kebangkitan nasionalisme di Tanah Melayu.
H8b Kesedaran politik dan pendidikan di Indonesia yang telah melahirkan ramai golongan intelektual.
H8c Karya-karya mereka telah menjadi bacaan masyarakat di Tanah Melayu.
H8d Bahan penulisan yang berkaitan dengan kebebasan politik dan penentangan terhadap penjajahan telah tersebar luas di Tanah Melayu.
H8e Ini ditambah lagi dengan kemasukan orang Indonesia ke Tanah Melayu yang memudahkan lagi penerimaan unsur kegiatan nasionalisme Indonesia di Tanah Melayu.

Soalan 4 :
a. Jelaskan dasar perjuangan kaum Muda

F1 berusaha membetulkan pandangan masyarakat Melayu terhadap Islam.
F2 Ia bertujuan untuk memajukan umat Islam berdasarkan ajaran al-Quran dan Hadis.
F3 Memajukan ekonomi, pendidikan, politik dan sosial orang Melayu.
F4 Menyematkan sikap mengkritik penjajah ke dalam fikiran orang Melayu
F5 Mengkritik raja dan pembesar Melayu yang tidak berperanan dalam memajukan orang Melayu.

b. Terangkan perkembangan Gerakan Islah yang diperjuangkan oleh kaum Muda di Tanah Melayu pada abad ke 20

F1 Perjuangan Kaum Muda ini telah ditentang oleh Kaum Tua
H1a Terdiri daripada golongan alim ulama dan telah lama menguasai masyarakat dengan fahaman lama mereka.
F2 Bagi mereka Islam itu hanyalah akhirat dan fardu ain semata-mata
H2a sehingga sukar untuk Kaum Muda mempengaruhi masyarakat Melayu mengenai ajaran Islam yang sebenarnya.
F3 Gerakan gologan Kaum Muda ini tidak dapat bergerak dengan baik di negeri- negeri Melayu
H3a Ini kerana terdapat beberapa undang-undang yang menghalang pengaruh Kaum Muda.
F4 Undang-undang tersebut tidak membenarkan sebarang kegiatan dakwah Islam dilakukan tanpa kebenaran Sultan.
H4a Risalah dan Buku karya tokoh-tokoh Kaum Muda juga dilarang di bawa masuk ke negeri-negeri Melayu.
F5 Tekanan British dan Kaum Tua tidak dapat menghalang sepenuhnya Gerakan Islah dalam masyarakat Melayu, terutamanya dalam bentuk pendidikan.
F6 Beberapa buah madrasah telah ditubuhkan oleh kaum Muda yang menjalankan sistem pendidikan Islam.
F7 Pendidikan tersebut meliputi pendidikan untuk dunia dan akhirat seperti fardi ain, ilmu hisab dan bahasa Inggeris.
F8 Kaum perempuan juga diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan.

Soalan 5 :
a. Jelaskan isu-isu yang dibangkitkan oleh majalah-majalah di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia ke dua

F1 Majalah pengasuh ini telah membangkitkan isu berikut:
H1a Membincangkan soal pentafsiran Islam yang progresif bagi kemajuan ummah
H1b Menggalakkan pendidikan dikalangan orang Melayu
H1c Memperluaskan ilmu dalam semua bidang
H1d Memberikan pentafsiran kepada persoalan orang Islam
H1e Menggesa orang Melayu menjauhkan diri daripada sifat buruk
F2 Antara isu-isu yang dibangkitkan oleh Majalah Guru ialah ;
H2a Memberikan pendidikan yang secukupnya kepada anak-anak Melayu
H2b Menyeru perpaduan di kalangan orang Melayu.
H2c Meniupkan semangat Cinta Negara dan menentang penjajahan
H2d Membaiki taraf hidup orang Melayu
H2e Memajukan bahasa dan sastera Melayu
F3 Majalah Bulan Melayu ini telah membincangkan isu-isu berikut:
H3a Menggalakkan perpaduan di kalangan guru perempuan Melayu Johor.
H3b Menggalakkan wanita mendapat pendidikan untuk kemajuan diri
H3c Mendorong wanita menjaga kesopanan dengan nilai-nilai Islam dan budaya Timur
H3d Menggalakkan wanita menjadi obor untuk memajukan bangsa.

b. Novel Keris Melaka, Anak mat Lela Gila, Putera Gunung Tahan, dan Melor Kuala Lumpur ialah novel-novel yang bertemakan perjuangan. Bincangkan

F1 Novel Keris Melaka adalah bertemakan Semangat perjuangan menentang penjajah Barat
H1a Ia mengisahkan Sumbangan tokoh-tokoh Kesultanan Melayu Melaka seperti Hang Tuah
H1b Ia dapat digunakan sebagai ispirasi dan pedoman untuk mendorong semangat perjuangan bangsa bagi generasi muda.
F2 Anak Mat Lela Gila juga mempunyai tema semangat perjuangan
H2a Ia berkaitan Semangat anak muda menentang penjajah
H2b Menghargai warisan bangsa
H2c Semangat cintakan tanah air
H2d Maruah bangsa lebih berharga daripada kesenangan
F3 Novel Putera gunung Tahan adalah novel yang bertemakan perjuangan
H3a Ia mengisahkan Semangat pemuda tempatan dalam menjaga maruah bangsa,
H3b Semangat cintai tanah air,
H3c Berbangga dengan kebolehan sendiri
H3d Menjaga maruah bangsa walaupun terpaksa mengadai soal cinta
F4 Novel Melor Kuala Lumpur adalah novel yang bertemakan Emansipasi wanita
H4a ia berkaitan denganb Kepentingan pendidikan moden di kalangan wanita Melayu,
H4b Membuang pandangan negative yang boleh menghalang kemajuan bangsa.

Soalan 6 :
a. Jelaskan peranan system pendidikan dalam membangkitkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu

F1 Pengenalan sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah melahirkan golongan intelek Melayu
H1a Golongan ini memikirkan nasib masa depan bangsanya.
F2 Penubuhan beberapa Institusi pengajian Tinggi turut mencetuskan semangat kebangsaan di Tanah Melayu.
b. Huraikan tujuan penubuhan Kesatuan Melayu Muda ( KMM ) di Tanah Melayu sehingga Perang Dunia Kedua

F1 Objektif penubuhan KMM ialah menggalakkan perpaduan di kalangan pemuda Melayu di seluruh Semenanjung
H1a Untuk meningkatkan tahap pendidikan orang Melayu.
F2 Pada tahun 1940, KMM telah bekerjasama dengan Jepun
H2a untuk menghalau British dari Tanah Melayu.
F3 Antara tindakan Ibrahim Haji Yaakob di dalam kerjasama dengan Jepun ialah :
H3a Menjadikan KMM Salah sebuah Propaganda Jepun
H3b Membeli Warta Malaya utk dijadikan propaganda anti-British
H3c Mengelilingi Tanah Melayu untuk mencari Sokongan.
F4 Maahad II ihya Assyarif di Gunung Semanggol Perak telah menjadi penyokong KMM
H4a KMM menyediakan kader-kader yang dikenali sebagai tentera semut untuk menentang British. 

F3 Golongan intelek ini telah menyedari perlunya sumbangan tenaga dan fikiran mereka untuk menyedarkan bangsa Melayu.
F4 Mereka telah menggunakan idea baru untuk memajukan diri dan menolak penjajahan British. 


H2f Menggalakkan perpaduan di kalangan guru sebagai pemimpin bahasa 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan