Khamis, 12 April 2012

Q & A Sejarah T4 Bab 5


 Bab 5 : Kerajaan Islam di Madinah
Soalan 1 :
a. Nyatakan peristiwa yang membawa kepada termeterainya Perjanjian Aqabah Pertama

F1 beberapa orang Arab suku khazraj telah mengunjungi nabi Muhammad s.a.w di
Kota makkah
F2 Pertemua sulit telah diadakan dengan Nabi Muhammad s.a.w di Aqabah dan
mereka telah memeluk islam
F3 Sekembali ke Madinah, mereka menyebarkan agama islam kepada masyarakat
madinah
F4 Pada musim haji tahun 621 masihi, sekumpulan orang suku aus dan Khazraj
mengunjungi Nabi Muhammad s.a.w sekali lagi di Makkah
F5 Dalam pertemuan itu termeterinya Perjanjian Aqabah Pertama
b. Jelaskan perbezaan antara Perjanjian Aqabah Pertama dan Perjanjian Aqabah Kedua

F1 Perjanjian Aqabah Pertama dimeterai pada tahun 621 Masihi,
F2 di dalam perjanjian tersebut penduduk Madinah berjanji akan beriman kepada
Allah s.w.t dan Rasul,
F3 berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammad s.a.w
F4 dan tidak melakukan amalan jahiliah
H4a seperti mencuri, berzina, meminum arak dan tidak membunuh anak perempuan..
F5 Mereka juga berjanji akan melakukan segala kebaikan yang diisuruh oleh islam H5a dan akan membantu Rasulullah s.a.w semasa senang atau susah.
F6 Dalam Perjanjian Aqabah Kedua yang dimeterai pada tahun 622 Masihi,
F7 kaum Aus dan Khazraj telah mengulangi janji taat setia kepada Rasulullah s.a.w H7a dan menjemput baginda serta pengikutnya ke Madinah.
F8 Mereka berjanji untuk memeluk agama Islam
H8a dan secara sukarela akan menyediakan tempat tinggal
H8b dan jaminan keselamatan untuk baginda
H8c dan orang Islam Makkah serta menyatakan kesediaan mempertahankan Islam. 
 
Soalan 2 :
a. Orientalis Barat menuduh Nabi Muhammad s.a.w melarikan diri ke Madinah. Jelaskan hujah-hujah untuk menolak tuduhan berkenaan

F1 Kebanyakkan orientalis mentafsirkan hijrah sebagai lari,
H1a tetapi sebenarnya penghijrahan ke Madinah dibuat berdasarkan jemputan dan persetujuan penduduk Madinah sendiri.
F2 Orang-orang Islam yang tiba di Madinah juga telah disambut dengan rela dan meriah oleh orang-orang Madinah.
F3 Mereka juga telah diberi tempat tinggal yang sewajarnya dan dijamin keselamatan
mereka.
F4 Nabi Muhammad s.a.w sendiri telah dilantik sebagai pemimpin Madinah
H4a dan baginda diterima oleh kesemua golongan masyarakat Madinah termasuk orang bukan Islam
F6 Nabi juga telah dilantik sebagai Pemimpin Madinah
b. Jelaskan tentang peranan hijrah dalam sejarah umat Islam

F1 Hijrah Merupakan titik permulaan perkembangan agama islam secara meluas dan pesat kerana kegiatan dakwah islam dapat dilakukan secara aman tanpa halangan.
F2 Ramai penduduk Madinah memeluk agama islam dan seterusnya berkembang diseluruh Tanah Arab.
F3 Hijrah juga telah membentuk perpaduan masyarakat islam, sebelum hijrah orang Arab hidup berpecah belah disebabkan oleh amalan asabiyah.
F4 Selepas peristiwa hijrah mereka telah disatukan dibawah satu akidah.
H4a Baginda telah mempersaudarakan orang-orang Muhajirin dan Ansar. Puak Aus dan Khazraj juga telah disatukan bagi mewujudkan persaudaraan islam.
F5 Ia telah menjalinkan hubungan persaudaraan antara orang Islam Makkah dengan
orang Islam Madinah
H5a sehinggakan orang Islam Makkah tidak merasa terasing atau rendah diri sewaktu berada di Madinah.
F6 Hijrah juga telah mewujudkan penyatuan ummah dan menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama.
F7 Ia telah melahirkan kehidupan yang harmoni dan masyarakatnya dapat menjalankan kegiatan ekonomi, agama,
H7a dan kegiatan lain untuk menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.
 
F8 Pembentukkan negara islam yang pertama apabila nabi Muhammad s.a.w membentuk Piagam Madinah bagi melahirkan sebuah pemerintahan masyarakat Islam yang adil, stabil dan maju.
F9 Nabi Muhammad s.a.w telah membina sebuah masjid yang pertama iaitu masjid Quba’
H9a yang telah dijadikan sebagai tempat untuk beribadat dan belajar di samping sebagai tempat pertemuan dan membicangkan masalah yang dihadapi oleh orang Islam.
H9b Masjid yang kedua juga telah dibina iaitu masjid Al-Nabawi yang dibina pada tahun kedua hijrah di atas sekeping tanah yang dibeli oleh Nabi Muhammad s.a.w daripada Sahl dan Suhail.
F10 Hijrah juga telah memulakan satu kalendar baru bagi umat islam kerana tahun Hijrah telah dijadikan sebagai kalendar umat islam
H10a ia mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa al-Rasyidin kedua iaitu Umar bin al-Khatab.
F11 Nabi Muhammad s.a.w juga telah menukar nama Yathrib kepada Madinah al-Munawwarah atau yang bermaksud “Kota yang Bercahaya”.
F12 Ini selaras dengan usaha baginda untuk menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam dan agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang termasuk politik, ekonomi dan sosial.
F13 Hijrah juga telah menunjukkan sikap toleransi kaum dan semangat tolong menolong telah melahirkan masyarakat yang cemerlang.
F14 Kesanggupan penduduk Madinah membantu golongan Muhajirin yang berhijrah dari segi tempat tinggal,
H14a makanan dan keperluan asas yang lain serta sanggup menerima orang Islam Makkah sebagai saudara dan sebahagian daripada masyarakat Madinah.
F15 Hijrah juga telah berjaya dengan adanya sokongan dan pengorbanan sahabat-sahabat Nabi Muhammad s.a.w seperti Abu Bakar al-Siddiq, Ali bin Abu Talib dan Ab. Rahman bin Auf.
Soalan 3:
a. Apakah strategi yang dijalankan oleh Nabi Muhammad s.a.w untuk mengatasi niat orang Quraisy untuk mnghancurkan kerajaan Islam madinah

F1 Nabi juga telah menyebarkan islam di dalam dan diluar Tanah Arab.
F2 Semasa pemerintahan Baginda, ramai penduduk Madinah dan orang Yahudi telah memeluk agama islam.
F3 Nabi Muhammad s.a.w juga telah menghantar surat-surat ke Rom, Rom Timur, Mesir, Parsi, Habysah dan wilayah disekitar Semenanjung Tanah Arab untuk menyebarkan agama islam.
F4 Dalam usaha menyebarkan Islam, Nabi Muhammad s.a.w tidak pernah memaksa mereka memeluk islam 
 
H4a tetapi menggunakan diplomasi dan menunjukkan nilai yang baik.
F5 Bagi melindungi masyarakat, agama dan negara islam yang baru didirikan di Madinah, sistem pertahanan yang kuat adalah diperlukkan.
F6 Nabi Muhammad s.a.w telah mengambi keputusan untuk membetulkan keadaan itu.
.
F7 Peperangan hanya boleh dilakukan dengan keizinan Allah,
H7a iaitu selepas menerima wahyu daripada Allah s.w Nabi Muhammad s.a.w telah menyertai 27 ekspedisi tentera untuk mempertahankan dan menegakkan keadilan islam.
F8 Sembilan daripada ekspedisi tentera telah membawa kepada pertempuran, antaranya ialah perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.
F9 Umat islam telah mengalami kekalahan dalam peperangan Uhud kerana tidak mendengar arahan yang telah dibuat oleh Rasulullah s.a.w.
F10 Penaklukan islam adalah dilakukan secara aman dan penuh kerelaan.
F11 Hikmah perjuangan Nabi Muhammad s.a.w ialah supaya umat islam terus berikhtiar dalam usaha mencapai kejayaan dalam kehidupan.
b. Jelaskan tentang etika dalam peperangan yang dianjurkan oleh Islam

F1 Allah telah memberikan keizinan kepada umat Islam untuk berperang iaitu setelah orang Quraisy menyerang orang Islam.
F2 Peperangan yang berlaku adalah berlandaskan prinsip tertentu iaitu :
H2a Allah membenarkan orang Islam berperang apabila mereka diserang oleh musuh
H2b Allah juga membenarkan berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat mereka terjaga
H2c Setiap pertempuran adalah untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
F3 Islam sentiasa menganjurkan perdamaian, seandainya musuh islam inginkan perdamaian, maka orang islam harus memilih perdamaian.
F4 Peperangan yang berlaku antara orang Islam madinah dengan pihak arab Quraisy Makkah adalah untuk mempertahankan maruah dan agama, bangsa dan Negara semata-mata.
F5 Di dalam peperangan Badar, Nabi Muhammad s.a.w telah mengampunkan tawanan Arab Quraisy,
H5a wanita dan kanak-kanak telah dibebaskan sementara tawanan lelaki diberi syarat untuk membebas diri mereka.
H5b Tawanan lelaki yang berjaya mengajar kira-kira 10 orang kanak-kanak Islam membaca dan menulis sehingga pandai akan dibebaskan.
F6 Tentera Islam semasa berperang juga telah dilarang untuk membunuh sesuka hati,
H6a malah tumbuhan juga dilarang daripada dimusnahkan.
F7 Tentera Islam juga telah dilarang untuk merobohkan sebarang rumah ibadat agama lain. 
 
Soalan 4 :
a. Jelaskan tentang kandungan Piagam madinah

F1 Dari aspek politik dan pentadbiran, Nabi Muhammad s.a.w adalah sebagai pemimpin atau ketua bagi Negara madinah yang mempunyai penduduk berbilang kaum, agama dan budaya.
F2 Semua masyarakatnya bersetuju untuk menerima baginda sebagai ketua Negara Madinah.
F3 Rasulullah s.a.w juga berperanan sebagai hakim
H3a Baginda akan bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh masyarakat Madinah berasaskan semangat musyawarah.dan keadilan bagi semua pihak.
F4 Dari segi sosial, Penduduk Madinah dianggap sebagai suatu ummah
H4a yang hidup bersatu padu,tolong menolong, dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
H4b Perasaan benci membenci dan mementingkan diri sendiri hendaklah dielakkan demi menjaga keharmonian Negara.
F5 Dari segi agama Penduduk Madinah bebas memilih agama masing-masing.
F6 Semua kaum dan individu mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu lain.
H6a Sikap buruk sangka dari segi agama seperti yang diamalkan sebelumnya adalah dilarang sama sekali.
H6b Nabi Muhammad s.a.w juga tidak pernah memaksa mereka yang bukan islam supaya memeluk agama Islam.
F7 Semua orang Yahudi yang berada dalam Negara Madinah bebas memilih agama mereka masing-masing.
F8 Dari segi undang-undang, Undang-Undang Islam telah digunakan secara menyeluruh.
H8a Peraturan kekeluargaan adalah yang bersesuaian dengan islam boleh diamalkan oleh penduduk Madinah.
H8b Undang-undang ini telah menjadikan penduduk Madinah lebih tersusun dan diterima ramai.
H8c Setiap hukuman yang dikenakan terhadap orang yang bersalah telah dilakukan dengan adil dan diterima dengan senang hati.
F9 Hukuman yang dijatuhkan adalah bukan untuk menzalami pesalah tetapi untuk menimbulkan keinsafan pesalah dan orang lain.
H9a Islam juga telah menetapkan beberapa syarat bagi menjatuhkan hukuman seperti perlunya saksi yang cukup yang dapat mengesahkan jenayah tersebut. 
 
F10 Dari segi ekonomi, semua penduduk Madinah boleh menjalankan kegiatan ekonomi sendiri.
H10a Tiada diskriminasi dikenalkan untuk memperolehi peluan ekonomi.
F11 Islam telah mengharamkan riba dan penindasan.
F12 Semua masyarakat Madinah hendaklah berkerjasama bagi memajukan ekonomi Madinah.
H12a Unsur penipuan hendaklah dielakkan bagi mengelakan timbulnya penindasan ekonomi.
F13 Semua masyarakat Madinah adalah diwajibkan mempertahankan Madinah daripada ancaman musuh luar.
H13a Sikap mempunyai tanggungjawab terhadap negara amat diperlukan demi
keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.
F14 Perlembagaan Madinah telah mengakui kedudukan orang Yahudi sebagai rakyat Madinah.
F15 Mereka mempunyai hak yang sama dengan masyarakat yang lain untuk menikmati kebebasan dan keselamatan.
H15a Mereka juga dibenarkan tinggal di Madinah, dan kedudukan mereka adalah terjamin dan selamat selagi mereka mematuhi Piagam Madinah.
H15b Mereka tidak dibenarkan dengan sewenang-wenangnya untuk menimbulkan huru hara.
F16 Orang Yahudi juga mestilah sama-sama bertanggugjawab untuk menjaga keselamatan Madinah daripada musuh luar.
b. Mengapakah Piagam madinah dianggap penting dalam Sejarah umat Islam

F1 Kerajaan Islam di Madinah merupakan model kerajaan Islam yang unggul yang harus dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam.
H1a Ia dilengkapi dengan perlembagaan yang telah dapat diterima pakai oleh semua golongan masyarakat.
F2 Ia menunjukkan unsur-unsur Islam boleh dipratikkan dalam sesebuah negara yang
terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.
F3 Kebijaksanaan dan kepintaran Nabi Muhammad s.a.w mengubal suatu perlembagaan sangat dikagumi
H3a baginda telah berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap merangkumi dunia dan akhirat dan masyarakatnya adalah terdiri daripada pelbagai bangsa.
F4 Islam telah melarang sama sekali amalan ekonomi yang yang berbentuk penindasan dan riba
H4a kerana ia akan menimbulkan perasaan tidak puas hati dan menyebabkan berlakunya ketidakadilan ekonomi.
F5 Islam lebih menggalakkan ekonomi yang adil dan telus dalam dunia perniagaan. 
 
H5a Kerajaan Madinah telah berjaya mewujudkan ekonomi yang adil, dan saling Bantu-membantu yang akhirnya memberikan kejayaan kepada kerajaan Islam Madinah.
F6 Piagam Madinah juga telah membentuk satu masyarakat yang berasaskan ummah, bersatu padu dan aman.
F7 Nilai-nilai hidup yang ditanah menerusi Piagam Madlaminah adalah berlandaskan Ukuwah Islamiah
H7a iaitu semangat persaudaraan antara orang-orang IslamSetiap rakyat adalah sama taraf dan wujud persaudaraan antara orang Islam.
F8 Jaminan keadilan sosial diberikan kepada semua penduduk Madinah tanpa mengira kaum dan agama.
F9 Amalan-amalan positif seperti perpaduan, bantu–membantu, rela berkorban telah dipratikkan oleh Negara Islam Madinah.
F10 Masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai keturunan, budaya dan agama telah dapat mendiami Negara Islam Madinah yang mempunyai sistem perundangan yang lengkap dan menyeluruh.
F11 Kerajaan Islam yang didirikan oleh Nabi Muhammad s.a.w adalah berbeza daripada pemimpin-pemimpin lain didunia kerana perlembagaan Madinah terlebih dahulu digubal sebelum mengasaskan sebuah kerajaan.
F12 Di dalam Piagam Madinah, ia telah meletakkan Allah s.w.t sebagai kuasa yang
tertinggi.
H12a Setiap bangsa yang tinggal di Madinah adalah terikat dengan undang-undang yang telah digariskan, masing-masing kaum tidak boleh menindas diantara satu sama lain.
F13 Setiap bangsa juga harus bertanggunjawab mempertahankan keselamatan Negara
Madinah daripada serangan luar.
F14 Semangat kerjasama yang diwujudkan oleh mkitarnya dasyarakat
Madinah ini telah menjadikan Madinah kuat dan disegani oleh Negara luar di
sekitarnya dan di semenanjung Tanah Arab.
Soalan 5 :
a. Bincangkan kepentingan perjanjian Hudaibiyah yang banyak member keuntungan kepada pihak Islam

F1 Kaum musyirikin Makkah telah memberikan pengiktirafan kepada negara islam Madinah dan Rasulullah s.a.w sebagai ketua negara.
F2 Gencatan senjata selama 10 tahun telah memberikan peluang kepada orang-orang islam untuk menyebarkan dakwah,
H2a dengan ini pengaruh islam semakin meluas dam bilangan orang yang memeluk slam semakin meningkat.
F3 Orang Islam berpeluang untuk menunaikan haji pada tahun berikutya , iaitu pada tahun 629 Masihi.
 
Ha Ia memberikan kebebasan kepada orang Islam untuk memasuki Makkah dan seterusnya beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.
F4 Tempoh perdamaian dalam perjanjian Hudaibiyah telah membolehkan nabi Muhammad s.a.w merangka program dakwah yang berkesan di Tanah Arab secara aman.
F5 Orang Arab selepas pejanjian Hudaibiyah bebas untuk menganut agama yang mereka suka tanpa sekatan daripad mana-mana pihak
F6 Perjanjian Hudaibiyah juga menggambarkan bahawa Islam adalah tersebar dengan aman.
F7 Sikap toleransi Rasulullah s.a.w dan orang-orang islam telah menyebabkan ramai orang musyirikin Makkah tertarik kepada islam
C7a termasuklah Khalid bin Al-Walid, seorang panglima perang yang terkenal.
C7b Tokoh-tokoh lain yang memeluk agama islam ialah seperti Amru bin al-As, dan
Uthman bin Talhah.
F8 Perjanjian tersebut telah menggambarkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w sebagai pemimpin yang unggul dan dikagumi.
F9 Setiap tindakannya dilakukan secara berhati-hati dan tidak terburu-buru.
F10 Kedudukan umat islam semakin kuat dan mereka bersedia untuk menghapuskan musuh-musuh islam
H10a terutamanya daripada kalangan Yahudi yang sentiasa mencari jalan untuk memecahbelahkan umat islam.
F11 Perdamaian Hudaibiah ini hanya bertahan selama dua tahun sahaja kerana Orang Arab Quraisy telah melanggar syarat perjanjian.
F12 Mereka telah memberi sokongan kepada Bani Bakar yang sedang berperang dengan Bani Khuza’ah.
F13 Nabi Muhammad s.a.w telah bertindak tegas dalam hal ini iaitu menyediakan pasukan tentera untuk dihantar ke Makkah.
b. Nyatakan strategi yang digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa menakluki semula Kota makkah

F1 Pada tahun 630 Masihi (8H) orang Quraisy telah mencabuli salah satu syarat Perjanjian Hudaibiyah.
H1a Kaum Quraisy telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaah yang merupakan sekutu islam.
F2 Mereka telah membunuh beberapa prang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam.
H2a Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menyerang kota Makkah.
 
F3 Pembukaan Kota Makkah merupakan strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.
F4 Kedudukan agama Islam akan bertambah mantap jika Makkah dapat ditakluki.
F5 Kedatangan tentera Islam ke Makkah sangat dikhutari oleh orang Arab Quraisy
terutamanya di kalangan pembesar dan pemimpinnya.
F6 Bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w iaitu al-Abbas telah memeluk agama Islam
begitu juga dengan Ketua Arab Quraisy iaitu Abu Sufian.
F7 Mereka telah memeluk agama Islam sebelum tentera Islam sampai ke Makkah.
H7a Pemelukkan mereka bukan kerana takut dengan kekuatan tentera Islam tapi kerana
menyedari perjuangan mereka sebelum ini adalah sia-sia.
F8 Baginda telah menyediakan 10,000 tentera islam yang diketuai oleh Panglima-
panglima yang gagah dan berpengalaman.
F9 Mereka telah diketuai oleh empat pasukan yang dketua
H9a oleh Khalid bin al-Walid, Abu Ubaidah al-Jarrah, Saad bin Ubadah, Zubair al-
Awwam.
F10 Keempat-empat pasukan ini telah bergerak masuk ke kota Makkah menerusi empat
arah yang berlainan iaitu arah utara, selatan, barat dan barat daya Makkah.
F11 Ia telah memberikan kejayaan yang besar kepada Islam untuk membuka semula kota
Makkah tanpa mendapat apa-apa halangan dan rintangan yang besar
H11a kecuali pasukan yang diketuai oleh Khalid bin al-Walid yang menerima tentangan
dari segelintir oran Quraisy. Nabi Muhammad s.a.w telah berjaya menawan kota Makkah pada bulan Januari 30 Masihi (8H) tanpa pertumpahan darah.
F12 Semasa penaklukan tersebut, Nabi telah membuat tawaran perlindungan kepada penduduk Makkah
H12a dengan mengisytiharkan bahawa sesiapa yang masuk ke rumah Abu Sufian akan selamat, sesiapa yang masuk ke rumahnya sendiri juga akan selamat dan sesiapa yang masuk ke adalam Masjidil Haram juga akan selamat.
F13 Tentera islam telah memasuki kota Makkah dan memusnahkan berhala-berhala yang
terdapat disekeliling Kaabah.
Soalan 6 :
a. Mengapakah Nabi Muhammad s.a.w bertindak membuka semula Kota Makkah pada tahun 60 Masihi

F1 Pada tahun 630 Masihi (8H) orang Quraisy telah mencabuli salah satu syarat Perjanjian Hudaibiyah.
F2 Kaum Quraisy telah membantu Bani Bakar untuk menyerang Bani Khuzaah yang merupakan sekutu islam.
F3 Mereka telah membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam.
H3a Peristiwa ini telah memberi kesempatan kepada Nabi Muhammad s.a.w untuk menyerang kota Makkah
F4 Pembukaan Kota Makkah merupakan strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.

 
F5 Kedudukan agama Islam akan bertambah mantap jika Makkah dapat ditakluki
b. Jelaskan kepentingan pembukaan semula kota makkah

F1 Pembukaan kota Makkah merupakan peristiwa penting dalam sejarah Islam.
F2 Ramai orang Quraisy memeluk islam,
H2a agama islam telah muncul sebagai kota suci orang islam hingga ke hari ini.
F3 Pengislaman Abu Sufian dan Abbas merupakan faktor penting yang memudahkan kota Makkah dikuasai oleh Orang Islam.
F4 Nabi Muhammad s.a.w juga telah memberikan jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan kota Makkah
F5 Setelah berjaya menguasai kota Makkah, nabi Muhammad s.a.w telah tawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi kaabah
H5a dan kemudian telah berpidato kepada umat Islam dengan membacakan ayat al-Quran yang menekankan kepentingan perpaduan diamalkan dalam sebuah masyarakat pelbagai bangsa.
F6 Nabi Muhammad s.a.w telah menunjukkan sifat pemaafnya terhadap orang Arab Quraisy yang memberikan kejayaan penyebaran islam seterusnya.
F7 Pembukaan kota Makkah telah menyebabkan Kaabah telah terpelihara daripada
unsur-unsur Jahiliyah
H7a Semua berhala yang terdapat disekeliling kota Makkah telah dimusnahkan dan
digantikan dengan agama menyembah Allah yang Maha Esa



Tiada ulasan:

Catat Ulasan