Khamis, 12 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 4


 Bab 4 : Kemunculan tamadun Islam Dan Perkembangannya di Makkah
Soalan 1 :
a. Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab jahiliah?

Sosial
F1 Masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti berjudi,berzina dan meminum arak.
F2 Mereka beranggapan bahawa meminum arak sehingga mabuk, menunjukkan kesempurnaan mereka sebagai lelaki.
F3 Taraf wanita adalah rendah sehinggakan
Ha mereka tidak boleh mewarisi harta pusaka.
F4 Masyarakat Arab Jahiliyah memandang rendah kepada kaum wanita
H4a dianggap sebagai pelepas nafsu lelaki sahaja.
F5 Masyarakat Arab Jahiliyah juga sanggup membunuh anak perempuan sendiri
H5a bagi menjaga maruah mereka dengan menanam mereka hidup-hidup.
F6 Dalam hal-hal perkahwinan pula, tiada peraturan yang boleh dijadikan panduan,
H6a kaum lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau
dengan sesiapa sahaja yang disukainya.
F7 Masyarakat jahiliyah mengamalkan kegiatan ekonomi yang tidak adil.
H7a Sering berlaku penindasan dan eksploitasi golongan yang kuat terhadap yang lemah dan golongan yang kaya terhadap golongan yang miskin.
F8 alam perniagaan, amalan riba dilakukan dengan sewenang-wenangnya untuk mendapatkan keuntungan yang banyak.
H8a Rompakan dan rampasan terhadap kabilah yang sering bergerak dari satu tempat yang lain untuk tujuan perniagaan atau berpindah juga merupakan sumber ekonomi bagi mereka.
Kepercayaan dan Agama
F9 Masyarakat Arab Jahiliyah juga mempunyai pegangan dan kepercayaan mereka sendiri.
F2 Terdapat empat kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah, iaitu :
H2a Agama wathani ( menyembah berhala )
H2b Animisme ( Memuja alam seperti pokok )
H2c Samawi ( Kristian dan Yahudi )
H2d Kepercayaan seperti menilik nasib, sihir dan mempercayai roh orang mati akan
menjadi burung.
F10 Mereka menyembah berhala dan berpegang kepada kepercayaan animisme seperti pemujaan bulan, matahari, bintang, api, pokok dan objek alam yang lain.
F11 Terdapat juga sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif berdasarkan catatan al-Quran. 
 
Sistem politik
F12 Masyarakat Arab Jahiliyah hidup secara berkelompok berdasarkan suku-suku kaum
yang dinamakan Kabilah (Bani)
H12a Antara kabilah-kabilah Arab yang terkenal ialah Kabilah Quraisy dan Kabilah
Khuzaah.
F13 Setiap ahli kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri.
F14 Kabilah-kabilah tersebut mempunyai semangat perkauman atau semangat asabiyah
yang kuat,
H14a mereka akan mempertahankan kabilah masing-masing tanpa mengira kesalahan yang dilakukan.
F15 Tidak terdapat sebuah kerajaan Arab yang mempunyai sistem pemerintahan yang teratur.
F16 Organisasi politik mereka adalah terhad kepada kabilah masing-masing.
H16a Setiap kabilah diketuai oleh seorang pemimpin yang bergelar Syeikh atau Sayid yang
menjadi lambang perpaduan kaum mereka.
b. Mengapakah masyarakat Arab sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w digelar sebagai masyarakat Arab jahiliah?

F1 Tidak menyembah Allah
F2 Mengamalkan penyembahan animisme dan patung Berhala
F3 Kehidupan masyarakat adalah kucar kacir
F4 masyarakat Arab jahiliah tidak mempunyai Nabi
F5 Mereka juga tidak mempunyai kitab
F6 Akhlak mereka adalah rendah dan mempunyai sifat kejam dan angkuh
F7
Soalan 2 :
a. Bincangkan ciri-ciri sosial dan ekonomi masyarakat Arab Jahiliah

F1 Masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan perbuatan yang tidak bermoral seperti
berjudi,berzina dan meminum arak.
F2 Mereka beranggapan bahawa meminum arak sehingga mabuk, menunjukkan kesempurnaan mereka sebagai lelaki.
F3 Taraf wanita adalah rendah sehinggakan
Ha mereka tidak boleh mewarisi harta pusaka.
F4 Masyarakat Arab Jahiliyah memandang rendah kepada kaum wanita
H4a dianggap sebagai pelepas nafsu lelaki sahaja.
F5 Masyarakat Arab Jahiliyah juga sanggup membunuh anak perempuan sendiri
H5a bagi menjaga maruah mereka dengan menanam mereka hidup-hidup.
F6 Dalam hal-hal perkahwinan pula, tiada peraturan yang boleh dijadikan panduan,
H6a kaum lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau
dengan sesiapa sahaja yang disukainya. 
 
F7 Masyarakat jahiliyah mengamalkan kegiatan ekonomi yang tidak adil.
H7a Sering berlaku penindasan dan eksploitasi golongan yang kuat terhadap yang lemah dan golongan yang kaya terhadap golongan yang miskin.
F8 alam perniagaan, amalan riba dilakukan dengan sewenang-wenangnya untuk mendapatkan keuntungan yang banyak.
H8a Rompakan dan rampasan terhadap kabilah yang sering bergerak dari satu tempat yang lain untuk tujuan perniagaan atau berpindah juga merupakan sumber ekonomi bagi mereka.
b. Bagaimanakah semangat ini boleh terbentuk dalam kehidupan masyarakat Arab jahiliah

F1 Amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah telah menimbulkan kesan yang negatfif kepada kehidupan masyarakatnya.
F2 Amalan ini telah menyebabkan munculnya semangat asabiyah atau semangat kesukuan yang melampau yang menyebabkan sering berlakunya peperangan.
C2a Contohnya pernah berlaku peperangan Al-Basus yang memakan masa selama 40 tahun yang berpunca daripada tindakan Bani Bakar membunuh seorang ahli Bani Taghlib.
F3 Kemunculan semangat assabiyah ini adalah akibat daripada sistem kabilah yang berasaskan kepada keturunan dan setiap kelompok terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.
F4 Ia telah menimbulkan semangat kesukuan yang menebal dan sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
F5 Sifat ini juga lahir disebabkan keadaan geografi dan suasana setempat yang panas dan kering kontang.
H5a Untuk meneruskan kehidupan mereka, kelompok kabilah tadi akan terpaksa mengatasi masalah secara bersama.
F6 Semangat kesukuan ini menjadikan keadaan masyarakat Arab jahiliah kucar kacir dan sering berlaku perbalahan dan peperangan.
H6a Keadaan sering tidak aman dan menjadi punca persengketaan di kalangan penduduk arab jahiliah.
Soalan 3 :
a. Bincangkan bentuk kepercayaan agama masyarakat jahiliah

F1 Masyarakat Arab Jahiliyah juga mempunyai pegangan dan kepercayaan mereka sendiri.
F2 Terdapat empat kepercayaan agama dalam masyarakat Arab Jahiliah, iaitu :
H2a Agama wathani ( menyembah berhala )
H2b Animisme ( Memuja alam seperti pokok )
H2c Samawi ( Kristian dan Yahudi )
H2d Kepercayaan seperti menilik nasib, sihir dan mempercayai roh orang mati akan
menjadi burung.
F10 Mereka menyembah berhala dan berpegang kepada kepercayaan animisme seperti pemujaan bulan, matahari, bintang, api, pokok dan objek alam yang lain.
F11 Terdapat juga sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganut agama Hanif berdasarkan catatan al-Quran.
F12 Ada yang mencampuradukkan ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masyarakat
Arab Jahiliah.
b. Bincangkan kesan amalan semangat assabiah dalam kalangan masyarakat arab Jahiliah

F1 Amalan sistem kabilah dalam masyarakat Arab Jahiliah telah menimbulkan kesan yang negatfif kepada kehidupan masyarakatnya.
F2 Amalan ini telah menyebabkan munculnya semangat asabiyah atau semangat kesukuan yang melampau
H2a yang menyebabkan sering berlakunya peperangan.
C2a Contohnya pernah berlaku peperangan Al-Basus yang memakan masa selama 40 tahun yang berpunca daripada tindakan Bani Bakar membunuh seorang ahli BaniTaghlib.
F3 Kemunculan semangat assabiyah ini adalah akibat daripada sistem kabilah yang
berasaskan kepada keturunan
H3a setiap kelompok terikat dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka.
F4 Ia telah menimbulkan semangat kesukuan yang menebal
H4a Mereka sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka.
F5 Semangat kesukuan ini menjadikan keadaan masyarakat Arab jahiliah kucar kacir dan sering berlaku perbalahan dan peperangan.
H5a Keadaan sering tidak aman dan menjadi punca persengketaan di kalangan penduduk arab jahiliah
 
Soalan 4 :
a. Kenapakah masyarakat arab dapat menerima ajaran Islam dengan mudahnya

F1 Pada tahap ini, Nabi Muhammad s.a.w telah memilih strategi melakukan dakwah secara rahsia kerana islam masih baru dan bilangan penganutnya adalah sedikit.
H1a Baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang akan menghancurkan asas islam yang baru dibina.
F2 Pada peringkat awal ini penganut islam adalah terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba kerana mereka tertarik kepada ajaran islam yang memberikan layanan sama kepada semua manusia.
F3 Kebijaksanaa Nabi Muhammad s.a.w
F4 dan kemurnian ajaran yang dibawanya telah membolehkan Islam telah dapat diterima oleh orang ramai.
F5 Nabi Muhammad s.a.w telah telah melakukan dakwah secara lemah lembut dan berhikmah
H5a Nabi tidak memaksa orang ramai memeluk islam tetapi telah memujuk mereka dengan menggunakan akal untuk berfikir.
F6 Perjuangan yang telah dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah terlalu tinggi yang membolehkan islam terus tersebar luas hingga kehari ini.
F7 Pendekatan yang digunakan oleh oleh baginda ialah dengan membandingkan antara nilai akhlak masyarakat arab Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam.
F8 Nabi Muhammad s.a.w juga membacakan ayat al-quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat,
H8a disamping memberikan penerangan dan contoh tauladan yang erbaik.
F9 Keimanan yang ditanamkan oleh Nabi Muhammad s.a.w kepada pengikutnya adalah amat mendalam dan tidak boleh ditukarganti dengan harta benda atau kekayaan.
F10 Kesabaran dan pengorbanan merupakan kunci utama kejayaan orang-orang Islam
pada waktu itu untuk bertahan dan meneruskan perjuangan untuk melihat Islam tersebar ke seluruh dunia.
F11 Penduduk arab itu sendiri sudah ramai yang mengenali peribadi Nabi Muhammad sa.w yang sememangnya terkenal dengan sifat-sifat yang terpuji dan berakhlak mulia
b. Mengapakah pula sebahagian daripada masyarakat Arab tidak dapat dapat menerima ajaran Islam

F1 Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w telah ditentang hebat oleh masyarakat Makkah disebabkan oleh faktor politik, sosial dan ekonomi.
F2 Dari segi politik, beberapa suku Quraisy khuatir terhadap kepimpinan di Makkah
akan jatuh ketangan Bani Hasyim,
H2a kerana Nabi Muhammad s.a.w adalah keturunan Bani Hasyim.
F3 Mereka telah menolak ajaran islam kerana tidak mahu tunduk kepada kepimpinan
Bani Hasyim.
F4 Mereka mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi kerana mereka
menganggap jika menerima agama Islam mereka akan tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
F5 Masyarakat Arab sejak dari dahulu lagi sentiasa bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah.
F6 Penerimaan Islam akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah.
F7 Penentangan terhadap ajaran islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w juga
disebabkan perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Arab Quraisy dengan Islam.
F8 Ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah ajaran yang berdasarkan kepercayaan kepada Allah s.w.t
H8a manakala orang-orang Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun menurun mereka iaitu menyembah berhala dan animisme.
F9 Persamaan taraf yang terdapat di dalam islam juga tekah ditentang oleh orang Arab Quraisy
H9a Ia amat bertentangan dengan dengan sistem social masyarakat Arab jahiliah.
F10 Mereka juga menolak konsep persaudaraan islam yang amat bertentangan dengan amalan assabiyah yang menjadi pegangan mereka.
F11 Amalan-amalan keji yang lain seperti mencuri dan menindas telah menjadi kebiasaan mereka dan ini amat dilarang di dalam ajaran Islam.
F12 Dari segi ekonomi juga telah menyebabkan orang Arab Quraisy menentang ajaran Islam
H12a Ia telah menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala yang merupakan
sebahagian daripada aktiviti ekonomi mereka.
F13 Islam telah melarang penyembahan berhala kerana yang wajib disembah ialah Allah Yang Maha Esa dan bukannya berhala.
F14 Ini sudah tentu akan menjejaskan perniagaan patung berhala yang terdapat di kota Makkah.
c. Mengapakah perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul dianggap sebagai rahmat yang besar kepada masyarakat Arab jahiliah dan masyarakat dunia umumnya

F1 Perlantikan ini dianggap sebagai rahmat kepada seluruh umat Islam,
H1a Nabi Muhammad s.a.w terus menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada semua orang Quraisy Makkah.
F2 Baginda telah mengasaskan tamadun islam
H2a Baginda dianggap sebagai penyinar sebuah tamadun.
F3 Agama islam yang disebarkan oleh baginda adalah kesinambungan dengan agama
yang disebarkan oleh nabi-nabi sebelum ini.
F4 Pekara penting dan terawal yang ditekankan oleh Nabi Muhammad s.a.w ialah usaha untuk membetulkan akidah masyarakat Arab
H4a dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa.
F5 Nabi Muhammad s.a.w telah mengesa umatnya supaya meninggalkan amalan yang keji seperti menindas sesama manusia, membunuh danmencuri.
F6 Ia menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun Arab Jahiliah dan umat islam keseluruhannya sehingga sekarang.
F7 Pengetahuan membaca dan menulis sangat penting dan menjadi asas dalam pendidikan islam.


 
H7a Umat islam digalakkan menimba ilmu pengetahuan melalui pembacaan dan penulisan.
H7b Ilmu pengetahuan yang dituntut ialah ilmu yang mempunyai manfaat dan dapat membina masyarakat.
Soalan 5 :
a. Bagaimanakah peristiwa Hajar Aswad menonjolkan sifat-sifat terpuji Nabi Muhammad s.a.w

F1 Baginda juga mempunyai sikap kepimpinan yang bijaksana.
H1a Hal ini dapat dibuktikan apabila berjaya menyelesaikan perbalahan diantara ketua-ketua kaum mengenai perletakkan batu suci Hajar Aswad ke tempat asalnya iaitu dipenjuru timur kaabah.
F2 Batu tersebut telah jatuh semasa banjir melanda kota Makkah
F3 Dalam peristiwa tersebut, Nabi telah dilantik sebagai hakim yang membuktikan kepercayaan kabilah arab terhadap nabi Muhammad s.a.w
F4 Baginda telah meletakkan batu Hajar Aswad di atas sehelai serban yang diangkat beramai-ramai oleh wakil setiap bani dan diletakkan ke tempat asalnya.
F5 Semua pihak telah berpuas hati dengan cara tersebut
H5a ini telah membuktikan kebijaksanaan dan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.
b. Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, jelaskan kehidupan Nabi Muhammad SAW sebelum menjadi rasul

F1 Nama penuh Baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa Baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutalib dan ibu Baginda ialah Aminah binti Wahab.
F2 Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan di Makkah pada 12 Rabiulawal Tahun Gajah yang bersamaan 20 April 570 Masihi di rumah datuk baginda Abdul Mutalib..
F3 Abdul Mutalib datuk kepada Baginda telah menamakan baginda Muhammad yang bermaksud terpuji.
F4 Setelah beberapa hari dilahirkan Nabi Muhammad s.a.w telah diserahkan kepada Halimatus Sa’diyah untuk dipelihara dan disusui.
F5 Ayahanda Nabi Muhammad s.a.w meninggal dunia sebelum baginda dilahirkan lagi, H5a ibunya pula meninggal dunia semasa Baginda berusia 6 tahun.
H5b Setelah kematian ibunya, nabi Muhammad s.a.w telah dipelihara oleh datuknya, iaitu Abdul Muttalib, dan kemudian dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.
F6 Nabi Muhammad s.a.w telah menjadi yatim piatu semasa berumur enam tahun lagi.
F7 Kaum keluarga baginda amat prihatin terhadap baginda dan sanggup membela dan memberikan kasih saying kepada baginda dengan sewajarnya.
F8 Baginda Nabi Muhammad s.a.w telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar sejak dari kecil lagi.
F9 Dari segi pengalaman pekerjaan Nabi Muhammad s.a.w pernah menggembala kambing.

 
F10 Baginda juga pernah terlibat dalam bidang perniagaan sejak berusia 12 tahun,
H10a iaitu dengan mengikuti rombongan perniagaan bapa saudaranya ke Syam.
H10b Semasa mengikuti rombongan perniagaan bapa saudaranya, seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira telah meramalkan tentang kerasulan Nabi Muhammad s.a.w semasa rombongan tersebut singgah di Basrah.
H10c Pendeta tersebut telah menyatakan kepada Abu Talib bahawa terdapat tanda-tanda kerasulan pada Nabi Muhammad s.a.w.
H10d Pendeta tersebut telah menasihati Abu Talib supaya segera membawa pulang Nabi Muhammad s.a.w ke Makkah kerana ditakuti Nabi akan di bunuh oleh Orang Yahudi.
F11 Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai perdagangan bapa saudaranya baginda ke Syam telah memperkayakan lagi pengalaman baginda.
F12 Pada ketika usia baginda 20 tahun, baginda telah giat berdagang dan pernah berniaga
secara beseorangan dan berkongsi dengan temannya..
F13 Abu Talib telah menasihati Nabi Muhammad s.a.w supaya menjalankan perniagaan Khadijah binti Khuwailid
H1a dan baginda telah diterima sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khadijah.
F14 Baginda telah menguruskan perniagaan Khadijah bersama dengan Maisarah, iaitu hamba kepada Khadijah.
F15 Sifat baginda seperti kemuliaan budi pekerti, amanah dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar kepada baginda.
F16 Sifat Baginda yang bijaksana dan kelembutan tutur kata baginda serta kepadaian mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda telah menimbulkan perasaan hormat Khadijah kepada baginda
H16a dan akhinya telah membawa kepada perkahwinan.
H16b Baginda berkahwin dengan Khadijah ketika berusia 25 tahun dan Khadijah berumur 40 tahun.
Soalan 6 :
a. Bagaimanakah Nabi Muhammad SAW menyampaikan dakwah Islamiah di Kota Makkah

F1 Rasulullah s.a.w telah menyebarkan islam di kota Makkah kira-kira 13 tahun.
F2 Agama Islam telah disebarkan melalui dua peringkat iaitu :
H2a Peringkat tersembunyi
H2b Peringkat terbuka
F3 Pada peringkat pertama ( tersembunyi ) selama tiga tahun.
H3a Nabi Muhammad s.a.w telah menjalankan kegiatan dakwahnya secara sulit dikalangan keluarga dan sahabat-sahabat baginda yang terdekat.
F4 Orang yang paling awal memeluk agama islam ialah Isteri Nabi Muhammad s.a.w
H4a iaitu Siti Khadijah. Ia kemudian telah diikuti oleh anak saudaranya Ali bin Abi Talib, hamba baginda, Zaid bin Harithah dan sahabat baginda, Abu Bakar al-Siddiq.
F5 Pemelukkan islam oleh Abu Bakar memberikan sinar kepada agama islam
H5a Ini kerana Abu Bakar adalah golongan bangsawan Quraisy yang mempunyai banyak pengaruh.
F6 Melalui Abu Bakar al-Siddiq beberapa tokoh quraisy lain telah memeluk agama Islam H6a antaranya ialah Uthman bin Affan, Zubir bin Awamdan al-Arqam bin Abu Arqam.
F7 Al-Aqram telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam yang pertama di Makkah.
F8 Melalui pusat kegiatan Islam ini, Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya menyebarkan
Islam secara lebih luas, dan bilangan penganut islam semakin bertambah.
F9 Mereka yang memeluk islam pada peringkat awal ini bukan sahaja terdiri daripada
golongan bawahan, malah terdapat juga golongan bangsawan seperti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq.
F10 Dakwah Islamiah secara terbuka dilakukan setelah baginda menerima perintah Allah supaya dakwah Islamiah kepada mesyarakat Makkah dilakukan secara terang-terangan.
F11 Kaum kerabat baginda antara yang terawal dalam peringat secara terang-terangan ini.
F12 Satu majlis ceramah telah diadakan di rumah Ali bin Abu Talib, ,
H12a di dalam ceramah tersebut baginda telah menerangkan tentang Islam.
F13 Ramai dikalangan keluarga baginda yang menerima dan ada juga yang menentang iaitu Abu Lahab, bapa saudara baginda.
F14 Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai dilakukan di Bukit Safa, Makkah,
H14a Setelah Allah s.w.t menurunkan perintah menerusi ayat al-Quran , al Hijr ayat 94.
F15 Majlis ini telah dihadiri oleh semua ketua pentadbir Kota Makkah,
H15a antaranya ialah Ketua bani Abdul Mutalib, Bani Zuhrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad.
F16 Perbahasan hebat telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Lahab yang telah menhina baginda
H16a sehingga dakwahIslamiah yang hendak disampaikan oleh baginda terganggu.
F17 Pada peringkat kedua ( terbuka ) selama 10 tahun, Nabi Muhammad s.a.w telah berusaha menyebarkan ajaran islam secara terbuka kepada segenap lapisan penduduk Makkah.

 
b. Apakah tindakan yang dilakukan oleh orang arab Quraisy dalam usaha menentang dakwah islamiah yang disampaikan oleh nabi Muhammad SAW

F1 Kaum Quraisy telah menentang agama islam melalui pelbagai cara.
H1a Penganut islam terutamanya golongan hamba telah dikeji, dipukul, dilarang makan dan minum serta ada yang dibunuh.
F2 Penyair Arab Quraisy juga sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka.
F3 Pelbagai tomahan telah dikenakan keatas Nabi Muhammad s.a.w,
H3a namun baginda telah dapat menghadapinya dengan sabar dan penuh behemah.
F4 Penentangan juga dibuat tanpa mengira kedudukan mereka.
F5 Rasulullah s.a.w sendiri telah dipujuk untuk menghentikan penyebaran islam
H5a dengan tawaran-tawaran menjadi raja dan harta yang banyak, serta wanita yang cantik.
F6 Nabi juga telah diserang dan disakiti setelah usaha memujuk gagal.
F7 kaum Quraisy juga telah memulaukan suku Bani Hasyim kerana memberi perlindungan kepada Muhammad sa.w.Pemulauan tersebut telah ditulis dan digantung di kaabah.
F8 Kehidupan Nabi Muhammad s.a.w dan umat islam pada ketika itu amat terhimpit
dan mengalami pelbagai kesusahan.
F9 Pemulauan ini telah berlangsung selama tiga tahun sahaja kerana terdapat di kalangan
orang Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan tersebut dengan memberi bantuan kepada umat Islam.

2 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. cara menghindari amalan tidak bermoral seperti masyarakat arab jahiliah

    BalasPadam