Khamis, 12 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 6


 Bab 6 : Pembentukan Kerajaan Islam Dan Sumbangannya
Soalan 1:
a. Bagaimanakah cara perlantikan Khalifah dilakukan

F1 Khalifah dilantik menerusi upacara mengangkat sumpah atau “baiah”.
H1a Baiah membawa maksud taat setia dan kerelaan antara orang yang memerintah dengan orang yang diiperintah.
F2 Menurut islam, pemilihan khalifah mestilah dibuat menerusi proses perundingan atau musyarah setelah dirundingkan pada peringkat tertinggi
H2a oleh ahli bijak pandai iaitu Ahli Syura
F3 Musyawarah atau Syura iaitu permesyuaratan atau perundingan untuk mengambil keputususan tentang sesuatu pekara.
H3a Perlantikan Khalifah Abu Bakar adalah menerusi keadah ini.
H3b Ia berlaku ketika golongan Ansar daripada Bani Saadah, hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka di Saqifah.
H3c Atas cadangan Saidina Umar ibnu al-Khatab, dan disertai dengan persetujuan ramai Abu Bakar telah dilantik sebagai Khalifah.
F4 Kaedah yang kedua ialah menerusi cadangan satu nama sahaja,
C4a contohnya sewaktu perlantikan khalifah Umar ibnu al-Khatab.
H4a Namanya telah dicalonkan oleh Khalifah Abu Bakar sebelum beliau wafat.
F5 Kaedah yang ketiga adalah menerusi pemilihan calon- calon yang layak.
H5a Semasa perlantikan Saidina Uthman bin Affan, enam calon telah diusulkan di dalam pemilihan tersebut.
H5b Saidina Uthman bin Affan telah terpilih didalam pemilihan tersebut.
F6 Kaedah yang keempat pula adalah menerusi pencalonan sekelompok masyarakat
H6a seperti perlantikan Khalifah Ali bin Abu Talib.
b. Nyatakan pembaharuan yang dibawa oleh sayidina Umar al-Khatab

F1 Khalifah Umar telah melaksanakan pembaharuan dalam bidang ketenteraan dan
pentadbiran wilayah.
F2 Beberapa jabatan baru telah ditubuhkan untuk melicinkan pentadbiran negara
antaranya ialah Jabatan Tentera.
F3 Bagi memudahkan urusan pentadbiran, beliau telah melaksanakan pembahagian
wilayah. Setiap wilayah ditadbir oleh seorang gabenor ( Wali ), Setiausaha dan
pegawai-pegawai daripada jabatan tertentu.
F4 Antara Jabatan-jabatan yang telah dibentuk oleh Umar r.a ialah :Jabatan Kadi,Jabatan Polis, Jabatan Percukaian, Jabatan Perbendaharaan,Jabatan Setiausaha tentera. 
 
F5 Jabatan Kehakiman telah dipisahkan daripada jabatan lain dan untuk mengelakkan salah laku hakim, mereka telah diberi gaji bulanan yang tinggi, iaitu sekitar 500 dirham.
F6 Beliau juga telah menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai oleh wakil Muhajirin
dan Ansar.
F7 Bagi melicinkan pentadbiran Khalifah Umar telah membahagikan wilayah-wilayah Islam kepada beberapa kawasan seperti Makkah, Madinah, Kufah, Palestin, Jazirah dan Basra.
F8 Beliau juga telah membahagikan jajahan takluk Islam kepada beberapa wilayah
dan melantik Wali atau Gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai pentadbir
awam dan panglima tentera.
F9 Khalifah Umar juga telah membuat pembaharuan dalam bidang sosial
terutamanya bidang pendidikan.
F10 Pengajaran al-Quran telah diperkembangkan iaitu dengan menyediakan tempat
pembelajaran di kawasan masjid dan telah menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan bidang pendidikan.
F11 Khalifah Umar juga telah memperkenalkan kalender Islam dengan menjadikan
tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam.
F12 Dalam bidang ketenteraan pula Khalifah Umar telah membentuk tentera tetap dan
tentera sukarela.
F13 Markas tentera juga dibina di Bandar utama, manakala kubu pertahanan telah
dibina di kawasan sempadan yang menghadap Negara musuh seperti di Madinah,
Kufah, Fustat dan Basrah.
F14 Dalam bidang ekonomi pula khalifah Umar telah membina terusan dan taliair
untuk menigkatkan lagi hasil pertanian seperti Empangan Abu Musa di Basrah
dan Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 kilometer di Mesir.
F15 Rakyat juga telah digalakkan untuk meneroka tanah baru bagi menjalankan kegiatan pertanian dan mengusahakan tanah terbiar.
F16 Khalifah Umar juga telah mengenakan cukai iaitu cukai jizyah yang dikenakan ke
atas golongan Zimmi iaitu golongan yang berada dalam Negara islam tetapi tidak
beragama Islam.
F17 Cukai Kharaj juga telah dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan
tanah.
F18 Khalifah Umar juga telah menubuhkan Baitulmal bagi mengawal aliran
pendapatan Negara 
 
Soalan 2 :
a. Bagaimanakah kerajaan bani Abbasiyah ditubuhkan

F1 Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 Masihi bersamaan 132 Hijrah dengan pertolongan pelbagai pihak,
H1a terutamanya puak Syiah melalui suatu revolusi yang dipanggil Revolusi Abbaysiyah.
F2 Pada peringkat awal gerakan ini telah ditaja oleh Ali bin Abdullah yang bergerak secara sulit.
F3 Semasa zaman Khalifah Umar Abdul Aziz gerakan ini telah dijalankan secara terbuka.
F4 Golongan telah menggunakan nama Ahlul Bait( keluarga Nabi Muhammad s.a.w ) untuk mendapatkan sokongan.
H4a Bandar Khurasan,Kufah dan Humaimah telah dijadikan sebagai pusat operasi.
F5 Revolusi ini mula dipimpin oleh Abu Muslim al-Khurasani
H5a dan berpusat di Khurasan dan Salamah al-Khallal yang berpusat di Kufah.
F6 Pada tahun 750 Masihi, mereka telah berjaya menumbangkan kerajaan Bani Umaiyyah dan mendirikan kerajaan baru yang dipanggil kerajaan Abbasiyah.
F7 Kerajaan Bani Abbasiah telah muncul selepas kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah.
H7a Kejatuhan kerajaan Bani Umaiyah adalah disebabkan berlakunya penentangan di dalam
dan luar Negara.
b. Nyatakan sumbangan kerajaan bani Abbasiyah dalam bidang intelektual

F1 Kota Baghdad telah memainkan peranan penting di dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan tamadun.
F2 Berlaku kegiatan bercorak ilmiah yang pesat melalui penulisan, terjemahan karya asing ke dalam bahasa Arab.
F3 Kegiatan ilmiah tersebut telah melahirkan ramai tokoh, ahli bahasa dan sastera yang serba boleh serta tokoh lain dalam bidang ilmu lain, seperti astronomi, astrologi, matematik, perubatan, seni muzik dan falsafah.
F4 Sebuah institusi keilmuan telah ditubuhkan semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rasyid iaitu BaitulHikmah.
F5 Kegiatan utama Baitulhikmah ini ialah untuk memperterjemahkan karya falsafah dan
sains terutamanya bahasa Yunani.
F6 Usaha-usaha perterjemahan karya-karya dalam bahas Yunani, Sanskrit dan suriani telah mengalakkanlagi perlkembangan intelektual pada waktu itu.
F7 Melahirkan Golongan ulama yang juga turut terlibat dalam bidang penulisan, contohnya
pada tahun 761 Masihi, ramai ulama telah mulamenyusun hadis dan menghasilkan Tulisan dalam bidang fekah, tafsir, sejarah dan sebagainya
 
F8 Ulama yang terkenal pada waktu itu ialah :Imam Malik ( Penyusun buku al-
Muwatta’)Ibn. Ishaq ( Penyusun Fiqah dan pendapat ijtihad )Imam Abu Hanifa Imam Syafi’iImam Ahmad bin Hanbal.
F9 Pada zaman itujuga terdapat pemisahan antara ilmu tafsir, ilmu sirah ( sejarah Nabi Muhammad s.a.w ) dan ilmu Hadis.
F10 Perkembangan bidang intelektual ini telah memperlihatkan orang Islam bukan sahaja
memperterjemahkan malah mencipta dan membuat pembaharuan dalam karya yang diterjemahkan ke dalambahasa Arab.
F11 Penubuhan pusat pengajian tinggi dan peranan yang dimainkan olehnya telah dapat
mempertingkatkan lagi kegiatan penyelidikan hingga hasil kajian sarjana Islam telah tersebar ke Eropah.
Soalan 3 :
a. Nyatakan bagaimana tamadun Islam berkembang

F1 Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun lain menerusi kegiatan perdagangan dan perniagaan.
F2 Orang-orang Islam Islam keturunan Arab memang terkenal dalam bidang perniagaan. Semasa menjalankan perniagaan ini orang-orang islam akan dapat menyaksikan pelbagai kebudayaan dan tamadun bangsa-bangsa lain.
F3 Penguasan Islam ke atas kawasan Teluk Parsi, Laut Merah, dan Timur Mediterranean telah membolehkan perdagangan jarak jauh menjadi salah satu alat utama pertembungan tamadun Islam dengan tamadun lain.
F4 Hubungan diplomatik juga telah menyebabkan berlakunya pertembungan
Tamadun Islam dengan tamadun lain di dunia.
F5 Orang-orang Islam telah mendapatkan pengetahuan tentang cara hidup, cara
berfikir dan cara mentadbir daripada tamadun luar.
F6 Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah, beberapa kumpulan peneroka
telah dihantar ke Utara Selat Gibralta di Selatan Sepanyol.
F7 Kumpulan peneroka tersebut telah bertembung dengan petempatan bukan Islam di
Cordova, Valencia dan Rhonda.
F8 Pertembungan ini telah mewujudkan hubungan diplomatik diantara kawasan
tersebut dengan tamadun Islam.
F9 Pertembungan tersebut telah membolehkan berlakunya pemahaman secara aman antara orang Islam dengan orang bukan Islam berkaitan cara hidup, pandangan poltik, keagamaan,ekonomi dan pentadbiran.
F10 Pertembungan juga berlaku apabila menerusi cara penaklukan dan ketenteraan. 
 
F11 Usaha perluasan wilayah dan penyebaran agama Islam, Kerajaan Khulafa al-
Rasyidin, Bani Umaiyah, Bani Abbasiyah dan Turki Uthmaniya telah membentuk
ekspedisi ketenteraan.
F12 Penguasaan Islam ke atas Iran dan Iraq telah menyebabkan Islam bertembung
dengan tamadun Parsi.
F13 Di samping itu juga berlakunya interaksi dan asimilasi antara tamadun Islam dengan tamadun lain.
F14 Tamadun Islam telah bertembung dengan tamadun Rom ataupun Eropah apabila
dapat menguasai kawasan Mesir dan Afrika Utara.
F15 Penguasaan islam terhadap kawasan-kawasan baru terutramanya di Eropah telah
mewujudkan pertembungan tanmadun dari segi Kebudayaan.
F16 Pada waktu itu lahir golongan orang tempatan yang beragama Kristian tetapi
mengamalkan kebudayaan Islam dan berbahasa Arab.Golongan ini dipanggil Mozarab.
F17 Islam juga telah bertembung dengan tamadun lain menerusi intelektual yang
berlaku antara ahli sufi Islam dengan orang bukan islam.
F18 Penyebaran Islam di Eropah telah membawa banyak keuntungan kepada Islam.Ia
bukan sahaja memberikan keuntungan kepada golongan peniaga yang dapat
berniaga di Eropah, juga membawa keuntungan kepada para intelek Islam.
b. Apakah kesan terhadap tamadun Islam dalam pertembungan tersebutAntara sumbangan yang paling besar ialah dari segi keagamaan itu sendiri.

F1 Islam telah mengubah sistem kehidupan penganutnya dan juga mereka yang berada di bawah takluknya.
F2 Di dalam Islam nilai akidah adalah pekara paling penting, iaitu kepercayaan kepada Allah s.w.t.
F3 Islam juga telah menyediakan sistem perundangan yang berasaskan kitab al-
Quran dan Hadis.
F4 Akidah dan Syariah Islam amat mudah diterima kerana ia adalah bersifat
sawajagat dan tidak terbatas kepada bangsa ataupun kaum dan kawasan geografi.
H4a Adat yang diamalkan selagi tidak bercanggah dengan islam terus dibenarkan
tanpa apa-apa sekatan.
F5 Pertembungan tamadun antara tamadun Islam dengan tamadun lain telah
menyebabkan berlakunya pertambahan wilayah penyebaran Islam dan kawasan
yang diperintah oleh orang Islam.
H5a Kerajaan-kerajaan Islam telah wujud di negeri-negeri India seperti Kerajaan Mughal di India, Wujudnya masyarakat Islam di China sehingga ke hari ini.
F6 Pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah, Abbasiyah dan Uthmaniyah, walaupun
berbeza dari segi institusi dan organisasi tapi telah mengamalkan sistem kerajaan pusat yang kuat.
H6a Ketiga-tiga kerajaan tersebut juga telah mengamalkan sistem pemerintahan yang
berasaskan akidah dan syariah.
F7 Penguasaan Islam ke atas wilayah-wilayah tersebut telah membolehkan orang
Islam menguasai ekonomi terutamanya dari segi perdagangan dengan lebih berkesan. 
 
F8 Keselamatan disepanjang laluan perdagangan amat dijaga, bagi membolehkan
aktiviti ekonomi dan perdagangan dijalankan dengan lebih licin.
F9 Islam juga telah menguasai kegiatan perdagangan di India, Ceylon, Kepulauan
Melayu, dan China disebelah timur sejak abad ketujuh Masihi lagi.
F10 Pada zaman pemerintahan kerajaan Uthmaniyah, Kota Istanbul adalah merupakan pusat kegiatan ekonomi perdagangan.
F11 Pertembungan tamadun antara Islam dengan Eropah telah mempengaruhi proses
urbanisasi dan organisasi sosial di Bandar dan kawasan sekitarnya.
F12 Undang-undang Islam telah mempengaruhi peyelarasan undang-undang di
kawasan Balkan semasa zaman kerajaan Uthmaniyah.
F13 Orag-orang Islam juga telah mempengaruhi perkembangan pendidikan dengan
mebangunkan kurikulum yang memberikan penekanan bukan sahaja berbentuk agama tetapi juga pendidikan yang merangkumi bidang sains, matematik dan teknologi.
F14 Semasa zaman kerajaan Abbasiyah, pelajar telah diwajibkan untuk mempelajari
ilmu mantik ( logik ), matematik, geografi, sejarah, sains fizikal, dan biologi.
F15 Islam juga telah mempengaruhi tatatertib kehidupan harian seperti cara
berpakaian, berfikir, bertutur, berdagang dan berpolitik.
F16 Semasa zaman kerajaan Umaiyah di Sepanyol, orang bukan islam telah mengamalkan cara hidup orang Islam.
F17 Semasa zaman Khalifah Harun al-Rasyid perpustakaan telah ditubuhkan yang membolehkan bahan penulisan daripada tamadun lain disimpan dan dikaji oleh cendekiawan Islam.
F18 Pada abad kelapan hingga abad ke masa keruntuhan kerajaan Abbasiyah pada
tahun 1258 Masihi adalah merupakan zaman kemuncak keilmuan Islam.
F19 Sumbangan tokoh-tokoh intelektual islam yang terkenal ialah seperti di bawah : al
khawarizmi, al-batani, Abu Ishaq, Ibn-Sina dan lain-lain.
F20 Islam juga telah memberikan sumbangan yang penting dalam perkembangan ketamadunan di dunia terutama di dalam bidang seni bina.
F21 Keindahan seni bina islam dapat dilihat di Masjid Cordova di Sepanyol, Masjid Sultan Ahmed ( Masjid Biru ) di Istanbul dan Istana Alhambra di Granada.
F22 Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang
kesusasteraan.
F23 Terdapat penulis puisi dan novel agung dalam sejarah persuratan manusia
termasuklah Omar Khayyam yang telah menulis Ruba’iyah dan al-Jahiz terkenal
dengan kitab al-Bayan.
F24 Pertembungan tamadun juga telah memberikan kesan yang penting kepada dunia
pelayaran Islam kerana ia telah melahirkan ramai tokoh-tokoh pelayaran Islam.
F25 Semasa zaman kemuncak keagungan Islam, ramai cendekiawan Islam telah
mengembara dan meneroka kawasan diluar naungan Islam untuk menambahkan
ilmu pengetahuan.
F26 Salah salah seorang tokoh yang tekenal ialah Ibn Batutah yang telah mengembara
ke China, India
Soalan 4 :
a. Nyatakan maksud khalifah dan syarat-syarat menjadi khalifah

F1 Khalifah adalah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti, iaitu pengganti
yang akan melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
F2 Mereka telah diberi mandat untuk memimpin dan mentadbir negara islam berdasarkan undang-undang Syariah.
F3 Khalifah bermaksud Pengganti iaitu gelaran yang disandang oleh ketua negara Islam
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
F4 Lelaki yang merdeka dan beragama islam
F5 Mempunyai ilmu agama islam yang lengkap
F6 Tubuh badan yang sihat dan tidak cacat
F7 Adil dan mempunyai tingkah laku yang baik
F8 Mempunyai fikiran yang cerdas dan pandai mentadbir urusan negeri.
F9 Bersifat berani dan warak.
b. Huraikan tugas-tugas khalifah

F1 Khalifah adalah merupakan ketua negara yang wajib menjalankan tugas
H1a untuk memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut al-Quran
dan Hadis.
F2 Khalifah juga berkewajipan untuk menitikberatkan sistem politik,sosial dan ekonomi
H2a supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.
F3 Khalifah juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran negara berjalan dengan
Sempurna
H3a dan dapat mempertahankan negara daripada musuh.
F4 Kebajikan rakyat juga harus dititikberatkan oleh Khalifah
H4a agar kebajikan rakyat terjaga dan dapat hidup dengan sejahtera di dunia dan akhirat.
F5 Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah s.w.t.
F6 Khalifah juga harus mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan perundangan Islam.
F7 Hal-hal yang berkaitan ekonomi seperti kewangan, perbendaharaan negara, baitulmal dan pungutan kharaj, Jizyah dan Zakat.
H7a Kharaj adalah cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam
H7b manakala jizyah pula ialah cukai yang dikenakan terhadap individu bukan islam yang berselindung di negara Islam.
H7c Zakat pula ialah pengeluaran sebahagian harta dan tanaman oleh orang Islam dan ia
adalah wajib untuk semua umat islam yang berkelayakan.
, dan Afrika. 
 
Soalan 4 :
a. Nyatakan maksud khalifah dan syarat-syarat menjadi khalifah

F1 Khalifah adalah perkataan dalam bahasa Arab yang bererti pengganti, iaitu pengganti
yang akan melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan.
F2 Mereka telah diberi mandat untuk memimpin dan mentadbir negara islam berdasarkan undang-undang Syariah.
F3 Khalifah bermaksud Pengganti iaitu gelaran yang disandang oleh ketua negara Islam
selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.
F4 Lelaki yang merdeka dan beragama islam
F5 Mempunyai ilmu agama islam yang lengkap
F6 Tubuh badan yang sihat dan tidak cacat
F7 Adil dan mempunyai tingkah laku yang baik
F8 Mempunyai fikiran yang cerdas dan pandai mentadbir urusan negeri.
F9 Bersifat berani dan warak.
b. Huraikan tugas-tugas khalifah

F1 Khalifah adalah merupakan ketua negara yang wajib menjalankan tugas
H1a untuk memelihara kedudukan agama Islam serta mentadbir negara mengikut al-Quran
dan Hadis.
F2 Khalifah juga berkewajipan untuk menitikberatkan sistem politik,sosial dan ekonomi
H2a supaya berlaku keseimbangan antara keperluan rohani dengan jasmani.
F3 Khalifah juga bertanggungjawab memastikan pentadbiran negara berjalan dengan
Sempurna
H3a dan dapat mempertahankan negara daripada musuh.
F4 Kebajikan rakyat juga harus dititikberatkan oleh Khalifah
H4a agar kebajikan rakyat terjaga dan dapat hidup dengan sejahtera di dunia dan akhirat.
F5 Khalifah juga bertanggungjawab menjaga dan meneruskan ajaran Allah s.w.t.
F6 Khalifah juga harus mengekalkan perpaduan ummah melalui konsep musyawarah atau syura dan memantapkan perundangan Islam.
F7 Hal-hal yang berkaitan ekonomi seperti kewangan, perbendaharaan negara, baitulmal dan pungutan kharaj, Jizyah dan Zakat.
H7a Kharaj adalah cukai yang dikenakan keatas orang bukan Islam
H7b manakala jizyah pula ialah cukai yang dikenakan terhadap individu bukan islam yang berselindung di negara Islam.
H7c Zakat pula ialah pengeluaran sebahagian harta dan tanaman oleh orang Islam dan ia
adalah wajib untuk semua umat islam yang berkelayakan. 
 
Soalan 5 :
a. Apakah yang dimaksudkan dengan janissary

F1 Jannisari ialah kumpulan tentera infantry elit dalam sistem ketenteraan kerajaan
Uthmaniyah.
F2 Kanak-kanak yang mengikuti sistem devshirme tidak semua akan menjadi pentadbir
H2a kerana sebahagiannya akan diserapkan ke dalam system ketenteraan Uthmaniyah.
F3 Kanak-kanak tersebut akan diberi latihan fizikl dan ketenteraan terutamanya selok belok dan taktik serta teknik peperangan
b. Apakah faktor-faktor penyebaran islam ke Sepanyol

F1 Perkembangan agama islam semasa zaman kerajaan Turki Uthmaniyah bermula apabila Sultan Mehmed Fatiih telah berjaya menguasai kota Constantinople.
H1a penaklukan kota tersebut menandakan bermulanya penyebaran Islam ke kawasan
Eropah Timur yang dikenali sebagai Balkan.
F2 Penyebaran agama Islam ke Eropah adalah disebabkan oleh faktor pegangan
akidah yang kukuh dan akhlak yang tinggi di kalangan orang Islam semasa zaman Bani Umaiyah dan Turki Uthmaniyah
F3 Tentera-tentera Islam juga mempunyai semanat Ghazi,
H3a iaitu semangat kepahlawanan yang tidak gentar dan takut serta sanggup berkorban jiwa dan raga untuk penyebaran Islam.
F4 Tentera Islam juga adalah tersusun dan mempunyai kelengkapan senjata moden.
H4a Tentera islam mempunyai tentera berkuda dan kumpulan infantri yang kuat
H4b Pada waktu itu juga terdapat tentera Janissari iaitu kumpulan elit yang terlatih dalam selok belok peperangan.Jumlah ini telah meningkat sehingga 54 000 orang semasa zaman Murad III iaitu zaman kerajaan Uthmaniyah berada di tahap kecemerlangan.
H4c Peralatan yang digunakan oleh tentera Uthmaniyah juga adalah moden seperti meriam besar yang telah membantu perluasan kuasa empayar Uthmaniyah.
F5 Kerajaan Uthmaniyah juga mempunyai armada laut yang kuat,
C5a contohnya semasa pemerintahan Suleiman al-Kanuni, armada laut Uthmaniyah
mempunyai 300 buah kapal yang digunakan untuk mengawal keselamatan di kawasan Laut Mediterranean.
F6 Islam juga telah dapat berkembang di Eropah juga adalah disebabkan oleh keadaan politik yang tidak stabil
H6a kerana sering berlaku pertelingkahan dan peperangan di kalangan kerajaan-kerajaan kecil di Eropah.Ini te
F7 Islam juga telah mesuk ke Eropah atas permintaan Maharaja John VI Cantacuzens
pada tahun 1346
H7a yang membuat perjanjian dengan Orhan untuk mendapatkan bantuan kerajaan
Uthmaniyah dalam usaha untuk mendapatkan tahta Byzantine.
F8 Kelemahan dan kejatuhan kerajaan Byzantine juga telah memberikan laluan yang mudah kepada penyebaran agama Islam, terutamanya di kalangan masyarakat Balkan.
F9 Intitusi Gereja Ortodoks, tidak lagi menjadi pelindung masyarakat Eropah kerana
Kerajaan Byzantine tidak dapat lagi melindungi intitusi Gereja tersebut.
H9a Intitusi gereja juga hampir hancur kerana berlakunya penyalahgunaan kuasa, pergaduhan pemimpinya,
H9b kekurangan sumber kewangan dan inilah yangmenjadi punca ramai penganut Kristian tertarik dengan keistimewaan agama Islam.
F10 Dasar tolenrasi dan diplomasi telah digunakan oleh kerajaan Turki Uthmaniyah
dalam penyebaran Islam di Balkan.
H10a Masyarakat Balkan tidak dipaksa untuk menganut Islam, Islam juga telah
mengiktiraf kedudukan, perundangan, dan harta gereja Ortodock.
H10b Intitusi Gereja itu juga dibenarkan untuk melindungi kepentingan masyarakat Kristian di kawasan Balkan.
F11 Sistem sosial yang telah digunakan oleh orang Islam telah menarik minat orang Kristian
H11a kerana dasar sosial islam ialah berasaskan kecemerlangan individu bukannya keturunan.
H11b Ini membolehkan setiap individu berusaha untuk memperbaiki diri demi kecemerlangan diri sendiri.
H11c Kerajaan Uthmaniyah juga telah membina semula sekolah, rumah sakit dan kawasan perdagangan untuk kemudahan rakyat
F12 Peranan yang dimainkan oleh pendakwah juga penting yang menyebabkan islam tersebar ke Eropah terutamanya di wilayah Balkan.
H12a Ramai orang Turki telah berpindah ke kawasan Balkan terutamanya di Thrace,
Lembah Maritsa, utara Bulgaria, dan Albania.
F13 Mereka telah membina petempatan mereka di kawasan yang didiami oleh kumpulan mubaligh Islam, iaitu kumpulan Sufi.
H13a Orang-orang Kristian tertarik dengan pengajaran ahli Sufi yang menekankan
toleransi dan asimilasi dalam ajaran mereka.
lah memudahkan perluasan kuasa Islam di Eopah. 
 
Soalan 6 :
a. Nyatakan kesan-kesan kemasukan Islam ke Sepanyol

F1 Orang Islam mengamalkan kebudayaan Arab yang dikenali sebagai golongan Mozarab yang mengamalkan cara hidup islam
F2 Mereka berpakaian cara islam
F3 Mereka berttutur dalam bahasa Arab
F4 Tatasusila kehidupan orang islam telah mempengaruhi kehidupan harian orang
Eropah di zaman Renaissance.
b. Jelaskan sumbangan Ibn Sina dan Ibn Rushd

Ibnu Sina
F1 Ahli falsafah .
F2 Ahli Perubatan
F3 Menghasilkan buku tentang falsafah
H3a iaitu al-mantiq, Danesh nameh dan Uyun al-Hikmah dan Mujiz Kabir Wa saghir.
F4 Buku Perubatan
H4a seperti al-Shafa, Qanum dan Sadidiyya
F5 Kebanyakan buku perubatannya telah digunakan di Universiti Eropah hinggalah
abad ke-19
Ibnu Rushd
F6 Ahli falsafah Islam
F7 Ahli Perubatan dan astronomi
F8 Pernah menjadi kadi
F9 Tulisan yang terkenal ialah Tahafut al-Tahafut, Mabadi, al-Falasifah dan
Muwafaqati al-Hikmah Wa Shari’a.
F10 Ideanya banyak menekankan ilmu akal dan mantik
F11 Ilmunya telah menjadi rujukan di barat dan mempengaruhi pemikiran Eropah yang membawa kepada zaman Renaissance.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan