Isnin, 16 April 2012

Q & A Sejarah T5 Bab 4


Bab 4 : Pembinaan Negara Dan bangsa Malaysia
Soalan 1 :
a. Apakah kepentingan Malayan Union kepada Kerajaan British

F1 Malayan Union telah diperkenalkan di Tanah Melayu sebagai satu persediaan kepada Tanah Melayu kea rah membentuk pemerintahan sendiri.
F2 Ia juga bertujuan untuk melicinkan pentadbiran
H2a menjimatkan kos
H2b ia telah menyatukan pentadbiran 3 unit pentadbiran iaitu Negeri-Negeri Selat ( NNS ), Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ( NNMB )dan Negeri-Negeri Melayu tidak Bersekutu ( NNMTB )
H2c Pentadbiran tiga unit pentadbiran tersebut secara berasingan
H2d telah menyebabkan pembangunan ekonomi yang tidak seimbang
H2e kos perbelanjaan juga adalah tinggi.
F3 British juga berhasrat untuk membentuk sebuah bangsa Malayan Union yang terdiri daripada pelbagai kaum.
F4 Bangsa tersebut akan melupakan Negara asal,
H4a mereka menumpukan taat setia terhadap Negara Malayan Union.
H4b Ini akan memastikan wujudnya sumber tenaga dan pelaburan yang berterusan untuk memajukan ekonomi Tanah Melayu.
H4c Ini akan membolehkan British terus menguasai ekonomi Tanah Melayu
H4d Ini akan mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

b. Huraikan sebab-sebab kumpulan orang Melayu radikal dan orang dagang bersuara menerima pembentukan Malayan Union

F1 Dasar Penyatuan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik
H1a Ia akan yang akan melicinkan sistem pentadbiran.
F2 Dasar sama rata yang terdapat di Dalam Malayan Union
H2a akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
F3 Kerakyatan terbuka
H3a membolehkan mereka mengekalkan kerakyatan asal masing-masing.
F4 Mempercayai janji British
H4a untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
F5 Malayan Union telah mendapat sokongan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM )kerana pemerintahyannya adalah bersifat Barat
H5a menghapuskan system feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.
H5b Mereka berharap konsep Melayu Raya akan dapat dilaksanakan di Tanah Melayu.
F6 Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya telah menyokong Malayan Union kerana penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union
H6a Ini akan memudahkan lagi hal-ehwal pentadbiran Islam.
F7 Terdapat juga pegawai tadbir Melayu yang menyokong Malayan Union kerana British adalah kuasa Besar
H7a mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu

c. Apakah sebenarnya perkembangan yang akan dilihat jikalau rancangan pembentukan Malayan Union terus dilaksanakan di Tanah Melayu.

F1 Di bawah Malayan Union ini kuasa Raja-raja Melayu telah terhakis walaupun masih mempunyai kuasa membincangkan soal-soal agama,
H1a tetapi zakat Fitrah dipungut dibawah nama Gabenor Malayan Union.
F2 Pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang yang datang berhijrah ke Tanah Melayu.
H2a Dasar terbuka ini telah mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk peribumi.
F3 Jumlah orang Melayu akan menjadi semakin kecil dengan kemasukan orang dagang ini.
F4 Keadaan ekonomi dan juga pendidikan akan menjadi bertambah mundur
F5 Orang Melayu juga merasa bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi.
F6 Ia akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan Melayu Melaka

Soalan 2 :
a. Mengapakah orang melayu menetang Malayan union

F1 Cara Sir Harold MacMichael mengugut raja-raja Melayu akan diturunkan tahta sekiranya tidak menerima Malayan Union.
C1a contohnya Sultan Badlishah, Kedah.
F2 Sultan juga tidak diberi masa yang secukupnya untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri
C2a seperti yang berlaku pada Sultan Perak.
F3 Ada juga sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union kerana atas dasar setia kawan kepada British
C3a seperti Sultan Selangor dan Johor.
F4 orang Melayu menggangap belum tiba masanya untuk British membuat
pembaharuan politik di Tanah Melayu.
F5 Di bawah Malayan Union ini kuasa Raja-raja Melayu telah terhakis walaupun masih mempunyai kuasa membincangkan soal-soal agama,
H5a zakat Fitrah dipungut dibawah nama Gabenor Malayan Union.
F6 Penentangan orang Melayu juga adalah disebabkan oleh pemberian kerakyatan yang longgar kepada orang dagang yang datang berhijrah ke Tanah Melayu.
F7 Dasar terbuka ini telah mengancam status quo orang Melayu sebagai penduduk peribumi.
F8 Jumlah orang Melayu akan menjadi semakin kecil dengan kemasukan orang dagang ini. 
 
F9 Keadaan ekonomi dan juga pendidikan akan menjadi bertambah mundur
F10 Orang Melayu juga merasa bimbang akan kehilangan warisan tamadun yang telah dibina oleh Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka lagi.
F11 Ia akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan Melayu Melaka

b. Jelaskan bentuk penentangan orang melayu rancangan Malayan union

F1 Bantahan disuarakan melalui akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara.
F2 Beberapa Demontrasi telah diadakan secara damai semasa Sir Herold Mac Michael mendapatkan tandatangan Raja-Raja Melayu di Kota Bharu, Kelantan dan Alor Setar. Kedah.
F3 Beberapa persatuan Melayu telah dipulihkan kembali untuk menentang Malayan Union
H3a Mereka menghantar telegram dan surat bantahan ke pejabat Tanah Jajahan di Landon.
F4 Pada tahun 1946, Dato Onn bin Jaafar telah menyeru orang Melayu untuk berkongres
H4a Dalam kongres tersebut telah menubuhkan United Malays Organization ( UMO ) sebagai benteng menentang Malayan Union.
F5 Pada 1 hingga 4 Mac 1946 satu kongres Melayu telah dilakukan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
H5a Dalam persidangan tersebut Kongres telah bersetuju untuk untuk menubuhkan United Malay Organization ( UMNO ) atau pertubuhan Kebangsaan melayu Bersatu.
F6 Rapat umum telah dilakukan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap ahli- ahli parlimen British, iaitu L.D. Gammans dan david Reese William.
F7 Pada 28 April 1946, raja-raja Melayu telah berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan mereka kepada ahli-ahli parlimen tersebut.
Soalan 3 :
a. Terangkan faktor-Faktor penubuhan Persekutuan tanah Melayu 1948

F1 Ketegasan orang Melayu di bawah pimpinan Dato, Onn bin Jaafar yang
memimpin orang Melayu menentang Malayan Union.
F2 Sikap perpaduan antara orang Melayu yang terdiri daripada golongan raja dan rakyat telah mengatasi pihak-pihak yang menyokong Malayan Union.
F3 Keupayaan yang dimiliki oleh orang Melayu untuk memujuk dan mendesak British bagi menghidupkan semula dasar perlindungan telah membantu mereka menolak Malayan Union.
F4 Sokongan daripada pegawai-pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu
H4a seperti Sir Malcom MacDonald, Sir Edward Gent dan L.D Gammans
H4b juga telah mendorong kerajaan British untuk membentuk Malayan Union
F5 Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu juga telah mendapat sokongan daripada bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua
H5a iaitu Sir Frank Swettenhem, Sir R.O. Winstedt, Sir George Maxwell dan Sir Cecil Clementi.
H5b Mereka telah menolak dasar menakluki Tanah melayu
F6 Orang Melayu juga telah mengamalkan sikap politik yang sederhana
H6a seperti penentangan melalui akhbar,
H6b demontrasi,
H6c Berkongres
H6d Memujuk raja-raja Melayu untuk menyokong penentangan terhadap British ini telah mendorong British menerima kehendak orang Melayu.
F7 Sikap raja-raja Melayu dan UMNO yang menuntut rundingan untuk menolak Malayan Union
H7a dan bukannya menuntut kemerdekan telah menyebabkan British memilih UMNO dan Raja-Raja Melayu.
F8 British juga bimbang orang Melayu akan dipengaruhi oleh gerakan politik yang radikal seperti PKMM, API, AWAS dan BATAS.
F9 Gerakan tersebut telah dipengaruhi oleh gerakan politik Indonesia.
F10 Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga telah mengeluarkan Piagam Atlantik 1945
H10a Piagam tersebut tidak menggalakkan penjajahan baru.
H10b Mengikut Piagam tersebut Negara-negera Kolonial harus memberikan latihan berkerajaan sendiri kepada penduduk tempatan.

b. Huraikan Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948

F1 Persekutuan Tanah Melayu dibentuk dengan gabungan sebelas buah negeri
F2 Diketuai oleh Pesruhjaya Tinggi British
F3 Pesuruhjaya Tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu
F4 Perlindungan khas diletakkan di bawah Pesuruhjaya Tinggi British
F5 Konsep raja berperlembagaan diwujudkan
F6 Senarai persekutuan dan senarai negeri telah diwujudkan

Soalan 4 :
a. Huraikan perubahan pentadbiran di Tanah Melayu setelah Persekutuan Tanah Melayu 1948 diperkenalkan

F1 Berlaku perkongsian kuasa diperingkat pusat anatara majlis raja-raja dengan pesuruhjaya Tinggi
F2 Di peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri
H2a dan berkuasa untuk melantik Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri
F3 Ia telah mengasaskan satu sistem pembahagian kuasa antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri
H3a Seterusnya membawa kepada wujudnya senarai Persekutuan dan Senarai Negeri.
F4 Syarat kerakyatan telah diperketatkan,
H4a kerakyatan Jus soli adalah untuk Rakyat Raja Melayu ( bagi negeri-negeri Melayu ) dan rakyat British ( bagi negeri-negeri Selat seperti Melaka dan Pulau Pinang.
F5 Ketuanan Melayu juga telah diiktiraf semula oleh British sebagai asas
pembentukan Persekutuan Tanah Melayu. Ia telah diakui sejak Perjanjian Pangkor lagi.
F6 Institusi Raja Melayu telah dikekalkan dengan bidang kuasa dan kedudukan yang jelas dalam pentadbiran
F7 Setiap negeri Melayu juga mengadakan perjanjian dan perlembagaan bertulis dengan British.
H7a Perlembagaan tersebut dikenali sebagai Undang-Undang Tubuh Negeri yang digunakan hingga sekarang.

b. Jelaskan penglibatan raja-raja Melayu sebagai penggerak Persekutuan Tanah Melayu 1948

F1 Mereka telah membuat tuntutan supaya kuasa raja-raja Melayu dikembalikan seperti sebelum tahun 1941.
F2 Mereka juga menuntut agar perlindungan kepada rakyat Melayu sebagai Rakyat Raja Melayu dikekalkan.
F3 Mereka juga mahukan British yang berkuasa di Tanah Melayu,
H3a menjaga dan memelihara kuasa dan memberikan perlindungan kepada orang Melayu dan hal ehwal ketuanan Melayu dipelihara.

Soalan 5 ;
a. Mengapakah orang dagang dan golongan Melayu radikal menyokong pembentukan Malayan Union

F1 Dasar Penyatuan negeri-negeri Melayu menjadi sebuah unit politik yang akan melicinkan system pentadbiran.
F2 Dasar sama rata yang terdapat di Dalam Malayan Union
H2a akan menghapuskan hak-hak perlindungan kepada orang Melayu.
F3 Kerakyatan terbuka membolehkan mereka mengekalkan kerakyatan asal masing- masing.
F4 Mempercayai janji British untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu.
F5 Malayan Union telah mendapat sokongan Parti Kebangsaan Melayu Malaya ( PKMM )kerana pemerintahy annya adalah bersifat Barat
H5a dan menghapuskan system feudal Melayu
H5b dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar Melayu.
F6 Mereka berharap konsep Melayu Raya akan dapat dilaksanakan di Tanah Melayu.
F7 Persatuan Kebangsaan Melayu Malaya telah menyokong Malayan Union kerana penyatuan pentadbiran agama Islam dalam Malayan Union memudahkan lagi hal- ehwal pentadbiran Islam.
F8 Terdapat juga pegawai tadbir Melayu yang menyokong Malayan Union kerana British adalah kuasa Besar dan mempunyai kecekapan untuk membangunkan Tanah Melayu.

b. Jelaskan kandungan Perlembagaan rakyat yang dikemukakan oleh majlis Tindakan Bersama Seluruh Malaya ( AMCJA )

F1 Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
F2 Sebuah kerajaan pusat dan Majlis-majlis Negeri dipilih
F3 Raja-raja melayu akan mempunyai kuasa sebenar dan bertanggungjawab kepada
rakyat
F4 Keistimewaan Melayu diwujudkan
F5 Adat istiadat dan agama Islam dikawal oleh orang Melayu.
F6 Kerakyatan yang sama rata
F7 Merah dan putih menjadi latar belakang bendera Tanah Melayu
F8 Bahasa Melayu haruslah menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
F9 Pertahanan dan hal-ehwal luar negeri haruslah menjadi tanggungjawab bersama British dan Tanah Melayu.
F10 Warganegara Tanah Melayu harus dinamai Melayu

Soalan 6 :
a. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah ciri-ciri Perlembagaan 1941 di Srawak

F1 Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama di negeri Sarawak
F2 Vyner Brooke berjanji akan memberikan kerajaan sendiri kepada Sarawak
F3 Kuasa mentadbir akan diberikan kepada majlis Negeri.
F4 Raja Sarawak akan melantik Ahli majlis Negeri

b. Terangkan tindakan yang diambil oleh British untuk menamatkan Gerakan antipenyerahan di Sarawak.

F1 Kerajaan British telah mengeluarkan surat pekeliling bil. 9
H1a yang memberikan amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap kakitangan kerajaan yang terlibat.
F2 Tindakan kerajaan British tersebut telah menyebabkan seramai 338 orang kakitangan awam meletakkan jawatan sebagai tanda bantahan.
F3 British akhirnya telah berjaya menangkap Rosli Dhobi dan rakan-rakanya yang lain dan dijatuhkan hukuman gantung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan