Khamis, 12 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 3


 Bab 3 : Tamadun Awal Asia Tenggara
Soalan 1:
a. Jelaskan cirri-ciri Kerajaan maritim

F1 Masyarakat Maritim menjalankan kegiatan menangkap ikan dan memungut hasil
laut pada peringkat awal pembentukkannya.
F2 Petempatan ini akan berkembang sebagai menjadi sebuah perkampungan nelayan
F3 Terdapat juga petempatan awal yang terletak di kawasn pengeluaran bijih logam seperti emas dan timah.
F4 Lebihan hasil kegiatan ekonomi telah dipedagangkan di kalangan mereka di kawasan petempatan tersebut.
F5 Petempatan tadi akan berkembang sebagai tempat kegiatan perdagangan
H5a dan seterusnya telah menjadi sebagai pelabuhan pembekal.
F6 Pelabuhan pembekal ini memainkan peranan sebagai pembekal bahan logam tempatan seperti timah dan emas,
H6a juga bekalan makanan kepada pedagang yang singgah untuk mendapatkannya.
F7 Hasil tempatan seperti logam emas dab bijih timah, hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, dammar, hasil laut dan juga makanan telah dibekalkan ke pelabuhan pembekal.
F8 Pelabuhan ini akan disinggahi oleh pedagang-pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut.
C8a Contoh pelabuhan pembekal ialah Jenderam Hilir dan Klang ( Selangor ), Kuala Berang ( Terengganu ) dan Kuala Selising ( Perak ).
F9 Terdapat pelabuhan pembekal yang berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan kerajaan apabila wujud sebuah kerajaan di pelabuhan pembekal tersebut,
C9a contohnya Champa, Kedah Tua, Langkasuka dan Srivijaya.
F10 Pelabuhan Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda
H10a Ia adalah kawasan perdagangan yang amat strategik.
F11 Ia terletak di laluan perdagangan di antara China dan India
H11a Ia telah menyumbangkan kepada perkembangannya menjadi sebuah pelabuhan entreport apabila menjalinkan hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.
F12 Hasil logam, hasil hutan dan laut,serta hasil kerajaan lain yang dibekalkannya
telah diperdagangkan dipelabuhan tersebut.
F12 Emas dan Perak menjadi tarikan utama,
H12a menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai Suvarnadvipa ( Semenanjung Emas ) dan Suvarnabumi ( Bumi Emas ).
F13 Terdapat juga dalam catatan Yunai oleh Ptolemy dengan nama Golden Khersonee
yang bermaksud Semenanjung emas.
F14 Ini menunjukkan bahawa orang India dan Yunani telah mengetahui bahawa Semenanjng Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad Masihi lagi.
 
F15 Kerajaan Maritim juga mempunyai penduduknya yang terdiri daripada penduduk tempatan, orang laut, dan pedagang luar.
F16 Mereka menggunakan lebih dari satu bahasa .
H16a Pada masa tersebu masyarakat maritime telah menggunakan bahasa bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan atau Lingua Franca di Asia Tenggara sejak lama dahulu lagi.
F17 Ia digunakan secara meluas dan digunakan dalam pelbagai urusan, pada tahap awal kerajaan awal di Asia Tenggara, bahasa Melayu telah digunakan dalam urusan perdagangan.
F18 Perkembangannya juga dapat dilihat pada beberapa tinggalan arkeologi seperti batu bersurat di Srivijaya pada abad ketujuh hingga ketiga belas Masihi yang menggunakan bahasa Melayu.
F19 Kegiatan orang Melayu yang merupakan pelaut, pedagang dan peneroka yang terulung di Asia Tenggara
H19a telah membuktikan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghubung yang
 
b. Terangkan mengapakah masyarakat kerajaan maritim mampu menjadi pelaut
F1 Semangat masyarakat untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar telah membolehkan kerajaan Maritim menjadi sebuah pelabuhan yang maju dan terkenal.
F2 Mereka telah mempu untuk belayar dan berdagang ke kawasan yang jauh
H2a Mereka juga mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar.
F3 Perahu adalah untuk tujuan perdagangan jarak dekat sementara kapal layar telah digunakan untuk kegiatan perdagangan jarak jauh
F4 Mereka juga mahir dalam menentukan arah perjalanan berdasarkan kepada bintang di langit. 
 
Soalan 2 :
a. Jelaskan cirri-ciri kerajaan agrarian

F1 Penanaman padi sawah merupakan aktiviti pertanian yang paling utama masyarakat agraria
H1a kerana ia mendapat bekalan air yang mencukupi untuk kegiatan tanaman padi sawah
F2 Terdapat juga tanaman padi huma
H2a yang ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit dengan membuat teres dan relung.
F3 Tanaman lain yang juga ditanam sebagai tanaman sampingan
Ha ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran.
F4 Barangan lain yang dihasilkan oleh kerajaan Agraria ialah pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam serta mengumpulkan hasil hutan seperti gaharu, kapur barus, tanduk, gading, dammar, kayu, cendana, dan pelbagai jenis buah-buahan.
F5 Terdapat juga kegiatan mencari sarang burung dari kawasan gua
H5a yang bertujuan untuk kegiatan perdagangan.
F6 Kegiatan menangkap ikan juga dijalankan di kawasan-kawasan sawah,paya, dan sungai,
H6a malah ada juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura.
F7 Kegiatan menternak binatang juga telah dijalankan
H7a seperti lembu, kerbau, kambing, dan ayam.
F8 Kegiatan ini, termasuklah pertanian adalah dijalankan untuk keperluan sendiri .
H8a Apabila terdapat lebihan ia akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam kegiatan pertanian terutamanya masyarakat bandar atau kepada kerajaan maritim.
F9 Salah satu ciri penting kerajaan agraria adalah sistem pengairan yang digunakan untuk mengairi kawasan sawah padi.
b. Jelaskan faktor-faktor yang menyumbangkan kepada kemajuan pertanian kerajaan agrarian

F1 Kerajaan yang terletak berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
H1a yang membekalkan tanah yang subur untuk kegiatan pertanian.
F2 Iklimnya juga adalah sesuai untuk kegiatan tanaman padi .
F3 Terdapat sistem pengairan yang telah dibina sejak abad ke 10 Masihi lagi.
F4 Tanggungjawab terhadap segala hal yang berkaitan dengan sistem pengairan telah diserahkan kepada kerajaan.
 
F5 Raja menjadi tunggak utama dalam pembinaan sistem pengairan dan berkuasa mengarahkan rakyat membinanya.
F6 Pada awalnya, sistem pengairan telah dibina di sekitar pusat pemerintahan, dan kemudian diperluaskan ke kawasan lain.
F7 Kawasan pengairan utama sawah padi ialah di sekitar Tasik Tonle Sap.
H7b Ia dapat menghasilkan bekalan beras yang mencukupi untuk keperluan kehidupan 
 
masyarakat agraria
Soalan 3 :
a. Huraikan faktor-faktor yang menyumbang kepada kemajuan pertanian kerajaan Angkor

F1 Kerajaan Angkor adalah sebuah kerajaan yang berasaskan kepada kegiatan pertanian padi sawah.
F2 Ia adalah sebuah kerajaan yang kuat dan maju
H2a kerana terletak berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
H2b yang membekalkan tanah yang subur untuk kegiatan pertanian.
F3 Iklimnya juga adalah sesuai untuk kegiatan tanaman padi .
F4 Terdapat sistem pengairan yang telah dibina sejak abad ke 10 Masihi lagi.
F5 Tanggungjawab terhadap segala hal yang berkaitan dengan sistem pengairan telah diserahkan kepada kerajaan.
F6 Raja menjadi tunggak utama dalam pembinaan sistem pengairan dan berkuasa mengarahkan rakyat membinanya.
F7 Pada awalnya, sistem pengairan telah dibina di sekitar pusat pemerintahan, dan kemudian diperluaskan ke kawasan lain.
F8 Kawasan pengairan utama sawah padi ialah di sekitar Tasik Tonle Sap.
H8a Ia dapat menghasilkan bekalan beras yang mencukupi untuk keperluan kehidupan masyarakat di bandar Angkor.
b. Terangkan sebab-sebab kerajaan Funan berubah menjadi kerajaan maritim

F1 Kerajaan Funan telah berkembang daripada sebuah kerajaan Agraria kepada Kerajaan Maritim kerana kedudukan pelabuhannya.
F2 ( Oc-Eo ) terletak dimuara sungai Mekong
F3 Pelabuhannya terlindung daripada tiupan angin monson dari Teluk Siam
F4 Pelabuhannya juga mempunyai kemudahan pelabuhannya adalah lengkap 

 
Soalan 4 :
a. Tasik Tonle Sap dianggap penting kepada kehidupan masyarakat Angkor. Buktikan kenyataan tersebut

F1 Tasik Tonle Sap adalah sebuah tasik yang terletak di bahagian tengah kampuchea.
F2 Kedudukannya hanya lebih kurang 3.04 meter sahaja daripada paras laut.
F3 Keadaan tanahnya yang rata dan iklim yang panas lembap sepanjang tahun, menjadikannya sesuai untuk aktiviti tanaman padi.
F4 Pada musim hujan, air banjir dari sungai Mekong akan mengalir masuk ke Tasik Tonle Sap kerana ia berada di kawasan yang rendah.
F5 Pada setiap bulan Jun setiap tahun, paras air sungai Mekong akan meningkat dari 12.2 meter menjadi 13.7 meter.
F6 Air sungai akan melimpah ke Tasik Tonle Sap
H6a dan keluasan tasik semakin besar dan akan meliputi kawasan hutan dan sawah padi.
F7 Pada musim kemarau kawasan tasik akan menjadi subur
H7a kerana tinggalan lumpur dan bahan mendak.
F8 Air tasik ini dapat membekalkan air ke sawah melalui pembinaan benteng dan terusan.
F9 Sumber air dari tasik ini telah dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor
H9a dan seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor.
F10 Ia juga merupakan tempat bekalan ikan yang penting untuk sumber protein.
b. Nyatakan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kerajaan Kedah Tua

F1 Kerajaan Kedah Tua telah menjadi pelabuhan entreport sejak abad kelima Masihi lagi.
F2 Selain itu terdapat juga pelbagai jenis manik yang merupakan barangan dagangan dari beberapa tempat seperti India, Sri Langka, dan Burma telah dijumpai di Lembah Bujang.
F3 Ini Membuktikan bahawa Kerajaan Kedah Tua adalah merupakan sebuah pelabuhan entreport yang terkenal dan maju
F4 Gunung Jerai memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perkembangan pelabuhan Kerajaan Kedah Tua kerana
F5 ia bertindak sebagai penanda arah bagi kapal-kapal yang keluar masuk terutamanya pada waktu malam melalui nyalaan api. 
 
F6 Pelabuhan Kedah tua juga terletak di kedudukan yang strategik iaitu di laluan selat Melaka
 
 
F7 Pelabuhan Kedah Tua juga terlindung daripada tiupan angina monsoon barat daya dan timur laut.
F8 Pelabuhannya juga menyediakan kemudahan pelabuhan yang lengkap seperti tempat simpan barang dagangan seperti hasil hutan dan barangan yang diperolehai luar. 
 
Soalan 5 :
a. Terangkan sebab-sebab kerajaan Srivijaya Berjaya menjadi kuasa maritim yang kuat pada abad ke 7 hingga abad ke 13

F1 Keadaan ini didorong oleh kekuatan tentera lautnya yang besar
H1a Ia dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah golongan rakyat.
F2 Tentera laut ini telah mengawal kegiatan perdagangan di Selat Melaka dan juga mengawal keselamatan kerajaan.
F3 Pelabuhan Srivijaya juga mempunyai pelabuhan yang baik dan lengkap,
H3a serta kedudukannya adalah strategik di Selat Melaka.
F4 Ia telah menjadi tempat persinggahan kapal pedagang di antara India dan China.
F5 Banyak kemudahan yang disediakan oleh pelabuhan Srivijaya
H5a termasuklah hasil dan barangan untuk pedagangan antarabangsa.
H5b Barangan ini telah dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah yang ditaklukiya.
b. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kerajaan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan terpenting di Asia Tenggara

F1 Kerajaan Kedah Tua telah menjadi pelabuhan entreport sejak abad kelima Masihi lagi.
F2 Selain itu terdapat juga pelbagai jenis manik yang merupakan barangan dagangan dari beberapa tempat seperti India, Sri Langka, dan Burma telah dijumpai di Lembah Bujang.
F3 Ini Membuktikan bahawa Kerajaan Kedah Tua adalah merupakan sebuah pelabuhan entreport yang terkenal dan maju
F4 Gunung Jerai memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi perkembangan pelabuhan Kerajaan Kedah Tua kerana
F5 ia bertindak sebagai penanda arah bagi kapal-kapal yang keluar masuk terutamanya pada waktu malam melalui nyalaan api.
F6 Pelabuhan Kedah tua juga terletak di kedudukan yang strategik iaitu di laluan selat Melaja
F7 Pelabuhan Kedah Tua juga terlindung daripada tiupan angina monsoon barat daya dan timur laut.
F8 Pelabuhannya juga menyediakan kemudahan pelabuhan yang lengkap seperti tempat simpan barang dagangan seperti hasil hutan dan barangan yang diperolehai luar. 
 
Soalan 6 :
a. Terangkan cara-cara kemasukan pengaruh pengaruh agama Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal

F1 Ada pendapat yang menyatakan bahawa pengaruh India telah dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera.
H1a Pengaruh ini disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara.
F2 Ahli Sejarawan juga berpandapat bahawa pengaruh tersebut telah dibawa oleh golongan pedagang dan Vaisya.
F3 Terdapat juga yang menyatakan kedatangan pengaruh India telah dibawa oleh golongan Brahmin atau pendeta.
F4 Ada pendapat lain yang menyatakan bahawa prose situ berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja dan disesuaikan dengan budaya tempatan.
F5 Ramai Sejarwan telah bersetuju dengan pendapat ini kerana ia diperkuatkan lagi oleh kajian ahli arkeologi, jumpaan seni arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya di temuai di Srivijaya.
F6 Proses pengambilan pengaruh aspek-aspek dari India ini mungkin berbeza bagi setiap pemerintah dengan pemerintah yang lain.
b. Huraikan kedudukan raja setelah agama Hindu dan Buddha mempenaruhi mempengaruhi system pemerintahan

F1 Sistem pemerintahan beraja kerajaan-kerajaan awal ini amat dipengaruhi oleh agama Hindu dan Buddha.
F2 Mengikut sistem ini, raja menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya.
F3 Raja dibantu oleh kerabat diraja, pembesar, termasuklah ahli agama, iaitu golongan Brahmin.
F4 Raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek yang meliputi :
H4a Pentadbiran,Hubungan luar, Ketenteraan dan Khazanah harta
F5 Raja berkuasa untuk membuat undang-undang bagi mengukuhkan kedudukannya, H5a setiap perintah raja adalah menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan.
F6 Rakyat tidak berhak untuk mempertikaikan setiap undang-undang dan perlu mematuhi setiap undang-undang
F7 Raja dikehendaki menjalakan pemerintahan yang adil untuk rakyatnya,
H7a walaupun begitu rakyat takut untuk mederhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil.
F8 Ini kerana rakyat percaya bahawa raja merupakan bayangan tuhan mengikut konsep Dewa-Raja yang diamalkan oleh pemeritah kerajaan awal di Asia Tenggara.
H8a Mengikut konsep ini raja dikatakan mempunyai kuasa kesaktian yang akhirnya menyebabkan lahirnya unsure mitos dan lagenda tentang asal usul raja bagi menguatkan kedudukan dan status raja sebagai pemeritah.
F9 Pelbagai adat istiadat telah diwujudkan untuk mengukuhkan lagi kedaulatan seseorang raja.
C9a Contoh ialah Istiadat Pertabalan raja.
H9a Adat istiadat ini biasanya dijalankan oleh oleh golongan Brahmin tanpa mengira raja tersebut menganut agama Hindu atau Buddha.
H9b Tujuannya ialah untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.
F10 Raja di Asia Tenggara juga bercita-cita untuk menjadi raja yang terulung iaitu menguasai seluruh alam semesta.
F11 Raja telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau order kosmos.
H11a Mengikut konsep Order Kosmos, Negara dianggap sebagai suatu alam semesta.Raja dan ibukotanya dianggap sebagai Pusat Alam dan Pusat Pemerintahan
F12 Raja adalah bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraaan Negara dan rakyat selaras dengan Dharma
Soalan 7 :
a. Jelaskan fungsi candi kepada kerajaan awal di Asia tenggara

F1 Candi adalah monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha dan ia berperanan rumah ibadat.
F2 Candi/ monument juga digunakan sebagai tempat menyimpan abu mayat atau jenazah diraja dan keluarganya.
F3 Ia juga sebagai tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal.
F4 Ia menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.
F5 Candi Angkor wat dan Candi Borobudur melambangkan konsep order kosmos.
F6 Candi Angkor Wat dibina oleh Suryarvarman II yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan Suryavarman II,
H6a kerana kejayaannya mengalahkan Champa dan menyatukan Kampuchea.
F7 Candi ini terdapat di Kemboja yang dibina untuk tujuan penyembahan agama Hindu
 H7a yang melambangkan Order Kosmos
 
b. Huraikan ciri-ciri penting candi Borobudur yang melambangkan konsep ajaran Buddha

F1 Candi Borobudur dibina pada zaman kerajaan Sailendra dan ia terletak di Pulau Jawa, Indonesia. Ia mengambil masa 75 tahun untuk disiapkan.
F2 Ia mewakili agama Buddha Mahayana yang berasaskan kepada ajaran agama Buddha H2a iaitu Jalan Mulia Berlapis Lapan yang berkaitan dengan kehidupan, kematian, serta cara hidup yang berharmoni dengan alam sekeliling.
F3 Nama Borobudur berasal daripada nama Bhumisambaranhudara daripada batu bersurat tahun 842 Masihi yang bermaksud “Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva.
F4 Candi ini terdiri daripada sembilan tingkat dan terdapat pagar lakan dengan relief lukisan Buddha.
F5 Bahagian paling atas adalah dianggap sebagai tertinggi
H5a dan sebagai lambang kepada pencapaian tahap nirwana,
H5b iaitu tahap manusia membebaskan diri daripada nafsu.
F6 Mengikut ajaran agama Buddha Candi Borobudur terbahagi kepada tiga tingkat utama.
H6a Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan
H6b yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.
H6c Di tinggat pertama terdapat ukiran cerita Gautama Buddha.
F7 Konsep Jalan Mulia Berlapis Lapan dibahagikan kepada 3 peringkat iaitu :
H7a Kebijaksanaan ( Panna ),Pemahaman yang benar Penilaian yang benar
H7b Penumpuan ( Samadhi )Tindakan yang benar , Cara hidup yang benar,Pengucapan yang benar
H7c Mora ( Sila ),Pertimbangan yang benar,Tumpuan yang benar ,Usaha yang benar


Soalan 8 :
a. Terangkan pengaruh Hindu dan Buddha dalam bidang kesusasteraan

F1 Dalam kesusasteraan Melayu, Bahasa Sanskrit memainkan peranan yang penting sebagai bahasa intelektual.
F2 Ia merupakan bahasa sarjana yang dibawa ke Asia Tenggara melalui proses pengindian yang dialami oleh masyarakat semasa kemunculan kerajaan-kerajaan awal. 
 
F3 Pengaruh Bahasa Sanskrit jelas terlihat pada kitab-kitab agama, sastera dan pada batu bersurat.
H3a Batu-batu bersurat yang banyak ditemui di tapak-tapak sejarah awal asia Tenggara
H3b mengandungi maklumat tentang agama,pemerintahan, raja dan undang-undang.
C3a Contoh batu bersurat ialah yang dijumpai di Kutei, Sungai Mas ( Kedah Tua ) dan Palembang.
F4 Ia telah memperkayakan lagi bahasa-bahasa peribumi di Asia Tenggara
H4a seperti Bahasa Melayu kuno dan Bahasa Jawa Kuno.
F5 Hasil-hasil kesusasteraan tempatan dipengaruhi oleh epik-epik Hindu
H5a seperti Ramayana dan Mahabhrata.
H5b Antara karya-karya tempatan seperti Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima dan Hikayat Sang Boma yang mempunyai unsur-unsur epik Ramayana dan Mahabhrata.
F6 Pengaruh epik-epik ini dapat dilihat dalam hasil-hasil kesusasteraan Jawa Kuno
H6a seperti Negarakertagama, Sutosomo dan Arjunawiwaha
b. Terangkan kepentingan kewujudan Bahasa Sanskrit di Asia Tenggara
F1 Bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana yang terdapa pada buku-buku agama dan batu bersurat.
F2 Ia digunakan untuk mencatat keagungan kerajaan dan salsilah raja,
C2a contohnya Batu bersurat Kerajaan Kutei di Kalimantan yang menerangkan salasilah kerajaan dan juga upacara keagamaan.
C2b Manakala batu bersurat di Sungai Mas menceritakan tentang agama Buddha.
F3 Sebahagian besar inskripsi di Palembang adalah ditulis dalam bahasa Melayu kuno H3a yang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar
agar tidak menderhaka kepada raja.
H3b Ia telah dipahat pada batu yang memerlukan kemahiran yang tinggi, di samping kemampuan menguasai bahasa Sanskrit.
H3c Ini telah membuktikan penduduknya mempunyai kemahiran yang tinggi dalam seni memahat tulisan pada batu agar ia tidak pecah dan dapat di baca.
F4 Bahasa Sanskrit juga telah menambahkan perkembangan kesusasteraan di Asia Tenggara
H4a melalui epiknya iaitu Ramayana,Mahabhrata dan Puranas
H4b Ia menyumbangkan kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.
F5 Bahasa Sanskrit juga telah digunakan bagi tujuan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan kepada rakyat.
F6 Ia merupakan bahasa keagamaan, seperti yang terdapat dalam kita-kitab berkaitan keagamaan dan bahasa berkaitan.
C6a Contohnya, ia dapat dilihat pada batu bersurat yang terdapat diLembah Bujang dan tempat-tempat lain di Asia Tenggara.
F7 Pengaruh epik ini dapat dikesan dalam kesusasteraan Jawa Kuno
H7a iaitu dalam bentuk puisi dan prosa seperti Negarakertagama, Sutasomo, arjunawiwaha dan kunjakarna.
F8 Cerita-cerita lisan, dan teater seperti wayang kulit banyak dipengaruhi oleh cerita-cerita yang terdapat di dalam epik Ramayana dan Mahabhrata


12 ulasan:

  1. Terima kasih kerana pertolongan ini.'-'

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
  2. Mengapakah dikatakan kerajaan funan bertukar daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim

    BalasPadam
  3. Mengapakah dikatakan kerajaan funan bertukar daripada kerajaan agraria kepada kerajaan maritim

    BalasPadam
  4. Apakah faktor perkembangan kerajaan srivijaya

    BalasPadam
  5. Apakah faktor perkembangan kerajaan srivijaya

    BalasPadam
  6. Adakah negara malaysia lebih sesuai untuk berkembang menjadi negara agraria atau negara maritim?

    BalasPadam
  7. Adakah negara malaysia lebih sesuai untuk berkembang menjadi negara agraria atau negara maritim?

    BalasPadam
  8. Adakah negara malaysia lebih sesuai untuk berkembang menjadi negara agraria atau negara maritim?

    BalasPadam
  9. Adakah negara malaysia lebih sesuai untuk berkembang menjadi negara agraria atau negara maritim?

    BalasPadam
  10. Andaikan anda seorang perintah dalam petempatan awal di asia tenggara.Cadangkan tiga cara untuk mempertingkatkan kegiatan perdagangan maritim?

    BalasPadam