Isnin, 16 April 2012

Q & A Sejarah T5 Bab 3


Bab 3 : Kesedaran pembinaan Negara dan Bangsa
Soalan 1 :
a. Huraikan bagaimana Itali membentuk Negara bangsa mereka

F1 Count Camillo Benso di Cavour telah berusaha untuk menyatukan wilayah- wilayah tersebut di bawah sebuah pemerintahan bangsa Itali
H1a Berusaha menghalau keluar orang Austria dari Itali.
F2 Beliau telah menggunakan amalan Realpolitik
H2a iaitu mewajarkan apa saja cara untuk mencapai matlamat politiknya.
F3 Beliau amat menyanjung tinggi penyatuan Itali berlandaskan pemerintahan monarki.
F4 Satu kerjasama dengan Perancis semasa pemerintahan Napoleon III telah diadakan
H4a ia bertujuan menentang Austria pada tahun 1860.
F5 Itali telah berjaya mengalahkan Austria dengan bantuan tentera Napoleon III.
F6 Count Camillo Benso di Cavour telah mendapat sokongan majority daripada rakyat untuk menyatukan Negara Itali.
F7 Pada tahun 1866, wilayah Venetia telah diserahkan kepada Itali
H7a kerana balasan di atas kerjasama Itali membantu Prussia mengalahkan Austria.
F8 Kesempatan untuk menyatukan Itali telah tiba apabila pada tahun 1870, Perancis telah mengundurkan tenteranya dari Rom.
H8a Kesempatan ini telah digunakan oleh Count Camillo Benso di Cavour untuk menyatukan Rom dan Itali.
b. Pembentukan kerajaan Islam Madinah amat berbeza daripada Negara Eropah. Terangkan Pendapat ini

F1 Pembentukkan kerajaan Islam adalah berdasarkan persaudaraan islam
H1a dan bukannya berasaskan bangsa seperti di Eropah atau Barat.
F2 Nabi Muhammad s.a.w telah menyusun perlembagaan terlebih dahulu
H2a Barulah mengasaskan sebuah kerajaan Islam.
F3 Piagam Madinah yang telah dibentuk telah berjaya menyatukan penduduknya H3a yang berbilang kaum seperti Yahudi, Kristian dan orang Arab.
F4 Kerajaan Islam yang dientuk di Madinah adalah berdasarkan diplomasi, musyawarah dan permuafakatan.
F5 Ia telah membuktikan bahawa amalan kerjasama dan permuafakatan antara pemimpin dengan rakyat
H5a Akan menjamin keutuhan sebuah Negara dan bangsa.

Soalan 2 :
a. Apakah persamaan dan perbezaan antara Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor pada tahun 1895 dengan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Terengganu pada tahun 1911

Persamaan
F1 Tangungjawab Sultan dan Menteri
H1a Sultan dan menterimenteri dilarang menyerahkan negeri kepada kuasa lain
F2 Agama islam
H2a Agama Islam menjadi agama rasmi kedua-dua buah negeri
F3 Perlantikan Menteri Besar
H3a Raja berhak memilih Menteri Besar
H3b Jemaah Menteri menentukan jawatan Naib menteri Besar
F4 Syarat menjadi Menteri
H4a Mesti berbangsa Melayu, beragama Islam dan merupakan rakyat kedua-dua negeri
Perbezaan
F5 Nama perlembagaan Johor ialah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor
H5a Undang-Undang Terengganu dikenali sebagai ittiqan ilmuluk bi-ta’dil ilsuluk
F6 Undang-undang Tubuh kerajaan Johor telah diperkenalkan pada tahun 1895
H6a Sultan Terengganu memperkenalkan Perlembagaan Terengganu pada tahun 1911
F7 Tokoh yang memperkenalkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor ialah Sultan Abu Bakar
H7a Tokoh yang memperkenalkan ittiqan ilmuluk bi;tadil il-suluk ialah Sultan Zainal Abidin III 

 
b. Huraikan pentadbiran system Jemaah Menteri di Kelantan

F1 Negeri Kelantan telah lama menjalankan sistem Jemaah menteri sejak
zaman pemerintahan Sultan Muhammad I ( 1801 – 1836 )
H1a Baginda telah melantik beberapa orang pembesar untuk membantu pentadbirannya.
F2 Semasa pemerintahan Sultan Muhammad II ( 1836 – 1886 ) telah
membentuk Jemaah Menteri bagi melicinkan pentadbiran dan pemerintahan negeri Kelantan.
F3 Terdapat lapan badan Jemaah Menteri yang
H3a setiap satunya dianggotai oleh empat orang pembesar. Setiap Jemaah Menteri mempunyai bidang tugas masing-masing.
F4 Jemaah Penasihat Raja
H4a Bertanggung jawab tentang Pekara dan urusan penting bukan rahsia
F5 Jemaah Menteri Istana
H5a Hal-hal Istiadat Diraja dan Istiadat rasmi di Kelantan
F6 Jemaah Keadilan dan Kehakiman
H6a Bertanggung jawab hal Keadilan dan Kehakiman
F7 Jemaah Menteri Dalam Negeri
H7a Bertanggungjawab menjaga Keamanan Negeri
F8 Jemaah Menteri Luar
H8a Bertanggungjawab menentukan Dasar dan Ehwal luar negeri
F9 Jemaah Menteri Perbendaharaan
H9a Bertanggungjawab menjaga Harta benda dan hasil mahsul
F10 Jemaah Menteri Peperangan
H10a Bertanggungjawab menguruskan hal-hal Pertahanan dan Keamanan Negeri
F11 J.M. Pentadbiran dan Mengimarahkan Negeri
H11a Menguruskan hal-hal Kemajuan dan Pembangunan Negeri
Soalan 3 :
a. Sistem pentadbiran dalam persekutuan Negeri Sembilan dikatakan mempunyai unsur Demokrasi.Jelaskan pelaksanaan sistem tersebut

F1 Sistem pemerintahan yang diamalkan di Negeri Sembilan adalah
berdasarkan Adat Perpatih,
H1a iaitu kedaulatan berada ditangan rakyat.
F2 Perlantikan pemimpin di dalam adat perpatih dibuat berdasarkan daripada peringkat paling bawah.
H2a iaitu Anak Buah,
H2b diikuti Buapak,
H2c Lembaga
H2d dan Undang yang kemudiannya melantik Yang Dipertuan Besar.
F3 Ia tidak mengamalkan kuasa mutlak
H3a mengagihkan kuasa tersebut kepada individu mengikut peringat rendah hingga ke atas.
F4 Perlantikan pemimpin dibuat berdasarkan rundingan Yang Dipertuan
Besar dengan Undang.
F5 Yang Dipertuan Besar tidak mempunyai kuasa untuk melantik pembesar
H5a pembesar dilantik oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.
F6 Undang ialah ketua bagi Luak yang telah dipilih oleh Lembaga,
H6a ia bertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
F7 Lembaga pula berada dibawah Undang
H7a merupakan ketua suku anggota masyarakat dan telah dilantik oleh Buapak.
F8 Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing
H8a ia mempunyai kuasa untuk memilih individu yang layak menjadi Undang.
F9 Sistem pemilihan pemimpin yang ditunjukkan di atas adalah
memperlihatkan unsur demokrasi.

b. Sistem pemerintahan Kesultanan melayu Melaka memberikan pengaruh yang cukup besar terhadap negeri-negeri Melayu lain yang muncul selepasnya, Bincangkan

F1 Negeri Johor, Perak dan Pahang adalah pewaris kepada Kesultanan
Melayu Melaka.
F2 Institusi kesultanan,
H2a adat istiadat Melayu,
H2b agama Islam
H2c bahasa Melayu telah diteruskan oleh negeri-negeri tersebut.
F3 Kerajaan Johor, Perak dan pahang adalah diasaskan oleh kerabat diraja
Melaka.
F4 Gelaran Sultan telah digunakan oleh negeri-negeri tersebut seperti mana yang pernah digunakan oleh Sultan semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka.
F5 Warisan tahta kerajaan Negeri adalah berdasarkan jurai keturunan sebelah bapa.
H5a Putera Sulung akan dilantik menggantikan Sultan yang mangkat. 
 
H5b Adik lelaki sultan akan mewarisi tahta kerajaan jika sultan tidak
mempunyai anak lelaki.
F6 Sistem yang diamalkan oleh Melaka iaitu Sistem Pembesar Empat Lipatan telah diikuti oleh Johor, Perak dan Pahang.
H6a yang mempunyai perbezaan dari segi gelaran kepada pembesarnya.
F7 Undang-Undang yang diamalkan di negeri Johor, Perak dan Pahang juga adalah warisan daripada Kesultanan Melayu Melaka
H7a ia adalah berdasarkan Hukum kanun Melaka dan telah dipinda dan diubah suai mengikut keadaan setempat.
H7b Ini dapat dilihat pada Undang-Undang Pahang yang telah disusun oleh Sultan Abdul Ghapur Muhaiyuddin Syah pada tahun 1596 sangat dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.

Soalan 4 : Kerajaan Merupakan salah satu cirri pembinaan Negara dan bangsa
a. Apakah maksud kerajaan?

F1 Kerajaan pula ialah institusi pemerintah yang bertanggungjawab menggubal
dasar sesebuah Negara
H1a ia juga bertanggungjawab melaksanakan dasar sesebuah Negara.
F2 Ia merangkumi semua badan yang membuat, mentafsirkan dan melaksanakan dasar-dasar tersebut.
F3 Terdapat tiga badan utama pemerintahan Negara kita
H3a iaitu Badan Perundangan,
H3b Badan Pelaksana
Hc Badan Kehakim.

b. Huraikan cirri-ciri Negara bangsa dalam Kesultanan Melayu Melaka

F1 Wilayah pengaruh
H1a Wilayah satu tempat tinggal rakyat iaitu merujuk kepada kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang Raja.
H1b Kesultanan Melayu Melaka mempunyai lingkungan pengaruh yang luas meliputi keseluruhan Semenanjung Tanah Melayu dan seluruh timur Sumatera
F2 Kerajaan
H2a Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Raja dan Sultan adalah
merupakan pemerintah yang tertinggi yang dibantu oleh sistem pembesar empat lipatan
H2b iaitu Bendahara, Temenggung, laksamana dan penghulu Bendahari.
H2c Ia merupakan badan yang diberi kuasa untuk mentadbir kerajaan
dan memastikan keamanan dan kedaulatan Negara terjamin.
H2d Kerajaan juga haruslah menjalinkan hubungan diplomatic dengan Negara lain bagi memastikan kesinambungan kerajaan mereka.
F3 Lambang-lambang
H3a Lambang adalah satu simbol yang menjadi identiti sesebuah Negara atau kerajaan.
H3b Warisan Kesultanan Melayu Melaka yang telah ditinggalkan kepada kita telah dijadikan asas kepada lambang kerajaan pada hari ini.
H3c Bahasa Melayu telah dijadikan sebagai asas penyatuan Negara dan bangsa.
Hd Alat-alat kebesaran seperti alat regalia, nobat, warna, bahasa, undang- undang, protokol dan adat istiadat istana telah mengambarkan kebesaran Kesultanan Melayu Melaka.
F4 Rakyat
H4a Seluruh penduduk yang terdapat didalam sesebuah kerajaan adalah
dianggap sebagai rakyat sesebuah kerajaan atau Negara.
H4b Mereka terikat dengan undang-undang dan peraturan yang telah
dikuatkuasakan oleh sesebuah kerajaan Seperti Kerajaan Melayu Melaka.
H4c Semua rakyat adalah bertanggungjawab untuk mentaati pemerintah, dan sanggup mempertahankan Negara, menghadiri adapt istiadat kerajaan, mengadakan gotong royong, kerahan tenaga dan sebagainya.
F5 Kedaulatan
H5a Kedaulatan adalah merupakan kekuasaan yang dimiliki oleh sesebuah Negara atau kerajaan.
H5b Ia merupakan kekuasaan tertinggi terhadap rakyat sesebuah wilayah.
H5c Sesebuah kerajaan atau negara boleh menggunakan segala kuasanya untuk menggubal dan menguatkuasakan undang-undang.
H5d Kedaulatan merupakan hak mutlak sesebuah kerajaan atau Negara
terhadap rakyatnya.
H5e Ia akan memastikan sesebuah Negara itu bebas daripada campur tangan, paksaan, taklukan atau penjajahan kuasa asing.
F6 Keunggulan Undang-Undang
H6a Keunggulan undang-undang dalam sesebuah pemerintahan merupakan asas pembentukan Negara dan bangsa.
H6b Ia merupakan cara untuk mengawal masyarakat melalui peraturan yang telah ditetapkan bagi menjamin hak dan keamanan rakyat.
H6c Keunggulan sesebuah Undang-Undang akan menentukkan struktur
kerajaan, kehakiman, bahasa, agama dan kerakyatan sesebuah kerajaan dan Negara.
H6d Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat dua undang-undang yang digunakan iaitu Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka yang dipengaruhi oleh hukum adat tempatan dan agama Islam.
Soalan 5 :
a. Terangkan Huku Kanun Melaka dan Undang-Undang laut Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka

F1 Hukum Kanun Melaka mengandungi 44 fasal
F2 Ia menyentuh bidang kuasa raja dan pembesar
F3 serta pantang larang di kalangan anggota masyarakat.
F4 Ia turut menyatakan hukuman terhadap kesalahan jenayah awam,
F5 undang-undag keluarga dan sebagainya.
F6 Manakala undang-undang laut Melaka pula menyentuh pekara yang berkaitan dengan tatacara pelayaran di laut
F7 seperti tanggungjawab pengawal kapal,
F8 atur cara pelayaran,
F9 Hal perniagaan,
F10 bidang kuasa nahkoda kapal
F11 dan hukuman bagi kesalahan jenayah

b. Nyatakan perbezaan bidang tugas Undang, Lembaga, dan Buapak dalam system pemerintahan adat Perpatih di Negeri Sembilan

F1 Perlantikan pemimpin dibuat berdasarkan rundingan Yang Dipertuan
Besar dengan Undang.
F2 Yang Dipertuan Besar tidak mempunyai kuasa untuk melantik pembesar kerana pembesar dilantik oleh Undang, Lembaga, Buapak dan Anak Buah.
F3 Undang ialah ketua bagi Luak yang telah dipilih oleh Lembaga, yang
bertanggungjawab untuk melantik Yang Dipertuan Besar.
F4 Lembaga pula berada dibawah Undang yang merupakan ketua suku
anggota masyarakat dan telah dilantik oleh Buapak.
F5 Lembaga bertanggungjawab terhadap suku masing-masing dan
mempunyai kuasa untuk memilih individu yang layak menjadi Undang.
F6 Buapak pula merupakan Ketua bagi Perut dan setiap Perut dikenali
sebagai Anak Buah.
F7 Setiap masalah anggota Perut dirujuk kepada Buapak, terutamanya yang berkaitan dengan adat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan