Jumaat, 13 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 8


Bab 8 : Pembaharuan dan Pengaruh Islam di Malaysia Sebelum Kedatangan Barat
Soalan 1 :
a.      Bincangkan makna dan konsep daulat

F1       Konsep daulat telah memperkukuhkan lagi institusi kesultanan kerana ia telah mengangkat kedudukan seorang Sultan ke tahap yang tinggi
H1a     dan menimbulkan penghormatan rakyat terhadap institusi tersebut.
F2       Daulat adalah satu perkataan bahasa Arab  iaitu ‘Daulah
H2a     Ia  bermaksud negeri atau kerajaan.
F3        Seseorang Sultan itu mempunyai kuasa tertentu
H3a     Ia membolehkan sesiapa sahaja yang melanggar arahannya atau menderhaka
kepada raja akan menerima akibat atau menerima tulah.

b.      Nyatakan adat istiadat yang dapat mengukuhkan daulat

F1       Cara berpakaian,
F2       jenis pakaian,
F3       Bahasa dan pengucapan,
F4       tingkah laku dan sebagainya.
F5       Astiadat pertabalan telah diadakan bagi melantik Sultan yang memerintah yang dapat mengambarkan kedaulatan seseorang Sultan yang memerintah.
F6       Pengunaan cop Mohor
F7       Alat Nobat semasa istiadat pertabalan Raja

c.       Nyatakan ciri-ciri Adat perpatih

F1        Ia merupakan satu peraturan atau undang-undang yang tidak bertulis dalam bentuk pepatah yang dihafal oleh ketua adat dan diperturunkan daripada satu genarasi kepada satu generasi.
F2        Musyawarah merupakan asas bagi pentadbiran dan penyelesaian masalah yang akan dihadiri oleh 12 suku yang terdadapat di Negeri Sembilan.
F3        Ahli dalam setiap Suku tidak dibenarkan berkahwin daripada suku yang sama.
F4        Setiap suku mempunyai ketua adapt yang dikenali sebagai Lembaga.
F5        erlantikan ketua bagi adat perpatih ialah menerusi perlantikan ketua peringkat bawah
hingga ke atas seperti contoh gambarajah di bawah:
F6        Jurai keturunan adat perpatih memberatkan kaum wanita dalam mewarisi harta dengan menurunkan harta melalui keturunan wanita.
F7        Ia adalah bersifat matrilinear yang mengutamakan jurai keturunan ibu.
F8        Ia disesuaikan mengikut pihak ibu yang dianggap sebagai pengasas keluarga kepada anak perempuan.
F9        Jika seseorang ibu tidak mempunyai anak perempuan, hartanya akan diwarisi kepada adik perempuannya, anak adik-adiknya dan cucu-cucunya.


Soalan 2 :
a.      Jelaskan bentuk pendidikan tidak formal di Tanah Melayu sebelum kedatangan Barat

F1        Pendidikan tidak formal adalah merupakan pendidikan yang berasaskan kepada didikan keluarga
H1a     Ia  memberikan tumpuan kepada nilai-nilai moral.
F2        Pembelajaran ini adalah melalui pendengaran,penglihatan, dan pemerhatian.
H2a     Kanak-kanak telah mempelajari kemahiran daripada ibu-bapanya
H2b     menerusi pemerhatian dan latihan seperti dalam bidang pertanian, perikanan, kraf tangan atau pertukangan.
F3        Hal-hal yang berkaitan dengan agama, kelakuan dan adat resam, sikap budi pekerti dan H3a cara menjaga maruah juga diajar secara tidak formal kepada anak-anak mereka.
F4        Cerita-cerita lisan yang mengandungi nilai-nilai budaya yang murni telah diserapkan kepada kanak-kanak
H4a     melalui kaedah bercerita yang memang digemari oleh kanak-kanak.
F5        Terdapat cerita-cerita yang menjadi tarikan utamanya  antaranya ialah:
H5a     Cerita Teladan
H5b     Iaitu Anjing dan Bayang-Bayang,
H5c      Ia member pengajaran tidak boleh terlalu Tamat
F6        Terdapat juga cerita Sang kancil
C6a      Contohnya Cerita sang kancil dengan buaya
H6a     Kepandaian dan kebijaksanaan dapat selesaikan masalah
F7        Terdapat juga Pantun dan Peribahasa dan Teka teki
H7a     Siakap senohon gelam ikan duri, Bercakap bohong lama-lama mencuri
H7b     Pengajarannya ialah Kanak-kanak diajar berkelakuan baik dan tidak mencuri
F8        Kanak-kanak juga telah diajar pekara yang berkaitan dengan pantang larang dan adat istiadat melalui pergaulan sosial.
C8a      Contohnya mereka telah diajar agar tunduk sambil menghulurkan tangan apabila lalu dihadapan orang yang lebih tua atau dewasa


b.      Terangkan peranan istana sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan sebelum kedatangan Orang Barat di Tanah Melayu

F1        Istana juga memainkan peranan yang penting sebagai pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
F2        Di dalam buku Sejarah Melayu terdapat catatan berkaitan dengan peranan istana Melaka sebagai pusat pengajian agama.
F3        Di katakana bahawa Sultan Mansur Shah telah menerima Islam daripada Maulana Abu Bakar, Sultan Mahmud Shah dan Raja Ahmad pula berguru dengan Maulana Sadar Jahan.
F4        Perkembangan ini adalah disebabkan oleh ramainya ulama dan pendakwah asing menetap di Melaka.
H4a     Ulama-ulama daripada pelbagai bangsa seperti Benggali, Arab, Parsi, Gujerat dan sebagainya telah menetap di Melaka.
F5        Kesultanan yang memerintah pada waktu itu memberikan perhatian yang lebih kepada perkembangan ilmu pengetahuan,
C5a      contohnya Sultan Mansur Shah amat berminat dengan pengajian Tasawuf.
F6        Kitab al-Dur al-Manzum ( Mutiara Tersusun ) sebuah kitab Tasawuf karangan Maulana Abu Bakar telah diarak hingga ke balairug istana Melaka.
F7        Hal ini juga berlaku di Johor apabila istana Johor telah menjadi pusat pengajian sewaktu pemerintahan Sultan Alaudin Riayat Shah yang memerintah 1597 hingga 1602 Masihi.
F8        Istana juga telah dijadikan tempat untuk menyimpan buku hikayat yang penting
H8a     seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhamad Ali Hanafiah yang disimpan di istana Melaka.
F9        Istana juga telah menjadikan pendidikannya bukan hanya melibatkan keagamaan semata-mata, malah ilmu seperti pentadbiran negara dan politik turut diajar di Istana.


Soalan 3 :
a.      Nyatakan peranan istana
F1        pusat pendidikan dan ilmu pengetahuan.
F2        pusat pengajian agama
F3        Tempat pertemuan ulama
F4        Pusat perkembangan ilmu pengetahuan
F5        Tempat menyimpan buku-buku hikayat
F6        Pusat pendidikan pentadbiran Negara
F7        Pusat pendidikan ilmu  politik

b.      Huraikan ciri-ciri system pondok


F1       Pada peringkat yang lebih tinggi pula terdapat pendidikan Pondok
H1a    Ia  memberikan tahap pendidikan yang lebih teratur.
F2        Pendidikan ini juga memberikan penekanan kepada ilmu agama
H2a     dan persediaan bagi pelajar-pelajarnya untuk bertugas sebagai guru agama atau
berkhidmat kepada masyarakat..
F3        Sistem pendidikan Pondok ini telah diamalkan dengan begitu meluas di Kedah, Kelantan, Terengganu, Perlis dan Pattani.
C3a     Contoh pendidikan Pondok ialah Pondok Pulau Condong, Pondok Pulau Manis
F4        Pengajian di pondok tidak mempunyai batasan waktu
H4a     Ada yang mengambil masa selama 10 tahun


c.       Mengapakah system madrasah dikatakan berbeza daripada pengajian pondok atau masjid

F1        Terdapat juga pendidikan madrasah yang berasal pada zaman khalifah Bani Saljuk yang memerintah Iraq pada tahun 447 Hijrah ( 1056 Masihi ).
F2        Sistem pendidikan Madrasah mempunyai sukatan pelajaran
H2a     dan pengajarannya adalah dilaksanakan di dalam kelas.
F3        Ia mengikut tahap berdasarkan sukatan pelajaran
H3a     iaitu tahap permulaan
H3b     dan pertengahan
H3c     serta terdapat pengkhususan.
F4        Seorang Mudir atau guru besar telah dilantik untuk mengawasi pengajian di sini.
F5        Sebuah lembaga dan jawatankuasa Kewangan  juga telah ditubuhkan
H5a     ia bertujuan untuk menyelia pendidikan sesebuah Madrasah

Soalan 4 ;
a.      Jelaskan tentang gaya hidup golongan pemerintah dalam masyarakat Melayu tradsisonal


F1        Amalan pengaruh daripada kerajaan Bani Umaiyah dapat dilihat pada amalan pemerintahan di  Tanah Melayu seperti amalan protokol ( hijabah ).
F2        Istiadat pertabalan Sultan juga turut mengalami perubahan selepas kedatangan Islam. H2a            Adat pembacaan ciri yang terdapat di dalam amalan tersebut sebelum kedatangan islam telah dihapuskan
H2a     Ia  digantikan dengan adat lain
H2b     seperti lafaz ikrar sultan
H2c     dan pembesar yang menyerupai baiah didalam ajaran Islam.
F3        Begitu juga apabila seseorang Sultan itu mangkat,
H3a     penggantinya akan dilantik sebelum istiadat pemakaman dijalankan,
H3b     amalan ini juga ditiru daripada peraturan yang dimulakan oleh khalifah Bani Umaiyah.

b.      Bagaimanakah golongan rakyat jelata dalam masyarakat Melayu trtadisional mempamerkan kehidupan mereka


F1        Masyarakt Melayu telah mula menerima dan mengamalkan ajaran Islam dalam kehidupan seharian mereka.
F2        Perubahan ini telah berlaku kepada prinsip kepercayaan atau akidah
H2a     Ia  membawa kepada syariah dan akhlak yang terpancar dalam segala aspek kehidupan  masyarakat Melayu.
F3        Pengaruh islam juga dapat dilihat pada kehidupan masyarakat tradisional terutamanya dari segi hubungan antara individu  dan pertalian kekeluargaan yang rapat bagi menjamin kesejahteraan hidup.
F4        Ibu-bapa dan orang yang lebih tua haruslah dihormati, jiran pula adalah dianggap sebagai anggota keluarga sendiri.
F5        Gelaran yang diberikan kepada orang yang lebih tua seperti pak long, mak long dan lain-lain adalah untuk menghormati orang yang lebih tua.
F6        Begitu juga semasa bercakap dengan orang yang lebih tua,
H6a     orang muda hendaklah bercakap dengan suara yang rendah.
F7        Tetamu yang datang ke rumah juga haruslah dihormati
H7a     Ia dihidangkan dengan minuman dan makanan.
F8        Amalan berziarah juga digalakkan oleh Islam,
H8a     sewaktu berziarah ke rumah orang hendaklah memberikan salam dan tuan rumah wajib menjawabnya.
F9        Tetamu dan tuan rumah juga diajar untuk bersalam diantara satu sama lain.
F10      Bagi kanak-kanak pula, apabila bersalam hendaklah mencium tangan orang yang lebih tua.
F12      Amalan-amalan seperti penggunaan salam yang digunakan ketika datang menziarahi adalah salah satu amalan yang telah dipratikkan oleh semua umat Islam di dunia.
F13      Bacaan ‘Bismillah’ semasa makan dan minum,
H13a   jelas menunjukkan pengaruh Islam ke atas gaya hidup masyarakat Tanah Melayu selepas kedatangan agama Islam.
F14      Banyak Unsur-unsur yang bertentangan dengan akidah Islamiah telah ditinggalkan dan cara hidup masyarakat Melayu mula mengalami perubahan.
F15      Nilai-nilai Islam telah diserapkan dalam kehidupan dan pemikiran dan pemikiran masyarakat Melayu.
F16      Majlis perkahwinan dan majlis berkhatan juga dijalankan mengikut ajaran Islam. H16a       Ia selalunya diadakan secara gotong-royong  dikalangan anggota masyarakat.
F17      Islam telah menekankan semangat perpaduan dikalangan masyarakatnya H17a            yang sering diumpamakan menerusi slogan-slogan seperti Bersatu teguh
bercerai roboh, seikat seperti sirih, serumpun seperti serai, dan sedencing seperti besi

Soalan 5 :
a.      Jelaskan tentang pengaruh Islam ke atas bidang perniagaan dalam Kesultanan Melayu Melaka

F1        Aktiviti perdagangan yang dijalankan di Lautan Hindi dan laut China Selatan adalah didominasikan oleh pedagang-pedagang Islam sejak abad ke-12 hingga abad ke-18 lagi.
F2        Aktiviti ini juga jelas kelihatan di perairan Asia Tenggara, terutamanya di Alam Melayu
H2a     yang memperlihatkan peranan aktif yang dimainkan oleh pedagang-pedagang Melayu.
F3        Islam telah menegaskan bahawa aktiviti perniagaan adalah merupakan sumber rezeki yang besar dan penting.
F4        Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah terbabit secara langsung dalam aktiviti perniagaan.
F5        Perkembangan agama Islam dirantau ini juga adalah disebabkan oleh faktor perdagangan  yang telah membolehkan Melaka Muncul sebagai sebuah pusat perdagangan dan pusat penyebaran agama Islam yang terpenting pada abad ke-15.
F6        Kerajaan Melaka telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan yang penting H6a            walaupun tidak mempunyai hasil seperti rempah ratus ( lada, bunga cengkih dan
sebagainya ) yang mendapat permintaan yang tinggi di kalangan pedagang.
F7        Ini kerana Melaka adalah terletak di kedudukan yang strategik di tengah jalan
perdagangan
H7a     Ia g telah membantu perkembangannya tanpa perlu mengeluarkan barang-barang
seperti rempah ratus.
F8        Melaka juga telah menyedikan kemudahan pentadbiran yang licin dan teratur agar
segala aktiviti perdagangan berjalan dengan lancar.
H8a     Jawatan Laksmana telah diwujudkan bagi menjaga urusan kelautan dan Jawatan
Syahbandar sebagai ketua pelabuhan.
F9        Undang-undang yang berkaitan dengan kelautan juga telah digubal iaitu Undang-
Undang Laut Melaka.
H9a     Di dalam undang-undang tersebut terdapat tugas-tugas nakhoda, jurumudi, dan seumpamanya.
F10      Di Melaka terdapat lebih kurang 84 bahasa yang dipertutukan yang telah membuktikan kepesatan perdagangannya.
F11      Kemajuan aktiviti ekonomi di Melaka telah membolehkan wujudnya sistem
timbang dan sukat seperti tahil, dan kati.
H11a   Barangan seperti emas, perak, bahan wangian, dan batu permata telah ditimbang
menggunakan sistem tahil dan kati




b.      Nyatakan cirri-ciri yang terdapat pada matawang Johor dan Kedah

Matawang Johor

F1        Matawang emas
F2        Bertarikh 1527
F3        Diperkenalkan pada zaman pemerintahan Sultan Alaudin Riayat shah
F4        Terdapat juga matawang Kupang
F5        Mempunyai berat 10 Grain
F6        Tertera nama dan pangkat Sultan
F7        Dibelakang matawang tertulisgelaran Islam bagi sultan
F8        Khaliufatul Mukminin

Matawang Kedah

F9        Matawang timah
F10      Digunakan sejak abad ke 17
F12      Untuk kegunaan tempatan
F13      Berbentuk seekor ayam jantan
F14      Hinggap di atas beberapa cincin
F15      Cincin boleh dipatahkan
F16      ia boleh digunakan secara berasingan
F17      Ia dikeluarkan semasa Sultan Muhammad Jiwa zainal abiding II


Soalan 6 :
a.      Nyatakan peraturan-peraturan percukaian yang dikenakan ke atas pedagang yang berdagang di Melaka pada abad ke 15

F1       Semasa zaman kesultanan Melayu Melaka, cukai telah dibayar terhadap barangan dagangan sebelum kegiatan perniagaan dapat dijalankan.
F2       Cukai tetap( cukai import ) merupakan cukai yang paling asas dan ditetapkan oleh pemerintah Melaka.
F3       Pedagang-pedagang dari India, Ceylon, Tanah Arab, Siam dan Pegu dikenakan cukai sebanyak enam peratus daripada jumlah barang yang dibawa.
F4       Pedagang dari Jepun, dan China dikehendaki membayar cukai sebanyak lima peratus.
F5       Barang makanan seperti beras adalah tidak dikenakan cukai.
F6       Tedapat juga cukai diraja yang dikenakan ke atas  orang asing yang datang  dari kepulauan Melayu dan menetap di Melaka sebanyak tiga peratus
F7       Manakala orang asing lain pula telah dikenakan cukai sebanyak enam peratus.
F8       Dalam kegiatan ekonomi ini, terdapat pengaruh Islam yang telah mempengaruhi perkembangan ekonomi di Melaka
F9       Pengaruh islam tersebut ialah amalan riba yang telah diharamkan kepada perniagaan yang dijalankan oleh orang Islam.
F10     Di dalam Hukum Kanun Melaka, terdapat penegasan berkaitan dengan larangan terhadap amalan riba, begitu juga dengan Hukum Kanun Pahang.
F11     Pemerintah Melaka juga telah mewajibkan golongan kaya supaya membayar zakat harta untuk menyeimbangkan pembangunan ekonomi rakyatnya.
F12     Harta zakat yang dikutip itu akan disimpan di baitulmal dan boleh digunakan bagi kepentingan dan kemakmuran Negara serta sebagai suber bantuan kepada ahli masyarakat.


b.      Jelaskan pengaruh Islam ke atas perkembangan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu
F1        Kedatangan  agama Islam ke Tanah Melayu telah meningkatkan lagi  taraf Bahasa Melayu sebagai Lingua Franca di Asia Tenggara.
F2        Tulisan Arab Jawi telah diperkenalkan dan menyebabkan  bahasa Melayu telah mendapat kedudukan sebagai bahasa sastera yang terkenal.
F3        Huruf Arab telah diubah suai dan dijadikan sebagai tulisan Jawi yang telah menjadi tulisan utama untuk membaca dan menulis.
H3a     Pengaruh Islam pada masa tersebut telah menjadikan tulisan jawi sebagai tulisan rasmi dan seterusnya menjadi hak milik orang Melayu.
F4        Perkembangan tulisan Jawi ini telah menyebabkan di dalam buku Sejarah Melayu telah ditulis dengan tulisan Jawi walaupun terdapat ayat dalam bahasa sangskrit.
H4a     Perkembangan ini telah mengembangkan lagi kemajuan ilmu pengetahuan dan kesusasteraan Melayu dengan lebih pesat.
H4b     Istilah-istilah yang berasal daripada bahasa Arab atau bahasa al-Quran seperti adat, adil,daulat, hakim dan hukum telah menambahkan lagi perbendaharaan kata bahasa Melayu.
F5        Perkembangan ini telah melahirkan cabang-cabang ilmu seperti  Fiqah, Tauhid dan Tafsir.
H5a     Kedatangan agama Islam juga telah menyumbang kepada perkembangan kesusasteraan di Tanah Melayu.
F6        Pada peringkat awal, kesusasteraan rakyat telah disebarkan secara lisan, daripada satu generasi kepada  generasi yang lain..
H6a     Cerita kesusasteraan awal ialah berkaitan dengan cerita asal-usul yang merangkumi cerita-cerita tentang kejadian alam, nama tempat, tumbuh-tumbuhan dan binatang.
H6b     Antara cerita binatang yang terkenal ialah cerita Sang kancil yang begitu popular di kalangan masyarakat Melayu.
H6c      Terdapat juga cerita-cerita jenaka atau lucu yang yang mengambarkan sikap dan kelakuan watak seperti :





F7        Terdapat juga cerita-cerita dongeng yang memberikan pengajaran
C7a      contohnya Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putih Bawang Merah dan lain-lain lagi.
F8        Manakala kesusasteraan lisan pula adalah dalam bentuk puisi seperti pantun, teka-teki, gurindam dan seloka.
F9        Kedatangan agama Islam telah menambahkan lagi penulisan karya yang berbetuk prosa dan puisi di Melaka.
H9a     Banyak karya yang dihasilkan adalah berkaitan dengan Nabi Muhammad s.a.w seperti Hikayat Nur Muhammad dan Hikayat Bulan Berbelah.
F10      Terdapat cerita-cerita hikayat tentang nabi-nabi lain seperti Hikayat Nabi Yusuf dan Hikayat Nabi Musa a.s.
F11      Penulisan cerita-cerita tentang sahabat-sahabat nabi juga tidak ketinggalan telah
dihasilkan oleh penulis di Melaka
H11a   seperti Hikayat Abu Bakar dan Hikayat Hasan dan Husin.
F12                  Dua buah cerita Hikayat iaitu Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali
Hanafiah telah menjadi karya yang penting dan telah disimpan di istana Melaka.
F13      Karya dalam bentu puisi adalah seperti Syair Dahulu kalayang ditulis oleh Tengku
Ampuan Mariam di Terengganu.
F14      Pada awal abad ke 15, terdapat banyak karya kesusasteraan Melayu yang disadurkan
daripada kesusasteraan Arab dan Parsi yang telah menambahkan lagi perbendaharaan persuratan Melayu
C14     Contoh-contoh  karya tersebut ialah : Hikayat Abu Nawas Hikayat Hasan Damsyik












Tiada ulasan:

Catat Ulasan