Isnin, 16 April 2012

Q & A Sejarah T5 Bab 1


 Bab 1 : Kemunculan Dan perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara

Soalan 1 ; Imperialisme merupakan dasar sesebuah Negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah Negara lain untuk kepentingan tertentu.

a. Huraikan faktor-faktor imperialism barat di Asia Tenggara

F1 Kedudukan Asia Tenggara yang strategik antara China dan India telah menarik minat
imperialisme Barat untuk menguasainya.
H1a Ini akan menjamin pasaran yang luas.
F2 Asia Tenggara juga mempunyai banyak bahan mentah
F3 Ia juga mempunyai tanah yang subur.
F4 Sejak abad ke-17 berlaku kepesatan sektor perindustrian di Eropah
H4a Ini membolehkan mereka mengeluarkan pelbagai barangan perkilangan secara besar-
besaran.
H4b ia juga telah menyebabkan berlakunya pertambahan keperluan bekalan bahan mentah
H4c Keperluan untuk mencari pasaran baru bagi memasarkan barangan perkilangan yang
dikeluarkan oleh kilang-kilang mereka.
H4d Keadaan ini telah menyebabkan berlakunya perluasan imperialisme Barat yang lebih
pesat di Timur terutamanya di China, India dan Asia Tenggara.
H4e China dan India mempunyai pasaran barangan yang luas bagi barangan keluaran Barat.
F5 Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah mendorong
berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara.
H5a Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak
H5b ia mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur.
H5c Pada tahun 1869 terusan Suez telah dibuka dan telah memendekkan jalan perdagangan
antara Barat dan Timur.
H5d Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat
H5e ia juga menjimatkan kos
H5f Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan
Timur.
H5g Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan
berkesan,
H5h urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat
F6 Imperialisme Barat juga telah didorong oleh persaingan antara kuasa barat yang telah
menjadikan Negara Asia Tenggara sebagai mangsa penjajahan mereka.
H6a Negara yang mempunyai tanah jajahan yang banyak melambangkan kekuatan dan
kekayaan kuasa barat tersebut.
H6b Negara tersebut juga akan disanjung oleh kuasa-kuasa barat yang lain
F7 Kuasa Imperialisme Barat seperti Belanda dan Inggeris juga menggunakan alas an beban
orang putih untuk menjalankan dasar perluasan kuasa mereka.
H7a Mereka mendakwa bahawa mereka lebih maju dan bertamadun,
H7b Mereka menganggap menjadi tanghgunjawab mereka untuk memimpin orang timur
kea rah kehidupan yang lebih sejahtera
H7c Kuasa Perancis pula berpegang kepada slogan tugas menyebarkan tamadun
H7d iaitu bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur. 
 
H7e Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada
b. Terangkan bagaimana perkembangan dalam system pengangkutan dan perhubungan memesatkan lagi imperialism Barat di Asia Tenggara.

F1 Perkembangan di dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah mendorong
berlakunya imperialisme Barat di Asia Tenggara.
F2 Kapal berkuasa wap telah digunakan yang membolehkan muatan yang lebih banyak
H2a ia mempercepatkan perjalanan antara barat dan Timur.
F3 Pada tahun 1869 terusan Suez telah dibuka dan telah memendekkan jalan perdagangan
antara Barat dan Timur.
H3a Perjalanan antara Barat dan Timur menjadi lebih selamat
H3b ia juga menjimatkan kos
F4 Penciptaan alat telegraf telah membawa perubahan kepada perhubungan antara Barat dan
Timur.
H4a Perhubungan antara Majikan dan pegawai di Tanah jajahan menjadi semakin cepat dan
berkesan,
H4b urusan perdagangan dan perniagaan menjadi semakin pesat

Soalan 2 : Apabila kuasa-kuasa Barat menguasai Asia Tenggara Sistem birokrasi Barat telah diperkenalkan

a. Huraikan ciri-ciri umum system Birokrasi Barat yang diperkenalkan di Negara-negara Asia Tenggara

F1 Penubuhan Kerajaan Pusat
F2 Penyatuan wilayah-wilayah di Tanah Jajahan
F3 Perlantikan gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di Tanah Jajahan
F4 Pelaksanaan pentadbbiran melalui biro ( Jabatan )
F5 Perlantikan pegawai Barat sebagai ketua Biro
F6 Pengenalan undang-undang Barat.
b. Jelaskan perubahan pentadbiran yang diperkenalkan oleh Belanda di Indonesia

F1 Kedatangan kuasa Belanda telah mengubah sistem pemerintahan tempatan dengan
membahagikan pentadbiran kepada dua
H1a iaitu pentadbiran pusat dan pentadbiran tempatan.
F2 Terdapat Pentadbiran peringkat Pusat
H2a Ia ketuai oleh Gabenor Jeneral
F3 Pentadbiran Tempatan Dikendalikan oleh pembesar tempatan dgn pengawasan pegawai
Belanda
F4 Penubuhan beberapa Jabatan Kerajaan
H4a Antara Jabatan tersebut ialah Jabatan Pelajaran dan Jabatan Pertanian
F5 Penubuhan Dewan Tempatan
H5a ia Sebagai penasihat pe
F6 Penubuhan Volksraad yang Merupakan Majlis Rakyat 
 
Soalan 3 : Kegiatan imperialism barat telah membawa perubahan ke atas system politik tradisional sehingga mencetuskan era nasionalisme di Asia Tenggara.

a. Apakah yang dimaksudkan dengan nasionalisme?

F1 Nasionalisme ialah perasaan cinta kepada bangsa dan Negara
H1a Ia membawa kepada gerakan membebaskan tanah air.
H1b Ia juga bermaksud membebaskan daripada cengkaman ekonomi
H1c dan juga kebudayaan asing.
b. Bezakan anatara gerakan nasionalisme tahap pertama dengan tahap kedua di asia Tenggara.

F1 Tahap pertama adalah berkaitan dengan isu-isu kebudayaan, agama dan hak peribumi.
F2 Tahap ini dipimpin oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat.
F3 Para pemimpin telah memberikan kesedaran politik kepada masyarakat tempatan.
F4 Mereka menuntut hak-hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki.
F5 Pada tahap kedua pula gerakan nasionalisme adalah bercorak lebih radikal
F6 Pada tahap ini gerakan mereka lebih berorganisasi.
F7 Gerakan tahap kedua ini dipimpin oleh golongan yang berpendidikan
F8 Mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan Barat.
F9 Golongan ini menyedari bagaimana penjajah Barat telah melakukan perubahan terhadap
politik, ekonomi dan sosial masyarakat tempatan.
F10 Mereka juga mempunyai matlamat yang jelas iaitu menuntut kemerdekaan seterusnya
membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

Soalan 4 :
a. Jelaskan perkembangan gerakan nasionalisme di Filipina sehingga 1897

F1 Gerakan Dakyah merupakan gerakan nasionalisme terawal di Filipina dan dikalangan
Negara-negara lain di Asia Tenggara.
F2 Tahap awal gerakan Nasionalisme ini dipimpin oleh Jose Rizal
H2a Ia seorang nasionalis sederhana yang mempunyai pengaruh yang kuat
H2b Beliau disokong oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat.
F3 Gerakan ini telah membuat beberapa tuntutan.
H3a Kebebasan berhimpun, bersuara, berbincang dan kebebasan akhbar
H3b Filipina dijadikan sebagai wilayah Sepanyol.
H3c Menuntut hak yang sama seperti yang diperolehi oleh bangsa Sepanyol
F4 Tuntutan tersebut tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari Sepanyol.
F5 Ini menyebabkan Jose Rizal menbuhkan Liga Filipina pada 3 Julai 1892
H5a Ia mendesak supaya Kerajaan Sepanyol mengadakan pembaharuan untuk kepentingan
rakyat dari segi politik, ekonomi dan sosial.
H5b Penubuhan tersebut telah menjadi ancaman kepada Sepanyol
H5c Ini menyebabkan kerajaan Sepanyol menangkap Jose Rizal dan dibuang negeri ke
Dapitan di Mindanao.
H5d Jose Rizal akhirnya telah dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat dalam gerakan
pemberontakan.
H5e Kematian Jose Rizal menyebabkan berakhirnya gerakan dakyah
H5f Ia telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.
F6 Penubuhan Katipunan oleh Andres Bonifacio menandakan bermulanya gerakan
nasionalisme tahap kedua di Filipina.
F7 Gerakan di tahap kedua ini bersifat radikal terhadap penjajahan Sepanyol.
H7a Perjuangan gerakan ini adalah untuk menyatukan bangsa Filipina
H7b Ia juga ingin mencapai kemerdekaan melalui revolusi.
F8 Fahaman revolusi tersebut telah disebarkan melalui media massa
H8a Kalayan telah menjadi akhbar rasmi pertubuhan tersebut.
F9 Pada tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata
H9a untuk menggulingkan pemerintahan Sepanyol tetapi gagal.
F10 Selepas Kematian Bonifacio yang telah dihukum bunuh oleh pesaingnya iaitu Emilio
Aguinaldo pada tahun 1897,
F10a Katipunan menjadi semakin lemah.
b. Terangkan cara kuasa Barat menangani gerakan nasionalisme radikal di Asia Tenggara

F1 Mengharamkan parti-parti politik yang bersifat radikal
F2 Kuasa-kuasa Barat juga telah menangkap pemimpin-pemimpin Parti radikal
F3 Kuasa Barat juga telah menjatuhkan hukuman berat kepada pemimpin radikal
H3a seperti dibuang negeri dan dihukum mati
C3a Parti Nasional Indonesia telah diharamkan dan Soekarno telah ditangkap.

Soalan 5 :
a. Nyatakan faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya nasionalisme tahap pertama di Thailand

F1 Tahap pertama Nasionalisme di Thailand adalah perjuangan rakyat untuk mendapatkan
kuasa memerintah
F2 Ia juga bertujuan untuk menghapuskan kuasa mutlak raja.
F3 Kemunculan ramai para intelek Thai yang berpendidikan Barat
H3a Ia telah memberikan pendedahan terhadap fahaman liberal, sistem demokrasi dan sistem
raja berperlembagaan.
F4 Rakyat tidak puas hati dengan kelemahan pentadbiran Raja Vajiravudh.
H4a Raja Vajiravudh juga mempunyai sifat yang boros
F5 Pada tahun 1932, Nai Pridi Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram telah
menubuhkan Parti Rakyat.
H5a Pada tahun tersebut juga, Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai yang telah
menamatkan sistem raja berkuasa mutlak. 
 
b. Huraikan perkembangan gerakan nasionalisme pada tahap kedua di Thailand

F1 Manakala gerakan nasionalisme tahap kedua pula adalah disebabkan oleh rasa tidak puas hati rakyat
H1a cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina.
F2 Phibul Songram telah meluluskan undang-undang untuk menyekat kebebasan dan
penguasaan ekonomi oleh orang Cina.
F3 Sekolah dan akhbar Cina juga telah dibubarkan.
F4 Rakyat tempatan telah digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi.
F5 Jawatan tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha sahaja.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan