Khamis, 5 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 2


a. Jelaskan ciri-ciri demokrasi yang diamalkan di negara Kota Athens.          
                                                                                               

Huraian
Terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis
Merupakan demokrasi berbentuk penyertaan langsung
Semua warganegara lelaki dewasa berpeluang menjadi anggota Dewan Perhimpunan antara 6 bulan hingga setahun
Dewan Perhimpunan bersidang tiga kali sebulan
Ahli Dewan boleh mengemukakan cadangan tentang dasar kerajaan
Keputusan Dewan dikendalikan oleh Majlis
Ahli Majlis, Majistret  dan Juri dilantik oleh Dewan Perhimpunan
Dewan Perhimpunan berkuasa penuh terhadap ahli Majlis, majistret, juri


b. Tamadun Rom mewujudkan sistem pemerintahan berbentuk republik.
     Huraikan sistem pemerintahan dan pentadbiran bercorak republik di Rom


Huraian
Tidak mempunyai  pemerintah yang berkuasa mutlak
Kuasa tertinggi terletak pada dua orang konsul dilantik oleh Dewan Senat
Dua orang konsul dilantik bagi mengelakkan antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa
Konsul dibantu oleh Dewan Senat
Dewan Senat diwakili oleh golongan bangsawan
Dewan Senat membincangkan hal-hal pentadbiran dan perundangan
Konsul dilantik daripada kalangan ahli yang pernah menjadi Praeotor
Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan
Ahli Dewan Perhimpunan terdiri daripada rakyat Rom
Dewan Perhimpunan meluluskan segala keputusan Dewan Senat.

 





Jawapan
  1. Bincangkan sumbangan Tamadun Rom dalam bidang perundangan

Huraian
Dipahat pada  dua belas keping papan yang dikenali Papan Dua Belas atau Hukum Kanun 12
Papan Dua Belas diletakkan di tempat awam untuk ditatap dan dipatuhi rakyat
Terbahagi kepada tiga cabang iaitu undang-undang sivil, undang-undang rakyat dan undang-undang natural
Semua rakyat sama di sisi undang-undang
Hukuman dikenakan berasaskan bukti yang cukup
Setiap individu berhak mendapat perbicaraan yang adil
Seseorang yang dituduh dianggap tidak bersalah sehingga terbukti kesalahannya
Undang-undang dikumpul, disatu dan dibukukan oleh Maharaja Justinian dan dikenali Kod Undang-undang Justinian

  1. Huraikan perbezaan prinsip undang-undang Dinasti Chin dan
 Dinasti Han di China

Huraian
Berasaskan falsafah legalisme yang diperkenalkan oleh Han Fei Tzu
Hanya undang-undang yang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia
Rasa belas kasihan tidak harus wujud dalam menjalankan undang-undang
Undang-undang dan penguatkuasaanya mesti dipelihara dalam semua keadaan
Ketegasan perlu untuk membendung tindakan liar manusia
Raja mesti memiliki kuasa yang utuh

Undang-undang Dinasti Han berasaskan ajaran Confucius
Raja mesti memiliki budi pekerti yang  baik
Raja perlu menjaga keharmonian manusia dan masyarakat




3. a. Apakah kepentingan bahasa Sanskrit pada zaman vedik dalam tamadun India      

Mempengaruhi perkembangan dalam bidang penulisan dan kesusasteraan.
Bidang kesusasteraan terbahagi kepada bentuk edik, epik dan sajak
Penulisan sastera agama Hindu dan Buddha termasuk epik Mahabharata dan Ramayana
melahirkan bahasa lain seperti Hindi, Urdu, Punjabi dan Kasmiri.
                                                                 

   b. Jelaskan maksud Hukum karma dalam agama Hindu.

Berkaitan dengan kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati.
Kelahiran semula bergantung kepada karma.
Tujuan hidup adalah untuk mencapai moksya (kebebasan Mutlak)
Sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia.
seseorang perlu berbuat baik semasa hidupnya agar dapat mencapai Moksya.                              
                                                                                                           
 
   c. Mengapakah berlakunya keruntuhan Dinasti Maurya
  
selepas kematian Asoka,  masyarakat berpecah belah akibat ketidakcekapan pemerintah dan perebutan kuasa.
Wilayah-wilayah yang jauh dari pusat pemerintahan membebaskan diri daripada penguasaan kerajaan pusat.
Berlaku banyak pemberontakan oleh ketua-ketua tempatan.
Tentangan daripada golongan Brahmin yang tidak berpuas hati dengan dasar pemerintan Asoka.






a. Huraikan sistem pendidikan Tamadun Yunani.
bertujuan melahirkan manusia yang seimbang dari segi rohani dan jasmani
manusia yang cemerlang ialah manusia yang dapat memenuhi tuntutan mental dan fizikal
pendidikan sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato,membaca,menghafal dan menulis ditiktikberatkan
di Sparta pendidikan untuk melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kota
maka pendidikan mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding pendidikan mental
banyak sekolah falsafah  telah berkembang seperti di Athens, Thebes, Elea dan Miletus


a.                   Huraikan tentang sistem pendidikan di India

 Huraian
Pendidikan di India bermula pada zaman Vedik dan mementingkan agama hindu dan Buddha
Kaum wanita tidak mempunyai peluang atau ruang untuk menerima pendidikan
Kitab-kitab Veda dan bahasa Sanskrit adalah diutamakan
Pendidikan tinggi juga wujud iaitu contohnya di kolej Brahman dan Universiti
Tujuan utama pendidikan ialah untuk menyediakan manusia menghadapi mati

b.                  Huraikan sistem falsafah tamadun India.


wujud dalam dua aliran besar iaitu kumpulan berdasarkan veda dan bukan veda
kitab veda seperti Yajur Veda, Rig Veda, Sama Veda dan Atharva Veda
bukan veda bersumberkan ajaran Carvaka, Janisme dan Buddhisme
Upanishad, Mahabrata dan Bhagavad Gita adalah sumber falsafah dalam Veda

           
  1. Bandingkan organisasi sosial antara masyarakat Athens dengan
            Masyarakat Sparta
Masyarkat Athens terbahagi kepada tiga golongan iaitu warganegara,
Penduduk bukan warganegara dan golongan hamba
Warganegara Athens mempunyai hak dalam politik Negara kota
Penduduk bukan warganegara dan golongan hamba tidak memiliki hak dalam politik
Di Sparta wujud tiga kelas social iaitu kelas pertama - warganegara tulen, kelas kedua - golongan pekerja dan kelas ketiga - helot
Helot merupakan golongan majoriti
Helot mengusahakan tanah
Peranan Helot penting dalam ekonomi Sparta
Jumlahnya yang besar menjadi satu ancaman kepada pemerintah
Ancaman menjadi faktor sistem ketenteraan diamalkan

  1. Mengapakah organisasi sosial bagi masyarakat dalam tamadun
India dikatakan unik?


Sistem kasta wujud dalam tamadun India
Sistem kasta unik kerana tidak wujud dalam tamadun dunia yang lain
Sistem kasta terbahagi kepada empat iaitu Brahmin, Ksyatria, Vaisya dan Sudra
Keempat-empat kasta mempunyai tanggung jawab berbeza
Sistem kasta merupakan darah daging sistem sosial India dan diikuti dengan ketat.
Seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berlainan
Ahli kasta yang berbeza tidak dibenarkan bercampur gaul dengan ahli kasta yang berlainan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan